Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Menyahut seruan untuk berkongsi kisah rumah tangga yang bahagia (kot) Haha.. Tak berani nak declare sendiri bahagia ke tak.. Cuba la korang nilaikan. Semoga secebis kisah yang saya kongsi ni dapat memberi manfaat. Ok ayuh kita mula. Nama saya Orked. Sudah berkahwin selama 15 tahun. Belum ada anak.
Suami saya, saya namakan Pokok. Kahwin suka sama suka, kenal sejak zaman Universiti. Lepas grad terus kahwin. Bukan gatal tapi sebab dah sampai seru..Haha.. 2-2 family tak sabar2 nak menyatukan kami.
Kami redha saja la.. Walaupun sebenarnya plan asal nak kerja cari duit dulu. Papepun.. Alhamdulillah.. Masa tu dipermudahkan, family support majlis. Majlis kecil2 saja dan kami pun tak memilih. Terima saja la apa2 yang diorang plan sebab bukan duit sendiri.
Awal2 tu semua indah. Maklum la fasa bulan madu. Pokok baru mula buat bisnes, saya masih lagi tanam anggur. Kami tinggal sekali dengan family mertua. Beberapa bulan lepas tu, mula ada konflik bila privacy dicerobohi. Segalanya serba tak kena.
Pantang relaks sikit, ada saja la suara2 perli2 cakap duk rumah goyang kaki. Mula2 masih sabar, dalam masa yang sama saya cari kerja.
Lepas setahun kahwin baru la dapat kerja. Tu pun gaji kecik saja. Tak kisah la.. Janji kerja.
Dengan gaji kecik tu jugak la saya dapat beli kereta kecik untuk kegunaan kami berdua. Bisnes Pokok masa tu belum stabil..tapi dia memang nak buat bisnes, taknak kerja dengan orang. Saya diamkan saja la walaupun geram jugak.
Bergduh bab duit tu memang biasa.. tapi bergduh dalam bilik saja la. Dengan konflik2 family mertua lagi.. Jadi saya banyak habiskan masa kat luar atau balik berkurung dalam bilik. Memang unhealthy marriage.
Sehingga tahun ke-3 saya dah tak tahan lagi. Perang besar sampai saya lari dari rumah. Saya bagi kata 2 pada Pokok. Kalau masih nak hidup dengan saya, sila bawa saya keluar dari rumah tu. Hidup sendiri. Dia akur. Gigih mencari rumah sewa. Akhirnya dapat juga rumah.
Kecil tapi cukup selesa untuk kami berdua. Bila berdikari, baru la terasa segala benda nak kena bayar sendiri. Masa ni Pokok gigih majukan bisnes. Masih belum cukup untuk support semua, tapi saya ok saja topup mana yang perlu. Yang penting boleh bebas, bermanja2 di rumah sendiri.
Hari berganti tahun, hidup kami makin selesa. Gaji saya pun makin besar. Pendapatan lebih banyak dari Pokok. Pokok pun pelik kenapa tak berhasil pokoknya. Tapi dia tetap usahakan bisnes. Kesibukan mula buat kami jadi jauh. Jadi macam housemate saja. Saya mula rasa bosan.
Selalu jugak keluar melepak dengan kawan2. Dah tentu la Pokok izinkan. Dia pun selalu jugak lepak dengan kawan2. Dah jadi satu masalah pulak bila rasa kurang perhatian. Bila dia lepak sampai 2-3 pagi, bergduh lagi. Saya pulak mula curiga dengan kesetiaan Pokok.
Bila check handphone ada message2 dengan perempuan walaupun tu customer dia, saya mula marah2. Dengar suara perempuan call, terus tarik muka. Pokok pulak bila saya tuduh2 dia ada affair dengan perempuan lain dia marah saya balik.
Dia cakap lepas ni, dia duk rumah saja takyah cari duit. Duduk berkurung kat rumah, tadah duit saya saja. Eh Macam tu pulak. Tak jadi nak amuk. Pastu saya nangis. Senjata paling ampuh sebab Pokok tak suka tengok saya nangis.
Haha.. Saya cakap, ye la lepas ni saya tak marah2.. Saya pendam saja sampai pecah dada. Nanti marah, kena marah balik. Saya tak boleh marah, tak boleh jealous. Aihh.. Pening Pokok. Dia tepuk2 belakang saya. Pujuk2.. Dah la.. Jangan nangis..
