Dktor bgth anak kami cuma mampu bertahan bbrp bulan. Isteri trus meraung

Foto sekadar hiasan. Salam para pembaca. Mungkin ramai di antara yang selalu anggap “time will heal everything” dan lain lain.

Aku dengan isteri aku kahwin muda, waktu umur 22 tahun. Sambil belajar sambil ada part time kerja dan setiap bulan boleh dapat 2-3 ribu our combine salary. Habis degree aku pun kerja.

Kerja 9-5, kerja part time dan satu kerja weekend. Isteri aku pun sama, tapi habis degree dia terus sambung master sebab dia memang ada impian nak sambung sampai ke phd.

Beberapa tahun selepas berkahwin, Isteri aku pun pregnant dan 8-9 bulan kemudian bersalin.

Waktu ni memang kami berdua dia punya happy tak dapat nak describe macam mana. Anak pertama kami pun lahir dan di namakan shahid.

Kehidupan kami bertiga berjalan lancar sampai umur anak kami Shahid masuk 1 tahun setengah. Shahid saakit, selepas sebulan lebih keluar masuk hspital. Akhirnya doktor sahkan shahid ada tumor dekat complicated location.

Lepas hampir berbulan bukan setakat Malaysia tapi pergi luar negara. Kalau buat operation chance dia memang lower than 20%.

Akhirnya doktor ni tenangkan kami dan bagitahu yang anak pertama kami Shahid cuma mampu bertahan untuk beberapa bulan.

Isteri aku bila dengar dia memang collapse terus. Bila dia bangun menangis depan aku cakap shahid kecik lagi dia tak tahu apa-apa lagi.

Kau bayangkan anak aku baru setahun lebih. Banyak benda yang dia tak tahu. Bercakap pun setakat baru beberapa p4tah perkataan tapi kami dapat tahu dia cuma boleh bertahan untuk beberapa bulan.

Saki baki bulan tu aku dengan isteri tak kerja. Duduk sebelah katil anak kami dengan machine semua. Isteri aku setiap hari berbual tunjuk toys dia nanti nampak dia senyum, ambil gambar.

Setiap hari memang hari air mata. Kami berdua ni nak tidur pun tak dapat sebab takut kalau Shahid pergi waktu kami tengah tidur.

Masuk umur 2 tahun kami celebrate. Celebrate hari jadi pun dengan air mata. Selepas seminggu umur anak kami Shahid masuk 2 tahun. Anak aku hembuskan nafas terakhir 5 mei 2014.

Waktu ni memang kami berdua meraung dalam bilik, isteri aku paling teruk. Aku dengar dia nangis memang remuk. Sebab tangisan dia tu terlalu broken. Air mata tak ada cuma ada jeritan.

Selepas selesai majlis kebumian. Isteri aku pandang aku sambil cakap,

“Shahid baru 2 tahun dia tak tahu apa lagi, sekolah pun tidak, berjalan pun tak puas, bercakap pun belum lancar, kawan pun belum ada” aku cuma mampu pegang tangan dia dan cakap sabar, kita kena kuat.

Sebulan pertama pemergiaan anak kami memang bulan yang paling berat. Nak telan makanan pun terlampau berat. Kaki aku ni nak melangkah satu tempat ke satu tempat pun tak mampu.

Isteri aku setiap hari dia akan tidur bergelumang dengan baju dan gambar anak kami.

Waktu ni ada kawan, saudara mara. Mak aku mak mertua aku bagi kata kata semangat kena terus kuat. Isteri aku bercakap memang payah.

Dia memang dah total collapse. Sebab dia yang pregnant bawa dalam perut 9 bulan. Dia juga yang melahirkan. Dia juga yang pilih nama.

Lepas bulan ke-3 aku pun cakap dengan isteri aku. Kita pergi treatment, keadaan dia makin lama makin teruk.

Makan sehari sekali dengan kuantiti yang sikit sangat. Setiap hari dia akan duduk dengan gelumang baju anak kami sambil belek gambar.

Waktu nak makan dia akan termenung bila aku tegur “sayang makan dulu” nanti dia akan cakap “anak kita kecik lagi, baru 2 tahun”

Aku pun yakin-kan dia cakap kena pergi buat treatment. Aku takut condition dia akan jadi worse, tapi isteri aku tolak.

Dia cakap beri dia masa lagi. Aku pun cakap okay tak ada masalah. Tapi waktu ni entah kenapa isteri aku ni dia ada satu anger issue yang selama ni aku tak pernah nampak.

Ada sekali aku tengah duduk dia tiba tiba marah. Terus terang selama aku kenal, berkahwin dan ada anak. Isteri aku memang jarang marah.

Kalau dia nak marah few second lepas marah confirm dia akan ketawa.

Tapi kali ini bukan, memang pure anger. Aku tenangkan dia tanya kenapa. Tapi dia cuma cakap sorry dan masuk bilik. Benda ni tak lama cuma setakat seminggu.

Aku pun setiap malam sebelum tidur akan urut kepala dia, leher dan tanya hari ni macam mana okay ke tidak.

Selalunya setiap malam isteri aku akan tunjuk gambar anak aku. Nanti dia nangis dah penat baru boleh tidur. Kalau tak memang dia tak akan tidur.

