Aku xblh sakiit ke, stiap kali msuk hspital suami merungut kena lawat aku, jaga anak kt rumah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum salam sejahtera pembaca semua… Saya Nurul berusia 43 tahun. Ini adalah kisah saya yang malang kerana dapat suami yang cuma bertindak sebagai housemate sebab dia boleh di harapkan buang sampah. Dan boleh sidai kain baju sendiri, roomate sebab pandai lipat selimut sendiri lepas bangun tidur, tapi bukan bedmate sebab kami tidur asing katil dan dia lebih selesa peluuk bantal dari peluuk isteri.

Semasa menaip confession ni saya masih di ward baru menjalani pembed4han buang buah pinggan sebelah yang rosak di sebabkan batu karang.

Saya adalah penjawat awam gred profesional dan dia pun sama cuma dia bergred diploma.

Alhamdulillah saya berkongsi rezeki dengan suami dan 3 orang anak kami. Hidup kami tak mewah. Cuma cukup makan dan pakai. Serta mampu nak makan fastfood seminggu sekali.

Perbelanjaan rumah di bahagi dua antara saya dan suami. Saya mempunyai 2 biji kereta yang kedua2 nya saya bayar penuh atas nama saya sendiri.

Rumah kami duduk itu juga atas nama saya. Walaupun saya tak minta banyak dari suami. Saya sentiasa bersyukur sebab dari segi luaran. Kami nampak normal macam pasangan suami isteri yang lain.

Pada ketika dua anak lain masih kecil… dan saya mengandungkan anak ketiga. Kami kesesakan sumber kewangan.

Saya yang berkerja dari 8-5 ini, mengambil upah membuat kek dan pastry untuk menampung belanja yang tak tidak cukup, lepas balik kerja. Saya solat. Saya siapkan makan suami dan anak2,

Dan lepas maghrib saya akan mula membaking sampailah pkul 12 -1 pagi baru saya dapat merehatkan badan. Rutin berterusan sampai saya melahirkan anak yang bongsu.

Bila dah ade baby. Saya masih teruskan membaking setiap malam. Lepas tidokan baby. Sementara suami pkul 9 wajib masuk tidur tanpa kisahkan anak kecik dan saya yang masih tungtang – tungtang kat dapur sehingga larut malam.

Rutin bangun pagi. Saya akan masakkan brekpas dan bekal untuk suami dan anak2. Saya tak tau kenapa saya masih bertahan dengan sikap suami walaupun orang keliling nampak saya yang jaga dia. Bukan dia yang jaga saya.

Mungkin kelebihan dia yang saya rasa family man walaupun dingin dengan isteri sendiri walhal kami dulu berkawan dari zaman sekolah sampailah ada jodoh berkahwin.

Dia bukan seorang yang suami yang romantis atau penyayang ni pun saya tak pasti.

Padahal masa berkawan dia yang approach saya dulu dan saya terima sebab nampak kesungguhan biarpun dari zaman saya belajar sehinggalah bertunang masih lagi ada yang cuba nak masuk lain termasuklah beberapa kenalan engineer juga hendakkan saya.

Tapi mungkin saya seorang yang setia dan terima dia seadanya walapun bukanlah si dia tu bergaji lumayan.

Sepanjang tarikh istimewa saya. Sama ada hari lahir atau anniversary… Saya tak pernah terima sebarang hadiah dari suami… Dengan alasan kewangan nya yang sentiasa cukup2 sampai gaji. Saya terima dan tak kisah.

Walaupun ade juga rasa iri bila tengok kawan2 lain di medsos menayangkan hadiah atau suprise yang mereka dapat dari suami masing2.

Saya sentiasa sedapkan hati. Mungkin itu bahagian saya dan saya tak pernah minta banyak. Sekadar mengharapkan ada ucapan dan peluukn dari suami juga saya hampa. Dalam rumah tu saya tak boleh sakiit ye pembaca.

Sebab dia akan mengeluh kerana rutin dia berubah. Dan terpaksa menghantar saya ke hspital dan mencari makan dan menjaga anak2 dirumah.

Betul saya tak boleh sakiit ye… Kalau saya sakiit pernah sekali di masukkan ke w4d sebab apendiks. Saya di bebelkan sebab menyusahkan dia perlu melawat dan menghantar barang ke hspital.

Mujur juga saya mampu bayar komitmen insuran untuk medicard setiap bulan. Dapatlah saya berehat sebentar dari rutin sambil menanggung sakiit di hspital swasta yang layanan nya sangat membantu dari segi ment4l dan emosi.

Hari ini adalah kali ke dua saya di masukkan ke hspital dan sakiit kali ni agak kronik sebab batu karang yang berkumpul di sebelah buah pinggang dan doktor membuat keputusan terpaksa membuang sebelah buah pinggang yang rosak itu.

Disebabkan era covid, suami atau pelawat tak dibenarkan menunggu pesakiit dan si dia sangat lega kerana tak perlu melawat saya selalu dan hanya passing barang di kaunter sahaja.

Walaupun begitu. Saya masih jalankan tanggungjawab menyediakan makan minum suami dan anak2 dengan cara mengoder grab dari hspital.

