Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Cikgu Kay, saya guru dan saya juga pernah ada pengalaman buruk dengan cikgu saya dulu.
Benar, cikgu itu ibarat pelita yang menerangi murid dan tanpa ilmu mereka, siapalah kita pada hari ini. Jasa guru sangatlah besar, tapi guru juga manusia. Guru juga ada dosa.
Walaupun saya sendiri juga guru, tetapi apabila guru buat salah, janganlah nak back up sangat guru padahal dah terang lagi bersuluh guru itu salah.
Jujur saya katakan, tugas guru ini tidak mudah. Lagi-lagi mengajar anak murid yang tengah membesar usia 7-12 tahun. Kalau dapat murid yang baik, tak banyak kerenah, Alhamdulillah. Kalau dapat yang nakal, Allahu. Skit kepala dibuatnya.
Saya sendiri ada ramai anak murid nakal. Apabila saya marah mereka tak siapkan kerja sekolah, murid itu dengan sengaja bersin ke muka saya.
Apabila saya marah lagi, dia boleh cakap cikgu babi. Bila geram sangat, saya cubiit juga murid itu sebab terlalu kurang ajar. Tapi anak murid itu menangis meraung macam teruk sangat saya cubiit.
Padahal cubiit pun saya tak cubiit betul-betul pun. Drama betul anak murid ni. Sekali dia report kat parents dia, tokok tambah cerita yang bukan-bukan.
Parents macam biasalah, tak boleh langsung anak disentuh. Bila kita beritahu anak mereka kurang ajar, mereka tak percaya. Sebab depan mereka anak pijak semut pun tak maati.
Ada juga anak murid yang umur 8 tahun dah pandai cakap lucah. Yelah masing2 dah ada handphone seawal usia 7 tahun. Dari kecil dah explore macam-macam benda di handphone.
Pernah jadi isu anak murid meraba saya. Marah saya waktu itu, skit kepala sampai rasa nak pitam fikir tentang akhlak anak murid. Ada juga anak murid yang kaki buuli, suka pkul kawan-kawan dengan sengaja.
Hobi katanya skitkan hati kawan. Macam psiko kalau cakap dengan murid ni. Dia boleh jawab dia langsung tak rasa bersalah ceder4kan pelajar lain. Tapi apa guru boleh buat?
Kami cuba nasihat, tegur, kaunseling dan beritahu parents mereka. Nak pkul dah tak boleh. Parents sangat sensitif bab sentuh anak mereka. Tapi hasilnya, anak tiada akhlak. Apa nak jadi dengan mereka kelak?
Sejahat mana pun anak murid, saya tidak pernah rasa nak tampar atau menghina dan mengeluarkan kata-kata ke sat kepada anak murid. Sesekali kalau rasa geram sangat, saya cubiit jugak tapi mesti rasa serba salah lepas itu.
Saya sebolehnya tak mahu ada memori negatif dengan anak murid. Sebolehnya saya sendiri tak mahu langsung sentuh anak murid. Tapi apakan daya. Saya juga manusia. Guru pun ada perasaan. Kadang kala terlajak ikutkan emosi.
Itu belum cerita anak murid tegur cikgu kulit hitam, anak murid ejek cikgu gmuk. Kadang saya tanya mereka, mak ayah kamu semua tak ajar ke untuk hormat guru? Cara bercakap dengan guru?
Mereka dengan selamba boleh cakap tak. Kadang kalau kita tegur tentang akhlak, mereka mkin naik kepala. Seolah-olah mereka mkin seronok dimarahi.
Akhirnya saya sudah malas layan mereka. Kalau pelajar nakal buat hal, provoke saya, saya ignore saja. Buang masa layan mereka. Tegur pun dah tak guna.
Kalau nak tegur mereka, separuh sesi kelas boleh terbazir begitu sahaja sebab dialog teguran saya takkan terhenti begitu saje biasanya sebab murid nakal akan melawan balik. Baik saya fokus sahaja dengan anak murid yang baik yang betul-betul nak belajar.
Dalam kelas bising itu biasa. Nak menjerit pun penat. Kadang saya menangis juga dalam kelas.