Camtu la kehidupan gduh2 manja sejak pindah keluar dari rumah mertua. Dah la orang2 sekeliling duk tanya pasal anak. Saya pula dengan buat fertility treatment, horm0n selalu tak stabil.
Rasa nak mengmuk saja.. Kesian Pokok selalu kena layan angin saya. Tapi yang bagusnya, walaupun dia sejenis Pokok, dia tetap teguh tak goyang bersama saya. Ewah. Haha..
Tahun ke-10, kami ada rezeki tunaikan umrah. Saya still ingat, di Jabal Rahmah.. Pokok genggam tangan saya erat. Saya tatau apa yang didoakan dalam hati..tapi saya doa semoga Allah berikan kami kebahagiaan walau dalam apa jua keadaan kami. Ada duit ke, takde duit ke..
Ada anak ke, takde anak ke..tetap bahagia. Lepas balik dari umrah, kehidupan diteruskan macam biasa. Duit saya banyak sampai saya tak kisah bagi Pokok sikit bila dia sesak. Ada satu hari, malam saya terjaga dari tidur.
Saya dengar bunyi orang mandi dalam bilik air. Bila saya jenguk, rupanya Pokok mandi dengan baju2 dia skali sambil menangis. Terkejut sebab saya tak pernah tengok Pokok macam tu. Saya pelvk dia, tanya kenapa.
Dia cakap kenapa hidup dia tak berjaya macam saya dan orang lain? Dia dah usaha cari duit, tapi tak kaya2 pun. Kawan2 dia yang berniaga lepas dia pun dah kaya. Ah rupanya selama ni dia terkesan jugak bila tengok saya bagi duit.
Dia rasa rendah diri. Saya tatau nak cakap apa. Malam tu kami sama-sama nangis sebab saya tak boleh tengok orang menangis..tiba2 jadi nangis jugak. Saya kata, jom kita solat. Malam yang panjang.. Penuh airmata.
Lepas peristiwa tu, saya mula uruskan hutang2 saya sebab saya nekad untuk berhenti kerja. Saya nak selesaikan hutang, pastu saya nak berhenti, join Pokok buat bisnes. Biar kami usahakan sama-sama.
Dipendekkan cerita, lepas 3 tahun saya berjaya bayar semua hutang saya kecuali loan rumah.
Dengan sedikit simpanan, saya berhenti kerja dan buka perniagaan baru dengan Pokok. Bukan benda yang senang. To be honest pendapatan saya dan Pokok tak hebat pun, tapi kami semakin rapat. Cukup-cukup saja untuk kami berdua, tapi kami bahagia.
Gduh? Takde gduh yang serius pun. Kami banyak ketawa bersama walau dalam akaun tinggal seringgit. Haha..
Dan sekarang Pokok betul2 dapat tanggung saya. Dia yang bayarkan loan rumah. Banyak benda yang saya nak, Pokok dapat belikan. Pelik tapi benar. Kalau dulu saya nak apa saya beli sendiri. Sekarang, tiba2 ehhh… Sampai hadiah..
Kami kerja biasa2, banyak doa semoga Allah permudahkan rezeki. Bila berniaga, kebergantungan pada Allah jadi lebih (untuk saya la sebab dulu saya rasa terjamin dapat gaji). Tak juga jadi kaya macam founder2 tu.. Haha.. Tapi Alhamdulillah.. Hidup lebih tenang.
Dulu susah nak solat jemaah kat rumah, sekarang dah boleh. Takde la lumba2 dengan orang. Takde nak sentap orang share apa2 pun..Bahagia dengan cara kami sendiri.
Ada duit, beli.. Takde duit duduk diam2. Sekarang pendapatan saya 1/4 dari dulu, tapi masih boleh bagi mak duit bulan2, boleh sedekah. Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya.
Saya tak suruh orang lain buat macam saya. Orang minta tips rumahtangga pun saya tak berani nak bagi sebab kasut kita tak sama. Cuma saya perhatikan, jika kita sentiasa dahulukn Allah, hidup lebih tenang dan teratur.
Bila kita saling menyenangkan hati pasangan, tak berkira, memudahkan urusan.. Urusan kita pun dipermudahkan. Bila kita sedekah time kita pun susah, Allah gantikan dengan nikmat2 yang kita tak jangka.
