Jam 2pg kami tukar lorong sbb jem, terjumpa byk kedai semua pakai baju putih. Rupanya kami sesat

Foto sekadar hiasan.Abah memandu kereta jenis Toyota Avanza dengan perlahan. Ribuan kereta yang membanjiri highway menghala ke Simpang Renggam Johor itu menghalang abah untuk menyusur laju.

Sesekali kereta berhenti bergerak mengelak dari melanggaar kereta dihadapan. Aku dapat dengar keluhan halus dari abah.

Namun tiada apa yang mampu aku lakukan ketika itu selain dari hanya melihat dengan pandangan simpati.

Ibu yang sedia menemani abah ketika itu aku lihat adakalanya tersenggut melawan ngantuk. Nenek dan adik perempuan aku yang ketika itu baru berusia 7 tahun aku lihat sudah lena dibuai mimpi.

” Eh, ada highway baru ke tu Yah?” aku menoleh ke abah yang tiba tiba bersuara.

“Entah la Bang, Tak tahu pula ada jalan baru. Dah lama kan tak balik Johor ni.” Ibu membalas sambil turut menjenguk ke arah jalan yang abah maksudkan.

“Nak tak kita turun? Jalan ni macam lama lagi je nak settle ni. Kita pergilah beli apa apa kecari tandas ke. Jauh lagi ni nak sampai ke RNR.” Cadang Abah.

Ibu hanya mengangguk setuju. Mungkin rasa mengantuk dan lenguh membuatkan ibu tidak memberi reaksi yang lebih pada cadangan abah.

Abah terus memberi signal ke kiri untuk memberitahu kereta dibelakang niat abah untuk menukar laluan.

Selepas memastikan tiada kereta atau motosikal yang menggunakan laluan kecemasan ketika itu, abah terus melencongkan kereta ke kiri memasuki jalan yang abah maksudkan tadi.

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Sunyi. Tiada langsung kereta mahupun kenderaan lain yang menggunakan jalan ini melainkan kereta abah sahaja.

Jalan yang kini dilalui abah tidaklah seteruk jalan lama yang berlubang lubang. Malahan jalan yang kini kami susuri lebih cantik dan terang berbanding jalan yang mula mula abah lalu tadi.

Tambahan pula, jalan ini kosong, membolehkan abah untuk meluncur lebih laju lagi.

Sepanjang perjalanan aku dapat melihat banyak kedai kedai yang menjual lemang di pinggir jalan dan boleh dikatakan setiap 200m mesti akan ada lagi satu kedai yang sedang memb4kar serta menjual lemang di kiri dan kanan bahu jalan.

“Banyak ye bang orang menjual lemang ni. Dah dekat pkul 2 ni masih tak tutup lagi kedai.” ujar ibu kepada abah sambil matanya masih melilau melihat kiri dan kanan.

” Yelah Yaa, Esok kan raya.” Balas ayah ringkas dengan matanya masih memandang ke hadapan dan sesekali ada juga aku lihat abah menoleh kekiri dan kekanan.

“Tapi pelik la bang, Abang perasan tak semua pakai baju putih?”. Iya, itu yang bermain main dalam fikiran aku sejak tadi.

Semua penjual mahupun yang memb4kar lemang di situ menggayakan pakaian berwarna putih. Dari seluar ke baju mahupun tudung sekalipun. Semua berwarna putih.

“Dah la Yah. Jangan ditegur.” Tegur abah lembut tapi ada tegasnya disebalik nada abah ketika itu.

Ibu terus memandang ke hadapan. Seperti memahami maksud abah ketika itu.

Aku kemudian terlelap. Namun tersedar apabila mendengar suara dari perbualan abah dan ibu.

“Dari tadi ni kita jalan bang, Tak jumpa pun simpang nak keluar ni.” Sayup dari suara ibu aku cuba untuk meneliti butir dari suara itu.

“Iye abang tau, Tapi nak buat macam mana. Nak tanya orang pun tak ada siapa ni.”

Aku membaling pandangan keluar. Jalan masih diterangi lampu jalan dan masih juga lenggang tanpa sebarang kenderaan. Nenek di sebelah adik aku lihat sudah pun terjaga. Mulutnya aku dapat lihat terkumat kamit membaca sesuatu.

“Kita dekat mana ni abah?” Abah sedikit tersentak mendengar suara aku.

”Eh abang, Dah bangun? Tidur da lagi kejap lagi sampailah.” Abah mengusap lembut rambut aku yang ketika itu berada di celah kerusi antara ibu dan abah.

Ibu juga aku lihat tersenyum melihat aku. Tapi dapat aku lihat ada riak kerisauan diwajah ibu ketika itu.