Saya cakap, kenapalah kamu semua susah benar nak dengar cakap. Paling tidak kalau malas belajar sangat pun, tolonglah hormat sikit cikgu. Saya bukan minta hormat saya macam vv1p, cukuplah jangan kurang ajar.
Kadang rasa sedih dengan diri sendiri sebab tak mampu nak didik semua jadi baik. Apa yang saya boleh katakan, 70% personaliti mereka datangnya dari didikan di rumah.
Tapi sebagai guru, saya tidaklah salahkan 100% ibu bapa. Mungkin ibu bapa juga struggle untuk didik anak di rumah.
Lagipun sekarang zaman millenia, anak-anak sem4kin terdedah dengan teknologi dan budaya tidak baik. Mereka mudah terpengruh dengan anasir negatif. Mudah terikut kawan.
Tapi saya tak nafikan, pelajar nakal ini ada weakpoint mereka. Kalau diajak bersembang topik yang mereka suka, mereka boleh jadi kawan kita.
Tapi, takkanlah saya nak habiskan masa pembelajaran dengan sembang topik kegemaran mereka je kan? Nanti karang tak terkejar silibus.
Nakal mana pun mereka, saya tidak pernah benci mereka. Tapi saya cuba fahami kenapa mereka jadi begitu.
Tak dinafikan ada segelintir mereka memang karakternya begitu dari kecil. Ibu bapa pun runsing dapat anak perangai nakal pelik ni. Apatah lagi guru-guru yang perlu jaga ramai murid.
Jadi sekarang saya cuba untuk jadikan murid saya sebagai kawan saya. Saya cuba jadi pendengar kalau mereka bercerita.
Pelajar yang lemah saya akan ajar one to one supaya kurang gap antara pelajar pandai dan lemah. Yang nakal-nakal ni runsing sikit saya memikirnya. Cikgu-cikgu lain sampai langsung dah tak layan dengan murid nakal ni.
Mereka nak bising menjerit depan muka cikgu ke, mereka pijak kasut cikgu dengan sengaja ke, pecahkan handphone cikgu ke, cikgu-cikgu memang dah malas layan.
Ibaratnya kebanyakan dari kami dah tawar hati. Biarlah guru kaunseling je buat kerja dia. Untuk pelajar baik, kita hargai usaha dan effort mereka nak jadi pandai.
Saya tidak mahu jadi seperti guru saya dahulu. Saya dulu waktu zaman sekolah merupakan pelajar cemerlang.
Tapi selepas pmr, ada 1 hari saya bawak handphone ke sekolah sebab ibu saya senang nak contact. Masa tu hp nokia 3310. Itu hari pertama saya bawak phone ke sekolah, lagipun pergi sekolah lepas pmr tak ada belajar pun.
Tapi masa tu terkantoi bawak handphone. Terus cikgu disiplin cakap saya bodoh dan dia doakan saya fail pmr. Saya terkejut kenapa dia nak cakap saya begitu. Sedangkan ke salahan saya cuma bawak phone.
Tapi doa cikgu itu tak mujarab pun. Doa dia tak berasas. Jangan ingat semua kata-kata guru ini akan termakbul. Kalau kata – kata yang baik, insyaAllah.
Bila result pmr keluar, saya dapat straight A dan dapat pulak anugerah pelajar terbaik negeri. Cikgu itu sapa saya sambil buat muka annoying, ‘hah dapat berapa pmr?’.
Bila saya bagitau straight As terus dia buat muka dan lari. Tiada langsung ucapan tahniah. Mungkin dia malu kata-katanya yang mendoakan saya gagal itu tidak dimakbulkan.
Saya tekad tak mahu jadi seperti guru saya itu dulu. Saya sebolehnya mahu jadi guru yang baik. Yang disenangi pelajar, dihormaati bukan ditakuti.
Tapi bila baik pun pelajar pijak. Bila garang sangat pun pelajar jadi takut nak bertanya. Ibarat seperti ditelan maati emak, diluah maati bapa.
Buat yang tak pernah ada bad memory dengan guru, bersyukurlah. Saya ada banyak sangat bad memory dengan guru dulu sebenarnya. Tapi alhamdulillah saya sudah maafkan mereka.
Lagipun bila dah jadi guru ni baru saya faham kenapa guru zaman dulu suka marah tak bertempat, suka maaki dan sebagainya. Rupanya mereka stress sebab nak hadap pelbagai perangai murid.
