Kita prm pandai mcm mana pun, level kita memang duk bawah kaki “lelaki” je lah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku Mawar.. Umur hampir 40 tahun dan berkeluarga… Actually bukan kehendak aku nak berkahwin dan ada anak-anak… Tapi boleh katakan jodoh dan qada’ qadr Allah…..

Aku mempunyai adik beradik yang ramai dan majoritinya lelaki…. Dari kecil aku agak lasak, bergurau kasar, jenis staight to the point….

Aku tak suka berkawan dengan budak-budak perempuan sebab selalunya bila bermain, end up orang ni nak merajuk lah, itu lah ini lah…..pastu nanti akan geng dan berpuak-puak… Banyak cengkadak….. So aku selalu berkawan dengan budak lelaki je..

Cuma satunya, bila kita rapat dengan budak lelaki… Mesti timbul soal minat dan suka kan… Padahal aku niat nak berkawan je… Bila orang lelaki dah start confess, aku akan autom4tik jarakkan diri sebab tu bukan tujuan aku berkawan….

Macam mana aku boleh kahwin dengan suami aku, salah satu cirinya dia jenis tak hiraukan aku atau tunjuk minat nak kat aku…. huhu… dia terus jumpa parent aku… Dan aku sedar-sedar je, aku dah bernikah… Orang kata, kun fayakun…. Itulah jodoh.

Luckily suami aku bukan typical lelaki melayu…. Aku agak reluctant nak kahwin asalnya, bila aku tengok perangai adik beradik lelaki aku….

Masa berkawan dengan lelaki kita tak kenal betul-betul… Tapi adik beradik lelaki aku, yang aku hadap dan hidup bersama hari-hari, buat aku rasa aku tak nak kahwin….

Arwaah ayah aku dah lama meningg4l…. Mak aku pulak jenis lebihkan anak lelaki di mana anak-anak lelaki tak diminta buat kerja rumah….

Nak makan, atau nak minum, yang perempuan ni kena sediakan… Baju-baju semua mak aku kutip, basuh, sidai, lipatkan. Pakej simpankan dalam almari. Dari kecil, aku memang saakit hati….

Bayangkan bangun tidur, aku kemas rumah, sidai kain, ikut mak pergi pasar, balik siang ayam ikan, masak, sapu rumah. Siap hidang semua. Lelah tak habis lagi.

Adik beradik lelaki aku bangun, terus buka tudung saji… Aku baru nak labuhkan punggung atas kerusi, nak hilangkan penat jap.. kalau tak cukup air kang….. mak aku akan panggil aku juga buatkan air….

Tu belum waktu aku baru nak suapkan makanan, ada lah yang arahkan nak sudu lah, nak garfu lah.. Macam cacat tak boleh bangun ambil sendiri… Lepas makan, pinggan dalam sinki berlonggok-longgok…. Seorang pun tak de hati nak basuhkan….

Selalu aku akan tunggu penuh dulu baru aku basuh.. Tapi selalunya mak aku akan bising suruh basuh terus…. Kau bayangkanlah, sinki tu tak pernah kosong… takkanlah kerja aku setiap masa basuh pinggan…

Muka aku memang duduk dapur je lah…. tambah lagi adik beradik lelaki aku, selalu bagi ceramah “agama”, kononnya perempuan kena taat kat suami nanti, perempuan paling banyak dalam neraka….

Lepas tu kalau aku memberontak, dan aku basuh pinggan berbunyi kuat sikit, mak aku akan bising…. Lepas tu adik beradik lelaki aku akan tambah, ceramah pasal anak derhaka…

Ewah-ewah…. Kau seluar kau termasuk spender kau melingkar atas lantai, mak yang kutip…. Dah lah spender berlubang kau, mak juga yang tolong belikan…. Ada hati nak ceramahkan aku.

Mostly aku takkan menang la… Mak aku akan sokong adik beradik lelaki aku..

