Isteri sentiasa nk me time smpaikn aku blk krja kena jaga anak smpai mlm sbb isteri nk rehat

Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum wbt semua. Mak Yang (MY) ikuti ruangan ini sejak PKP & MY lihat pengikutnya dari anak muda sampailah yang dah bersara.. Tahniah Admin. Baru2 ni MY baca pasal pasangan yang dating. Jika itu antara formula keutuhan rumahtangga pasangan (terutama yang muda),

Alhamdulillah kepada yang dapat cari masa berkualiti bersama2 seperti ketika bercinta.

MY dulu kerja kuat laki bini & sekarang barulah dating tiap hari sebab tinggal berdua di rumah. MY belum direzekikan bermenantu atau bercucu & mungkin kerana dah terlebih makan garam & boleh luang masa dengar luahan, maka ramai juga yang suka confess kepada MY.

Antara luahan yang MY terasa nak share ialah mengenai ‘me time’. MY baru tahu istilah ni dalam 2-3 tahun sebelum PKP. Kalau dating macam ‘we time’, MY boleh paham, tapi bab me time ni, MY sedikit keliru mengenai konsepnya bila dengar kisah seorang officer ni.

Dia sukar nak beri komitmen kalau kena outstation. Bila ada paper urgent pun susah nak stay back, ada deadline pun tak dapat beri kerjasama kerja lebih masa.

Bagi yang kerja Kerajaan atau ada kenalan, tentu tahu ada posting, ada Kementerian yang pegawainya kena kerja lebih daripada waktu rasmi.

Kadang bermusim, macam SPR sekarang sebab ada PRN. Ada yang around the clock, macam di Kementerian Ksihatan terutama dari awal pandemic.

Nature berkhidmat untuk Rakyat tidak mengenal lelah & masa. Cikgu pun sama, cuti sekolah pun ada yang terkorban. Bukanlah pegawai

Kerajaan sampai tiada masa untuk keluarga, tetapi keluarga juga kena paham bila pasangan ada ketikanya perlu mendahulukn urusan negara.

Jadilah pasangan yang supportive & tumpang pahala suami/isteri anda berkhidmat kepada masyarakat melebihi waktu kerja yang ditetapkan (which should not be too often). InshaaAllah gaji pasangan berkat & urusan anda sekeluarga sentiasa dipermudahkanNya.

Balik kepada officer tadi, En. Zaki (bukan nama sebenar). Dia ni bagus kerja, orang pun beradab, komunikasi & teamwork baik, tetapi tak dapat fulfil demand portfolionya yang memerlukn komitmen tinggi.

Satu hari beliau mengadap MY mohon tukar. On paper justifikasinya nak job rotation. Verbally, dia mengaku tak dapat beri yang terbaik kepada Jabatan & jawatan semasa.

Maka Zaki pun explain his beliefs & constraints. Tak tahu kalau MY salah faham, tapi apa yang diceritakan ialah begini – mereka define waktu untuk Pejabat ialah waktu rasmi Pejabat. Selebih tu waktu untuk dia bantu isteri menguruskan keluarga. Ok point taken.

Part yang MY tak berapa paham ialah, isteri Zaki kata suaminya di office enjoy banyak me time. Keluar makan dengan kawan2 masa lunch, dapat pergi tandas anak tak kacau, semua tu dikira me time.

Jadi bila balik kerja, Zaki kena jaga anak2 supaya isteri boleh mandi, solat & buat kerja rumah lain dengan aman. Hujah isteri, housewives tak pernah ada me time.

Isteri ni sentiasa nak suami ada lepas 6petang & weekend. Kalau keluar rumah beli apa2, tak boleh lama. Wife akan call bertubi2 kalau lambat sikit balik.

Sebab tu dia tak sanggup stay back, serabut nanti isteri call & selalunya akan berakhir dengan mengmuk, merajuk & menangis teruk kalau dia tak layan.

Dia orang muda, so MY nasihat ala Mak2, MY cakap sama sahaja pergi tempat lain pun, ada cabaran tersendiri. Kalau nak berjaya dalam kehidupan, kena pandai manage between kerjaya & perkara peribadi.

