Mak hari2 ckp kakak aku nnti bsr jd pelacvr. Muka buruk tak ada siapa nk

Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum semua hari ini aku nak cerita apa yang jadi dekat aku yang dah lama aku pendam selama 28 tahun. Aku anak ketiga dalam tujuh adik beradik, yang pertama dan kedua telah berkahwin. Aku bekerja sebagai peguam. Aku nak cerita dari zaman aku kecil sampai lah besar. Aku nak minta maaf kalau posting ni panjang tapi ini saja tempat aku meluah satu satunya.

Masa aku kecil, mak ayah aku selalu sangat bergduh. Bukan bergduh biasa dan sampai satu tahap aku selalu tengok ayah aku nak bnuh mak aku depan mata.

Mereka bergduh hampir setiap hari dan kalau marah mereka akan lepaskan dekat anak-anak. Aku masih ingat umur aku masa tu empat tahun.

Aku makan sebelah ayah aku dan ayah aku tak berborak dengan aku. Jadi aku sengaja makan dengan kuat supaya ayah aku bercakap dengan aku.

Tapi ayah aku jadi marah sangat sampai menjerit “kau makan diam-diam boleh tak?.Tahu tak makan bunyi tu macam apa ? Macam anjing”

Sampai hari ini aku ingat muka dia masatu dan kata-kata dia dekat aku. Aku tak pernah rasa mak ayah cuba berborak dengan aku ataupun adik beradik yang lain.

Kadang aku cemburu tengok kawan-kawan lain mak ayahnya ada berborak dengan anak-anak. Mak ayah aku cuma bercakap dengan kami kalau marah dan bagi arahan saja.

Mak aku pula ada sekali tu perut dia besar. Aku pun baru lima tahun jadi manalah tahu apa kan. Jadi aku tanya “ mak mengandung ke?”

Mak aku tak jawab apa-apa tapi tampar mulut aku suruh diam. Sejak tu aku rasa kat rumah tu kalau aku bercakap tu satu ksalahan. Tiap kali nak bercakap, kena tampar mulut suruh diam.

Bila aku membesar, Aku cuba untuk bersukan. Aku form one dan teammate aku semuanya form five. Bila aku balik rumah, mak aku tanya kenapa aku macam tak ada kawan saja, kenapa macam tak dapat bola tak dapat goal apa-apa pun.

Lepas tu dia ketawakan aku depan semua family adik beradik yang lain and cakap “sia-sia saja kau main. Bukan ada hasil pun” Sejak hari itu aku terus tak datang training untuk pergi wakil sekolah. Sampai lah hari ini aku tak bersukan sebab tak ada keyakinan.

Aku jadi sangat pendiam dekat sekolah dan gugup jadi orang memang senang buuli aku. Bila aku bagitahu mak ayah aku kena buuli, mak aku akan salahkan aku balik.

Kalau pun ada apa-apa yang jadi dekat aku, Mesti mak aku akan salahkan aku balik. Mak aku juga seorang yang banyak pantang larang dan paranoid.

Aku tak boleh tengok TV, Tak boleh main game offline dekat laptop, tak boleh sentuh laptop, Tak dibenarkan ada telefon walaupun 3310, Tak boleh study group dengan kawan-kawan lepas habis waktu sekolah, Pergi balik sekolah dia orang ambil,

Tak boleh pergi kedai sebelah rumah untuk beli Jajan ke apa-apa lah. The thing is, mak ayah aku tak pernah bawa kami keluar berjalan.

Aku pernah stress sebab sedih kat sekolah kena buuli, kat rumah hari-hari kena marah and tengok mak ayah bergduh sampai aku pernah nak bnuh diri dua kali.

Kalau keluar berjalan pun setakat pergi beli sayur dekat pasar raya berdekatan. Tu lah jalan-jalan bagi aku. Mak aku seorang guru dan ayah aku bekerja sendiri.

Ramai orang mengata, buuli aku, hina aku sebab ya lah, pergi mana-mana pakai lori. Mak aku bukan tak mampu tapi sebab dia pun tak ada lesen dan dia cuma harapkan bapa aku saja drive pergi mana-mana. Bapa aku pula takkan cuti. Seminggu lapan hari dia kerja.

Tapi sesen pun tak pernah belanja kan kami. Tak tahu duit dia pergi mana. Kalau dia bagi kami belanja sekolah, Balik tu dia akan claim dekat mak, duit minyak pun claim.

