Gambar sekadar hiasan. Assalam. Mohon hide profile saya. Isteri saya tak reti bersyukur. Saya dan isteri dah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata awal tahun ini. Semasa isteri berpantang saya lah yang menemankan isteri di sampingan Ibu Mertua saya. Tapi isteri selalu salahkan saya sebab dia masuk angin. Saya pon tak faham kenapa di salahkan saya dan minta untuk balik kampung bersama ibu mertua.
Saya tidak benarkan Sebab saya dah ambil Cuti selama 3 minggu dan mmg berhasrat untuk menjaga dia sepanjang tempoh berpantang. Lagi pun ibu mertua dah ada kat rumah.
Saya sebagai suami penat layan karenah isteri. Saya mengemas umah, vacuum umah, mop umah, cuci baju baby guna tangan (Sebab nak ikut adat tak boleh nak basuh baju Baby guna washing machine Sebab takut baby akan liat bila dah besar.), memasak, bangun susu kan anak, mandikan anak dan semua kerja rumah saya buat. Dia still salahkan saya sebab tak jaga dia sebaiknya. Saya confuse.
Now bini dah kembali bekerja semula. Sejak PKP nih saya dibenarkan oleh majikan untuk WFH. Segala kerja2 rumah saya yang buat. Bini pula dah anggap saya nih sebagai pengasuh sepenuh masa. Even baby nak susu tengah malam pon saya yang buatkan. Isteri langsung taknak bangun.
Dia bangun pon sekadar nak kejutkan saya je. Kejutkan saya dengan membaling bantal ke arah saya. Kerja remeh kat umah semua nak suruh saya walhal masa tuh saya tengah jaga baby.
Pernah sekali, isteri lupa bawa dompet dan dia cakap lapar tak makan lagi jadi saya sebagai suami kesiankan isteri yang tak makan. Saya pon masak laa. Dapat mesej, dia cakap nak keluar dengan kawan2 lepas kerja. Saya nasihat balik rumah dan jangan keluar Sebab dia tak bawa dompet.
Dia pon balik rumah dan sampai rumah je, dia suruh saya masak air Sebab nak mandi (water heater r0sak). Tapi saya abaikan sebab saya tengah jaga anak. Si isteri pon tarik muka dan lepas mandi terus keluar kata nya nak cuci kereta.
Saya cakap saya dah masak kenapa tak nak makan, dia buat tak taw je. Tak bersyukur punya isteri. Isteri saya macam dah take for granted dengan apa yang saya dah buat kat keluarga nih. Balik kerja selalu merungut penat tapi bila nak keluar dengan kawan2 penat tetiba hilang plak. Saya stress dan merajuk dengan isteri. Sampai sekarang tak bercakap dengan dia pon.
Apa reaksi warganet
Cik Puan Fadz, suami dah baik,isteri pulak tak tahu bersyukur,isteri baik,suami pula sebaliknya..mmg xda yg sempurna,sbb tu kita kena saling melengkapi antara psngn…tp utk mslh tt,bwa bincg dgn isteri..klu mampu upah lh pmbntu rmh or pngasuh,dua2 pun bkerja… klu dua2 x jln..bagi isteri tu madu..in shaa Allah,lps ni isteri tu ingtlah tgjwb dia,kemudian meluah lah isteri tu kat sni.
Artinih Gaban, Hihihi…si isteri kerjakan juga macam kau. Skg, baru 1 anak kau kesusahan suda dgn itu baby. Bayangkan bini bini yg buat itu semua utk 7 anak… Tambah lagi c isteri tu kerja mcm c suami. .. apa kunu yg selalu sa baca tu c suami tidak suda mo tolong c isteri di rumah pasal status dia suami.. sukurlah c isteri pun kerja mcm status suami juga..haaa
Qhaira Afia, Senang je bro..ckp je nk kawen lg satu sebab ada isteri pun xmembantu apa2.. bini pun mcm dh lepas tanggunjawab pulak.. dlm rmh tanga paling pnting KERJASAMA urus ank pun sama2..berjimak(sorry kasar sikit bahasa)sama2 xkn urus ank sorang2.. ngada2 sngt bini bro tu..aq yg perempuan pun xberkenan k4um hawa sndri perangai mcmni..
Ada suami yg nk urus ank dgn rmh tu bersyukur lah hargai lah..bukan dibuat kuli batak..bukan semua perempuan bernasib baik mcm bini bro ni..nmpk sngt bini bro ni amik.kesempatan..bro tegur lah dgn baik bini tu bgtau dia selama ni perbuatan dan tindakan nya dh melampau..ada ank sempat lagi yaa lepak2 dgn kwn..aq ni sejak dh ada ank nk lepak2 dgn kwn pun pikir byk kali..bukan sebab suami xbg..tp hti xnk jauh dr ank..asik ingt ank suami je.. walaupun pergi tesco.