Nenek menarik aku untuk duduk ditempat aku semula.

“Bang, tu ada kedai 7eleven tu bang. Jom singgah beli air ke. Kita tanya sekali orang tu kita da dekat mana ni.” Ibu memberi cadangan dan abah mengangguk tanda setuju.

Selepas meletakkan kenderaan di petak yang telah disediakan. Ibu membuka pintu untuk keluar, aku mengekori ibu di belakang sambil dipimpin abah.

Di fikiran aku ketika itu hanya membayangkan sedapnya kalau dapat aiskrim. Masuk sahaja di kedai itu, wanita yang menjaga kaunter memberikan senyuman yang manis kepada kami.

Dia juga memakai baju berwarna putih ketika itu. Aku minta izin abah untuk membeli aiskrim. Tersenyum lebar aku bila melihat abah menganggukkan kepalanya.

Aku mengambil 3 batang aiskrim kegemaran aku. Satu untuk aku, satu untuk adik dan satu untuk nenek. Abah dan ibu tak suka makan manis.

Selepas selesai memilih, aku berjalan ke arah ibu yang sudah pun berada di kaunter untuk membuat pembayaran.

“Dik, akak nak tanya. Ini dekat mana ye? Akak ni satu keluarga dari tadi cari signboard tapi tak jumpa satu pun.” Tanya Ibu ke wanita yang menjaga kaunter.

“Akak dari mana?” tanya wanita itu sambil tangannya membuat buat kiraan bayaran.

“Akak ni dari Pahang nak ke Simpang Renggam. Jalan highway teruk sangat tu yang turun jalan ni. Cari signboard tak jumpa jumpa.” Jelas ibu.

Aku dan abah disebelah ibu hanya mengangguk nganguk mengiyakan kata kata ibu.

“hmm.’ Wanita itu selesai mengira dan menyerahkan sebungkus plastik ke ibu. Lalu ayah mengeluarkan duit untuk membuat bayaran.

Sementara itu, kami masih menunggu perkataan apa dari wanita itu yang seperti teragak agak untuk mengeluarkan kata kata.

“Akak dengan abang, lepas keluar kedai ni. Jangan pergi mana mana. Tutup semua tingkap, kunci semua pintu. Jangan duduk di luar. Tunggu je dalam kereta sampai azan subuh. Kalau ada sesiapa yang suruh buka pintu atau pun dengar apa apa saja, jangan buka. Duduk je dalam kereta ye.”

Panjang pesanan dari wanita tersebut. Ibu dan abah tercengang seketika sebelum abah bersuara,

“Kenapa pula macam tu dik?” tanya abah.

“Abang dengan kakak dengar cakap saya ye. Abang dengan akak dah sesat ni. Jauh sangat dah ni. Abang dengan kakak duduk je dalam kereta. Nanti selepas azan abang dengan kakak akan tahu.” pesan wanita itu lagi.

“Baiklah. Terima kasih ye dik.” walaupun jawapan itu tidak menjawab apa apa, Abah yang sepertinya aku lihat memahami pesanan dari wanita itu kemudian mengorak langkah meningg4lkan kedai tersebut lalu menuju ke kereta yang di letak betul betul di hadapan kedai 7eleven itu.

Seperti yang dip̷esan wanita itu, abah mengunci semua pintu kereta tapi membuka sedikit tingkap untuk pengudaraan. Enjin kereta abah maatikan.

Abah menerangkan semua yang dip̷esan oleh wanita tadi ke nen̷ek dan aku mendengar nen̷ek mengucap panjang.

Nen̷ek lalu mengeluarkan al-quran kecil yang memang dibawa kemana mana lalu memulakan bacaan.

Kira kira sejam kemudian, tingkap kereta sebelah abah diketuk. Kami tersentak kerana terk̷ejut.

“Assalamualaikum.” Seorang lelaki berpakaian jubah putih berkopiah memberi salam kepada ayah.

“Waalaikumsalam.” ayah menjawab tanpa membuka mahupun menurunkan tingkap. Hanya baki tingkap yang terbuka itu lah yang menghubungkan mereka berdua.

Lelaki tersebut memandang ke dalam kenderaan melihat kami sekeluarga lalu tersenyum.

“Kamu semua ni dari mana?” tanya salah seorang lelaki di belakangnya. Rupanya bukan seorang tetapi ada lagi 3 orang lelaki yang berpakaian serupa sedang berdiri di luar kereta kami.

Masing masing memberikan s̷enyuman yang bagi aku menakutkan.

“Kami dari Pahang bang. Nak ke Johor. Duduk sini nak berehat seketika.” ujar abah sedikit lambat.