Setiap hari kalau aku minta duit makan pergi sekolah, ayah aku akan campak duit tu dekat tanah dan aku akan kutip satu-satu dekat tanah, tapak kaki dia. Rasa sangat terhina dan aku akan ingat tu sampai bila-bila.

Masa masuk universiti, orang ingat aku bisu. Lepas tu aku tak reti guna laptop sampai kena marah dengan lecturer. Tak ada sapa nak satu group dengan aku sebab aku bodoh. Tu lah pertama kali aku keluar rumah dan aku sangat jakun okey. Aku jauh dari parents.

First time aku pergi shopping mall aku jakun. Sampai lah kawan-kawan aku terus terang yang diorang nak pergi mall tapi kalau ada aku dia orang tak nak.

Kawan-kawan sebilik aku cakap macam tu depan muka aku tapi masa tu aku diam saja, sejak tu aku lebih banyak menyendiri.

Malu juga sebab mak aku pernah cubit aku depan kawan-kawan universiti sebab nak pergi mall beli biskut dengan kawan-kawan.

Itu saja bekalan makanan yang aku nak cari untuk duduk di asrama. Masuk asasi dapat elaun, Tapi mak aku selalu minta elaun aku tu so aku bagi saja lah.

For your information, ayah aku tak pernah belikan barang dapur apa tah lagi makan pakai aku dan makan pakai mak aku pun dia tak pernah belikan.

Semua perbelanjaan memang bergantung dekat mak seorang. Even sewa rumah beli lori semuanya duit mak aku. Kami tak ada kereta cuma ada lori saja tu pun beli second hand.

Oh ya, aku dapat keputusan cemerlang dekat sekolah. Tapi ayah aku mesti rendahkan aku. Dia cakap,

“Alah setakat sekolah biasa macam kau dapat nombor satu dalam tingkatan bolehlah. Cuba kau masuk sekolah asrama adik kau. Mesti kau orang yang paling corot. Silap-silap tak dapat nombor”.

Sejak tu aku tak pernah cerita apa-apa anugerah kecemerlangan yang aku dapat. Even aku dapat keputusan SPM, mak ayah aku tak datang pun. Aku pujuk suruh teman tapi mereka tak layan.

Sebab apa? sebab mereka pandang rendah dekat keputusan aku. Tapi alhamdulillah aku dapat Anugerah kecemerlangan SPM.

Lepas aku SPM memang aku bawa diri sendiri ke ibu kota. Lepas tu pandai pandailah aku hidup, aku masuk degree pun PTPTN.

Kalau nak cerita tentang part time macam-macam part time aku dah buat. Lagipun duit PTPTN aku mak aku pun selalu minta juga. Buku law bukan murah.

Aku pernah part time dari cuci pinggan, kerja dekat mall, jadi cleaner, sampai lah model sambilan. Bukan senang nak bagi masa. Since aku tak ada rasa homesick, kalau aku tak buat part time, aku akan join program charity dengan homeless, dengan orang asli.

Aku dijemput untuk bagi talk dekat satu universiti awam, tapi mak ayah aku tak bagi, dorang cakap aku tak layak and tak sesuai bagi talk tu so aku pun tak pergi tapi sampai hari ini aku menyesal sebab tak ambil peluang tu.

Kadang aku cemburu tengok kawan-kawan perempuan yang lain, especially, ayah dia jaga sampai dia kahwin tapi tak bagi aku. Aku teringin nak mak ayah tanya aku okey ke kat sini. Dah sembilan tahun aku merantau jauh dari semua.

Kat sini aku seorang diri. adik beradik semua negeri lain-lain. Saudara mara pun jauh. Masa final year paling pressure. ayah aku asyik cakap

“Best nya kau dah nak kerja. Lepas ni senang la ayah, kau boleh belikan rumah boleh belikan kereta.”

Dia asyik ulang-ulang dan dia memang serius dengan benda ini. Aku dah pening kepala nak cari kerja pula satu hal dah kena fikir nak tanggung keluarga.

Ayah aku harapkan aku duduk dekat kampung dengan dia kerja dekat situ dengan harapan aku boleh bayarkan makan minum keluarga tanggung bil api air rumah dan hantar ambil mak pergi kerja setiap hari. Aku tambah pressure. Nasib aku tak baik masa mula-mula kerja.

Aku probation tiga bulan. Tapi minggu ketiga, Aku dah kena buang sebab bos kata aku lembab. Padahal masa tu aku tauliah pun belum lagi.