Persoalan Mak Yang – betul ke kita di Pejabat ni banyak me time? Kerja ni sebab tak duduk rumah, anak tak bergayut di kaki, dianggap me time kah? Istilah me time tu bukan kah lebih sesuai untuk aktiviti macam pergi spa, kita rest sorang, kosongkan minda?

Ok sambung lanjutan kisah Zaki.. MY pun sejak tu lebih aware pasal me time, dan ada lah staff yang muda2 ni cerita how they negotiate me time from their husbands. Baru MY tahu, bukan housewives sahaja, wanita bekerja pun demand me time.

Pergi bercuti overseas dengan colleagues, occasional gathering dengan kawan2 rapat dari sekolah.. Bagus.. bagus.. MY sokong selagi suami izinkan. Buatlah apa2 asal bahagia.

Para isteri pun bagitau MY, kan orang laki lagi banyak me time, keluar cycling, reunion, lepak kedai mamak, tengok bola.. ok.. ok.. betul jugak tu.

Tapi ada juga yang MY rasa tak make sense.. tak nak masak, semua beli; tak nak basuh/iron pakaian suami, semua dobi, so that the wife has more time to herself dan suami tu semput2 nak membayar..

Tak tahulah MY benda tu ok ke tak. Agaknya kalau tak pincangkan rumahtangga, ok lah tu, dah sepakat.

Bila bercakap dengan rakan sebaya, kami akur lah zaman dah berubah. Keadaan sangat berbeza.

Rutin kita dahulu, bangun 5 pagi prepare sarapan ringkas (bukan ada banyak kedai macam sekarang), basuh, sidai, bersiap, hantar anak ke pengasuh/taska, masuk traffic jam bagi yang kerja KL, punch card, pening kepala kerja & hadap kerenah manusia.

Bagi yang breastfeeding, masuk bilik file/store atau surau untuk pump susu waktu break.

Then punch out sambil bawak balik kerja yang tak sempat siap. Ambik anak, masak, mandi, solat, mengemas. By the time nak lurus badan, suara pun garau sebab macam Tarzan nak control anak2 yang gduh, yang jatuuh, yang tumpahkan atau pecahkan sesuatu..

Bagi yang ada anak kecil, bangun jugak malam susukan. Kadang2 esoknya macam mata pontianak pergi kerja. Merah menyala tak cukup tidur.

Bila anak saakit, kena monitor selalu takut badan panas sangat, layan dia meragam, masuk office tetap ingat call nursery bila waktu bagi ubat.. last2 macam zombie di Pejabat, tak cukup rehat, tapi tetap kena kuat.

yang dapat laki rajin tolong memang sangat beruntung, yang ada support system seperti keluarga tinggal berdekatan, lagi rezeki.

Kalau kena outstation, stay back, pandai2 hidup, kami tak mengadu atau surrender kat Boss tak boleh buat itu ini.. InshaaAllah ada saja bantuan yang Allah beri dari pelbagai arah.

Most of us accept dah tanggungjawab bila ada keluarga sendiri, semua kena tempuh, redho ajelah.

Tak terlintas nak me time sebab seniors & orang tua pun selalu ingatkan bersusah² dulu, bersenang kemudian. Bila fikir, memang kebesaran Allah kita ibu2 dapat mengharunginya.

Sampai masa (iaitu sekejap sahaja rasanya puluh tahun tu), anak2 pun makin besar, makin independent, masuk asrama, pergi University, start kerja & we have so much me time by then. Kitaran hidup budak hingga warga emas memang melalui fasa² sedemikian.

Panjang dah ni.. tapi kena habiskan alang2 weekend kena quarantine tak dapat pergi kenduri, harap2 ada manfaat dalam penulisan ni & disiarkan nanti.

Terkini pasal Zaki, selepas PKP demi PKP, jumpa dia semula. Of course MY tanya semua ok ke sekarang.. rupanya dah berceraai tahun lepas.

Terkejut betul MY sebab gaya dia masa minta tukar, memang amat sayang bini, sangat family man, etc.

Penceraaian sekarang macam tak boleh dibendung. Mereka yang meluah kepada MY hampir semuanya wanita, except 4-5 men, tu pun sebab nak minta tukar atau pinjam duit.

Beratus ceritanya macam yang selalu berkisar di ruangan confession ini. Tapi pasal Zaki, susah sikit MY nak brain. macam tak logik pun ada.

