Isteri enggan bersama sbb pengidap v4ginimus, bertahun2 aku sabar akhirnya isteri sruh khwin lain

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Sedikit pengenalan, aku seorang suami, bekerjaya profesional dan baru berkahwin setahun lebih. Aku dan isteri rakan sekuliah, kami berkahwin suka sama suka setelah bertahun2 menyulam kasih.

Isteri aku adalah salah seorang penghidap vaginimus. Bagi yang tidak tahu, vaginismus ialah disfungsi (ketidakfungsian) sksual di mana wanita mengalami ketakutan dan rasa cemas yang mengakibatkan kekejangan otot bahagian intiim secara spontan, ksaakitan yang tidak teratasi seterusnya menghalang hubungan intiim berlaku. Kekejangan otot yang berlaku adalah luar kawal.

Dalam laporan Harian Metro 15 Oktober baru2 ni, hampir 4 hingga 47 peratus wanita di dunia mengalami vaginismus. Di malaysia sendiri sebenarnya bukan sedikit yang menderita tetapi hanya berdiam tanpa mendapatkan rawatan kerana malu. Ada yang menderita 4, 5 malah lebih 10 tahun, jauh lebih teruji berbanding aku & isteri.

Aku petik lagi di antara petikan dalam akhbar tersebut (maaf aku selitkan berita sebagai info) : Harian Metro, 15 Oct 2019 : Malu dengan keadaan diri menyebabkan ramai pesaakit vaginismus tidak mahu mendapatkan rawatan. Lebih menyedihkan, ada kalanya golongan ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh doktor sehingga rawatan secara menyeluruh tidak dapat dilakukan. Akibatnya ramai pesaakit menderita dalam diam.

Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani vaginismus adalah kondisi apabila otot pelvik mengalami kekejangan (muscle spasm) ketika penetrasi berlaku ke dalam faraj. Ia bukan sahaja membabitkan penetrasi ketika hubungan kelamin, tetapi pemeriksaan ginekologi mengguna jari atau spekulum serta penggunaan tampon ketika haid.

“Vaginismus terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder. Vaginismus primer dikatakan berlaku pada mereka yang tidak pernah mengadakan hubungan sksual manakala sekunder pula bagi yang pernah mengadakan hubungan sksual yang normal, tetapi disebabkan perkara tertentu seperti infeksi pada faraj, selepas kelahiran bayi yang traumatik serta pernah dinoda, mereka menjadi takut dan mengalami vaginismus,” katanya.

Vaginismus lazimnya didiagnos berdasarkan penceritaan pengalaman pesakiit itu sendiri.

“Pada tahap awal, wanita berasa takut untuk pemeriksaan ginekologi, tetapi apabila dipujuk dan ditenangkan pemeriksaan dapat dilakukan. Tahap serius apabila wanita mengelak dengan mengangkat punggung serta menutup paha ketika pemeriksaan vagina, manakala pada tahap akhir wanita menangis serta menjerit-jerit tidak mahu pemeriksaan dilakukan ke atas mereka.

“Apabila keadaan ini berlaku kami mendiagnos mereka sebagai vaginismus dan perlu mendapatkan rawatan sama ada fisioterapi, ubat-ubatan atau psikoterapi,” katanya.

Rawatan terhadap penghidap vaginismus terbahagi kepada dua iaitu rawatan fizikal dan rawatan psikologi:

Rawatan fizikal:

-Fisioterapi otot pelvik.

-Teknik pernafasan.

-Menggunakan ubat-ubatan tahan saakit, ubat penenang serta ubat membantu elak kekejangan otot.

-Sentuhan dan dilatasi.

Rawatan psikologi :

-Melakukan terapi kognitif tingkah laku (CBT).

-Memberi pendidikan sksual (anatomi).

-Mengajar teknik pernafasan dan bertenang bagi mengelakkan panik vagina.

-Bagaimana mengekalkan peneterasi tanpa ksakiitan.