Dahlah kerja tapi tak bagi lunch hour. Balik hari2 10 malam. Tu pun bos maaki kata awal. Masuk 9 pagi. Lagi satu bos tengok senarai family aku dia cakap aku tak ada satu pun kabel sebab family aku semua kerja biasa-biasa saja.

Balik tu aku accident. Aku teringat sampai hari ini yang aku menjerit sorang-sorang. Meraung “ aku akan jadi orang paling berjaya satu hari nanti. Lagi berjaya daripada kau yang buang aku”

Balik tu aku tak tahu nak pergi mana dan aku tak tahu nak cerita dekat siapa. Tiba-tiba mak ayah aku telefon tanya aku okey ke baru dapat kerja.

Mak ayah aku cakap, “Alhamdulillah akhirnya jadi lawyer juga anak mak ayah kan.” Lepas tu mak aku sambung kat belakang cakap alhamdulillah.

Padahal masa itu aku baru saja kena buang. Aku pun cakap semua okey. Dan aku pulun hantar resume semua tempat.

Masatu entah macam mana, tak ada siapa ajar aku, sampai buntu nak buat apa aku pergi beli r0kok aku hisap rok0k. Padahal seumur hidup aku tak pernah pegang r0kok. Nak petik api pun terkial-kial.

Aku hisap rok0k sambil menangis nangis lepas tu aku demam tiga hari sebab tak biasa. Aku fikir nak bagitahu mak ayah pasal kena buang kerja. Tapi aku tak nak susahkan hati diorang dan aku tahu yang susah nak dapatkan support dari dorang.

Aku berazam nak cari kerja sendiri, aku susah macam mana pun aku takkan bagitahu mak ayah aku dan aku akan cari kerja sampai dapat walau macam mana pun. Mak ayah pun jauh kat kampung jadi aku tak nak dia orang risau.

Alhamdulillah lepas empat hari aku lepas interview dan dapat kerja baru. Masa itu barulah aku bagitahu mak ayah aku yang aku kena berhentikan dengan bos lama. Ada gap seminggu jadi aku baliklah kampung untuk tenangkan diri.

Bila aku balik bapa aku cakap “dapat kerja baru? alah nanti kalau kerja dapat bos sama juga macam dulu tak ada beza pun”.

Masa tu aku memang tak tahan tiba-tiba aku jadi histeria sebab aku memang dah cukup tertekan duduk seorang-seorang dekat KL. Kena buang kerja lagi. Trauma.

Tangan aku mengigil. Mak aku datang pujuk aku “Tak anak ku, Allah akan bagi yang terbaik dan jumpa kan kau dengan bos yang baik yang tak sama macam dulu. Insya-Allah kau akan berjaya kau tak gagal macam yang kau cakap.”

Masa tu aku dah putus harapan dan aku rasa aku tak ada rezeki untuk jadi peguam dan aku tak ada rezeki bekerja dekat KL or mana-mana pun. Tapi aku try juga pergi masuk kerja baru.

Aku nak cerita pasal kakak aku pula. Kakak aku dari kecil mak ayah aku layan sangat berbeza daripada adik beradik yang lain. Tidur pun dekat lantai sebab mak ayah kata kakak aku ni jijik. Hari hari kakak aku kena pkul kena belasah macam macamlah.

Pernah masa kecil dulu kakak aku terkencing dalam seluar masa tidur, Mak ayah aku perah kencing dia dekat mulut dan paksa dia minum.

Hari-hari kena belasah pakai rotan besi satu badan biru biru biasa bagi aku, kakak aku dan abang aku.

Kakak aku lagila teruk sampai berdrah kepala dia kena pkul pakai sudu pakai apa-apa object tumpul. Paksa telan puntung r0kok, ludah nasi and paksa kakak makan, umur 8 tahun dah kena basuh baju sendiri. Kalau tak bersih nanti kena terajang.

Kadang aku terfikir besar sangat ke ksalahan kami kena belasah. Padahal masa itu aku cuma main gurau-gurau dengan kakak aku tapi bapa aku tak suka bising jadi dibelasah kami berdua.

Mak aku pula hari-hari cakap kakak ni nanti besar jadi pel4cur. Muka buruk tak ada siapa nak. Kakak aku punya PTPTN pun mak ayah aku minta sampai kad bank kakak pun mak ayah aku pegang, tapi diorang tak bagi duit.

Sekarang kakak aku dah kahwin dan bawa diri tapi kakak akulah anak yang paling berbakti sebenarnya. Biasalah kalau bukan anak ksayangan apa saja yang kau buat semuanya salah. Mak aku paling sayang kan adik aku dan tak pernah marah adik aku.

