Hina btl andartu di mata kau ye sampai begitu rendah sekali kau letakkan taraf isteri kau nnti

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku sebenarnya tak pasti tajuk apa yang sesuai untuk confession ini. Tapi dah lama sangat aku perhatikan perkara ni wujud dalam masyarakat.

Benda pula berlaku di kalangan orang terdekat dan juga pada diri aku sendiri. Iaitu cerita tentang penganiayaan terhadap golongan gadis lanjut usia ataupun andartu.

Sebelum itu aku nak cakap bahawa aku juga seorang gadis bujang yang sudah lanjut usia. Berumur awal 40an, ada kerjaya, berpendidikan, memiliki serba-sedikit aset dan ada rupa.

Tapi korang jangan bayangkan aku macam Nasha Aziz ataupun Datuk Shafinaz tu pula. Mereka tu krus tapi aku ni chubby, itu je la beza. Hehehe..

Dalam confession aku ni ada pelbagai watak/ cerita. Boleh skip kalau rasa confession berkaitan perkahwinan/ perhubungan agak membosankan. Bukannya nak jadi kepoh tapi aku kena ceritakan juga sebab ada kaitan dan aku geram.

Kisah pertama pasal Kak M. Kak M ni merupakan rakan kepada Ibu. Masa mula-mula kenal, dia dah berusia lewat 40an. Dah pencen pun waktu itu. Kerja biasa-biasa aje, ada la saving dekat EPF dan memiliki rumah sewa. Ibu kenal Kak M sebab mereka sama-sama ikut kelas agama di Masjid.

Bila Kak M tahu aku masih bujang, Kak M seronok nak kenal rapat. Ada masa kami keluar dan bercuti bersama-sama.

Satu hari aku dapat berita Kak M nak berkahwin dengan seorang duda anak 3. Aku sebenarnya gembira untuk Kak M tapi bila Ibu bagitahu bakal suami Kak M berumur sekitar 30an dan tidak bekerja, aku jadi risau.

Bakal suami merupakan adik kepada salah seorang rakan Kak M. Ibu cakap dah ramai yang minta Kak M pertimbangkan semula kepvtusannya untuk berkahwin tapi Kak M sebut satu perkara ni – dia dah bosan bila orang sekeliling asyik kecam dia tak laku & memilih.

Dia pun dah bujang terlalu lama & inginkan peneman ke surau. Tapi yang jadi sebaliknya. Sejak berkahwin Kak M dah tak jejak masjid/ surau lagi.

Duit banyak dihabiskan kepada suami yang pemalas bekerja serta anak-anak tirinya. Aku tak faham kenapa Kak M kena tanggung juga anak-anak tiri.

Anak-anak tiri ni masih mempunyai Ibu lagi tapi Kak M seolah didesak untuk melengkapkan keperluan mereka. Kalau Kak M menolak, mereka ni tanpa segan silu akan perli dan memarahi Kak M. Bapak & anak sama-sama perangai musibat.

Kisah kedua melibatkan jiran terdekat aku sendiri. Aku gelarkan dia sebagai Kak S. Karakter Kak S ni agak sempoi, pergi office pun malas nak bersolek. Tapi dia rajin & kuat bekerja. Rumah pun dia beli berbiji-biji sebagai investment.

Kak S suka travel sama macam aku. Kami berkongsi minat yang sama & Kak S pun dah anggap aku macam adik sendiri memandangkan aku sendiri pun anak tunggal. Kak S jumpa bakal suami semasa sama-sama travel dalam satu trip.

Seorang bapa tunggal yang kem4tian isteri. Tapi suami Kak S dah agak berusia pada masa itu manakala Kak S pula berumur sekitar 40an. Apa yang aku tahu sepanjang perkahwinan mereka, anak-anak tiri tidak pernah mahu menerima kehadiran Kak S.

Apa yang Kak S masak mereka tidak akan jamah. Padahal masing-masing pun dah besar panjang tapi apa yang mereka fikir eh? Mereka fikir Kak S ni merampas tempat Ibu mereka ke? Mereka fikir Kak S akan habiskan harta Ayah mereka ke?

Kalau tak suka kenapa pinangkan Kak S untuk Ayah mereka dahulu? Bayangkan setiap kali raya atau cuti sekolah, Kak S terpaksa keluar dari rumah suaminya itu. Aku ni perhatikan aje Kak S balik ke rumah keluarganya berseorangan.

Aku pernah tanya Kak S tentang anak, tahu tak apa dia jawab? Suami tidak mahu berikan anak untuk Kak S. MasyaAllah.. jadi perkahwinan itu untuk apa?