Aku dan isteri sebenarnya baru beberapa bulan mencari info tentang ‘vaginismus’ melalui google, youtube, buku dan majalah.

Ok, sekarang cerita perihal aku dan isteri. Sebelum tu aku nak tegaskan, apa yang aku sampaikan ini adalah mewakili diri aku saja, bukan semua lelaki. Aku tiada niat nak tunjuk baik, sekadar untuk berkongsi info berkenaan masalah ni dan menjawab beberapa persoalan biasa, dari sudut pandang seorang suami.

Masa aku baca link Harian Metro tu di fb, aku baca sekali komen daripada kebanyakan lelaki, hampir semua bercakap solusi yang sama iaitu – poligami. Salah satu komen tu cakap izinkanlah suami kawin lain demi keadilan kepada suami.

Pandangan peribadi aku, ini bukan soal keadilan. Ini soal penykit atau biologi yang tidak normal. Yang perlukn rawatan ialah isteri, bukan suami. Kalau orang tanya aku, mahu ke aku berkahwin lain/poligami? Aku pilih TIDAK dan aku jujur. ‘Tidak’ bukan maksud aku menolak hukum, tapi tidak berkeperluan buat diri aku pada masa sekarang.

Andai aku berpoligami, adakah masalah akan selesai? Setakat untuk ada isteri lain bagi keperluan batin aku mungkin selesai lah, tapi masalah wife aku mungkin akan kekal di takuk sama. Walaupun aku lelaki normal, aku tak mahu letakkan nafsu sebagai perkara paling atas dalam perkahwinan, sebab perkahwinan itu sendiri sangat besar tanggungjawabnya. Kalau dibuatnya isteri kedua turut berpenykit tak mampu layan aku, aku nak buat apa? Kahwin kali ke3?

Itu belum campur hal2 urusan hidup yang perlu dihadap bila beristeri lebih. Giliran rumah sana rumah sini, kerenah bini sana kerenah bini sini, mertua sana mertua sini, kampung sana kampung sini.. Aku juga seorang suami yang jenis sama-sama buat kerja rumah dan pastikan rumah sentiasa kemas bersih, maka aku dah terbayang betapa penatnya menguruskan 2 buah rumah.

Belum masuk bab nafkah duit masing2, aku bukan kaya raya pun sekadar sederhana selesa. Maka dengan itu, ada seorang isteri, sebuah rumah, satu keluarga mertua selain keluarga sendiri sudah cukuplah memenuhkan kepala otak aku. Sebut poligami memanglah seronok. Aku pun lelaki. Tapi kau ingat poligami tu semudah ABC?

Tak dinafikan ada pasangan yang gagal mempertahankan perkahwinan disebabkan masalah ini, atau pun si suami memilih jalan berpoligami juga. Seperti aku kata tadi, aku hanya cerita kisah aku. Lain orang lain kisahnya, terpulang masing2 untuk memilih dan aku tidak berhak komen.

Aku pegang prinsip dalam perkahwinan iaitu cinta, ikhlas, tanggungjawab dan hormat. Cinta, untuk aku terus rasa bahagia dalam relationship. Ikhlas, untuk aku terima kekurangan dia seadanya. Tanggungjawab, untuk aku penuhi hak2 dia sebagai amanah buat aku. Hormat, supaya dia terus berada di tempatnya, tidak diambil ksempatan, dicuraangi atau disakiiiti.

Nak kata aku baik sangat tidaklah, romantik jauh sekali (tak pernah seumur hidup aku buat pick up line untuk wife). Aku manusia biasa yang ada kekurangan, sebab itu aku semat prinsip2 ni untuk kekalkan keharmonian marriage aku.