Nak kata diorang ni buat kerja-kerja berat, boleh bilang dengan j4ri je berapa kali setahun atau tak pernah buat langsung…. Paling elok sikit, adik lelaki bawah aku ni lah yang boleh diharap sikit… tapi mulut dia ya rabbi, buat kerja sikit je, bodek mak aku bukan main….

Mak aku seolah tak nampak, kerja-kerja seharian mak siapa yang tolong…. Belum lagi, adik-adik kecil aku, aku yang mengasuh, buat susu, basuh berak, mandikan…. Tapi mak aku akan menangkan anak-anak lelaki…

Pendek kata, aku ni anti lah dengan lelaki yang tak sedar diri ni… dan aku tahu bukan senang nak dapat suami yang faham tugas dan tanggungjawab nya…

Mungkin berkat doa dari kecil, aku dpt suami yang bertimbang rasa… Aku pun dari awal kahwin, aku dah sharing dengan suami pasal hal-hal kerja rumah, tanggungjawab masing-masing… Suami aku takde masalah dalam hal ni…..

Adik-beradik lelaki aku semuanya kahwin lambat, so diorang sempat tengok betapa soleh suami aku membantu isterinya dalam hal rumah dan hal anak-anak…..

Aku dari zaman sekolah, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dah terangkan pasal kerja rumah ni bukan atas pundak isteri sahaja…. Bab mendidik anak juga bukan tugas isteri sahaja…

Tapi adik beradik lelaki aku masih ada yang tipikal…. Baru-baru ni adik lelaki aku yang baru kahwin setahun jagung, dengan lantangnya berkata isteri kena taat suami, katanya lagi, hal kerja rumah kerja isteri, suami cari nafkah sahaja….

Disebabkan aku dah matang sikit, malas dah nak gaduuh adik beradik, aku diamkan sahaja… ada betul dan salahnya… Jadi aku nak luahkan kat sini

Sekarang ramai dah ustaz ustazah di media yang bagitahu tentang kerja rumah ni tanggungjawab suami juga… Dulu-dulu aku belajar kat sekolah je… Bila benda ni dah well known, aku personally tak setuju dengan perempuan-perempuan yang suka ambil kesempatan…

Suka ambil benda agama ni separuh-separuh… Bab hal kerja rumah, kau nak ikut pula kata ustaz ustazah… Tapi bab aurat, kau tak nak pulak… Haih.. Lepas tu kau nak berlepas tangan pulak bila suami tak nak bagi kerjasama dalam hal kerja rumah sampai bertindak kurang ajar dengan suami…

Orang lelaki sekarang bukan macam zaman nabi… yang ada sifat tanggungjawab nak berjihad, bukan duduk main game sampai nak kena panggil makan minum baru nampak muka….. Zaman dulu kerja, guna kudrat tulang empat kerat, sekaramg kerja dalam aircond….

Kau penat, isteri pun penat sebab bekerja laki bini… Rasulullah saw pun jahit sendiri baju yang koyak… Takde bising-bising… Makan je apa ada… Bukannya demand itu ini…. ni kau takde sudu garfu pun kecoh

Lelaki sekarang bekerja cari nafkah? Berapa ramai lelaki yang demand bayar separuh-separuh perbelanjaan rumah….. Kalau isteri tak kerja, ibarat berdosa lah tolong mandikan anak, tolong buang sampah…

Kalau isteri suri rumah, layaknya buat macam maid je lah..

Sebab kau dah bagi tempat tinggal? Cuba kau seminggu lah duduk rumah rasakan jadi maid dan pengasuh budak…. kau pun akan faham erti letih dan penat..

Lepas tu bab taat kat suami…. Berapa ramai lelaki yang pedo, hisap vape, hisap r0kok, hisap ganja, ketagih p*rno, abuse… Lelaki macam ni nak kena taat, sebab atas dasar dia “lelaki” je ke…

Bodohnya pemikiran…aku ni jenis pegang pada al-quran, aku bukan baca quran saja-saja, aku belajar juga masa sekolah, aku baca juga tafsir-tafsir…

Pencapaian akademik aku lagi bagus cemerlang daripada adik beradik lelaki aku….tu memang terbukti…tapi ibaratnya kau pandai macam mana pun, level kau memang duk bawah kaki “lelaki” je lah?