“Owh kalau begitu mari ikut kami, Kita berehat di surau sana ada sedikit jamuan. Boleh kita berborak sambil minum serta segarkan diri.” Ajak lelaki itu. Masih tidak melepaskan senyum di bibir.

Matanya sesekali aku lihat menjeling kearah nenek yang sedang menunduk sambil membaca ayat al-quran. Abah menolak lembut ajakan lelaki lelaki itu.

Mungkin abah teringat pesanan dari wanita tersebut untuk tidak membukakan pintu untuk sesiapa sahaja sebelum azan subuh. Lelaki lelaki tersebut mengangguk lalu meningg4lkan kami lalu hilaang disebalik kepekatan malam.

Ketika aku mula untuk terlelap,
“BANGG” terdengar bunyi seperti ada kereta yang b̷erlanggaar berdekatan dengan kami.

Puas kami pusing melihat sek̷eliling kereta, tapi tidak kelihatan apa apa. Aku melihat ibu dan abah yang memandang antara satu sama lain.

Seperti yang dipesan, kami tidak m̷eningg4lkan kenderaan kami. Suara nen̷ek yang tadinya sayup kini semakin kuat dan jelas di telinga aku.

Beberapa jam kemudian, kami mendengar bunyi azan yang kuat. Seolah olah kami meletakkan kereta di perkarangan msjid kuatnya. Tapi tak ada satu pun msjid yang kelihatan di kawasan itu.

Selesai azan, suasana yang tadinya gelap kini beransur terang dengan bantuan matahari. Kami mula dapat melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas.

Tapi apa yang memelikkan, kawasan terang yang kami lihat dipenuhi cah̷aya cah̷aya lampu kini hanyalah kawasan highway tingg̷al yang belum siap dan terbengk̷alai.

Tak m̷ampu untuk abah dan ibu menyembunyik̷an perasaan terk̷ejut mereka begitu juga dengan nen̷ek.

Namun tak lupa Abah, ibu dan nen̷ek m̷engucap syukur kerana berjaya mengharungi malam yang g̷anjil itu.

Aku memandang ke arah kedai 7eleven yang kami masuk malam tadi, tak ada. Yang ada cuma banggunan tinggal yang dah dipenuhi dengan daun daun serta pokok yang menjalar di setiap dinding.

Ayah kemudian menghidupkan ̷enjin kereta lalu menyusuri jalan tersebut. Beberapa km dihadapan t̷erlihat satu signboard yang menunjukan jalan ke higway.

Rup̷anya, dari jal̷an masuk ketika mula mula abah melencongk̷an kendera̷an untuk turun dengan tempat kami letakkan kereta malam tadi hanya jar̷ak beberapa km sahaja.

Tapi kami mengambil masa kira kira h̷ampir satu jam sebelum berjumpa dengan kedai 7eleven tu.

Kami menguc̷apkan syukur kerana tak ada apa apa yang berlaku s̷epanjang mal̷am kami di situ walaupun terdapat pelbagai dugaa̷n yang dat̷ang mal̷am tu.

Terima kasih juga pada wanita yang bersungguh memberikan kami pesanan. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan jadi mal̷am tu. Walaupun wanita tersebut, mungkin juga adalah di kalang̷an mereka.

sekian.

Reaksi netizen untuk kisah ini.

Fazrol. Saye jugak pernah alami jam 2am pegi 1 warong ,ramai org minum shj…ramai org tua.pastu lalu balik jln yg sama 2.30am seorang pun xde,kedai tutup rapi siap kene seal Tali kuning. Keesokkan pagi masuk berita,rupenye kedai tu polis dah ambush pasal ramai org main Judi online..sejak dri tu,saye rasa takut nk pegi dah

Rohani. Eh crte ni same dgn ape yg dialami oleh jiran sis kak Zah,.mase sis duk kt Johor Bharu…jiran sis tu org Melake nk blik ke Spg Renggam juge..berpusing2 ‘sesat’ spailah jumpe seorang pakcik di kedai seven7 tu nasihatakan dia supaya duduk jer dlm kerete tunggu spai azan subuh..

Zahirah. Member pernah cerita ,kul3 pagi jumpa pasar malam yg ramai sgt org .tak jumpa jalan nk keluar ,dh penat pusing mcm2 dorang jumpa ,lama tu ada sorang pakcik ketuk tingkap tegur tanya nak pegi mana.

Dorang bgtau dorang tak jumpa jalan nk keluar dan dorang kena kacau . Kemudian terus pakcik tu jawab “bukan korang yg kena kacau , korang yg mengacau tempat kami ” terus pkcik tu blah .kejap tu dorang dh jumpa jalan balik