Bagaimana keperluan fitrah kami? Aku sebut ‘kami’ sebab seorang isteri walaupun menghidap vaginismus bukanlah bermakna tiada keinginan, cuma hubungan intiim tidak dapatlah berjaya sepenuhnya, tapi tidak juga bermakna tidak ditunaikan langsung. Rasanya kurang manis untuk aku ceritakan kepada umum tetapi aku mahu menjelaskan bahawa vaginismus bukan titik noktah yang membuatkan pasangan suami isteri menderita batin.

For a husband and a vaginismus wife, there are a lot of ways to enjoy, satisfy and pleasant each other without intercourse. Sebenarnya aku agak pelik bila terbaca komen2 di salah satu post bahawa sukar dan tidak logik untuk mereka percaya suami2 setia wujud, malah tak segan silu ‘menuduh’ pastinya suami sudah ‘makan luar’ atau suami tidak mampu. Kalian tertawa seolah2 penykit ini terlalu lucu atau mengarut. Commenters nya adalah para wanita sendiri. Apa kamu fikir spesis suami2 kamu sahaja wujud dalam dunia ni?

Adakah aku ok dengan life begini? Yes I’m fine with it. Aku bahagia melayari hidup dengan orang yang aku cintai sejak dulu, orang yang terima aku seadanya sejak zaman aku tiada apa2,orang yang pernah bersusah senang dan bersabar menunggu aku sekian lama untuk menghalalkan dirinya, orang yang sudah aku niatkan untuk habiskan masa bersama hingga hujung usia.

Dia yang aku kenal dan percaya akan sanggup menjaga aku sekiranya musibah menimpa aku, maka aku perlu berbuat perkara yang sama pada dirinya. Isteri sangat baik, dia tak nak aku menderita batin, dia izinkan aku kahwin lain tapi aku tak mampu cinta wanita lain selain dia.

Buat masa ini isteri aku sedang cuba fokus untuk pulihkan diri. Kami sudah jumpa doctor, tapi masih belum cukup membantu kerana doctor tersebut hanya minta isteri fokuskan ubah mindset tentang ksakiitan dan tiada mencadangkan plan rawatan yang lain. Doctor kedua pula juga kurang membantu, malah seakan memperlekehkan masalah isteri dan menyindir isteri tak tunaikan tanggungjawabnya.

Sejak itu isteri aku jadi agak ‘trauma’ nak dapatkan rawatan. Ada juga dia join 1 group fb ‘vaginismus awareness’, banyak info yang membantu. Ramai yang mencadangkan supaya isteri berlatih menggunakan sejenis radas, review katanya ramai juga yang sembuh selepas cuba berlatih.

Kami masih dalam peringkat survey2. Aku pun sedang cuba mencari info doktor atau klinik yang menawarkan rawatan secara khusus, kalau boleh yang dekat dengan kami.

Isteri pernah sarankan supaya dia ambil pil tidur saja biar dia dalam keadaan tak sedarkan diri, tapi aku tolak cadangan tu. Entahlah kenapa, aku rasa pelik dan tak sanggup pulak..tambah2 lagi isteri memang selalu rasa down dan malu disebabkan masalah ni, aku pulak tak sanggup tengok dia sakiit dalam masa yang sama aku tak mau lah dia terus stress.

Teringat confession sebelum ni yang beliau berjaya pregnant walaupun masih dalam keadaan vaginismus. Mungkin ada yang pelik, aku pun baru2 ni je cari info pasal ni. Rupanya term ini dinamakan ‘SPLASH PREGNANCY’. Nak mudahnya aku copy definition drp google :

‘The term splash pregnancy refers to a phenomenon where no actual penetration occurred but ejaculation at the vicinity of the exterior of the vagina propelled the sperm to the ovaries. In some c4ses, sufferers of vaginismus can still have vaginal delivery’

Isteri aku teruja benar masa dapat info ni dulu, maklum je lah dah tentu dia sedih bila diajukan soalan berkenaan anak daripada orang sekeliling.

Aku pun tumpang gembiralah, sebab at least nampak sedikit harapan buat pasangan seperti kami untuk dapatkan zuriat.