Bezanya aku tak sambung pelajaran dalam bidang agama, sebab aku menyaksikan ramainya orang-orang bodoh dalam tu… yang egonya, yang suka pusing hujah sebab nak menang dan nampak hebat, yang kuat mengata…tak setuju sikit, mula cari geng untuk pulaukan…

Suka cari pengikut…Kalau yang baik-baik sikit confirmlah kena buuli… Tak boleh terima perbezaan pendapat… Childish… Orang perempuan pulak selalunya lembik, kena diam, angguk-angguk je… Aku tak suka persekitaran belajar agama ni…

So berbalik taat pada suami, aku cari juga dalil dalam quran kenapa tak ada cerita pasal taat pada suami…. yang ada taat pada Allah, Rasul dan Ulil amri… yang ada juga cerita pasal tugas dan tanggungjawab suami, isteri…

Dan kalau tengok balik khutbah terakhir Rasulullah saw cerita pasal berbuat baik pada wanita…. dalam hadis ya ada psl taat pada suami tapi setiap konteks hadis berbeza… Aku fokuskan pada Quran… Pasti ada sebab kenapa Allah tak sebut…

Naturally orang perempuan ni sifatnya pengasih….sebab tu dikurniakan rahim… Orang perempuan ni kau tak yah suruh..

Kalau kau lelaki dah lunaskan tanggungjawab, kau takyah suruh pun, dia willingly akan ikut apa kau cakap….

Kau tengok ya, berapa ramai perempuan yang kecundang sampai sanggup serahkan kemahkotaan wanitanya pada lelaki sampah….

Walaupun ternyata lelaki tu sampah… Kau buat baik je, cakap elok-elok…puji sikit… Easily dia akan follow kau…

So tak perlu pun suruh taat pada suami… Kalau kau baik, kau buat apa Allah suruh buat, confirmlah dia akan ikut kau…. Rumahtangga kau insyaAllah akan selamat bila kau ikut syariat…..

Kita perempuan pulak, jangan lemah sangat, bila dapat lelaki sampah ni, takyah lah takut sangat…. lebih baik kau risaukan dan kau takutkan kau tak dapat didik anak dengan baik… Allah tak suruh kau taat suami, tapi Allah suruh taat pada Dia…

dalam islam, ada hukum syariat… Tu semua sebagai garis panduan untuk semua penyelesaian kpd masalah hidup, masalah rumahtangga….

Suami culas tanggungjawab, kita boleh fasakh.. Kita hanya menjalani hidup mengikut acuanNya… Allah dan Rasul tempat teratas… Aku yakin dan percaya, bila kau letak Allah dan Rasul kat teratas, everything else will fall at their places…

Sebab tu aku dengan suami, dari awal kahwin aku cakap terus terang dengan dia…..kalau dia buat benda melangg4r syariat, aku tak takut jadi janda….

Apapun, aku tau ramai je lelaki yang faham bila ustaz ustazah bagitahu kerja rumah ni tanggungjawab bersama, selalunya yang bising, degang degung berhujah ni jenis insecure dengan diri sendiri….

Sebab tahu diri tak bagus mana, tapi nak nampak perkasa di mata orang lain…. Even kalau ada yang tak setuju dengan aku, dan keep on bagitau kita kena taat pada suami… teruskanlah… cuma lepas ni kau depression, kau saakit mental, takyah lah mengadu kat orang lain….