Tapi itu tak menjadikan guru sentiasa betul. Yang salah tetap salah. Stress bagaimana pun guru, jangan dilampiaskan pada anak murid. Guru kena belajar kawal emosi. Pengurusan amarah kena betul.
Akhir kalam, doakan saya dapat jadi guru terbaik. Aamiin. Thanks.
Ini antara reaksi netizen.
Rafidah. Baru 17 thn jd cikgu. Awl2 mengajar mmg kita bersemangat nak buat itu ini, nak ubah itu ini. Berkobar2. Drah muda. Tp skang sy lbh sygkan diri sy.
Anak2 perlukn sy. parents akan salahkan cikgu, kpm akan salahkan cikgu. Kot tegur lbh2, kena saman, sabit ke salahan n ada ke s mahkamah…perghh. Skit kita nak pencen nnti.
Sy penah kena fitnah kekonon ada affair dgn pelajar form 5 masa memula posting. Cukup la..i learnt my lesson. takut tekanan drah sy naik.
Kot sy kena stroke, seminggu dua je kot pentadbir n kawan2 dtg melawat n sy bole d ganti bila2 masa.
Kalau x mampu sgt nak hadap budak2 kurang ajar, rujuk je pada kaunselor. Jgn stress. Syg diri sendiri
Aishah. Pernah volunteer jadi cikgu selama 2 minggu. Saya surrender. Haha penat sangat. X boleh dibandingkan dengan kerja office balik malam. Mmg kena ada skill.
Ada murid ni sekolah rendah tiba2 dtg tegur.. cikgu cikgu .beg cikgu ni beg murah ya? Cikgu2…
cikgu ni first time mengajar ke….cikgu2, dah masa utk pergi bengkel..dah sampai bengkel..cikgu2 belom lagi laaa..masa balik, tarik tgn cikgu ajak ikut balik. Haha macam2. nak marah pon x sampai hati sbb tahu masing2 kecik lagi
Adam. Pengalaman mengajar sekolah menengah form 5, pelajar gengster. Aku kena jadi lagi gengster dari anak murid. Anak murid ajak gduh, aku ajak gduh kat luar.
Awak bawak geng awak, saya bawak geng saya. Tup tup jumpa kat luar, geng geng dia bawak tu, abg abg dia tu, kawan kawan aku gak.
Kawan kawan dan anak anak buah adik aku pun ada. Kawan kawan aku plak tanya, dah apsal? Aku jawab, ni bebudak ko ke? Biadap depa dgn aku kat sekolah. Ko ajar sket depa ni.
Tak pasal, anak anak murid aku kena tampaq dgn brader brader depa. Esok mai sekolah, semua yg kepala gengster ke, nakal ke, semua jadik baik.
Mana mana budak form 3, form 4 yang buat hal, depa settlekan. Sampai ada guru guru tanya, cmna ust buat bagi depa dengaq cakap? Aku jawab, saya guna cara hikmah
Omma.Terbaik cikgu .
Anak saya 10 tahun, selalu tanya kenapa ada guru yang mulut celupar, panggil anak murid gmuk. Tak kurang juga yang mengmuk tak tentu pasal.
Saya katakan kepadanya; cikgu pun manusia biasa. Bila awak nakal, cikgu tak boleh sabar. Tapi cikgu la orang yang perlu dihormaati selepas ibu bapa.
Tapi dia soal balik apa kena mengena panggil orang gmuk dengan nakal?
Dia selalu cerita, masa tadika cikgu sangat garang. Ada yang terjerit-jerit marah dan bagitau nak campak dalam tong sampah kalau nakal. Sampaikan dia tak rasa guru tu perlu dihormaati.
Benda tu jadi macam titik hitam dalam diri dia.
Saya selalu doa moga dia dapat lupakan perkara yang tak ok.
Cikgu sendiri tak mampu lupakan apa yang cikgu, cikgu pernah buat kat cikgu dulu kan?
Tapi saya tak pernah menangkan anak saya. Biarla dia belajar.
Dan saya pun tak pernah nak seraang-seraang cikgu.
Bukan semua perangai anak itu bagus. Dan bukan semua cikgu itu betul.