Klu nk pkai tudung sarung tu pilih lah yg elok, ni mcm baru blk pasar beli ayam ikan. Selekeh

Foto sekadar hiasan. Hai. Saya Rozana. Berumur 40 tahun. Saya sudah berkahwin, ada 3 orang anak, menjawat jawatan yang baik dalam sektor kerajaan selepas tamat ijazah.

Saya melihat sekeliling saya di pejabat yang terdiri dari ramai k4um wanita. Bekerja dengan jawatan dan gred seperti saya.

Kalau umur macam saya dan telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun, gaji sudahpun mencecah RM7k+ sebulan (gaji pokok & elaun).

Dengan gaji sebanyak ini, sudah cukup untuk menyayangi diri sendiri.

Jika duit belanja menghias diri tidak diberi oleh suami sekalipun, gunalah duit sendiri setelah si suami beri izin untuk bekerja.

Berjimat bukan bererti jadi kedekut. Belilah satu tas tangan yang sesuai. Tidak berjenama terkenal pun tak apa. Tapi janganlah yang dah koyak menggelupas pun masih dipakai.

Baju dan tudung kalaupun bukan dari jenama yang mahal, yang masih elok, sesuai dan selesa dipakai muat dibadan pun sudah memadai.

Kadang-kadang tudung lama yang sudah berbulu macam dicakar kucing pun masih nak dipakai.

Dengan alasan ‘saya tak pandai bergaya, tudung lama masih elok dipakai’. Kalau dah bekerja di peringkat profesional, ‘grooming’ mesti ada.

Bila pakai baju kurung gelebeh corak bunga-bunga besar, ‘match’ kan lah dengan tudung plain.

Ni baju dah berbunga, pakai pula tudung bunga-bunga. Dah macam pokok bergerak. Tengok bekas gabebor negara Zeti Aziz pakai baju kurung macam mana. ‘Simple’ je kan.

Yang bertudung, sesekali pakailah selendang. Atau yang lebih mudah, pakai bawal. Sekarang banyak saiz besar yang dijual boleh tutup dada dengan sempurana.

Kalau nak pakai tudung sarung juga, pastikan yang elok sesuai dengan umur, tak ada lah nampak macam baru balik dari pasar beli ayam dan ikan. Sekarang pun dah banyak tudung sarung yang cantik.

Muka yang pucat tu, pakailah sedikit bedak kompak. Beli yang murah pun tak apa, ada dijual di watson dan guardian pun ada. Lipstik oleskan sikit warna merah muda pun tak apa.

Bukan nak suruh ‘makeup’ pakai bulu mata macam unta. ‘Skincare set’ yang dah beli tu jangan disimpan je. Pakai. Jangan bagi alasan tak sempat.

Berat badan jaga. Kalau umur dah menghampiri 40, kalau boleh taknak terlalu krus dan taknak juga terlampau gmuk. Kawal makan. Cari masa seminggu 3 kali bersenam. Bila BMI kita normal, percayalah, kita akan rasa selesa.

Jaga kebersihan diri. Mandi 2-3 kali sehari. Kalau perlu ke spa sebulan sekali, pergi spa, pergi buat ‘facial’, bersihkan kulit maati di muka dan badan.

Jaga juga kebersihan rumah & ruang kerja di pejabat. Minda yang sihat bermula dengan persekitaran yang bersih.

Apa pun bagi saya, kita jangan kedekut dengan diri sendiri. Tujuan kita nak sihat dan cantik adalah untuk diri sendiri.

Janganlah sampai suami segan nak bawa kita kemana mana kerana bibik lagi cantik dan kemas daripada isterinya sendiri.

Perempuan fitrahnya memang sukakan kecantikan dan seorang suami memang fitrahnya suka melihat isterinya cantik.

Ingat. Kita k4um wanita nak sihat & cantik sampai akhir hayat. Ok. Dah boleh pergi sorting baju, tudung, kasut dan beg lama tu. Yang dah perlu dibuang, buang. Yang boleh disedekah, sedekah. Bye semua.

Ini antara reaksi netizen tentang ini.

Anna. Mak cik setuju sgt, makcik ni dah 50an tp masa umur 40an makcik dah stat self love. Gi facial, massage masa ni anak dah besar pandai urus diri sendiri.

Pakaian walau tak mahal tp selalu nak matchy2 tak perlu mahal pun asalkan elok sedap dipakai dan dipandang kita berkerja berurusan dgn ramai org penampilan kena kemas.

Skg bila dah umur 50an makcik masih lagi amalkan pegi facial sebulan sekali, beli penjagaan kulit wajah, beli vitamin.

Cari pakaian yg sesuai dgn usia dan selesa. Ada juga beli tas tangan berjenama satu dua utk kepuasan sendiri. Sejak berusia ni mgkin komitmen dah kurang salu self treat.

Pertama kali pada usia 50 makcik spend ribuan ringgit utk dapat kan hp baru dan terkini, setelah sekian lama guna yg biasa2.

Terasa nk beli apa beli ..cuma bab makan tu mmg setuju sgt sementelah dah berusia berat badan kesihatan kena jaga. Makcik rasa seronok bila jalan dgn anak org kata dia beradik.

Alhamdulillah semakin gembira setelah masuk usia 50an ni dikelilingi kawan2 dan keluarga yg sentiasa menyokong dan memggembirakan…itulah nikmat sebenar

Arifin. Penampilan ni susah nak katalah ye. Sebab kita taktau cerita disebalik kehidupan setiap orang.

Asal bersih, kemas dan kena pada tempatnya dah oklah. Bukan semua orang suka nak berbedak, berlipstick. Kadang kita yang perasan dah cantik ni pun orang tengok tak berkenan.

Didi. Terima kasih atas peringatan. Semenjak jadi surirumah + ibu anak 4, saya mmg malas nak bersiap. Keluar rumah sarung apa yg selesa.

Nak calit mekap jgn harap la klu setakat p aeonbig beli barang dapoq. Balik rumah nak remove makeup lak, rasa alahai lecehnya. Kena cari balik semangat & kerajinan utk cantikkan diri. Hmmmm

Fatin. Tp dgn syarat klau ada ank, suami sama uruskan anak la bru bolh self love. Sy blom kawen tp sy bolh nampk mcmna kwan2 yg dh kawen ada anak mest akan start jd xterurus xsama mcm zaman dia anak dara n single dulu