Dari kecil mak aku doa kakak aku jadi janda sebab laki dia akan jijik dengan dia. Oh ya, mak ayah aku sangat skeptical ya dengan janda atau duda, bagi dorang, orang-orang macam tu hina.

Masa kakak aku dah kena pkul dengan ex laki dia yang curaang tu pun mak aku masih pertahankan lelaki tu and cakap “kau nak ke jadi janda tak malu ke?

Walaupun kakak dah terlantar dekat hspital dan dah jadi k3s polis.” Alhamdulillah sekarang kakak aku dah dapat suami yang jauh lagi baik dan harap dia dapat jaga kakak sampai bila-bila.

Berkenaan isu abang aku pula. Abang aku pelajar cemerlang. Tapi nasib tak menyebelahi dia lepas dia habis degree sebab dia tak dapat kerja selama sembilan tahun.

Macam biasa hari-hari dekat rumah tu ayah aku hina dia. Ada sekali itu abang aku nak minta kerja dengan company.

Masa tu tengah kenduri so ramai orang kebetulan orang yang abang aku nak minta kerja tu ada sekali. Kawan abang aku pun ada dan kawan-kawan ayah aku pun ada.

Orang tu tanya abang aku “zan, kau tak nak try beli kereta ke” lepas tu ayah aku pula yang menjawab. “Dia ni apa saja ada. Beli kereta sorong pun tak mampu”.

Sekarang abang aku dapat kerja dan ada family. Ayah asyik call saja walaupun adik aku minta duit RM5 ayah aku akan call abang aku suruh bagi duit dekat adik-adik. Alasannya dah kerja takkan tak nak bantu family.

Hari itu ayah aku nak beli kereta lepas tu dia minta abang aku duit juga. Sebagai ayah sepatutnya kena faham.

Anak baru saja bekerja beberapa bulan dan baru nak mulakan hidup dan baru dapat baby. Takkanlah nak belikan mak ayah kereta pula. Anak-anak pun masih merangkak nak hidup.

Dahlah anak sepanjang belajar tak bagi duit tiba-tiba anak kerja nak duit. Abang aku kahwin dengan janda. Macam biasa mak ayah skeptical. Habis dihinanya la dekat belakang. Abang aku pun dah bawa diri jauh-jauh dan jarang contact kami sekeluarga.

Dulu masa abang aku belum dapat kerja ayah aku hari-hari cakap dekat dia “sia-sia saja aku sekolah kan kau. Perabis duit bukan ada hasil.

Belajar tinggi tak ada guna b0doh”

Belum masuk cerita yang kalau kami part time ayah akan minta duit tu suruh bayar bill rumah. Adik aku sampai terpaksa buat part time sementara tunggu SPM jadi pencuci pinggan.

Duit tu ayah aku suruh adik aku bayar yuran SPM dia sendiri sebab yuran sekolah tak bayar lagi jadi result SPM nak ambil sangkut.

So, ayah aku suruh adik aku bayar guna duit part time dia. Sampai hati kan. Padahal adik aku kumpul duit tu sebab nak beli baju sendiri.

Lama takde baju baru. Takkan nak minta mak.

Ksian. Baju raya pun ayah pernah belikan sekali saja seumur hidup aku sebab aku paksa dia. Seumur hidup aku total ayah pernah belikan baju dua kali saja. Sepende pun aku beli sendiri tau. Haha.

Orang selalu cakap best nya jadi lawyer jadi model mesti hidup best kan? tapi diorang tak tahu. Hari itu aku beli kereta pun sebab aku kena cabul masa dekat stesen LRT. Lagipun tempat kerja aku tak reachable by lrt. Grab mahal oi. Moto tak reti bawak pulak.

Bulan-bulan aku bayar tapi sebab kan ada sedikit duit mak aku yang digunakan sebagai pangkal kereta, sampai hari ini mak aku ungkit, cakap tu sebenarnya kereta dia sebab dia jadi penjamin. Siap bagitahu semua orang yang sebenarnya aku tak lepas pun kalau nak beli kereta.

Malu aku tau. Mak siap pesan kalau nak tukar kereta bagi dekat adik aku which is anak ksayangan dia lah. sebab tu kira kereta family.

Bukan kereta aku ok even aku bayar bulan2 sorang. Huhu.

Tu belum lagi pressure kerja sekarang yang duduk dekat company kecil. Aku seorang staf tapi kena handle lima department. Bos aku bagi arahan dari rumah saja. Lagi lah aku mental. Aku rasa macam nak gila sekarang.

