Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya ada masalah sikit, mungkin bagi orang benda ni simple je. Tapi bagi saya, benda ni sangat besar sebab dah ganggu mentaal dan emosi saya. Saya dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah terlalu mewah, tapi kalau nak apa apa inshaa Allah dapat.
Saya ada kakak yang sudah berkahwin hampir lima tahun, dan sekarang dia ada tiga anak. Apa yang jadi masalahnya, dia masih mengharapkan mak saya dalam tiap apa yang dia buat.
Contohnya, memasak, jaga anak, uruskan pakaian dia sekeluarga (termasuk semua pakaian suami dan anak anak ye), and banyak lagilah dia masih harapkan mak saya dalam hidup dia. Patut ke seorang anak yang dah berkahwin masih buat perkara macamni?
Dia ada rumah sendiri, tetapi kerap dia datang rumah mak saya dan tidur dekat sini. Saya tak kisah dia nak melawat mak ayah saya, tapi dia tak hormat privacy adik adik dia.
Dia akan tidur kat rumah berhari hari, jadi saya sebagai adik perempuan terpaksa bertudung, nak jaga aurat dekat rumah. Dahlah kena jaga aurat, yang lebih menggeramkan hati saya, dia datang sini untuk berehat.
Ibu saya pula yang kena bersengkang mata dan kerah tenaga untuk jaga anak dia. Dia dan suami dia pula tenang berehat dalam bilik ibarat tak pernah ada anak.
Bila makanan dah terhidang, dia dan suami paling laju nak makan. Sedangkan mak saya tadi dah penat memasak tapi mak saya kena jaga cucu dulu sementara mereka makan.
Patut ke benda ni terjadi? Dia tak paksa mak saya untuk jaga cucu, tapi mereka membiarkan mak saya jaga cucu. Saya sangat marah bila fikir dan saya ni jangan betul betul naik b4ran je. Bertahun dah saya makan sabar.
Saya bukan taknak tegur, tapi susah bila wujud orang yang rasa dia je betul, tak nak dengar cakap and teguran orang. Saya ni kesian dekat mak saya, ibarat bibik pula dia buat.
Dahlah kena jaga cucu, cucu pula bukannya perangai elok mana. Dan mak saya juga jaga kakak saya 100% daripada dia bersalin. Suami dia hanya tengok saja, tak tolong mandikan, makanan pantang kakak saya pun mak saya uruskan, dia tak ada tolong apa apa.
Dan bila anak kakak saya tu buat perangai, dia bagi anak dia dekat mak saya sebab bagi dia, mak saya boleh tenangkan.
Sejak anak pertama dia kecil lagi, dia duduk kat rumah ni dan bila dia pergi kerja, mak sayalah yang jaga. Dia tak fikir ke mak saya dah tua, emosi dia pun tak berapa nak stabil dah bila nak hadap anak kecil?
Saya agak geram bila dia jadi lepas tangan, tanpa fikirkan apa yang dia buat tu salah. Dia dan suami dia sama saja. Datang sini nak makan dan berehat. Tak pun main phone. Cuba bayangkan, mak saya tengah jaga anak diaorang, and diaorang boleh main phone depan mak saya?
Persoalannya sekarang, itu anak anak siapa? Bila anak menangis, mak saya yang buatkan susu dan dodoi sampai tidur. Kenapa mak saya yang perlu bersusah payah? Mana tanggungjawab ibu bapa anak anak tu selepas jadi ibu bapa? Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke?
Saya dah terlalu lama pendam. Mak saya pula bila dia dah penat melayan kerenah cucu yang kejap menangis, kejap mengmuk, kejap buas sana sini.. Dia akan terbawa bawa emosi marah dia kepada anak anak dia yang lain. Contohnya, sayalah.
Saya yang selalu kena marah sedangkan saya tak ada buat apa apa. Emosi saya cukup terganggu sebab saya pun ada masalah sendiri dalam hidup saya, dan saya juga perlu hadap banyak masalah daripada masalah yang kakak saya cipta.
Saya nampak semua ni, tapi saya tak mampu nak tegur mak dan kakak saya. Nanti saya yang disalahkan sebab tak cuba nak faham kakak saya yang susah nak jaga tiga anak dalam waktu yang sama.
Tapi pada saya, seorang anak yang sudah berkahwin perlu keluar daripada rumah ibu bapa dan jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu, dan bentukkan anak anak sendiri tanpa campur tangan ibu bapa.
Lainlah cerita kalau ibu bapa tu saakit dan perlukn pertolongan anak anak. Ni yang kakak dan abang ipar saya yang cukup mampu dan sihat untuk jaga anak anak sendiri. Bukan niat saya untuk jauhkan hubungan diaorang dengan mak ayah saya,
Tapi berpada padalah dan tak perlu susahkan mak ayah saya. Saya faham besarkan anak anak kecil tu susah, dan saya sendiri belum berpengalaman jaga anak sendiri tetapi perlukh susahkan mak ayah saya yang makin tua dan berkurang kudratnya?
Bukankah benda tu suatu benda yang salah dan ibu bapa perlu tahu untuk jaga anak sendiri? Ibu bapa kita semua dulu dahulu mampu besarkan anak anak sendiri walaupun susah, kenapa sampai kakak saya dia tak boleh?
