Jodoh istikharah. Masa 1st time chat, aku bgth nk jadikn dia calon suami. Tk sangka ini jwpn dia

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Aku perkenalkan diri sebagai Aslin. Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga dengan jodoh istikharah. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku jodoh yang bertanggungjawab, penyanyang, ringan tulang, pemurah dengan family & tidak mer0kok. Aku just nak share perjalanan hidup aku dalam mencari imam hidupku. Antara enam beradik, aku kahwin yang paling lewat.

Masa zaman study di universiti aku bukan tidak pernah kenal mana-mana lelaki, tapi cinta tak kesampaian. Bila beralih ke alam perkerjaan & usia makin meningkat, aku serius untuk mencari calon suami.

Waktu ini aku decide mana-mana lelaki yang aku jumpa, aku tak mahu kenal lama-lama. Sebab cuma membuang masa & air mata bila cinta berakhir dengan perpisahan. Sungguh, putus cinta itu amat menyakitkan. Aku tak sanggup laluinya lagi.

Sepanjang tahun 2012 & 2013 aku ada berkenalan dengan beberapa orang lelaki. Tapi ada saja halangan untuk kami menjalani hubungan yang lebih serius.

Pada tahun 2014, umur aku ketika itu sudah menginjak 26 tahun. Membuatkan aku makin nekad mencari calon suami. Memandangkan adik aku pun sudah mendirikan rumah tangga.

Sesiapa sahaja yang menemui aku bertanyakan tentang jodoh, aku minta mereka mendoakan ku. Aku juga ada minta doa orang alim melalui perantaraan abang iparku supaya mendoakan jodoh aku dipermudahkan.

Setelah beberapa hari, orang alim tu memberitahu insyaAllah suatu hari nanti ada seorang rakan satu sekolah ku yang akan datang menikahi aku. Aku hanya mendengar apa yang disampaikan oleh abang iparku tanpa ambil serius.

Sebab ketika itu aku tidak mempunyai kenalan lelaki dari kalangan rakan sekolah. Lagipun pada zaman sekolah aku seorang yang pemalu & bukan jenis berkawan dengan pelajar lelaki. Mana mungkin jodohku dalam kalangan mereka.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Jodoh belum aku temu. Dalam masa yang sama aku mengalami tekanan di tempat kerja. Aku tidak mampu menghadapi bebanan tugas yang melampau.

Ketika itu aku memegang jawatan sebagai eksekutif. Dengan sukarela aku lepaskan jawatan tersebut walau gaji sudah menjangkau 3k+.

Aku beralih membuat bisnes online. Menjual pakaian mslimah. Setiap hari aku post produk bisnes ku di fb. Siapa sangka melalui posting ku di fb, aku bertemu jodoh. Sungguh, kuasa Allah Yang Maha Esa..

Mohamad, yang kini merupakan suami ku telah meng’like’ gambar produk ku. Like beliau telah naik di notification.

Ketika itu juga aku teringat, beliau pernah chat aku di messenger ketika tahun 2013. Tapi kami cuma chat biasa sahaja. Dia bertanyakan kenapa add beliau sebagai friend & adakah aku kenal beliau.

Aku jawab kenal, pernah satu sekolah. Beliau ada bertanyakan namaku tapi aku tidak membalas. Ketika itu aku rasa tidak berminat untuk berkenalan dengan beliau, memandangkan aku sedang berkenalan dengan lelaki lain. Jadi perbualan kami terhenti cuma disitu.

Setelah mengingati kami pernah chat, aku buka kembali messenger. Ternyata ada persoalannya yang masih belum aku jawab.

Ketika itu sudah masuk pertengahan 2014, aku mencuba nasib. Aku membalas chat tersebut dengan memberitahu namaku Aslin. Mana tahu, ada rezeki dia membalas kembali chatku. Allahu..

Ternyata rezeki menyebelahi aku. Beliau membalasnya. Kami saling membalas chat & pada hari yang sama juga aku memberanikan diri menyampaikan hasrat hati sebenarnya diriku mencari calon suami. Aku bertanya adakah beliau sudah berpunya. Beliau menyatakan tidak.

Aku juga menyatakan diriku belum berpunya & mengajak beliau melakukan solat istikharah jika berniat menjadikan aku sebagai isteri. Aku peruntukkan masa sebulan untuk istikharah. Selepas sebulan, kami perlu memberitahu apa keputusan solat istikharah yang kami perolehi.

MasyaAllah. Malam itu perasaan aku bercampur baur. Aku rasa sedikit gementar. Terus teringat kata-kata orang alim tersebut mengenai jodohku. Mungkin apakah ini yang dimaksudkan oleh beliau.

Walau sudah ada hint, aku tetap melakukan solat istikharah kerana kami kenal cuma sehari melalui chat mesengger. Tiada apa yang dapat aku nilai melalui chat tersebut. Aku manusia yang lemah.

Aku tidak mampu menilai kebaikan dan keburukkan orang. Aku tidak tahu sejauh mana ketulusan hatinya. Tapi aku yakin Allah ada jawapan untuk persoalan itu semua. Sesungguhnya, Allah lah tempat aku bergantung.

Aku tidak mahu tersalah langkah. Walau aku cuma dari background family yang biasa-biasa, tapi aku mahukan calon imam yang terbaik untuk mahligai yang bakal aku bina.

Sepanjang tempoh sebulan, tiga kali aku mimpikan Mohammad. Salah satunya aku bermimpi beliau mengimamkan aku solat di sebuah surau. Mohammad juga ada mimpikan aku. Ibu Mohammad turut melakukan solat istikharah untuk kami, alhamdulillah mimpi ibunya juga positif.