Isteri aku selalu tanya aku macam mana anak kita boleh ada tumor. Dia siap assume kalau dia lahirkan Shahid setahun awal atau setahun kemudian mungkin anak kami tak kena tumor.

Dia siap ajak aku pergi buat medical check aku pun ikut dan doktor sahkan yang kondisi kami berdua ni elok.

Keadaan isteri aku makin teruk setiap hari kalau macam aku kejut dia sedar. Tapi dia tak bangun dari katil. Setakat stare dekat ceiling.

Dah dalam sejam dua jam baru dia akan bangun. Itupun dia akan duduk atas tilam agak lama. Selalu aku tanya “sayang okay?” Dia cuma jawab okay cuma penat sikit.

Makin hari makin teruk. Bahagian ni mungkin silap aku, aku assume yang isteri aku dah okay sebab dia boleh ketawa dan senyum. Tapi tidak rupanya waktu ni makin teruk.

Isteri aku selalu cakap dia dah makan. Tapi sebenarnya tidak dia cuma berlakon depan aku yang dia makan. Dah masuk hari ke-5 memang dah pucat teruk baru aku perasan dan bawa terus ke hspital.

Doctor pun kasitahu yang isteri aku ni sebenarnya starving. Cuma minum makannya tidak.

Isteri aku pun lepas hampir sehari dia bangun buka mata. Dia pandang aku dan minta maaf sebab selfish.

Aku pun cakap it’s okay we will go through this together. Jadi next week lepas dah keluar hspital. Isteri aku cakap dia nak pergi travel aku cakap okay tak ada masalah.

Mulanya aku ingat dia nak pergi overseas. Tapi dia cakap dalam Malaysia.

Kami pun travel pergi singgah tempat yang macam boleh tinggal memori.

Ada yang kedai makan atau tourist place yang boleh tinggalkan piece of photo untuk memori macam “I’m here” jadi isteri aku bawa family photo kami bertiga. Pergi johor dia letak, pergi melaka dia letak, negeri lain pun dia letak.

Jadi bila dah menjelajah satu Malaysia. Isteri aku pun bagitahu nanti each year kita boleh visit this place. Atleast ada memori kami bertiga.

Bila balik isteri aku cakap dia nak rest dalam seminggu dan akhirnya kembali bekerja.

Tahun 2022 kami dah ada dua orang anak. Lelaki dan perempuan. Dah besar dan dah bersekolah. Setiap kali cuti mesti akan melawat tempat yang kami letak memori gambar tersebut.

Unfortunately, hampir separuh dari tempat tu tutup jadi gambar tu pun hilaang jadi kenangan. Tapi tempat lain ada lagi.

Setiap kali kami travel macam pergi luar negara mesti akan bawa gambar. Nanti isteri aku akan letak gambar kami satu family dengan gambar anak pertama kami sekali. Dari luar orang nampak isteri aku kuat tenang dan tabah.

Tapi kadang tu waktu malam sebelum tidur dia baring sambil imagine macam mana anak aku kalau masih hidup, pergi sekolah, ada kawan dan jadi abang dan setiap kali itu juga dia akan meraung menangis dan tertidur.

Astburn. I feel u.. Anak sy pun tetiba pergi umur 6 bulan 10 hari. Saya kuatkan diri pergi kerja sibukkan diri. Tapi ada hari teringat anak da takde mmg rasa nak gila.. Ujian utk sy dan keluarga. Kami terima dan hari² doa supaya pemergian anak jd asbab kami ke syurga.. Allah Maha Penyayang…

Aina.Fikirkan yg baik2…anak tu ahli syurga…kita usaha nak masuk syurga..nanti kita akan bertemu dgn anak itu…

Di dunia ni mmg tak kan bertemu dgn anak tu..nangis air mata daarah pun tak kan jumpa dia…

Alhamdulilah you guys dah ada pengganti anak tersebut…didiklah yg ada tu baik2..yg dah takda tu Allah dah ambik semula lepas bg pinjam

Amy. Each and everyday I’ll pray to Allah… kalau nak ambil ny4wa anak-anak aku, or ny4wa aku sorang….please maatikan aku dan anak-anak serentak.

Aku surely tak boleh hidup lagi dah kalau salah satu anak aku pergi tinggalkan aku dulu. Biarlah pergi bersama-sama. I just can’t… sounds selfish.

Tapi i cannot imagine my life without them, or their life without me. Baca ni pun dah saakit dada sebab faham sgt rasa tu macam mana.

Tun ryan. Aku pernah berkata dlm hati, klu aku boleh berckp dgn Allah secara direct spt para rasul..aku akan mintak dgn Allah satu permintaan..iaitu tiada ibubapa yg akan kehilaangan anak di usia yg tidak sepatutnya. I mean..

klu parents umur 80, anak meninggaal umur 60thn not so bad. Tp klu anak pergi di usia beberapa thn atau usia remaja atau usia muda..

ianya sgt menyakitkan. Ini slps aku saksikan sendiri keadaan makcik aku yg kehilaangan anak kesayangan di usia 16thn. Sampai hari ini dah 20thn tp makcik Masih x berapa stabil keadaan..teruk effect dia