Bohong lah kalau aku tak nak anak, tapi aku tak mau bebankan fikiran dengan rasa stress. Rezeki masing2 tak sama, kalau tak sebab vaginismus pun ramai pasangan diduga lambat dapat zuriat. Bukankah Allah itu sebaik2 perancang?

Inilah perkongsian daripada aku. Kalau ada yang kecam ke, tak percaya ke, terpulanglah..Aku yakin Allah duga kami bersebab. Dan aku hanya nak sebarkan pengetahuan supaya lebih ramai alert dengan perkara ni.

Buat isteriku (abang tau sayang baca), abang mohon berhentilah bersedih dan rasa rendah diri.. Percayalah yang abang sangat mencintaimu & menerima kekuranganmu dengan lapang hati..

Sayang tidak kseorangan, ramai di luar sana sedang berjuang bersama sayang. Kita akan terus usaha & doa bersama, abang yakin sampai masanya sayang akan sembuh, insya’Allah..

KISAH KE 2 ini adalah masalah dan penykit yang sama. Tetapi beliau berjaya pulih dengan….

Assalamualaikum, terima kasih sekiranya confession ini disiarkan.

Maaf sekiranya ada yang rasa confession ini patut ‘cens0red’ atau patut masuk KRT. Saya buka cerita ini kerana tiada niat lain, sekadar membuka mata masyarakat bahawa ‘penykit’ nan satu ini memang wujud. Dan saya pilih ruangan ini sebab saya percaya pembaca lebih bijak menilai.

Saya bekas penghidap ‘penykit’ tersebut, vaginismus. 1 masalah yang jarang disebut malah diketahui umum. Para doctor mungkin sedia maklum. Secara umum, ‘penykit’ ini merupakan satu masalah yang turut dikenali sebagai ‘mati putik’ di kalangan wanita. Saya mengalami masalah tersebut selama 4 tahun. Ya, 4 tahun.

Awal perkahwinan saya juga adalah di era internet belum menyeluruh. Fb twitter segala bagai pun belum sampai ke Malaysia. Media cetak juga tak banyak pendedahan.

Saya dan suami pula tinggal di luar bandar. Kalau boleh menggoogle hanya curi-curi waktu kerja itupun tak sempat mana, dengan talian internet yang tak berapa nak laju.

Saya usahakan untuk cari dan kumpul info. Ada sedikit web yang menerangkan masalah tersebut, itu pun kebanyakannya dari barat. Saya cuba cari info dari skop tempatan, ada juga sedikit di ruangan forum dan soal jawab bersama doctor.

Ternyata benar, saya mengalami masalah itu. Saya tidak kseorangan, ada di luar sana senasib saya namun tidak ramai. mungkin juga malu untuk bersuara. Malah seorang doktor pakar mengesahkan seorang pesakiitnya menderita masalah tersebut selama 9 tahun.

Ada yang berpunca daripada trauma (pernah dirog0l dan sebagainya) atau hadir sendiri tanpa dapat dikawal. Ada yang sembuh sendiri, ada yang perlu rawatan dan terapi.

Ada juga berkait dengan psikologi, perasaan seriau luar kawal dan sebagainya, tapi mengatasinya sendirian tanpa rawatan atau terapi tidak semudah yang disangka.

Saya sendiri tidak pasti prosedur rawatan yang sebenar, tapi daripada pembacaan saya bagi k3s yang kritikal ada doctor akan menyarankan prosedur pembed4han.

Apabila menjengah ruangan forum di internet, membaca luahan penderita senasib saya, saya tersentap melihat respon daripada pembaca lain. Ramai yang tidak percaya.

Ramai mengecam. Ramai yang kata kami mengada2kan cerita. Kalau forum sesama wanita, nasihat yang diberi lebih kepada meminta penderita rileks dan bertenang saja tapi dalam maksud seperti ‘merepek, tak kan itu pun kau tak boleh buat?’.

