Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Terima kasih pada admin jika kisah saya ini disiarkan. Saya seorang suri rumah tangga mempunyai 2 orang anak yang comel. Perkahwinan saya baru berusia 2 tahun. Kami bernikah kerana saya hamil luar nikah iaitu anak sulung kami.
Sebelum nikah terlampau banyak liku yang saya tempuh hanya kerana ingin si ayah yang telah menjadi suami sekarang untuk bertanggungjawab.
Saya tiada pilihan untuk menikah dengan dia atau anak saya nanti akan diberi orang. Kata dua yang ibu bapa saya beri. Pilihan yang amat susah nak2 lagi saya sudah jtuh terlampau sayangkan anak masa tu.
Alhamdulillah kini saya sudah bertaubat dan mula solat dan menunaikan segala perintah Allah dan meningg4lkan larangan Nya. Tapi sebaliknya sang suami yang masih tidak solat dan seolah tidak bertaubat atas dosa zin4 yang kami buat semasa sebelum nikah.
Dia juga seorang yang ketagih bermain game dan menonton p*rnografi baik yang real human atau henta*. Suami hanya fungsinya pergi kerja balik kerja. Segala urusan rumah hal anak2 bayaran bill2 urusan2 rasmi diuruskan saya.
Ketika balik kerja suami hanya akan makan dan terus bermain game sehingga lewat malam dan mula la menonton p*rno. Ya silap saya, saya terlampau memberi kebebasan untuk dia menonton p*rnografi dan bermain game terlampau lama.
Kerana saya sedar yang kami menikah hanya kerana anak dan saya juga seorang yang berisi. Suami pernah kata yang dia tidak berselera dengan saya sebab tu dia mahu menonton p*rno.
Bermain dengan anak2 sangat la sekejap. Hanya pluk c1um dan dia akan bermain game sehingga berejam2. Kualiti time dengan anak2 sangat la kurang.
Kadang anak2 yang akan panjat badan suami minta bermain tapi masa tu kebiasaan terjadi ketika suami bermain game. Jadi memang lah anak2 takkan dilayan.
Tapi sisi baik nya segala keperluan rumah dan anak2 dipenuhi. Alhamdulillah saya mampu manage kewangan dengan sebaiknya walaupun kadang pendapatan tidak mencukupi.
Atas sebab ini la saya bertolak ansur menguruskan semua hal rumahtangga. Tapi kini yang membebankan saya adalah satu hal ini, p*rnografi.
Ya.. Ketagihan suami ini masalah yang saya hadapi kini. Saya menyesal kerana terlampau memberi ruang untuk suami menonton.
Dia hanya perlu kata ‘abang tengok blue kejap’ dan dia akan keluar bilik walaupun pada masa itu saya sudah free dan anak2 sudah tidur.
Baru2 ini terjadi perang antara kami dan saya pulang ke kampung membawa diri dengan anak2. Lama juga dalam 2 bulan.
Dalam tempoh itu dia memujuk saya pulang dan berjanji macam2. Melihatkan kesungguhan nya itu saya berlembut hati pulang juga ke pangkuannya.
Antara janji nya dia akan tinggalkan p*rnografi dan berjanji untuk sentuh saya lebih kerap. Tapi hanya bertahan selama sebulan lebih sahaja dan kantoi apabila saya cek history google nya.
Remuk sungguh hati. Janji2 yang lain juga memang tak dibuat. Erti kata lain segala janji yang ditabur langsung tidak tertunai.
Bab lain2 tu saya boleh toleransi lagi kerana faham suami berkerja dan saya hanya suri rumah sepenuh masa. Walaupun memang letih lah tapi bab2 urusan rumahtangga saya memang dah redha. Bab p*rnografi ni saya memang sedih dan saakit kepala fikir.
Untuk pengetahuan semua suami berkerja shif. Sekejap malam sekejap siang. Dan saya sangat bahagia dan cukup rehat andai suami berkerja kerana saya qada balik tidur2 saya yang saya korbankan ketika suami cuti.
Ini kerana ketika suami cuti saya akan bersengkang mata tidak tidur menemani suami hanya kerana tidak mahu suami menonton p*rnografi.
Kebiasaan cuti, suami memang takkan tidur malam. Biasanya dia akan mula tidur waktu tengahari dan bangun sekitar jam 7 ke 8 malam.
Sepanjang malam suami akan bermain game atau menonton anime atau menonton p*rnografi. Anak2 pula biasanya akan tidur jam 11 malam ke 11 tengahari. Jadi bila suami tidur, anak2 pula akan bangun. Dan saya memang jadi tak cukup rehat.
Bila suami cuti tu saya mampu tidur sejam ke dua jam saja. Perkara ini berlaku selepas perang terjadi. Yelah, dia telah berjanji tidak mahu tonton p*rno. Dan dia memang sudah tidak bercakap nak menonton.
