Mak mertua luarannya litup suka mengaji, mulutnya kdg2 terkumat kamit selawat tp mulut jhat

Foto sekadar hiasan. Aku perkenalkan diri aku sebagai Puan Mona, umur hampir 30 tahun, seorang suri rumah, bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Aku pun tidak tahu di mana harus aku mulakan.

Aku masih mempunyai mak mertua dan ayah mertua yang aku gelarkan Makcik L dan Pakcik R.

Semenjak berkahwin, berapa kali aku pulang ke rumah mertua tu boleh dibilang dengan j4ri, kebetulan pula dengan PKP. Tp kalau tidak kerana PKP pun, jauh di sudut hati aku rasa berat hati nak balik rumah mertua aku.

Hanya satu sebabnya, kerana masalah yang aku had4pi dengan Makcik L.

Tp masalah ini tidaklah aku pampangkan di air muka aku. Aku masih bertindak seperti biasa di hadapan Makcik L, atas sekadar menjaga air muka suami aku.

Makcik L, berusia sekitar 60 tahun, berasal dari negeri yang terkenal dengan orang kata orangnya mulut tak makan saman dan suka maaki bercakap kasar.

Maaf ya, aku sungguh tidak setuju perihal attitude dan kenegerian ini. Cuma itulah yang berlaku. Adik Makcik L ni juga berasal dari negeri yang sama tp tutur katanya lemah lembut sahaja.

Makcik L ni luarannya litup, paginya diisi dengan mengaji, mendengar Tanyalah Ustaz, mulutnya kadang2 terkumat kamit dengan selawat.

Bagus sungguh ya. Yang menjadi persoalan bagi aku, kenapa tutur katanya langsung tak seiring dengan perbuatannya ?

Oh orang cakap, mulut je jahat tp hatinya baik. Aku merasakan ini ungkapan yang bullshit.

Kata2 perli yang keluar dari mulut Makcik L sudah biasa bagi aku, biras aku dan juga ahli keluarga yang lain. Kadang2 aku terfikir, aku ni over sensitive ke ? Tidak juga.

Biras pertama aku pernah cakap “alah akak dah biasa sangat dengan mulut Makcik L”.

Bermakna biras aku tu dah lama telan semua ni tp beliau terpaksa hadap dek beliau tiada tempat lain untuk mengadu selain Makcik L. Ibu bapa beliau sudah tiada.

Makcik L pernah mengaku di hadapan anak menantu untuk berubah tp tidak berjaya. Nak sahaja waktu itu aku berkata cara berubahnya mungkin tak kena.

Tp aku menantu, hanya orang asing. Makcik L ada banyak pilihan sebenarnya, Makcik L boleh pilih nak cakap baik2 atau cakap perli2.

Hari raya aidiladha haritu adalah giliran untuk pulang beraya ke rumah ibu bapa aku.

Jadi malam raya aku ada bertanya Makcik L menu masakan dia untuk esok. Bertanya sekadar syarat menantu yang konon ambil berat. Makcik L menghantar gambar makanan yang beliau tengah masak.

Dalam banyak2 gambar, ada satu yang tidak jelas. Jadi aku cuba bertanya, “ni ikan ke mak?”. Makcik L membalas “ya ikan, kau ingat kau sorang je pandai masak nasi XXX”.

Astaga, apa salah aku di sini ? Kenapa Makcik L perlu bersikap begitu ? Mulut selalu berselawat, nak jadi ummat Nabi, Nabi ajar jadi manusia yang menyakiti hati orang lain ke ? Sungguh tak selari dengan amalan.

Banyak kali sebelum ini kata2nya yang selalu mengguris perasaan aku. Setiap kali aku adukan pada suami, suami hanya kata “jangan la ambil hati”.

“Ha iya la, asyik kita laa yang kena sabar, tak ambil hati, habis tu Makcik L tu tak terasa nak berubah ke ?” bebel aku dalam hati. Aku hanya balas pada suami “Makcik L tu tak boleh ke cakap elok2”. Suami aku diam seribu bahasa.

Itu adalah satu turning point untuk aku menjadi menantu yang tidak lagi ambil berat. Tidak lagi aku mahu bertanya khabar, tidak lagi aku kisah perihal Makcik L. Orang kata aku ni over sensitif, lantak lah.

Aku cuma menjaga perasaan aku dan ment4l health aku. Tidak perlu untuk aku membuka ruang pada sesiapa untuk mengguris perasaan aku. Tidak lagi aku beria memberi sebarang hadiah pada Makcik L.

Oh aku baru teringat, pernah aku hadiahkan pada Makcik L 2 atau 3 keping pinggan Nordic sebagai ganti kepada aku yang tak balik beraya waktu PKP. Pakcik R membuat video call sambil Makcik L unboxing hadiah tersebut.

Bila dia membuka balutan, dia tersengih sinis sambil bertanya “ni apa kau bagi ni” hahahah “ni apa ni”. Aku diam sahaja waktu itu. Ketika itu aku masih bodoh kerana selepas2 itu aku masih menghantar hadiah pada Makcik L.

Kini, tidak lagi. Aku sudah tidak ingin diperkecil diperlekeh seperti itu. Aku tak ingin lagi cuba menjadi menantu yang perform. Orang kata, anggap mak mertua macam mak sendiri.

Tp maaf, mak aku tak berperangai sebegitupun dengan menantunya. Aku tak mampu nak anggap Makcik L seperti mak sendiri. Semoga Makcik L boleh berubah.

Akrima.Kita kata mentua anggap menantu mcm org asing, walhal kita sendiri pon boleh address mentua as makcik pakcik mcm diorg tu org asing..

Bukanla nak backup mentua yg cakap kasar ni..tp tak semua org berlemah lembut tutur katanye..asalkan tak duduk serumah, tak hari2 kena dengar sekali sekala balik tu buat telinga kuali je la..

betul la ckp suami tu, dah tau maknye sejenis cakap lepas so segala kata2nya jgnlah diambil simpan dalam hati..

asalkan dia bukan sejenis batu 4pi menghuruharakan hubungan kita suami isteri, kita masuk tinge kanan kuar tinge kiri je la…semoga lama2 terbiasa sampai tak terkesan lagi dihati.

Kimi. aku faham ape yg tt nak cerita. dan aku tau tt ni dia terkejut skit dgn cara keluarga mentua dia. yg jenis ckp kasar, macam marah . aku faham kau tt. biras kau pun mungkin mula2 cmm kau la penerimaan dia.

tp dia dah lali, masak perangai mentua. abaikan yg kondem kau. nasihat aku, kau nak bg apa, just bg ja. apa reaksi atau respond mentua kau, kau abaikan je. tu cara dia.

teruskan usaha ambil hati dia. bukan sekadar bg barang. tp tanya khabar ka, masak apa yg dia suka ka. dah tua mmg susah nak ubah sebab dia membesar mcm tu. cuma ubah cara kita menerima. aku tau kau kuat.

Ratu. Aku rasa yang bermasalahnya menantu, bukan mak mentua dia. Nape entah benda kecil pun nak sentap. Mengada and drama queen. Kecik ati laki kalau tahu bini tak suka mak dia.

Anie. Errmmm… drama sangatlah kau cikpuan. Pi lah cari kerja ka, buat kek ka, isikan masa terluang tu dgn aktiviti berpaedah. Semua org ada isu dgn mertua, tp benda sikit2 camni buat pencuci mulut saja. Selagi tak kena sihir, syukur banyak2.