Forum sesama lelaki pula lebih memedihkan.
‘kau paksa je bini kau tu.Bini apa tak mau tunaikan tanggujawab’
‘kau kawin lain je lah
‘apa yang susah sangatnya?mengadalah bini kau tu’
‘dasar isteri derhaka’

Benarlah, hanya yang mengalami mampu memahami.

Penerimaan2 sebegini menjadikan saya semakin rendah diri. Maka rahsia tersebut terus dibiar tertutup bersama suami.

Saya tak mampu meluah, saya sangat malu, saya bimbang ditertawakan, saya bimbang tiada yang percaya. Hanya suami yang memujuk untuk terus bersabar dan mencuba.

Jangan ditanya mana datang sabar suami, saya tiada jawapan. Yang saya tahu, Allah sedang uji saya, dan Allah juga sedang mengurnia saya seorang peneman hidup terbaik.

Keluarga, rakan saudara mara pula tak henti bertanyakan tentang anak. Saya jawab saja belum rezeki. Namun Allah saja tahu terhirisnya saya, jangan katakan anak, kalaulah mereka tahu bahawa menunaikan tanggungjawab sepenuhnya terhadap suami pun saya tidak mampu

Tak terungkap bagaimana rasa rendah diri itu menghantui fikiran. Saya seolah2 bukan wanita sebenar, rasa kekurangan dan aib yang tidak tahu mahu diceritakakan bagaimana

Ada masa terlintas dalam hati, saya disihirkah? Sihir pemisah memang wujud. Tapi kalau ya, angkara siapa?setahu diri kami tiada musuh.

Kami usahakan berubat alternatif. Cari pusat perubatan Islam. Allahu, ditentukan ustaz tersebut menjadi saksi pertama rahsia rumahtangga kami. Melalui sedikit rawatan, kami dikatakan tiada tanda disihir. Mungkin masalah biologi atau psikologi dan kami diminta untuk tingkatkan usaha.

Ya saya gandakan usaha, solat hajat, doa tak putus. Cuba bertenang, buang rasa takut, semualah saya buat. Namun masih tidak berjaya. Saya buntu, benar2 buntu.

Berubat moden? Ya, saya cuba usaha. Awal2nya saya keliru, siapa patut saya jumpa? Bolehkan dengan doctor biasa atau perlu ke pakar? Pakar sakiit puan atau psikatri?

Rujukan di internet waktu itu tak banyak menyarankan langkah yang paling tepat, lagi2 di Malaysia sendiri. Kalau di luar negara banyak jugalah maklumat. Kalau nak jumpa doctor pakar kerajaan, hanya di hspital besar.

Prosedur nya pula perlu surat rujukan daripada doctor biasa. Aduh, hanya yang mengalami boleh faham betapa beratnya untuk menyampaikan masalah itu mengikut saluran pelbagai peringkat.

Doctor biasa-petugas hspital-jururawat -doc pakar bla3..sebolehnya saya mahu elakkan. Bagaimana pula kalau di hspital swasta? Prosedurnya pula?Bagaimana kos konsultasi dan rawatan, mampukah kami?

Saya tidak ada idea. Hendak pergi kepada pakar yang terkenal di media, nun jauh di ibu kota. Jangan kata ibu kota, bandar utama dan ibu negeri sendiri pun agak jauh dari tempat tinggal kami.

Komitmen kerja,masa, jarak, kos, prosedur dan sebagainya menjadikan usaha bertangguh dan terbantut. Dan sungguh, masa itu saya langsung tidak tahu wujudnya doctor pakar di klinik persendirian dengan prosedur konsultasi jauh lebih mudah.

Saya sangka hanya di hspital. Tolong jangan pertikai, saya dah kata zaman itu informasi tidak semua dihujung jari. Bukan macam sekarang, nak goreng telur pun boleh tengok youtube.