Tapi aku tak boleh berhenti sebab aku ada komitmen dan aku tahu aku takkan boleh harapkan mak ayah aku untuk tolong aku walau apa pun terjadi. Alih2 semuanya akan jadi salah aku balik.

By the way aku hari-hari tengiang-ngiang yang ayah aku nak bnuh mak aku. Aku hari-hari tengiang-ngiang yang ayah aku belasah kakak aku and suara kakak aku nangis. Adakah aku sudah gila?

Kakak aku pun sama dan dia trauma sampai sekarang dengan air sebab hari-hari mak ayah aku kejut kakak aku guna air sejuk simbah dekat muka masuk hidung.

Belum masuk cerita yang ayah aku suka buka pintu bilik kadang-kadang sengaja bila tahu anak-anak perempuan tengah salin baju ke apa kan, dan the worst thing is, mak aku pertahankan ayah aku. Kadang-kadang juga kan aku dapat gift review so aku taktahu isi kat dalam.

Mak aku rampas parcel tu. Lepas tu tampar aku sebab tak bagitahu dia apa isi kat dalam tu. Aku dah 27 tahun. Kadang kepala kakak aku pun mak aku tunjal saja. By the way, mak aku pun kadang kalau marah dia akan terus doakan anak bukan2.

Itu belum cakap pasal kongkong lagi. Dia tak bagi aku ambil lesen masa belajar. abang aku pun masuk umur 30 tahun baru ambil lesen motor.

Aku sampai sekarang pressure sebab ayah aku hari-hari kalau aku balik rumah mesti minta macam-macam minta kereta minta rumah barang dapur. Dia expect aku beli kereta untuk dia, aku bagi duit.

Aku jealous dengan kawan-kawan aku yang parents dia jaga dia sampai dia kahwin tapi aku tak rasa semua tu. Macam mana ye prasaan ayah tanggungjawab, macam mana perasaan kena jaga, aku tak rasa semua tu. Dan satu soalan lagi apa perasaan homesick? Serius aku nak tahu.

Dari dulu hidup dalam maakian. Sebenarnya dari dulu memang ayah aku selalu cakap depan kami, sambil jerit dekat mak “ kau dengan anak-anak kau semua menyusahkan” Padahal sebab beras habis and tu pun mak aku yang beli.

Dari aku kecil sampai ke besar hari-hari aku dengar ayah aku mengeluh “ kenapa la ada anak kalau tak ada anak kan dah kaya” “menyesal aku kahwin“ “ susah betul ada anak ni“ “otak ko b0do ea. Lembab ke?” “B3ngap” “s*al”

Kadang kalau ayah marah kat meja makan, tak pasal-pasal aku kena baling kuah dekat muka. Satu mangkuk tu dia baling kat muka aku.

Kadang kalau aku balik kampung pun aku rasa dipergunakan sebab ayah akan minta macam-macam. masuk-masuk rumah terus kena hantar mak aku sana sini dan mak aku terus suruh masak.

Tak sempat duduk. kau bayangkan aku drive jauh gila sampai-sampai terus kena masak aku macam penat sumpah. Mak ayah selalu suruh anak anak jadi matang tapi layan macam budak lima tahun tak kisahlah kalau kau dah kahwin pun.

Dulu masa mak ayah kahwin pun, family mak aku semua tak setuju sebab bapa aku memang guna ilmu hitam untuk dapatkan mak aku. Terlalu panjang untuk aku cerita.

Tiap kali ayah minta kereta untuk dia, aku akan tanya “saya kerja baru berapa bulan, dulu masa saya nak duit ayah buat apa”

Ayah aku jawab “kita sebagai anak ni, jangan fikir apa yang mak ayah patut bagi kita. Sebaliknya kita kena fikir apa yang kita boleh berbakti kat mak ayah. Mak kau pun sama. Aku ni suami tahu. So sebabkan aku izinkan dia kerja, gaji dia tu memang layak untuk aku”

Satu lagi tak faham. Kenapa ayah aku fikir anak ni investment dia ye? Gaji anak kerja part time masa study pun dia claim. Gaji dah kerja apatah lagi.

Sekarang dia minta duit aku nak buat rumah pula. Aku makan pun tak lepas ni. Hari2 kena seeding anak tak guna. Tak beri hasil, sampaikan dalam mindset aku dan adik beradik, kenapa lah kitorang dilahirkan, Sebab ayah selalu cakap kami beban, menyusahkan.

