Suami ckp dia perlukn sy utk tanggung hidup anak-anaknya dgn selesa xperlu susah2 nk krja keras

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terima kasih kerana terima luahan saya ini. Saya perlukn bantuan dan nasihat dari semua.

Saya berkahwin dengan seorang duda anak dua pada tahun 2020 ketika usia saya 36 tahun. Saya bekerja sebagai Pegawai Kerajaan dengan gaji yang agak tinggi. Belum mempunyai cahayamata.

Suami saya, saya namakan Mat sangat rapat dengan bekas isterinya bernama Su iaitu ibu kepada dua anak mereka.

Pada mulanya saya tak kisah dan anggap alangkah bagusnya mereka berdua tidak bercakaran selepas berceraai. Dua anak mereka masih bersekolah rendah.

Suami saya Mat selalu ke rumah jandanya Su. Jarak rumah kami 5 km sahaja. Alasan urusan anak. Kerap juga suami ke sana pada waktu malam. Sedar-sedar suami sudah tiada tidur di sebelah saya.

Suami sering tinggalkan mesej whatsapp maklumkan saya bahawa dia ke rumah jandanya kerana anak skit, anak menangis, anak tak nak tidur, anak merajuk, anak nak bapanya dan pelbagai alasan lagi yang kesemuanya disebabkan anak.

Takkan saya nak halang seorang bapa bertemu anaknya kan?

Janda suami saya, Su seorang yang bekerja biasa-biasa, tetapi dia aktif di media sosial. Followersnya sudah lebih 20 ribu orang.

Kebanyakannya Su upload gambar dan video Su dengan suami saya dan anak-anak mereka. Ramai yang puji mereka kerana berbaik selepas berceraai.

Su dianggap contoh yang baik kepada wanita yang berceraai kerana masih boleh bergurau senda dengan bekas suami.

Ada antara acara dalam video-video itu turut saya sertai. Tetapi Su sunting dan buang rakaman yang ada muka saya.

Maka seolah-olah Su keluar, makan dan sebagainya bersama bekas suaminya iaitu suami saya dan anak-anak mereka sahaja.

Ramai yang kata Su bagus. Sebab berbaik dengan bekas suami demi anak.

Tidak seperti perempuan-perempuan lain yang block bekas suami di semua media sosial atau meminta orang lain menghantar anak bertemu bapa kandung kerana perempuan lain itu tidak mahu melihat muka bekas suami mereka.

Su tidak begitu. Kerap juga Su berebut menaiki kereta saya untuk duduk di sebelah suami saya di tempat duduk hadapan. Alasan Su nak rakam video. Kerap saya mengalah dan duduk di tempat duduk belakang.

Pada mulanya bagi saya yang sibuk bekerja, tiada masalah. Saya juga tidak kisah memerap di rumah sendirian pada hujung minggu jika suami pinjam kereta saya untuk menguruskan hal anak-anaknya. Suami saya Mat ada sebiji motor.

Suami saya juga berikan keretanya kepada Su dan kereta itu dibayar suami saya hingga sekarang. Saya tak kisah sebab gaji saya banyak.

Takkan saya nak cemburu suami saya bantu jandanya dan anak-anak dia kan?

Sehinggalah dua bulan lepas. Saya terjumpa seluar dalam perempuan berwarna hijau di dalam kereta saya yang suami pinjam untuk hantar anaknya ke klinik.

Saya tahu itu seluar dalam Su sebab saiznya besar (Su tubuhnya sedikit gemuuk) dan saya pernah lihat seluar dalam berwarna hijau di ampaian rumah Su. Seluar dalam yang sama.

Kemudian saya terjumpa rakaman suami saya melakukan hubungan se ks dengan Su. Sebab rakaman itu tiada tarikh maka saya terima alasan suami, ianya rakaman lama ketika mereka masih berkahwin.

Suami juga berkata takkan saya nak cemburu dengan tubuh Su yang penuh parut dan lemak di sana sini. Sebab suami saya puji tubuh saya lebih cantik dari Su maka saya rasa lega.

Kemudian suami mula kerap hilaang pada waktu malam. Alasan main futsal dengan kawan-kawan tetapi bawa kereta saya.

Saya tak pandai menunggang motor jadi saya terperap sendirian di rumah. Suami balik dari main futsal jam 3 hingga 4 pagi. Saya masih berbaik sangka.

Semalam saya pulang awal dari pejabat. Saya demam dan diminta pulang. Saya balik naik grab sahaja sebab kereta saya suami ambil untuk urusan anaknya.

Saya bercadang meminta suami hantar saya ke klinik. Sampai di rumah, kereta saya ada di parking. Saya sudah cuak. Saya buka pintu.

Nasib baik saya bawa kunci rumah. Saya naik ke atas menuju ke bilik tidur saya kerana saya dengar suara dari situ. Sebaik saya menolak pintu, saya rasa nak pitam.

Saya lihat suami saya dan jandanya Su sedang melakukan hubungan se ks di katil yang saya beli selepas berkahwin dengan suami.