Tapi kantoi tengok juga ketika dalam tandas. Pada fikiran saya tidak mengapa lah dia menonton di tandas dari dia menonton menggunakan tv dan hp di ruang tamu. Oleh itu saya memang akan setiasa ikut kemana suami pergi. Jika dia kedalam bilik sy ikut. Ke ruang tamu saya ikut.
Saya mungkin boleh halang suami untuk tidak menonton di ruang tamu atau bilik tapi saya tidak mampu untuk halangnya ketika dalam tandas. Pernah ketika baru pulang setelah 2 bulan tinggalkan rumah, saya membersihkan kabinet tv.
Tengah lap2 tu tiba2 saya ternampak ada kesan seperti air mani di rak tv tu. Terus saya terbayang suami sedang buat perkara tak senonoh tu di tv dan melihat dengan jarak yang sangat dekat.
Sungguh sedih sangat saya pada hari itu. Oleh sebab itulah saya jadi paranoid sehingga sanggup tidak tidur semata hanya ingin pastikan suami saya tidak menonton p*rnografi. Selagi boleh kawal boleh pantau saya buat. Sehingga saya rasa terjejas kesihatan saya.
Nak kata tak bagi saya penuhi segala keinginan suami. Ketika dengan suami saya akan extra wangi2 dan pakai pakaian yang elok dipandang tapi begitulah..
Untuk berkomunikasi, suami saya jenis eg0 melangit. Susah untuk dibawa bincang.
Jika ada sesuatu saya utarakan walaupun sudah berlembut bahasa dan intonasi tetap suami akan rasa dia betul. Dan saya juga kurang keyakinan kerana mengenangkan kami hanya bernikah kerana anak.
Dan suami juga selalu menggunakan ayat ‘dah kita nikah pun sebab apa so jangan nak demand lebih la’. Ayat yang sering digunakan bila berlaku argument.
Macam mana ya untuk redha dan biarkan andai suami masih menonton juga di ruang tamu menggunakan tv? Saya seboleh nya tak nak macam ni.
Tapi bila saya cuba ignore cuba untuk tidur dan biarkan dia seorang diri di ruang tamu, saya jadi makin tak tenang dan tak boleh tidur.
Saya cuma nak sihat seperti orang lain. Kalau boleh beri pendapat saya terima dengan ikhlas walau apa jua komen. Bantu saya dengan solusi anda. Terima kasih
Ini antara reaksi netizen.
Aina. pada pendapat akak la…elok awak mula carik kerja dan bekerja..dan mula atur kewangan..Kita bina rumahtangga kalau boleh semua isi rumah kita nak sama2 didunia hingga ke syurga..kalau awak sanggup ikut dia ke hulu hilir untuk cegah dia tgok benda pepelik tu..
saya rasa elok awak sediakan diri untuk bimbing anak2 awak kearah kebaikan..kita x boleh ubah manusia lain..kita boleh berdoa..awak boleh doa dan amalkan solat hajat..
awak boleh beri masa pada dia..tapi..awak perlu letakkan had masa tu..supaya anak2 awak x terpengruh dengan perbuatan itu..
kalau rasa semakin sudah x selamat mungkin perceraaian adalah jalan terbaik. Perkahwinan perlu ada dalamnya ahli yang takutkan Allah..
kalau Allah pon sudah tidak dipeduli..apa lagi yang tinggal.sudah tidak ada beza manusia dengan haiwan. anak2 masih kecil masih boleh dibentuk..anak2 x boleh pilih sapa ibu/bapa mereka..tapi ibu/bapa boleh pilih siapa pasangan mereka
Izue. Sy baca pun boleh bayang stress & penat ment4l fizikal tt Dia cakap tak berselera dgn tt tapi selera pulak dgn makhluk dlm kaca tv sampai ke situ melepasnya astaghfirullah.
Memang tt takde sebut dera fizikal pkul2 semua, tapi suami dok ungkit2 seolah dia nikah sbb dipaksa so tt jangan demand sbg isteri yg terpaksa dinikahi, so kenapa tt bertahan dlm rumahtangga mcm tu eh? Hanya sebab keperluan rumah dipenuhi?
Takde masa main2 dgn anak isteri, ni lagi masa utk mendidik/membimbing, kena dera ment4l pulak tu dengar ayat2 menyakitkan. Tak hidup rumahtangga, tak nampak function keluarga.
So apa makna pertahankan perkahwinan ni? Dengan family pun tak supportive, paksa pula nikah dgn lelaki mcm tu alamatnya tt tersepit la. Cuma boleh kata tt la yg kena berani keluar dr keadaan menghimpit baik dr family or lelaki tu, it’s your call.
Tak sapa boleh bantu tt buat keputusan. Sama ada bertegas dgn suami sekerasnya or…. Semoga dipermudahkan
Zie. Perlu diingat bahawa dlm rumah tersebut ada 2 anak yg sedang membesar.