Dan kalau macamtu, apa tujuan kahwin? Dapat anak ramai ramai dan lepas tangan? Kalau tahu tak mampu jaga, kenapa tak merancang keluarga terlebih dahulu? Kenapa sekarang menyusahkan orang ramai, sampai adik adik seperti saya yang terpaksa hadap tempiasnya?
Saya fikir jadi seorang adik sangat berat bila adik beradik yang lain sudah mula berumah tangga. Saya sebagai adik terpaksa kawal emosi sendiri, hadap masalah sendiri sebab tiada siapa mahu dengar masalah saya.
Semua sibuk dunia sendiri dan bila mereka penat jaga anak dan nak berehat, masa tu lah baru nampak adik adik ni.
Setakat ini, itu sahaja. Tapi ini baru 40% yang saya ceritakan, banyak lagi benda yang saya pendam. Saya sangat emosi masa tulis cerita ni sampai saya menangis.
Maaf semua, saya tak ada tempat nak mengadu, saya sensitif dan malu nak bercerita tentang keluarga. Takut sangat buka aib.
Harap cerita saya ni dapat perhatian dan saya nak sangat baca pendapat orang ramai, dan paling penting saya nak difahami
Ini antara reaksi netizen untuk kisah sedih ini.
Erin. Letak handbag, tudung siap2 tepi pintu. Agak2 akak nak naik tangga tu, terus sarungkan tudung dekat mak dan bawak dia keluar.
Kalau kakak tanya nak pergi mana jawab je nak beli brang. Everytime pun buat macam tu. Jangan fikir eh nanti akak suspek pulak, nanti mak segan pulak.
The trick is awak buat je. Jangan fikir nak cover2. Bila sampai rumah nampak kakak tak balik lagi, terus pusing semula cakap eh lupa nak beli brang lagi. Bawak je mak pegi kedai.
Ataupun, masukkan mak dalam kelas mengaji, kelas memasak, sampai mak tak lekat di rumah. Teruskan sampai semua pihak faham dan stop menyinggah lama2.
Dhuha. Kak pernah hadapi situasi ini. Bila suarakan pada mak, mak tetap macam tu sebab terlalu sayangkan anak menantu, lagi2 cucu2 yang comel.
Apa yang akak dan adik bradik lain buat, akak pakat2 time diorang datang akak ajak mak keluar.
Tak pergi jauh pun kadang2 pergi melawat nenek, pergi makan kat kedai, shopping, jalan kat pantai ke. Time nak keluar tu pandai2 lah plan elok2, cakap kat mak nk mintak tlg pilihkan brang ke?
Ada benda nak beli. Teringin nak makan ke. Pendek kata pandai2 cari alasan nk hidup. Yang penting gilir2 dengan adik bradik lain.
Jannah. Kadang tgk mak jgk.. ada mak jenis melayan anak, sampai satu tahap anak jd naik kepala. Kalau dr awal mak cakap NO, sy yakin kakak awk cepat sedar diri.
Ada jenis anak yg xde common sense. Dia xsedar pun apa dia buat tu salah. Bila kita adik beradik tehur, mesti jawapan dia, mak xckp apa2 pun @ mak xmarah pun. Apa kata awk slow talk dgn mak, utk bertegas dgn kakak n abg ipar awk. All the best
Ain. Faham sangat apa ko rasa. First, ko memang kena tego 2 ekor mangkuk tu (sory ak bengang kalau org hambakan makbapak). Laserkan aje. Lantak la nak cakap mulut longkang ke puaka ke.
Second, ko bawak mak ko cuti2 malaysia. Bawak jalan2. Bagi dia tenang, bagi happy kan hati dia.
Dia penat tu. Dia marah bukan sebab benci. Tapi penat, nak meluah tapi tak tau camne nak meluah. Nanti update sini tau. Goodluck
Faya. Dik, apa kata awak dengan adik-adik lain kumpul duit lepas tu bawak mak awak jalan mana-mana, satu hujung minggu ke, seminggu ke.
Awak buat surprise ke mak awak – sambil tu surprise la kat kakak awak dia kena jaga anak2 dia sendiri pasal awak tak cukup duit nak tanggung family dia.
Lepas tu, bila tengah bercuti tu, nampak mak awak tengah relax, happy macam tu, awak slow talk la dengan dia.
Cakap apa yang awak dan adik-adik lain rasa, terutama bab cara dia lepas geram tu.
Cakap kat dia, kalau ada tak puas hati dengan kakak tu, cakap je dekat kakak. , Yakinkan dia, yang awak dan adik-adik kesian tengok dia, dan akan sokong dia.
Mak awak boleh tegur kakak tu. Pasal, melainkan mak awak bergantung sangat2 kewangan dengan kakak awak, ke mana je kakak awak nak marah dengan mak tu. Tengok gaya dia lebih perlukn mak dari mak tu perlukn dia.
Arina. Orang yg selalu ambil kesempatan ni mmg takde perasaan langsung. Dah pernah rasa tolong jaga anak adik ipar, pantang tak habis lagi dh kena balik jaga anak dia pdhal bini dia pantang sampai 2 bulan.
Last2 angkat kaki je, bukan nya aku dapat duit pon. Dah la tu, kalau nak pergi jalan2 pon susah sbb nanti mak mertua merajuk.
Padahal adik ipar aku seronok je pergi bercuti. Kau kena ajar sikit org tak faham bahasa ni, biar centre sikit otak dia.