Tambah saya rasa nak pitam apabila anak kedua mereka usia lima tahun berada di dalam bilik itu dibiarkan memerhatikan perbuatan ibu dan bapanya yang sedang berb0gel tanpa seurat benang. Saya terduduk menangis meraung.

Saya mahu suami ceraaikan saya. Saya rasa diperbodohkan selama ini. Patutlah mereka sangat rapat dan mesra walaupun sudah berceraai.

Mereka ada hubungan suliit. Berzina di belakang saya dan berzina di hadapan anak mereka. Allahu Akbar.

Suami tak nak ceraaikan saya. Ayat suami tambah mengguris hati saya. Suami kata dia perlukn saya untuk tanggung hidup anak-anaknya dengan selesa kerana sebelum ini suami agak susah kerana Su demand macam-macam.

Suami saya minta saya terima jandanya Su sebagai madu. Suami kata tiada siapa yang akan mahukan saya kerana saya dahulu andartu.

Bahkan suami saya mengugut akan burukkan saya jika saya tetap nak berceraai kerana kata suami,

Semua followers Su anggap Su perempuan baik kerana berbaik dengan bekas suami. Saya akan dianggap perampas dan pengh4ncur rumahtangga mereka walaupun saya kenal suami selepas mereka berceraai.

Saya menangis. Alangkah baiknya jika suami saya tidak berbaik dengan jandanya seperti perempuan-perempuan lain. Yang bermusuh selepas berceraai.

Sekurang-kurang saya tidak perlu melihat kecur4ngan yang saya takkan sangka Su janda Suami adalah perempuan yang akan mengotorkan katil perkahwinan saya.

Saya sangat buntu. Suami tak nak ceraaikan saya. Tetapi sekarang saya sangat jijik melihat wajah suami dan jijik melihat wajah Su.

Su bagai orang tidak bersalah menyindir saya konon saya tak pandai melayan bekas suaminya. Kalau Su pandai sangat kenapa mereka sampai berceraai kan?

Bagaimana saya mahu lupakan kecur4ngan suami? Saya tiada kepercayaan lagi kepada suami. Saya mula rampas kembali kereta saya. Saya tak peduli jika anak mereka skit di tengah malam.

Saya tak benarkan suami jenguk anak mereka. Zalimkah saya? Perangai mereka berdua yang membuatkan saya menjadi jahat.

Apakah yang perlu saya buat?

Mohon nasihat langkah terbaik yang perlu saya ambil. Adakah perkahwinan ini berbaloi untuk dipertahankan sedang saya sangat merana kerana sentiasa curiga dan tidak lagi percaya kepada suami berkaitan urusan anak-anaknya.

Mohon bantu saya…

Ini antara reaksi netizen.

Fazidah. Betul dah cara puan tak bagi dia guna kereta puan tu…..don’t stay in this marriage….sangat tak berbaloi….(manalah awak kutip duda tu? )

Kumpul bukti, kalau boleh rakam kata2 yg dia hanya pergunakan awk untuk kesenangan anak2 dia. Simpan rakaman hubunga depa dan p pejabat agama dgn semua bukti2 tu.

Suami berzina, dan lakukan pender4an ment4l dengan menghina puan…. patutnya puan dah bolwh tuntut ceraai dah tu.

Semoga allah tunjukkan jalan yg terbaik untuk puan. You deserve a better man who respects and cherishes you

Erni. Jgn jadi bodoh puan, nampak sgt puan dijadikan atm buat mereka sekeluarga. Berpisahlah, sb puan berhak mendpt yg lebih baik, supaya hidup puan lebih tenteram.

Jgn percaya pd rayuan dia, sb bekas isteri dah nampak nak rebut bekas dia balik, dan akan melakukan mcm mcm utk buat puan derita.

Biarkan bekas bekas ini dgn hidup mereka, bukan masalah puan lg selepas berceraai, lg puan belum ada anak dgn dia.

Puan akan menangis sekejap aje lps ni sb mengenangkan nasib dicur4ngi, tapi klu puan teruskan juga dgn dia campur madu lagi, puan akan menangis sepanjang hidup puan.

Sakinah. Jangan jadi bodoh. Mesti awak ni lembik sebab tu dorg pijak awak.

Pertama sekali filekan ceraai then tuntut segala harta sepencarian, nafkah tertunggak, hutang piutang dan belanja yg ko dah keluarkan utk dorg. Kereta ko yg ade spende hijau tu amik balik k.

Kedua, ko bagitau popuan tu yg ex ko cakap badan dia buruk byk parut lemak sana sini. Suruh dia jgn berangan lebih2 ckp ko xpandai layan suami lah apa lah.

Ketiga, bgtau dorg ko ada rekod hubungan terlarang dorg n kalau dorg cari psal ko akan sebarkan dorg berzina selepas ceraai depan anak kecik umur 5 tahun. Kasi cuak.

Keempat, ko p ser4ng acc social media dia yg byk polower tu kihkih.

Thanks me later