Oh ya, maklumat tambahan. Penderita vaginismus sebenarnya masih mampu hamil. Mustahil? Tiada yang mustahil atas izin Allah.

Melalui rujukan saya memang ada membaca ulasan doctor dan pengalaman penderita mengenai kebarangkalian tersebut.

Namun untuk menjadikan berjaya tidaklah mudah. Nasib. Saya pernah terbaca artikel di internet, walaupun berjaya hamil dan melahirkan, namun penykit tidak semestinya sembuh.

Lalu kami terus melalui fasa ‘honeymoon’ cara tersendiri, dengan kekurangan maklumat sedar tak sedar masa pantas berlalu. selepas beberapa tahun, kami sepakat membeli rumah pertama.

Alhamdulillah, rumah semi-d dengan harga mampu milik yang masih dalam pembinaan berjaya kami miliki, dengan proses pembelian berjalan cukup lancar dan mudah.

Saya anggap itu kurnia Allah di sebalik ujian Nya. Suami pula anggap rumah itu ‘baby’ kami. Ya, kami memang berhabis untuk ‘baby’ tersebut. Wang, masa, tenaga.

Kami mahu kediaman kami selesa. Kami cukup teruja merancang dekorasi dan pengubahsuaian. Topik rumah saja yang menjadi bualan harian. Dalam pada itu saya berniat, selesai urusan rumah kelak, saya mahu mula focus untuk dapatkan rawatan.

Saya bercadang untuk berjumpa gynea dan saya juga sudah kenalpasti klinik pakar tersebut, tunggu masa sesuai sahaja. Suami setuju.

Tibalah waktu berpindah. ‘Baby’ dah siap, yeay. Bahagianya hati macam dapat anak sulung hehe.. Ok mungkin saya sekadar memujuk diri. Tiba2 saya rasa ada yang tidak kena.

Tersedar haid sudah lewat begitu lama, kerap berasa pening dan mual sehingga saya berangan, hamil kot aku ni? Tapi rasa mustahil pula, sebenarnya takut untuk berharap.

Sedangkan masalah itu belum berakhir, mungkinkah Allah pilih saya untuk diberi ‘keajaiban’ itu? Berdebar saya melakukan ujian UPT. Positif. Suami pula takut untuk percaya, takut harapan palsu. Maka tanpa berlengah kami ke klinik, ujian UPT lagi sekali termasuk scan, doctor mengesahkan saya memang hamil 10 minggu.

Nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan?

Tak terucap rasa syukur. Bagai tidak percaya Allah izinkan keajaiban ini ke atas kami. Dalam pada itu saya sedikit gentar. Saya ada terbaca pengalaman seorang wanita barat di internet.

Barat yang lumrah dengan budaya sks sebelum nikah, namun ‘confessor’ tersebut mengakui mahu mempertahankan ksuciannya hanya pada suami.

Dan sama sekali dia tidak menyangka akan berdepan masalah itu. Mungkin disebabkan budaya sana yang lebih terbuka, beliau tidak lewat mendapatkan rawatan.

Sessi terapi dan sebagainya akhirnya beliau sembuh dan hamil. Namun apabila beliau memaklumkan keadaan asalnya pada gynea, pengalaman lamanya itu tidak diberatkan oleh pakar malah dikatakan beliau tidak akan menghadapi masalah sewaktu melahirkan.

Tetapi sebaliknya terjadi. Beliau menghadapi trauma bersalin disebabkan birth canal yang sempit.

Bagaimana pula nasib saya? Adakah saya akan menempuh pengalaman yang sama? Maka saya dan suami bersetuju untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, iaitu gynea yang saya maksudkan tadi.

Klinik nya jauh juga di pusat bandar tapi itu sudah cukup baik daripada saya perlu travel ke ibu kota. Saya juga sudah terfikir, andai tiba waktunya dan saya bersalin di hspital kerajaan, bagaimana untuk saya beritahu pada doktor keadaan sebenar saya?

hspital kerajaan tak boleh pilih2 doktor. Bagaimana cara terbaik untuk saya maklumkan kepada petugas ksihatan yang bakal mengendalikan kelahiran saya kelak?

