Aku kmalangan, mak dan ayah mtk upah 2ribu sebulan sbb kena jaga aku. Hari2 myindir anak derhaka

Foto sekadar hiasan.Dalam keluarga aku ada 6 orang. Ayah mak dan adik beradik. Aku ni kira bongsu. Dari kecik sampai besar duduk dekat rumah memang paling tak tenang. Mak dengan ayah aku ni bab mencarut maaki memang setiap hari jadi ruji makanan diorang.

Masa yang paling aku aman iyalah waktu belajar jauh dari rumah. Akak dan abang aku pun sama. Lepas kerja semua terus pindah rumah sewa tempat lain. Semua akak abang aku pindah negeri lain. Setiap bulan cuma kasi duit dan telefon tanya sihat ke tidak.

Aku sebenarnya kesian dengan mak ayah aku. Jadi aku walaupun dah habis belajar dan kerja tetap bertahan dekat rumah ni. Sampai lah lepas setahun aku kerja.

Aku kemal4ngan p4tah kaki dan ambil masa berbulan untuk baik. Jadi aku nak ke mana terpaksa pakai shoulder crutches. Kerja pun stop tapi dapat pampasan.

Aku naik motor kena langg4r. Kau bayangkan bangun je benda pertama ayah aku cakap “dah besar pun menyusahkan aku kau ni” mak dengan ayah aku membebel pasal nak kena jaga aku.

Aku yang baru bangun rasa saakit satu badan rasa nak menangis dan marah menjerit.

Sebulan pertama aku duduk dekat rumah sebab p4tah kaki. Setiap hari, bukan seminggu sekali tapi setiap hari. Aku dengar mak dengan ayah aku membebel sambil perli.

Padahal sebulan pertama tu aku bagi duit belanja rumah 2 ribu. Bulan ke dua aku kasi seribu walaupun aku tak kerja.

Nak masuk bulan ke-3 aku dah tak tahan. Entah berapa kali aku asyik fikir nak jerit depan muka mak ayah aku. Tapi aku tahan.

Aku call kawan aku minta tolong, jadi dia datang rumah. Aku dah pack baju dalam beg dengan pakai shoulder crutches tu aku keluar dari rumah tu tak kasitahu mak dengan ayah aku.

Aku pergi stesen bas pergi negeri yang aku study dulu dekat pahang. Aku waktu tu dah call kawan aku nak sewa sekali rumah. Jadi aku pun duduk dekat situ lagi beberapa bulan dah dalam 70% recover aku cari kerja dan mula kerja.

Dalam 3 bulan pakai crutches lepastu dah elok baru aku tak pakai. Aku cuma call akak/abang aku.

Kalau nak kira balik dari awal. Dari kecik akak dengan abang aku duit belanja seminggu cuma sekali dapat. Pergi sekolah tak bawa duit belanja. Mak aku sedap ada rantai emas apa gelang banyak. Bapak aku pula dengan motor dia.

Akak aku lagi teruk bab kena tampar banyak kali. Abang aku pernah sekali bapak aku r0 d0k pakai pis4u sampai berd4rah perut sebab dia tersiku motor ayah aku dan terj4tuh.

Itu tak termasuk duit ptptpn kami atau apa segala bantuan lebih dari 50% kena bagi dekat mak/ayah aku. lepas abang dan akak aku kerja dan pindah. Raya memang jarang balik alasan semua kena kerja.

Tapi kami adik beradik tahu yang semua memang taknak balik dan menyampah dengar suara mak ayah aku. Aku dulu rasa macam kesian sebab dah tua jadi aku walaupun diorang jahat tetap mak ayah aku.

Tapi dah tua pun perangai mereka ni tak berubah. Mungkin ada yang cakap cuba berbaik. Tidak ini bukan pasal berbaik ke tidak. Ini mak ayah aku yang kena berubah.

Dari kecik selalu diorang guna anak derhaka. Tapi kalau mak ayah yang anak dia jaga setakat pandang sebelah mata. Eloklah mereka sepatutnya tidak melahirkan.

Ini reaksi daripada netizen.

Norim. Lam… Tindakan Lam keluar dari rumah tu tepat. Betul dah tu. Menjauhi mereka bukan kerana benci kan… Sbb nak mengelakkan Lam menjadi anak derhaka.

Makcik pun terkejut, ada rupanya emak ayah yg begitu. Makcik ni, walaupun Kadang2 ada terasa hati dgn anak2 tapi tak tergamak nk keluarkan kata2 yg bukan2. Nauzubillahhiminzalik.

Lam Sabar ye. Teruskan kehidupan Lam. Tapi jangan berhenti berdoa yg baik2 utk emak dan ayah Lam. Mohon Allah lembutkan hati mereka.

Mohon Allah berikan taufik dan hidayah kpd mereka. Mereka mungkin kurang ilmu, Lam.Tanya khabar mereka. Nafkahi mereka mengikut kemampuan Lam.

Nanti bila takdir Lam ada jodoh, binalah rumahtangga yg bahagia. Jadilah suami yg baik dan ayah yg bertanggungjawab kpd anak2 Lam.

Makcik doakan agar Lam kuat dan tabah. Inilah salah satu ujian dariNya utk Lam.
Selamat maju jaya, dunia akhirat.

Yahya. Saya kesian pd emak bapak adik, dah tua tp perangai kesyaaitanan masih melakat menjadi amalan harian, yg sebetul nya nya mereka trlalu miskin dlm segi ilmu agama, mereka mmg tak berilmu, hijab mereka terlalu tebal, elok pindah rumah dan duduk sendiri, ibubapa bukan selalunya betul, kadang2 mereka ni harus diperbetulkam oleh anak anak

Saleha. Stress bila fikir dari kecik asyik disebut anak derhaka anak derhaka.. ingatlah ibu ayah, semua kata2 itu adalah doa..

teringat ustazah Asma ada cakap, sebenarnya ibu ayahla yg paling banyak hutang dengan anak… Jangan terlalu eg0 nak minta maaf dgn anak. Mak ayah tak selalu betul..

Kesimpulannya mmg bagus awak jauh dari mereka, tapi tetaplah berdoa utk mereka berdua.