Foto sekadar hiasan. Hari ini apa nak jadi jadilah. Saya dah tak tahan lagi sebenarnya. Kalau korang apa korang nak buat bila korang ada kakak perangai macam kakak saya. Ini bukan cerita zaman remaja tapi masing masing dah jadi mak orang. Saya tak faham kakak saya ni suka saya tiru apa yang saya buat dan beli.
Sekarang saya tahu gaji dia dah mahal, tapi tak tahulah jika dia guna kad kredit juga. Kalau korang di tempat saya apa korang akan lakukan.
Kakak saya gemar follow apa yang saya beli. Contohnya minggu ni saya belikan mask Jovian, tengok tengok minggu seterusnya dia pun sama pakai. Tudung jenama sama, gaya tudung sama.
Ada ketika suami belikan saya gelang emas, dia pun beli juga selepas itu.
Sampaikan saya beli baju tidur anak saya pun pada minggu seterusnya dia juga beli brand yang sama. Ikutkan hati nak je saya sidai baju saya dalam bilik.
Mana saya dan suami makan dia pun akan turut pergi tempat yang sama. Malah jika saya bermalam di hotel lima bintang atau bercuti di tempat yang best dia akan turut pergi ke tempat yang sama selepas itu
Kalau orang lain mungkin saya tak ralat sangat ini kakak sendiri, kakak kandung. Adakah dia terlalu mengkagumi saya?
Saya bukan orang besar malah dia lebih berpendidikan dari saya. Sampaikan dia cari ciri ciri bakal suami pun sebijik sama dengan perwatakan suami saya.
Tapi cara kakak saya ni buat saya begitu annoying. Sampai suami pun perasan dengan cara dia yang suka meniru apa yang kami beli dan ada.
Cara anak berpakaian pun dia tiru, style baju, kasut perhiasan semua tiru.
Dengan adik saya sorang lagi tak pulak dia ikut, cuma nampakla juga kekadang dia meniru style adik ipar saya yang suka mendeco rumah.
Saya tertanya dalam diri, kakak saya ni tak ada style sendiri ke semua nak meniru orang. Lepas tu up sana sini tapi orang tak tahu dia tu follow adik dia.
Nak marah pun kakak sendiri, saya still sayang dia. Cuma saya memang berbulu dengan cara dia. Husband pun selalu perli dia dalam group family tapi dia tak pernah nak ambil peduli.
Saya cuma minta cukuplah tu kakak follow saya beli atau buat apa apa. Carilah style kakak sendiri.
Saya kekadang terpaksa hide story atau kaburkan logo sebab tak nak dia ikut saya.
Ini antara nasihat pdas daripada netizen mengenai isu ini.
Raihan. Kaklong saya, bila adik adik dia beli apa2.. mesti dia cakap. Wah cantiknya. Kaklong nak jugak. Berapa ni? Beli kt mne? Kaklong berkenan sgt.
Biasa kami bagi je. Rasa suka je bila org suka apa yg kita beli/buat. Pastu nnt dia ckp, cantik kaksu letak bunga ni.
Nnt kaklong nk letak kt mane ye, rumah kaklong lain. Ok tak kaklong letak kt tepi meja makan? Mesti cantikkan. Tak sabarnya nk tunggu barang sampai.
Gitu lah kebanyakkannya.
Bila adik2 beli baju. Up kt group fmly, mesti kaklong nak beli juga. Kdg kalau dia nk beli baju ke apa, dia up kt group wasap tnya yg mana cantik. Ktrg tolong pilih utk dia.
Skrg ni.. dah 10 bulan kaklong takde kami semua rinduuuu kaklong. Kaklong selalu ceria, selalu happy utk kebahagian org, selalu berfikiran positif.
Hargailah kakak awak. Berlapang dada la. Lepas ni kalau nk beli apa2, ajak la dia sekali.
Nnt masa pilih, mungkin awak amek merah, dia akan ambil biru. Dan kalau dia pun nak color sama dgn awak, berbahagialah sebab kakak awak sangat percaya pada taste adiknya.
Alfatihah utk kaklong kesayangan saya, W Al Busra W Mahmood.
Rizal. Ko pun sewa atau pinjam dari member kaya, kunun ko beli rumah banglo ke kereta ferrari dsb, biar dia pun ikut beli last2 hutang byk sekali tgk ko sewa atau pinjam je baru dia ada akal skit.
Sara. Eh seronoklah adik beradik tiru satu sama lain. Kalau sy beli pape siap pengruh adik beradik lain beli jugak. Adik sy kalau beli baju kat anak dia siap beli utk semua anak sedara. Biar sama semua baru meriah. Itulah namanya KELUARGA
Intan. Lah, benda kecik je. Bukan dia minta duit awk. Biar je la. Tu maknanya dia admire awk.
Patut awk membangga tau, bukan membongak..hehe sorry. Adik beradik kot, janganlah jadikan musuh. Selagi dia x susahkan awk…teruskan je hidup mcm biasa.
Fatli.Eh laki kau pulak yang kuat nak memerli
Kau pon deco rumah, style baju, beli gelang emas sebab ikut trend orang kan? Orang lain takde menggelabah pon kau tiru dorang…
Sedangkan “idea” kita dan orang lain pon boleh sama, apatah lagi benda fizikal mcm baju, rumah apa semua. Takde apa dalam dunia ni kita boleh claim “eh ni aku yang beli dulu etc” tak ada
Mark zuckerberg pon berebut idea nak buat fb ni dgn kawan dia ok
Murni. La jadi masalah pulak kalau org tiru..org tu kakak ja..dia tiru ja kot bukan bahankan ang.
Lagipun kakak kot..adik beradik biasanya suka ja benda sama2 tiru2 ni.. dia tiru mesti la sbb benda tu best dan cantik
Seriuslah tak faham orang camni..tinggal serumah ke..kalau tak nak orang tiru tak payah bagitau..tak payah share public..tak payah tunjuk di medsoc..hide ja terus..tak payah nak pening. Settle
Nonie. Huduh benar perangai gini. Aku kalau boleh. Siap hasut kakak n adik.. Beli brg yg sama. Kalau x sama.. Mcm kecik ati pon ada…
Bj kelawar pon beli corak sama.. Kaler je lain. Kakak beli tudung pon.. Dia akan promote n suh beli tudung yg sama. Semua pon mcm tu…
Eh.. Tp yg husband ko pon sama naik perli tu kenapa eh.. Pelik2 laki bini. Bersyukur sgt ko bkn adik beradik aku.. Teruk sangat perangai gini.