Adakah rahsia saya bakal jadi kontroversi? Saya sedia maklum proses yang bakal ditempuhi oleh wanita yang mahu melahirkan, bagaimana saya mahu menjalani semua itu?

hspital swasta pula hanya di pusat bandar, jauh dari tempat saya, tapi nampaknya itu pilihan terbaik yang saya ada. Gynea yang saya pilih diharap memahami masalah saya.

Maka berusalah kami mengumpul wang semula yang sudah banyak habis untuk rumah baru dahulu. Setiap masa saya berdoa agar tidak berlaku kecemasan sehingga tiba waktu saya melahirkan memandangkan jarak agak jauh yang perlu saya lalui untuk ke hspital.

Saya masih ingat peristiwa konsultasi pertama saya dengan gynea tersebut. Bergenang air mata saya mengadu masalah yang dihadapi.

Perasaan malu saya buang ketepi, bimbang juga ditempelak kerana lewat mendapatkan rawatan. Nyata saya tidak salah pilih, tenang pakar tersebut memahami dan mengiakan k3s saya.

Malah bukan pertama kali dia berdepan dengan k3s seperti ini. Pemeriksaan fizikal (VE) dibuat, Allahu sakiitnya tak terucap. Namun beliau berpendapat saya kemungkinan tidak terlalu sukar untuk melalui proses kelahiran yang normal.

Tapi disebabkan saya hamil, prosedur rawatan tidak sesuai dilakukan. Beliau sekadar memberi tips untuk lebih rileks dan sebagainya dan tunggu sehingga saya bersalin. Sekiranya selepas pantang masalah masih berulang, saya diminta datang semula untuk memulakan rawatan.

Dan Alhamdulillah, saya akhirnya menghadapi proses kelahiran bayi sulung tanpa sebarang komplikasi. Syukur Ya Allah..

Selesai pantang, saya berdebar2, masih adakah masalah itu? Saya benar2 berharap ia sudah berakhir. Namun ia tidak, perubaan demi percubaan masih gagal. Kecewanya saya

Sakiit bersalin pun saya dah mampu tempuh, mengapa saya masih gagal untuk melakukan itu?? suami seperti biasa, masih bersabar, sudah terbiasa barangkali.

Mahu berjumpa doktor untuk mulakan rawatan, namun suami menasihatkan untuk cuba dahulu secara semulajadi, untuk beberapa bulan.

Usaha dan terus usaha, akhirnya saya dapati masalah itu hilaang sendirinya sepenuhnya selepas 5 bulan melahirkan anak. Terima kasih ya Allah

Kini saya melalui kehidupan suami isteri yang normal. Saat confession ini ditulis, saya sedang sarat menantikan kelahiran cahaya mata ke4. 🙂

Saya tidak tahu apa yang anda fikir sekiranya confession ini dibaca. Andaikata ada ‘pembawangan’ seperti di forum satu masa dahulu, saya tidak kisah pun. Saya ucapkan terima kasih in advance atas pahala yang ditransfer. Hehehe.

Dalam pada ramai yang masih tidak percaya, ketahuilah bahawa masalah ini sememangnya boleh terjadi kepada sesiapa pun, boleh jadi sahabat terdekat atau ahli keluarga anda sendiri. Cuma si penderita kebanyakan memilih untuk berahsia atas faktor aib yang tak sanggup dikongsi.

Jangan mudah menghukum sekiranya tidak pernah mengalami. Sekiranya ada penderita lain di luar sana sedang melalui pengalaman ini, nasihat saya berjumpalah pakar dengan segera. Rujukan & perkongsian pengalaman melalui melalui media juga rasanya sudah semakin mudah didapati sekarang, berbanding zaman saya dulu.