Orang lelaki, meh aku nak bagitau… kalau kau nak makan, bangun ambil sendiri makanan, basuh balik pinggan lepas makan dah makanan pun isteri dah hidangkan….. kalau kau buka baju dan seluar, letak dalam bakul baju dah bakul baju pun isteri sediakan…

Kalau kau nak basuh tangan, bangun pergi kat sinki, dah sinki tak sampai 100m pun dari punggung kau… Kalau benda level rendah macam ni pun kau nak orang lain buatkan untuk kau, baik kau takyah hidup lah…

Hidup pun menyusahkan orang lain.. Benda asas untuk hidup pun kau fail… macam mana nak jadi pemimpin?

Allah lebihkan kau lelaki daripada perempuan dengan kelebihan kau yang ada..

Tapi kalau level kau lebih teruk daripada baby….. Aku rasa takyah lah kau perasan kau jadi pemimpin… Lebih baik takyah berkeluarga daripada menternak pewaris kebenakan kau tu…

Aku tahu benda ni sensitif nanti masuklah puak-puak so called “ustaz” bagi kau gelaran macam-macam sebab tak puas hati seorang perempuan taknak tunduk pada seorang “lelaki”…

Nak khabar, aku perempuan jiwa bebas merdeka dari menghambakan diri kepada seorang “lelaki”….

Sekian…

Ini antara reaksi netizen.

Akif. Ada 1 perkara yg jelas nampak dalam kisah ni ialah cara didikan emak yg asyik menangkan ank lelaki… Emak sepatutnya ajar ank lelaki buat kerja2 rumah sejak dari kecil..

Bila cara didikan emak sudah x betul,, x kena pada tempatnya,, akan susah lah hidup seperti yg dalam kisah ini… Sepatutnya,, puan perlu jelaskan pd ibu,, & stand ur right,,..

Byk pengajaran yg dpt dari kisah ini.. Kepada semua ibu bapa yg ada ank lelaki,,

didiklah ank lelaki & didik yg betul sejak kecil dgn buat kerja2 rumah,, sebab bila dah kahwin kelak,, pasti akn bahagia rumah tangga,, suami yg rajin, dan tahu urus rumah tangga.

Nurain. Ni bukan sedas dua tapi berdas-das hehe. Terbaik la sis. Semua points saya setuju. Perempuan xperlu suruh untuk taat sebab tu memang sifatnya bila kena dengan orang yang betul & tepat.

Best quotes from u: bila kita letakkan Allah & RasulNya di tempat teratas, everything else will fall at their places.. Tq sis womenempoweringwomen

Hela. Tenat betul masyarakat kita ni kalau bab merajakan lelaki. Sampaikan perempuan bila dapat suami yang reti basuh pinggan, reti sapu lantai, reti masak, isteri kena bersyukur gila2..

Padahal tu basic skill utk hidup. Basic weh. Basic.. Ko pernah bersyukur tak bila laki pandai basuh berak sendiri ? Tak kan? Sebab tu benda basic

Shah. Akak ni terlebih emo sbb hidup penuh dgn pglmn pahit dlm family sndri sampai terbawa bawa ke hari ni….sis, xsemua jantan mcm tu sis…ada jer jejantan2 yg baik…

pglmn ng eri sis tu sebab sikap mak sndri ye…perlu ingat ye mak sis tu gegirl tau,bkn boboy…hehe….ank2 tu ibarat kain putih,kita mak ayah yg mcorakknya…..

klu i jd sis kn…p maati la adik2 jantan sis tu…nk ambk garfu ke,nk bsuh pggn ke…sis pn lemahh,ngikut jerr….naik berlemak la adik2 jantan sis tu…klu i la kn,lantak dkt hg la nk mkn ke,sudu ke pggn ke…

ko igt ko Diva AA ke,why bother2…pasal taat pd suami kn….klu dlm quran xda,dlm hdis ada…ikut jela hdis tu…tu kn pnduan sis…nk ambk air wuduk pn xda dlm quran sis,smuanya bdsrkn hdis n sunnah kn….

btw,tahniah sis dpt suami yg baik…dan didiklah ank2 llaki sis baek2 tau,jgn jd mcm adik2 jantan sis tau….the best education come from the parents.