Aku pun hari-hari persoalkan kenapa aku wujud dan kenapa Allah hidupkan aku kat dunia ini. Benda paling aku menyesal dalam hidup adalah, KEKAL HIDUP.

Ini antara komen netizen untuk kisah menyedihkan ini

Azizul. Selain anak derhaka, mak ayah derhaka pun ada juga. Sebak dada membaca kisah begini. Jadilah ibubapa yang tidak ‘derhaka’ pada tanggungjawab keluarga.

Sayangi diri sendiri, jadi baik sahaja tak cukup untuk kekal hidup. Jadilah bijaksana dik.

Syahidah.Assalamualaikum.

Dik, mari dengar kakak nak cakap,

“usah melukut di tepi gantang”

Sembuhkan diri, keluarlah dari persekitatan toksik. Sentiasalah berkawan dengan kakak dan abang. Tinggal yang lepas, bina memori baru bersama mereka. InsyaAllah pasti gembira dan bahagia.

Mari tinggalkan budaya buruk yakni menjadi penyembah kepada manusia (ibu bapa @ pasangan). Kita ini sembah Allah. Allah juga yang menentu ke syurga neraka.

Tauhid kita kepada Allah yang Esa. Kalau menyeksa sehingga terbit rasa ingin bnuh diri/tak nak hidup lagi, maka haruslah kita sedar bahawa yang persekitaran sedang dilalui itu merosakkan. Jadi, usahalah untuk cari balik jalan kepada Tuhan Yang Esa.

Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah jiwa Arissa, kakaknya, abangnya dan semua anak-anak yang jiwa mereka menderita dek kerana ibu bapa tidak amanah. Bahagiakan mereka di dunia dan akhirat. Lorongkan mereka ke jalan-Mu. Amin

Rohani. Dahsyat nya sejarah hidup TT ni…Tak tercapai dek akal ada parents teruk spt Itu…

Ini bkn sekadar garang tpi dah next level dah ni…tiada perkataan yg sesuai utk diterjemahkan.

Apa pun sentiasa doakan semoga Allah swt memberikan hidayah kpd ibu bapa awak TT dan mereka berubah satu Hari nanti…

Jgnlah takut sgt dgn sumpah seranah ibubapa yg begitu…DOA negative mereka ALLAH swt belum tentu/ Tak akan kabulkan pun….

Kalau pun kau TT dpt ksusahan, anggaplah Itu ujian hidup yg org lain pun Allah uji juga.

Cukuplah menjadi abdi parents yg Tak tahu tanggungjawab tpi hanya tahu meminta..

TIDAK derhaka bukan bermaksud kau ikut jer telunjuk mereka mcm org Tak berpelajaran , kau educated, bijak kan, lawyer lagi…

Ubatilah diri sendiri, damaikan jiwa yg terlvka, pulanglah apabila perlu sahaja..Bantulah ibu bapa seadanya, permintaan yg pelik, keterlaluan Tak perlu dilayan…

Kau dan adik beradik, bertuah krn dlm klm kabut kehidupan pun mampu berjaya dlm pelajaran. Syukur kpd ALLAH swt yg sentiasa menyayangi dan melindungi tanpa kau sedari.

Binalah kebahgiaan sendiri….carilah kawan kawan yg positive dan ikuti kuliah Agama utk mencari ilmu & kedamaian.

Kami semua kat sini mendoakan kau TT Dan adik beradik hidup berjaya , gembira dan sedikit demi sedikit pulih drpd trauma masa silam. In Sya Allah. Àamiiin

Siti Sarif. Allahuakbar. Dengan hanya membaca sahaja pun dah buat i rasa habis tenaga. Macam mana kau boleh bertahan, dik?

Mak kau guru? Mak dan ayah kau generasi bila ni dik? Kenapa toksik sangat…

Kau siap boleh jadi model dan peguam, dik. Maknanya, kau bukanlah loser seperti yang mak dan ayah kau tanamkan dalam diri sedari kecil.

Please move out. Jalani hidup sendiri. Contact kakak dan abang. Jauhkan diri daripada manusia toksik.

Nadteza. Mak dia cikgu? Cikgu apa perangai huduh macam tu? Macam mana lah mak dia mengajar anak orang? Confessor pun jangan jadi bodoh nak menggelabah lagi balik kampung sibuk pulak nak tanggung family sedangkan diri sendiri pun susah and mak ayah dia sendiri pun rasa menyesal
ada anak. Umur dah besar please belajar buat keputusan yg lebih bijak and always ask for help from other people