Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku bukan la penulis yang baik. Tapi aku perlukn jawapan. Tolong aku.
Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 anak. Alhamdulillah. Rezeki aku. Aku juga bekerjaya, ada rumah dan kereta sendiri.
Aku perlukn jawapan untuk masalah aku dan suami. Suami aku ada trust issue dengan aku.
Bermula dengan aku tipu dia pasal fees tuition anak. Aku cakap fees tuition 300, sedangkn fees 500.
Jadi, setiap bulan Suami akan bagi 300, dan aku tambah 200. Niat aku cuma tak nak bebankan dia. Bila dia tahu, dia mengmuk.
Lagi satu, aku pernah buat pinjaman wang berlesen tanpa pengetahuan Suami. Ya, dia dapat tahu dan mengmuk lagi.
Aku akui aku seorang yang boros. Aku hidup susah dari kecil, tingkatan 3 aku dah buat part-time niaga di pasar malam semata-mata untuk duit belanja sekolah.
Jadi, bila dah bekerja, aku tak nak hidup susah lagi. Aku tak nak anak-anak aku rasa susah macam yang aku rasa.
Tapi, gaji aku cukup-cukup untuk bayar rumah beli dan bil-bil utiliti. Suami aku pun bergaji cukup-cukup makan.
Tapi semua masalah itu dah settle. Yang menjadi masalah sekarang, setiap kali ada benda yang suami aku curiga, dia akan terus tuduh aku bukan-bukan. Dia selalu tuduh aku ada lelaki lain di luar.
Aku dah fed-up. Hari tu kami hampir berpisah kerana sikap dia yang curiga dan tuduh fitnah aku yang aku ada lelaki lain. Bila aku menafikan, dia tak percaya dan tuduh lagi.
Sedangkan, selama tempoh perkahwinan, dia je yang pernah kantoi dengan aku berhubung dengan perempuan lain.
Video call perempuan lain tengah malam, mesej lucah dengan kawan sekerja, mesej dengan perempuan 3-4 pagi. Dan semua kegiatan dia ni kantoi berbukti.
Aku tidurkan anak dalam bilik, dia konon nak tengok tv. 3-4pagi aku tersedar dia masih di ruang tamu.
Diam-diam aku keluar bilik tengok tengah senyum sendiri. Rupanya, mesej dengan perempuan lain. Aku bersusah sorang-sorang tidurkan anak.
Tapi setiap kali kantoi, setiap kali juga aku maafkan dan layan dia seolah-olah tiada apa yang jadi.
Tapi, bila aku yang salah, dia layan aku macam aku seorang saja yang bersalah. Dia tak pernah buat salah. Dia pressure aku sampai aku depression.
Baru-baru ni, dia curiga kenapa aku screenshot keputuusan game badminton. Aku screenshot untuk hantar pada dia sebab dia minat badminton tapi tak dapat tengok game hari tu. Salah aku sebab aku tak hantar.
Bila dia check hp aku, dia curiga kenapa aku screenshot result game tu. Bila aku explain, dia tak percaya. Sebab aku bukan la penggemar badminton. Aku cuma support minat dia.
Dia curiga dan asyik cakap aku screenshot untuk hantar pada lelaki lain. Aku terus jerit suruh dia diam dan lari masuk bilik anak.
Dalam tempoh aku bertenang, aku dengar bisikan suruh aku bun uuh suami aku. “Bunu uh dia, bunu uh dia, bunu uh dia”. Aku siap dapat bayangan aku ambil pis4u dekat dapur, masuk bilik air dan tik4m suami aku.
Bila suami aku selesai mandi, dia tengok aku tutup telinga sebab aku dengar bisikan tu. Dia kata aku gila. Dia kata aku buat-buat. Sebab nak meraih simpati.
Sebelum dia keluar rumah, aku explain lagi. Dan dia masih tak percaya. Autom4tik, aku terus cakap dekat dia “Kau blah”.
Suami aku terus kemas barang, dan salam anak-anak. Ye, rumah yang kami duduk adalah rumah atas nama aku. Aku halau dia. Sebab aku terlalu tertekan.
Tangan aku sejuk, menggigil. Anak-anak datang peluk aku. Seharian aku berfikir samaada aku patut mohon berpisah atau kekal dalam hubungan dan ambil rawatan psikiatri.
Aku tak boleh terima setiap kali dia curiga dengan aku. Aku separuh maati percayakan dia, tapi dia asyik curiga dengan aku. Bodohkan aku.
Aku harap korang semua dapat bantu aku buat keputuusan. Berpisah atau kekal bersama dan ambil rawatan ment4l? Aku tahu kesihatan ment4l itu penting. Tolong aku.
By the way, anak-anak semua dengan aku. Aku yang uruskan anak-anak. Dia dah beberapa hari tak balik rumah. Bantu aku. Maaf kalau cerita tunggang langgang.
Shee. Allahuakbar .. keluar dr rumahtgga t0ksik ni. sy dh lalui. even dia yg curaang tp tetap blame sy yg salah. yg gila dia. explain la ape pun, dia tetap kata dia yg betul. pusing cita smpai babi pun boleh terbang. org keliling xkn percaya dgn raut muka n perangai lemah lembut n sikap baik dia. topeng semua nya.
Jue. berpisah jelah.. hidup bukan untuk jadi hamba manusia.. setiap sikap curiga dia kepada awak tu, hanya buat2 demi menutup kecuraangan dia..
dia sekadar nak menyedapkan hati sendiri dengan mencipta kesalahan pada org lain..
Ros. Puan tolong dapatkan rawatan. Kesihatan ment4l yang tak dirawat dengan baik wlp bermula dengan yang kecil boleh jadi lagi besar.
Puan boleh pergi mana2 klinik dan maklumkan simptom. Doktor akan refer puan pada pakar. Kesiankan diri dan anak2 dulu. Semoga puan kuat
Asni. Puan perlu lepaskan dia bukan sahaja dari hidup puan tetapi juga dari minda dan ingatan puan sebab dia punca masalah puan sebenarnya..
benar puan jga perlu jumpa pakar psychiatrist tetapi agak sukar untuk sembuh jika suami yg punca masalah itu masih menganggu puan.
Mulakan hidup baru untuk puan dan anak2..
Jangan risau anak2 boleh hidup bahagia walaupun tanpa ayah tetapi anak2 akan tergugat proses pembesaran nya jika punya ibu yang tidak sehat minda, ment4l dan emosinya…teruskan berjuang puan untuk diri dan anak2 ..