Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum. Saya Zaita. Tinggal di sebuah daerah di negeri Johor. Berdekatan dengan Johor Bahru. Umur 35 tahun. Ada 3 orang anak berusia 15, 13 dan 8 tahun.
Suami saya bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang dengan pendapatan kira-kira 3k sebulan termasuk OT dan beberapa elaun tetap.
Setelah ditolak ansuran bulanan rumah, kereta Bezza, nafkah saya dan anak anak, baki mungkin tinggal 1k sahaja. Itupun rumah 500 sebulan sahaja. Kereta Bezza juga 500 sebulan. Dan kami ada sebuah kancil legend yang dahulunya kami beli cash 3k.
Rumah kami cumalah rumah teres kos sederhana di mana ketika suami beli dulu harganya 100k sahaja (tahun 2008 suami beli). Tp kalau pasaran sekarang, sudah mencanak ke 300k. Rumah teres 3 bilik sahaja.
Bila kahwin, suami kata tak apa tak perlu kerja (saya sempat bekerja sebagai operator kilang selama 3 tahun sebelum berkahwin). Biar abang tanggung semua walaupun ketika baru berkahwin, gaji dia cuma 1800 sahaja.
Saya ikutkan sahaja. Tp lama lama saya rasa bosan pula duduk di rumah. Saya mintak izin suami untuk berniaga nasi lemak kecil kecilan, di depan rumah. Kebetulan rumah saya depan simpang orang lalu lalang.
Saya suka berniaga sebab ibu bapa saya juga berniaga sarapan pagi di warung (warung dekat kampung). Saya dah biasa tolong ibu bapa saya berniaga.
Saya mulakan dengan 20 bungkus nasi lemak telur, 20 bungkus mihun telur, 20 bungkus mee goreng telur. Karipap 50 biji. Ketika itu cuma rm2 sebungkus. Dan karipap 4 biji seringgit.
Masya-Allah hari pertama berniaga semua habis. Meloncat saya kegembiraan penuh syukur. Lebih rm130 saya dapat pada hari pertama berniaga. Ditolak modal, dapatlah untung bersih dalam rm60-rm70.
Selepas itu saya tak menoleh ke belakang lagi. Terus berniaga di depan rumah sehinggalah jualan saya menjadi sebutan di sekitar kejiranan.
Tet4pi, saya tidaklah mampu untuk berniaga pada skala besar. Saya tak nak terlalu penat. Saya tak nak terlalu sibuk hingga terabai anak anak.
Sedangkan matlamat asal berniaga dahulu cuma mahu hilangkan rasa jemu di rumah dan nak bantu suami tanggung family.
Sekarang, bisnes nasi lemak/ sarapan saya masih seperti dulu cuma adalah sedikit penambahan dan pilihan seperti ayam goreng, donut cheese, donut coklat, burger malaysia dan beberapa jenis kuih yang jiran letak.
Cuma pendapatan lebih la sikit berbanding dahulu sebab harga nasik lemak telur pun dah RM3 sekarang. Untung lebih kurang saja sebab barang mentah dah mahal kan.
Ada hari saya cuti juga berniaga, contoh jika ada urusan anak di sekolah dan juga urusan family di kampung. Hari tetap saya bercuti ialah hari Ahad sebab suami cuti juga, boleh gi jenjalan hehe.
Sekarang pendapatan bersih saya sebulan dapat la dalam 1500-1800 (setelah ditolak modal). Saya meniaga pun sekejap saja. Pkul 7 pagi saya bukak meja berpayung depan rumah. Biasa pkul 9 pagi dah habis.
Orang yang nak pergi kerja adalah pelanggan tetap saya. Diorang beli untuk diri sendiri dan untuk kawan kawan tempat kerja yang minta belikan juga. Budak budak sekolah pun ramai beli bawak bekal ke sekolah.
Bagi saya cukup dah pendapatan saya tu. Mungkin pada orang lain 1500 tu sikit. T4pi bagi saya dah syukur sangat dah. Dapat beli baju baju, kasut, beg tangan online yang saya teringin.
Taste saya yang murah murah saja. Dapat juga hulur sikit sikit bagi mak ayah dekat kampung. Dapat juga tolong suami sikit sebanyak walau suami kata tak payah. Abang mampu lagi dia kata heheh.
Bila digabung pendapatan kami berdua pun masihlah tak sebanyak pendapatan orang lain yang suami isteri berkerjaya professional.
T4pi saya bahagia dengan hidup sederhana begini. Tiada hutang berat. Hutang rumah dan kereta masih mampu dibayar dengan baik setiap bulan tanpa tertunggak. Begitu juga dengan insuran anak anak, bil 4pi air semua tidak pernah tertunggak.
Jika anak teringin nak makan kfc atau mekdi, masih mampu juga bawa sebulan sekali. Jika sesekali ingin berlibur, bawa ke tempat yang murah atau tidak berbayar seperti ke pantai.
Saya banyak mendengar keluh kesah orang yang terlihat banyak duit, kerja bagus t4pi sentiasa tak cukup setiap bulan. Mungkin atas faktor berhutang melebihi kemampuan.
Moral of the story, kita hiduplah ikut kemampuan kita. Insya-Allah bahagia. Bersyukur itu penting. Jangan tamak dengan dunia.
Terima kasih sudi baca tulisan saya yang tak seberapa ni. Maklumlah, saya tak belajar tinggi. Lepas SPM terus kerja nak bantu mak ayah.
Terima kasih admin sudi siarkan.
Ini respon pengalaman daripada netizen.
Aina. Alhamdullilah akhirnya keluar juga cerita yg boleh dijadikan rujukan dan sumber inspirasi. Thanks sis
Sofiya. Sy pun penjual nasi tepi jalan tau. Tak rasa malu pun dengan kerja ni sebab rasa sangat bebas dari bos. Sy degree t4pi berhenti jual nasi berlauk kelantan kat ibu kota. Alhamdulillah gaji bulanan lagi lumayam daripada kerja ofis.
Siti. Wah sangat positif, kosisten sis nanti sis boleh bayar pekerja ke boleh buat skala besar income pun akan lagi banyak.