Foto sekadar hiasan. Haii semua. Aku Firda aka Menantu Hantu. Kenapa orang perempuan mesti ada masalah dengan mertua & biras? Kadang aku pun pelik dan terfikir-fikir benda ni.
Mertua & biras aku baik je, cuma ada la beberapa perkara yang buat aku tersentap sikit.
Firstly, aku dah kawin 6 tahun, laki aku ada 3 beradik je, laki aku bongsu. Tapi laki aku kawin dulu, so aku la first menantu kiranya.
Setahun selepas kami kawin, abg ipar yang sulung pulak kawin. Kami masing2 lambat dapat anak.
Tahun ke 4 aku kawin, biras aku mengandung, aku masih takde anak, kebetulan kami semua balik kampung, biras aku tu demam, mertua aku cakap kat aku,
‘Milah (biras) demam tu, kita takyah la kacau dia, biar dia tido kat atas, kita masak berdua je’.
Yess, aku sentap dengan kata2 mertua aku tu, tapi aku just act cool, and jawab, jomla masak mak.
Beberapa bulan kemudian, aku pulak mengandung. Allah tu maha adil, dia taknak aku berdengki dengan biras, dia titipkan zuriat untuk aku.
Alhamdulillah. So dengan harapan, aku pun nak la layanan sama macam biras dulu, harap mertua cakap la tak yah masak, dok rehat je, bia mak masak.
Ehh malangnyaaaaaaa ahhhhh aku pun kena masak jugak. Ye, betul mertua aku takde suruh pun aku masak, cuma common sense sendiri la kan, kesian tengok orang tua, masak sorang2.
Aku pun tolongla kan, walaupun dalam hati macam2 menyumpah. Kalau balik kampung, aku mesti tolong mertua nyapu, mop, masak, basuh kain, sidai kain, lipat kain. Semua kerjalah.
Ibu aku pesan, kalau kita pergi tempat orang, biarla tunjuk rajin, jaga aib ibu bapak, ni bukan hipokrit tau, tapi jaga air muka orang tua.
Kat rumah sendiri ko nak malas-malasan, lantak ko la. Ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu, moo moo la kita kan.
Tapi, biras aku ni, macam princess ko tau. Balik kampung, dari pagi-malam, dia hadap henpon je, tahan pulak tu, tak hadap henpon, hadap muka laki dia. Laki bini sama je.
Yang laki tak pernah beli-beli barang dapur or lauk tiap kali balik kampung, dari kecik mak bapak ko tanggung, dah besar takkan la mak bapak ko nak tanggung lagi siap pakej tanggung bini skali.
Apooo la. Sekarang ni masing-masing dah ada anak, ingat matang la fikirannya. Sekalinya, takde wehhhh.
Sama je macam takde anak. Takde perubahan langsung. Sampai mertua aku tu ngadu, ‘nak tengok milah pegang penyapu pun susah, apatah lagi nak tolong masak nasi’.
Dalam hati aku, ‘haaa padan muka mak, manjakan lagi menantu dia tu, dulu dia mengandung suruh tido, aku mengandung tak suruh tido’.
Mertua aku ni pun kira bias jugak, salah menantu je dia nampak, anak dia yang malas & tak reti beli-beli tu takde pulak dia nak ngata.
Pelik-pelik. So far laki aku ni, so so la, kadang malas kadang rajin, bab lauk mmg dia tak kedekut. Tapi kadang dia geram jugak tengok abg dia tu, makan je reti, beli-beli tak reti.
Kesimpulannya kat sini, jadilah orang yang ada common sense, jangan buat kepala sendiri je. Tengokla sekeliling, jangan buat-buat tak tahu, buat-buat tak nampak je. Orang menyampah ok, menyampah.
Terima kasih.
Ini antara reaksi netizen.
Ilna. Paling x faham dgn orang yg x puas hati konon2 ipar or adik beradik lain x menghulur.. eh, kalau depa bank in kat mak ayah tiap2 bulan, takkan depa nak screenshot tunjuk kat semorang?
Kadang2 orang ni dia x pandai nak beli lauk pauk atau apa2 keperluan family lain, so nak senang, dia transfer duit ja.. tolong la jangan perasan kita ja spesis menghulur..
agaknya kalau kita tahu berapa amaun yg adik beradik atau ipar lain hulur kat mak ayah, bleh terduduk malu kita dgn pertolongan kita yg x seberapa tu.
Zuraini. Ko rajin ko buat. Dah buat takyah la ungkit. Dari nak ungkit better takyah tolong. Ko yang pelik sebenarnya sis. Memang betul lah Menantu Hantu
Saida. Patutnya time biras kau demam tu kau cakap je ‘sy malas lah nak masak mak. Nak tido jugak cam Milah’ biar mak mertua kau tau kau ni hantu sebenarnya
Kalau kau cakap time tu takde lah dah berbulan silap2 dah bertahun dah benda tu jadi kau masih duk mengungkit time member tu demam dapat tido time kau kena memasak jugak. Memang hantu. Dah buat nak mengungkit
Natasha. Nazira Hamzah bebetul menantu hantu nihh. Ulang ulang baca kenapa dia sentap mil suruh biras dia yang demam tidur hahaha sendiri cari pasal sendiri saakit hati
Rozie adnan. Betul lah tu..jgn dtg rumh mertua mcm tuan puteri..wlu rasa mls mcmne pun..
kat rumh mertua knalh tlg2..kesian mak mertua..mak mertua bukn makin muda..dia mkin tua.. Jgn celik mata je hp..x main hp..tdo sampai tghr..tu menntu hntu.