Dengan sisa2 umur yang ada ni, semoga kita sama2 doa yang baik-baik. Life is short. Elakkan jadi netizen yang tau nak kecam saja. Pening baca kadang2. Segala benda tak kena. Haha..
Jom jadi orang yang lebih baik sempena tahun baru ni. Itu saja la kot nak share. Kang panjang2 korang bosan pulak baca. Semoga bermanfaat.
Ini antara reaksi netizen untuk kisah ini.
Norizan.Salam,
Wah… respek. Sempat juga dok dengan mertua 3 tahun. Makcik dok dalam sebulan dua jer, lepas tu terus cari rumah sewa. Tak sanggup… hehehe… menantu tak mithali.
Apa pun, betul, bila kita redha, kita syukur apa yang kita ada, kita lebih bahagia.
Duluuuuuuuuuuuu masa makcik diuji macam macam, makcik rasa kuat dan rasa tabah jer untuk harungi apa apa saja dugaan dalam hidup.
Now, hidup makcik dah selesa, dan tenang tenang saja, makcik rasa takut pula dengan dugaan yang akan datang (saakit dan kehilangan itu ini)
Apa pun, kita doakan yang terbaik saja la untuk diri kita dan keluarga sebelum ajal menjemput kita.
“Abang, kalau nanti mama tak ada, abang jadi anak sulung, jaga adik adik. Mama dan abah ada sedikit harta, berbahagilah dengan adik adik elok elok. Jangan lupa kakak bla bla bla…”
Pagi tadi makcik tinggalkan pesan buat anak teruna makcik gitu.
Dan makcik juga pesan…
“Kalau mama saakit terlantar dah tua, kalau abah nak kawin baru, abang kena jaga mama dan jangan biarkan mama bla bla bla…”
Hahahaha…. sempat lagi tu…
Semoga kita bahagia dan dipermudahkan hidup… Kita doakan yang terbaik, tetapi kita juga bersedia jika ada kemungkinan yang terburuk.
Kita meletak semua kepercayaan pada Allah dan pada orang yang kita paling sayang. Jika kepercayaan kita dikhianati manusia, kita kena percaya, kita masih ada Allah.
Jika doa ini diizinkan, makcik nak meningg4l dulu dari suami atau anak cucu. Izinkan makcik merasa jadi nenek dan melihat anak anak makcik bahagia.
Bila kita CINTA seseorang, bukan bermakna kita akan sayang sentiasa.
Ada hari kita akan suka, sayang sangat.
Ada hari kita akan benci dan jadi musuh dengan dia.
Ada hari kita akan rindu sangat dia, ada hari kita menyampah tengok muka dia.
Ada hari kita bergurau senda, ada hari kita bergduh pula.
Itu cinta sebenar dalam rumah tangga.
Kan ?
Insyirah.MasyaAllah tabarakallah.
Sungguh. Bila Allah tangguh doa, Dia akan bagi di waktu yang terbaik atau Dia gantikan dengan yang lebih baik.
Mungkin doa Pokok tu Allah tak bagi jadi kaya tapi Allah gantikan dengan hubungan kalian bertambah erat.
Boleh solat jemaah kan. Bayangkan kalau kaya, busy bisnes kadang nak solat berjemaah pun kena mujahadah.
Moga Allah pelihara jodoh kalian sehingga ke Syurga
Ain. Awal perkahwinan sy dulu…sgt penuh dgn gelora, banjir dgn airmata sampai emak sy suruh sy berceraai saja krn kesiankan sy.
Sy minta pendapat ‘the wise man’….ayah saya. Kata ayah
‘Ada sebab kenapa Allah jodohkan kamu berdua.
Kalau kamu boleh bersabar, satu hari nnti, kamu boleh tahu apa hikmahnya’
Skrg sy usia perkahwinan dah 32 tahun. Zaman gelora dah berlalu, skrg sy sgt tenang, sgt bahagia dgn kehidupan ini.
Mujur sy memilih utk pegang nasihat ayah… mungkin masa yg agak lama utk nikmati bahagia itu tp sesungguhnya kemarau setahun boleh hilaang dgn hujan sehari….. Alhamdulillah… terimakasih ayah….