Sedikit yang Zaki kongsi, antara masalah utama ialah attitude atau pemahaman me time isteri dia tu. Isteri percaya dia lebih tenang & sihat dapat me time & akan jadi better mom & wife. For that, suami kena lebih involved urusan rumah & anak2 which will be good for marriage.

Suami gets dose of me time at the office.

Menurut Zaki, anak sulung & kedua dah masuk sekolah & tadika. Dia pulak semakin busy. Dia kejut, siapkan & hantar anak². Isterinya akan terus sambung tidur lepas subuh sebab dia kata malam berjaga breastfeed anak.

Kadang Zaki call 9 pagi sebelum meeting, masih belum bangkit (macam tu bukan me time ke, qadha’ tidur sampai matahari naik?).

Seharian isteri di rumah, dia jaga the toddler & baby kebanyakan masa, katanya tak boleh tinggal. Zaki balik tengokkan anak2, baru dia akan buat benda lain. Zaki seolah2 non stop office hours dari 5 pagi sampai 11 malam.

Menurutnya, kerja yang tak dapat disempurnakan & tiada rehat di rumah buat dia tertekan.

Bila BDR (work from home) yang agak berpanjangan, lagi tak tahan. Urusan PDPR anak, Zaki yang set up segalanya & pantau supaya anak tak miss class. Penjagaan anak lain pun macam Zaki take over.

Isterinya kalau tak buat kerja rumah, dia terperap di bilik menyusu anak bongsu. Bila anak² yang besar bergduh, isteri tak muncul untuk settle padahal Zaki nak meeting online.

Zaki realized betul apa yang MY pernah cakap, kerja mana² pun sama, sebab dia pegawai professional, tanggungjawab berat… So dia sampai point perkara ni tak boleh berterusan.. sama ada isteri berubah atau dia yang ubah siapa isterinya.

Sempat dia sipu2 cakap lepas ni nak cari yang lebih berdikari & mengerti peranan isteri. Setakat tu ringkasnya Zaki share.

Apa pun, kisah ni semua adalah daripada sebelah pihak. So MY ada sedikit reservation. MY dah lama kahwin, selalunya isu rumahtangga ni, dua-dua ada silap, cuma peratusan ksilapan tu kita tak tahu siapa yang lebih tinggi.

Mungkin Zaki punya silap, masa mula nikah, dia pun setuju konsep me time mereka tu formula rumahtangga yang terbaik. Bila dah tak larat, tak dapat bincang elok2 untuk reset cara kendali rumahtangga sampai berakhir dengan perpisahan. Mungkinlah begitu.

Selepas tahu pasal Zaki, MY jadi curious & google mengenai Me Time. banyak jugak tulisan dalam bidang psikologi (esp from Western) yang ketengahkan pasal me time. Sukar MY untuk bersetuju 100% sebab MY dari era yang lain caranya.

Dulu bukan ada Shoppe, IG, FB atau malls yang banyak untuk habiskan me time. Lagipun tak menang tangan masa tu, so kalau kerja siap, keluarga ok, dah cukup bersyukur.

Dari sudut Islam, me time lebih kepada masa kita dengan Allah. Apabila kita solat, berdoa… Kita recaj, kita mengadu, kita lepaskan keluh ksah kepada Allah yang Maha Pengasih.

Penutupnya, jika benarlah me time boleh jadi punca penceraaian, memang makan diri falsafah Me Time tu. Cari/hantar & upah orang jaga anak separuh hari sementara sang isteri selesai kerja rumah adalah lebih baik daripada suami menghambakan diri.

Takut jadi macam k3s Zaki, bila meletup terus no way, no more, no time.

Lagi satu, alangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Jika rumahtangga tu normal (tiada isu berat seperti suami sepak terajang, bela hantu, main d4dah, gay, dll), tak payahlah nak jadikan me time sebagai isu.

Memang adat tak cukup masa, tidur atau rest ketika besarkan anak2. Sabarlah.

Sebenarnya both laki & perempuan kena ada right mindset before entering marriage.

Once married, tamat dah terawang2 & terangau2 alam percintaan tu. Buka riwayat baru kehidupan 2 orang Hamba Allah yang bernikah seperti yang disunnahkan. Ikut apa yang Agama anjurkan dalam melayari & mengemudi bahtera rumahtangga.