Hari ni di saat saya perlukn sokongan suami. Tapi sebaliknya yang saya terima dia hanya call suruh saya order makanan sekian sekian ikut selera dia. Tanpa bertanya keadaan saya yang sakiit kurang 12 jam selepas operation .

Sedihnya bukan kepalang bila kita harapkan si dia menenangkan kita. Malah dia yang mengeluh sebab pening kepala nak uruskan anak2 dan makan pakai mereka di rumah. Keluhan saya ni.

Dia buat mungkin sebab ada lebihan masa di katil pesakiit dan saya sangat terkilan apabila dilayan sedemikian.

Adakah saya tak layak sakiit… Sebenarnya sampai saya berfikir Allah bagi saya sakiit mungkin itu je masa saya dapat berehat.

Mohon pembaca semua mendoakan supaya saya diberikan kesembuhan segera dan sememangnya hati saya dah tawar dan saya penat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya.

Ini antara komen netizen untuk kisah mengayat hati ni.

Dee. Dia layan awk mcmtu sbb nampak awk baik sgt.selalu beralah.mudah disuruh itu ini…anak2 awk tu anak dia jugak …masa awk sakiit awk lupakan je apa yg ada dirumah.

biar suami sorg urus anak makan pakai dan minum dia dan anak…awk lepas ni jgn sesekali keluarkan duit lg utk mkn minum.

biar suami beli semua benda.sbb duit awk dh guna utk beli kereta dan rumah….belajar2 la simpan duit utk diri sndr.utk masa depan.

Lepas ni jgn order grab lg….awak boleh je urus anak tanpa bantuan suami.apasal awk nk tlg suami pula urus anak.

biar dia sorg urus.biar dia tahu susahnya urus tanpa pasangan.kadang2 kena keras hati sikit demi bg pengajaran pd pasangan.

Roza.Jika izin Allah SWT, perkiraan purata umur sis nk hidup dgn suami sis, masih lama lg. Katalah sis dgn rawatan yg baik boleh sampai 60++. Ada lg 17-20 tahun mungkin. Sanggup ke..

kalau saya di tempat sis,
1st-saya keluar sementara, rehatkan diri tinggalkan biawak dgn anak2.
2nd-saya mogok dalam rumah tak buat apa2,

layan diri sendiri shj dan
3rd-sis ubah diri jd seorang yg tegas dan garang dgn perangai biawak laki sis tak yg guna tu.

Tapi, salah sis jugak. Manjakan laki tak bertempat. Mcm cacat kaki tangan yg semua sis nak siapkan.

Lepas tu sis penat, sis sakiit mengeluh. Dia lapar, nak makan pandailah dia carik makan sendiri. Anak2 tu pun sama. Anak dr benih dia jugak…

Sis tu layan melebih2. Ha padanla dgn muka. Skrg br sis tahu kan sis sakiit, dia buat endah tak endah. Bukan sakiit biasa2, sakiit kronik.

Dah nampak kan kesan buruk dr baik bila layan laki mcm maharaja. Baik tak bertempat namanya.

Nak kejar title isteri solehah, tapi tak kena gaya. Ada ke melayan suami mcm si kudung tak boleh nak carik makan minum sendiri.

Rasa nak lempang je. Bukan suami sis, sis tu. Biar sedar dr lamunan. Bak kata nabil raja lawak, haaa lu pikirlah sendiri.

Faridah. Pedih sikit ayat ni.. “Dah mau, mendapat la.”Saya dulu begini juga, saya minta sikit bayar rumah. Dia kata harta saya.

Saya sakiit, dia kata hidup menyusahkan orang, baik mampus.Saya pun letih tanggung biawak hidup, saya tuntut fasakh. Bahagia itu pilihan. Sekian.

Salamah. Bosan la hai,Letih tgok perempuan asyik mengeluh n komplen.

Bila mcm ni, Ramai perempuan bujang jd takut nak kawen, padahal bukan lelaki sama. Ada je suami yang bagus..

Admin tlg stop post kisah rumahtangga yang merintih2 mcm ni. Pergi la jumpa kaunselor rumahtangga, ini semua nak shortcut, tye kat sini buat apa.

Atun. Saya rasa sakiit hati baca confesor ni… mcm ni puan.. suami puan jd mcm tu sbb puan didik dia utk jd mcm tu…

puan ambik semua tanggungkawab dr awal then ttiba puan harap dia akn tahu apa tanggungjwb dia.. smpai sakiit pn masih nk pikul tanggungjwb..

come on puan.. ini bkn zmn jahiliah.. bukak la mata puan… pikul beban sama2…

Kita perempuan suka pikir x mau susahkn suami.. tp bila kita pikir mcm tu..suami akn susahkn kita..Bangkit lh puan.. cari bahagia.. didik suami dan anak2 erti tanggungjwb…

Rina.Sebab tu kadang2 jadi perempuan ni jangan tunjuk kuat sangat depan suami walaupun kita sebenarnya kuat.

Dari awal puan dah “manjakan” dia. Tolong jaga anak pun tak mau sedangkan puan susah payah bersengkang mata cari extra income.

Lepas ni “ajar” sikit suami bukan kurang ajar dengan dia tapi ajar dia supaya jadi suami yang betul2 suami. Takkan time sakiit pun puan yg kena orderkan dia makanan lemak betul macam tu.