Kisah ketiga merupakan kisah Ibu saudara aku sendiri. Aku ada seorang Mak saudara yang berkahwin agak lewat, iaitu sekitar 40an. Dia berkahwin dengan seorang bapa tunggal kem4tian isteri.

Pada awalnya kami agak skeptikal juga betul ke bapa orang ni nak ambil Mak saudara aku sebagai isterinya.

K4um lelaki ni walaupun diri sendiri dah kedut sana-sini berumur, tapi kalau berpeluang untuk berkahwin semula mereka akan cuba pilih anak dara muda.

Aku ni sebenarnya manusia yang jarang nak korek kisah peribadi orang kecuali mereka sendiri yang datang bercerita.

Ataupun kadang-kadang aku tertahu daripada mulut orang lain. Sama la macam kisah Mak saudara aku ni. Aku beranggapan perkahwinan mereka baik-baik saja la.

Walaupun aku pelik, setiap kali Mak saudara datang ziarah ke rumah, hanya dia, suami serta anak perempuan tunggalnya aje yang akan datang.

Anak-anak tirinya yang lain memang jarang sangat la aku jumpa, sampai aku pun tak berapa kenal dengan mereka. Sehingga la pada satu masa aku dapat tahu kedua-dua mak/bapa saudara aku tu jtuh saakit.

Aku fikirkan tak akan wujudlah masalah penjagaan terhadap kedua-duanya memandangkan bapa saudara dah ada beberapa orang anak daripada perkahwinan terdahulu & seorang anak bersama Mak saudara.

Adik sepupu aku ni baru aje habiskan pengajian di universiti, baru nak mula bekerja. Orang kata baru nak hidup tapi dipaksa oleh kakak /abang tiri untuk bertanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Dengan alasan dia yang paling bongsu, tidak ada sebarang komitmen.

Eh boleh ye macam tu? Bukan ke setiap anak itu harus bertanggungjawab ke atas kebajikan kedua-dua orang tua mereka? Ke selama ini aku yang tak tahu Mak saudara seperti “dihukum” kerana berkahwin dengan bapa mereka?

Aku cuba untuk husnuzon & berfikiran positif, mungkin kebetulan aje kisah ni semua berlaku dan melibatkan golongan andartu. Aku fikir takkan la seburuk ini mentaliti sesetengah masyarakat kita.

Tapi baru-baru ini aku kenal dengan dua orang lelaki. Seorang lelaki bujang lewat 30an dan seorang lagi bapa tunggal kem4tian isteri awal 50an. Apa yang aku nampak lelaki bujang ini memang mencari perempuan seperti aku untuk menyenangkan hidupnya.

Dia kata dia dah bersedia untuk berkahwin tetapi segala persediaan untuk berumahtangga tiada. Bukan setakat rumah, kender4an pun takde. Bila aku cakap pasal rumah ni, tak bermakna dia kena sediakan sebiji banglo ye.

Sekurang-kurangnya ada la satu rumah sewa kecil untuk bakal isteri & anak-anak menumpang teduh. Ada la kender4an walaupun setakat motor untuk memudahkan urusan harian.

Kalau muda lagi aku faham kau tengah struggle untuk hidup tapi umur dah nak dekat 40 tahun, takkan la takde rasa bertanggungjawab untuk sediakan keperluan keluarga?

Mujurlah bekerja, itu pun tak tahu la jenis pekerja yang bagaimana. Jangan kau tuduh perempuan macam aku tak faham maksud tolak ansur dalam perhubungan Mat.

Celah mana tolak ansur ni kalau dari awal dah nampak aku yang akan ambil alih tugas seorang suami. Itu aku tak tanya lagi bagaimana cara kau uruskan kewangan. Pening..

Bapa tunggal yang kem4tian isteri ni pula awal-awal lagi dah cakap dia memang sengaja memilih perempuan berumur macam aku kerana dia tidak berminat untuk ada anak di masa akan datang.

Bukan setakat tidak berminat untuk ada anak, malah tidak juga berminat melayan karenah mengada-ngada bakal isteri.

Fasa untuk dia bercinta sudah pun berakhir bersama arw4h isterinya dulu. Wah, wah..

Aku rasakan apa yang kau perlukn sekarang bukannya isteri Mat. Tapi mungkin orang gaji? Atau nurse untuk memantau kesihatan kau.

Hina betul andartu di mata kau ye sampai begitu rendah sekali kau letakkan taraf bakal isteri kau nanti.