Jangan layan gangguan toxic pihak keluarga jika anda diuji begitu. Lagi satu, apa yang MY pasti, ment4l fitness sangat memainkan peranan dalam kerukunan rumahtangga. Minta dengan Allah sihat akal, tubuh & emosi.

Another thing, jika ada salah, bagus mengaku, minta maaf, berubah, move on. Atau jika susah nak komunikasi, MY ada dengar tips dari seorang Ustaz, kalau salah, coverlah balik seperti dalam hadith sahih:

“Bertakwalah di mana pun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya ia akan menghapusnya, dan perbaikilah manusia dengan akhlak yang baik.“ (HR. Ahmad dan Tirmizi dari Abu Dzar. Tirmizi berkata: Hadis ini hasan sahih).

InshaaAllah the bond will get stronger dengan setiap ujian yang melanda. Do remain fokus matlamat utama perkahwinan & strive to bring out the best in each other.

Maaf penulisan yang sangat sangat panjang, berapa kali nak berhenti type tapi asyik datang lagi idea.

Sebelum beransur, Mak Yang mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan confession ni. InshaaAllah MY terus jadi fan kat sini.

Terima kasih kepada yang sudi beri jawapan kepada persoalan me time itu. Moga kita berlapang dada terima pandangan masing2.

Sekian, jumpa lagi.

Ini antara komen netizen dan suri rumah.

Farah. Akibat trpengruh dgn konsep me time kt media sosial smpikan isteri trlampau manja dan tak boleh tolerate dgn husband..zmn skarang wife kena ada me time nt burn out..husbnd kne tolong kerja rumah nt wife happy..

pd saya saranan kt media sosial kdg2 sgt mngarut..membuatkn wife slalu buat prbdingan kenapa life dia xmcm kwn2 dia..ksian si suami penat bekerja n kne control dgn wife..

wife tu yg mengada2 sbnrnya. Berkira kerja rumah dan mnjaga anak pdhal kena faham jugak keletihan suami..last2 dah takbole diselamtkan lg

Hafiz.Me time saya sebagai house husband worker ini mudah sahaja.

1. Main lawan – lawan dengan anak guna watak monster dan ultraman.

2. Ajak anak main lego.

3. Ajak anak melukis samada atas kertas atau dalam komputer.

4. Ajak anak buat origami.

5. Bukak google cari resepi dan cuba memasak.

Bila anak – anak saya happy itulah “me time”.

Hazirah. Sebenarnya saya fikir perkara yg MY tulis ni dah lama. Kalau betul suami balik kerja kena buat semua kerja rumah dan kena handle semua anak.. bila masa suami boleh rehat untuk kerja esok?.huhu.

kalau rasa sampai tak mampu nak handle dengan anak-anak kecil..better merancang dulu kot?. Sebab bila ada baby kecik yg fully bf ni memang anak nak bf memanjang esspecially kalau anaknya high demand baby.

Confirm tak dapat handle anak lain sebab nature high demand baby ni nanges mengmuk tak boleh bawa bincang.

Kena layann je baby tu. If nak juga anak, bagi anak sulung besar dulu boleh buat kerja rumah. So bila ada baby, ada anak besar yg boleh membantu. Just my two cent

Dila. Ksian lakinya. Sebenarnya bila bekerja mana ada ME TIME. ME TIME tu menikm4ti masa sendiri. Kalau suri rumah tak bole me time sebab kena jaga ank2 maka samalah suami.

Pi kerja dah kerja, balik rumah urus rumah tangga.. Mana ada me time. Entahlah saya bekerja dan jaga anak2 sendiri sebab suami pjj. Me time saya hanya apabila anak tido.

Atau balik kerja singgah kedai makan, saya makan sesorang itu juga me time walau hanya 1 jam, 2 jam. Kalau suami balik cuti, saya lebih lega sebab bole share tugasan jaga anak.

Suami pulak saya benarkan keluar lepas anak2 dh tido.. Sebab fikir dia keja offshore dah bosan terkurung berbulan. Lain2 me time waktu solat dan mengaji.. Itu pun rasa membantu.

Lagi2 apabila suami balik… Memang bersyukur bole solat dengan aman sebelum saya dapat semua ni.. Mestilah ada juga isu2 suami isteri kerana rasa terbeban sesorang