Rizali Said, Ni jenis tak tau nk berterima kasih dan syukur satu hari nnt klu TT buat hal baru nk mer0yan..maaf ckp ada segelintir ppuan mmng gitu mengada2 sbb tgk suami tu ikut je rentak dia kut sekali suami berpaling tadah baru gelabah beruk..syg isteri berpada2 jgn bg dia pijak kepala dn tak reti nk hrmt suami..cuba bagi nasihat secara berhemah klu2 blh dgr lah kut tak blh terpulang lah pd tt.
Nor hayati Aini, Suami kena tegas, jangan sampai isteri ‘pijak kepala’. Kalau dah sampai tahap macam ni perlu pihak ketiga contoh pi pejabat agama suruh nasihat isteri. Kalau tak jalan juga ada perintah untuk isteri kembali taat. Masih tak jalan suami kena pandai ambil keputusan sebab ia terletak di tangan suami.
Apa pun beri peluang dahulu, kalau peluang itu isteri sia-sia kan. Makanya isteri itu yang rugi tidak mengambil peluang yang suami dah berikan.
Nor Leha, Awak suami ..sebagai suami harus tegas dlm nendidik dn membimbing…kalau sikap dia tk betul tegor betul kn jgn biar kn nanti naik lemak pula dn ingat kn tanggongjawab bersama..jgn izin kn keluar tampa sebb yg munasabah sekarang ni dh ade suami ade ank…berubah jgn nk menuding jari salah menyalah…tolong menolong tolak ansur kalau nk berpanjangan dn bahgia bagi motivasi kat istri.
Aziera, Didikan dari suami jgk.. didik melebih bagi muke naik lemak dipijak nye la kepala suami..cube tegas sikit kalau xnk jgk ikot cri kan madu komfem mengelabah pastu mengesal2 pastu bru nk berubah.. pastu manje2kn balik pijak balik pale laki..salahkan suami cur4ng la xmampu lupe kecur4ngan lah.. cmtu la bepusing2.. sume ni donia.. dpt y baran kaki pkul baru kau tahu erti syukur dpt suami y baik haha.
Mat Zakie, Sebagai seorang suami awak kena tegas. Bukan tegas bermaksud awak kena pkul spak terjang dia…awak kena tegas melaksanakan perintah allah sebagai seorang suami. Selagi awak berlembut mcm tu selagi tu lah isteri awak akan jadi lebih besar kepala. Ingt ye apa segala d0sa yg isteri lakukan semuanya terpikul di bahu suami. Paham betul2..cari jln penyelesaian..jgn gduh2..kita ni lelaki..bergelar suami.
Faizah Rahman, Bab baling bantal nk kejutkan ko tu mcm durhaka sgt rase.. ko tny dia elok2 la bro.. dlm rumahtangga dua2 ade tggunjawab.. bkn semua atas bahu ko sorg je.. ko nasihat.. kalo tak jalan ko mintak org ketiga nasihat.. kalo tak dpt diselamatkan jugak.. pandai2 ko la pikir mane yg baik utk ko ngn anak ko..
Song Onim, Kena cakap dgn tegas dekat bini…buat kerja rumah sama2.. Kalau dia bangkitkan isu agama, suami kena buat semua kerja (ps- tugas suami..tp kalau suami suruh buat, isteri wajib kena ikut), kau haramkan dia keluar kerja…biar padan muka dia…
Benda ni kena ada keberanian…. Cakap aje kalau dia x ubah sikap, setakat ni aje hubungan kita…. X payah gelak2 masa cakap… Kata dgn jelas dan tegas…biar kepala 0tak bdoh dia tu hadam dgn baik.
Ros Ahmad, Mmg tugas suami menjaga isteri dalam atau x pantang pun. Tp nampaknya dah over lah pulak jadi nya. Rumahtangga kena ada kerjasama, suami kena didik isteri mengikut ajaran agama. Nasihat lah isteri, kalau x bole minta keluarga yg lebih tua & isteri hormati nasihat kan. Banyak2 doa biar lembut hati isteri.. X bercakap bukan solution nya. Kalau isteri paham x pe, takut makin jauh jadinya.
Kamal Husin, serius bro, kene ajar sikit pompuan bodo tu. Dah la dari sisi agama pun dh kira drhaka, memang layak kau craikan dia n cari pengganti baru. Macam ni, kene tegas, wrning dia. Kalau tak cakap kau cari pompuan lain.
Kalau dia buat macam tak kisah, kau keluar rumah. Kalau tu rumah sewa, cari rumah sewa lain tinggal dgn anak je, sebab bro boleh wfh kan. Biarkan je dia terkontang kanting sorang diri, nak sgt hidup ngan member je kan walaupun dah jadi bini orang mak orang.
Kalau tu rumah bro sendiri, Kosongkan n sewakan kat orang lain. Income pun dapat. Bini bro tu bagi dia cari rumah/bilik sendiri, biar dia pandai sikit urus diri sedar sikit dia status tu bini orang. Sebulan dua takde kesan jugak, failkan la crai. Pompuan bdoh tu dah tak layak dah nak jadi mak.
Sumber : KRT