Aku faham perempuan sebaya aku ni agak berisiko untuk mengandung tapi kalau doktor sahkan aku dalam keadaan sihat, why not? Tapi kau ni pelik. Sebenarnya kau mampu ke tidak untuk berkahwin lagi ni?

Ke kau takut hidup seorang? Perempuan macam aku ni mungkin dah kurang mengada & manja tapi kalau tak boleh mengada dengan suami sendiri, lebih baik aku tak bersuami. Jangan kau cakap aku eg0 sebab ketara sangat kau sangat selfish.

Aku cukup menyampah bila ada pihak yang mengatakan mereka telah berehsan bila memilih golongan andartu sebagai isteri. Lagi meluat bilamana perkahwinan ini dikatakan perkahwinan “win-win situation”.

Takde siapa yang letakkan pis4u kat leher atau pist0l di kepala mana-mana lelaki untuk mereka memilih andartu sebagai isteri.

Takde siapa Mat. Kecuali diri sendiri yang pilih. Tapi bila kau dah memilih, layan la isteri selayaknya.

Tidak kisah la usianya muda ataupun tua. Perempuan yang kau pilih tu datang dalam hidup kau bukan dengan tangan yang kosong.

Dia mungkin datang bersama akhlak yang baik, harta, nama, pangkat, pendidikan, kecantikan.. ikutlah atas sebab apa kau memilihnya.

Jadi tolong la horm4ti dia. Tolong la berikan penjelasan yang sewajarnya kepada anak-anak kau nanti sekiranya kau memilih untuk berkahwin semula.

Sejak muda aku sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan itu adalah satu bentuk hubungan yang sihat. Sepatutnya itulah yang perlu ada.

Sakinah, Mawadah & Rahmah. Suka atau tidak, lelaki perlu menjadi pelindung kepada isteri. Kalau perhubungan itu tidak sihat/ toxic/ selfish maka aku rasa tidak wajib untuk diteruskan kerana seumur hidup itu terlalu lama.

Faris. Sebagaimana confessor ada citarasa, same goes to other person. Masing2 kena hormat pendirian masing2, xsuka just go with our own way.

Tak ada sape paksa. Sy ada kawan umur pghujung 50an, kem4tian isteri. Sebelum ni dua2 bekerjaya. Jd bila dh lama menduda dan nk kawin lain, dia mmg cari yg andartu, dah xblh beranak, dan xbekerja.

Dia kata dia dah nak bersara, dn nk isteri ada sama2 dgn dia sentiasa. Balik rumah nk makan masakan isteri yg dulu dia jarang dapat.

Arw4h isteri dulu ada PhD, yg sekarang cuma ada spm sahaja. Kalau ikut perspektif confessor, mgkin niat dia nak kawin bini skrg sbb nk buat orang gaji sajalah. Tp bkn itu yg berlaku, at his age now, he just needs a companion.

Zara. Klu aku senang je, klu menyusahkan baik idup sorg je. Bahagia ni mcm2 cara. Bukan hanya kerana bersuami.

Kdg2 yg bersuami tu idup lebih menyedihkan drpd yg xde suami. Klu xde jodoh atas dunia xpe, kt akhirat sana pasti ada mudah2an masuk syurga. Jgn hanya nk bersuami kerana kecaman org. Choose wisely. U deserve the best.

Jihan. Sy berkahwin dgn duda kem4tian isteri, dan masa berkahwin tu sy dah berusia 46 tahun. Usia suami pulak 56 tahun masa tu. Anak2 dia dgn arw4h dah dewasa semuanya dan sudah ada 2 org cucu.

Alhamdulillah suami tak bg apa2 syarat pun cuma anak2 sj yg mungkin agak berat hati mahu menerima tp sekarang alhamdulillah ok jugalah. Dan alhamdulillah jugak anak2 suami tak menyusahkan kami.

Masing2 dah bekerja dan ada yg dah berkeluarga. Sy dgn suami berdua shj, bab anak kami serah pada Allah sbb sy faham sgt akan keadaan diri sy yg dah nak masuk 50-an ni.

Suami pun cakap tak apa, ada rezeki, alhamdulillah. Tak ada pun tak apa, tiada paksaan. Sekarang asal ada masa terluang, sama2 keluar ke jln Allah memperbaiki diri.

Nak citer lagi karang panjang sgt pulak, tapi insyaAllah kalau kita betul2 serah pada Allah akan bab jodoh ni, pasti Dia akan temukan confessor dgn lelaki yg baik, insyaAllah.