Urusan pekahwinan kami amat mudah walau perkenalan kami singkat. Bulan Julai 2014 kami berkenalan. Bulan Ogos kami mendapat keputusan istikharah. Bulan September kami berjumpa, bulan Oktober beliau berjumpa dengan family ku.

Bulan November family beliau datang merisik dan bulan Februari 2015 kami diijab kabul. Alhamdulillah kini, kami sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang soleh.

Pesanan aku, dalam melakukan sesuatu letakkan Allah yang paling hadapan. Mintalah petunjuk dariNya. Sesungguhnya Dialah sebaik-sebaik pemberi jawapan. Syariat telah berikan jalan. Cuma terpulang pada kita untuk lakukan atau ketepikan.

Jangan pernah sedih atau kecewa andai orang yang kita suka tidak hadir dalam usaha istikharah yang kita lakukan kerana Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk hambaNya.

Dan aku ingin memberitahu walau Mohammad adalah jodoh istikharah ku, tidak bermakna tiada badai & ujian yang Allah berikan kepada kami. Ada, tapi dengan izin Allah ujian yang Dia beri dapat kami hadapi dengan jiwa yang rasional.

InsyaAllah andai ada rezeki, aku akan sambung confession tentang ujian berat yang Allah hadirkan untuk kami sebagai ped0man untuk kita semua makin dekat denganNya. Pastinya, ia bukan ujian yang biasa-biasa.

Apa reaksi warganet

Wan Salina, Alhamdulillah dik,sama seperti akak kenal melalui kwn,dia minta no tlfn akak cakap la kalau setakat nk buat awek nk mesej2 x payah la sbb saya mmg cari calon suami,eh eh dia pun jawab saya pun cari calon isteri.

Istikarah yg akak dpt jawabnya selain rasa selesa dng dia(walaupun x pernah bersua muka,)dlm tempoh 4 bulan kami terus bernikah.Alhamdulillah dh nk masuk 13 tahun.Memang akak x tahu mcm mana hari akan mendatang tapi akak x takut kerana Allah ada.Akak hanya buat yg terbaik. Semoga kita semua baik2 sahaja.Aminn

Noorhafizah Musa, Sepanjang lama bkwn dgn suami skrg.tp sblm kwin pnh jgk buat istikarah.yela kita bercinta tak semestinya dia jodoh perkahwinan kita. Masa bkwn dgn suami pon ada jugak beberapa kwn laki lain. Sepnjg sy solat istikarah mmg xnampak muka sesiapa pun. Cuma kwn2 laki lain dtg dan pergi. Tp suami ni sentiasa ada. So tu mungkin jwpan istikarah sy kot.

Alhamdulillah dah 8 tahun kahwin. Doakn kebahagiaan kami berpanjangan yer. Sy jugak doakan yg belum temui jodoh. Buatlah solat istikarah minta petunjuk. Semoga allah kurniakn jodoh trbaik utk kita semua.

Azifiezy, Saya kalau solat istikharah bila saya keliru. Sebelum saya kahwin, saya bersungguh-sungguh buat. Sebab masa tu saya ada dua pilihan, satu lelaki yang dah 8 tahun saya kenal. Satu lagi baru dua bulan. Bezanya satu pilihan sendiri, satu pilihan keluarga. Saya istikharah & musyawarah. Setiap kali doa, nangis. Alhamdullilah Allah bantu. Saya dah kahwin pun dengan lelaki yg dua bulan kenal. Allah dgr doa saya, Allah permudahkan sangat.

Ain Niey, Bezny bace penceritaan confessor tenang je hehe…Alhamdulillah, Allah permudahkn urusan confessor.
Saye penah kenal seseorg dlm tempoh sebulan mcm tu, then saye buat istikharah. Lepas wat istikharah saye trnampk name die 2 kali dalam novel yg randomly saye ambik dan bace, tapi hati saye ragu2.

Saye x tau tu ptunjuk ke ap tpi saye x nk teruskn perkenalan kami since die pown mcm x serius. Saye yakin dan pasti Allah da tentukn jodoh yg lebih baik utk saye, sebab perancgn saye itu usaha manakala perncgn Allah itu takdir.

Julia Ramlan, Saya pernah solat istikharah untuk memilih samada untuk menanti bekas tunang saya atau pilih seorang kawan lelaki lain..tapi apa yang saya dapat masa tu adalah jangan memilih sesiapa atau buat apa2..selepas 2 tahun barulah saya faham rupa2nya akhirnya ditakdirkan saya jumpa dengan suami saya sekarang..dari mula kami bertemu sehingga perkahwinan kami Alhamdulillah dipermudahkan..

Norizan Mamat, Salam, Bagus perkongsian ni. Cuma, makcik nak ingatkan juga, samada kita istikharah atau tidak, ujian tetap datang. Jangan la dipandang sinis kepada orang yang diuji… “Itulah… masa kawin tak buat istikharah”

Amboiii… (makcik tak kata tt, tetapi ada sesetengah orang begitu) Samada kita berjaya lalui atau tidak, tidak la ianya kesan daripada istikharah tu. Makna berjaya/tidak dalam kontek kita ni, kononnya, kalau kita kekal hingga cucu cicit sampai ujung nyawa, maknanya kita berjaya lalui… makcik tak rasa begitu.

Berjaya tu maknanya, jika kita diuji, kita harung dengan tabah, redha. Apa saja keputusan akhir tu, kita tetap akui, itu yang terbaik Allah beri pada kita. Keputusan akhir tu … contoh kita redha berpoligami, atau redha berpisah, atau memang kita redha hingga hujung nyawa walau hidup susah dan sebagainya. Sebab kita meletakkan semuanya pada Dia.

Makcik rasa itu tujuan istikharah tu sendiri. Bukan bermakna kita akan bertemu jodoh dan bahagia happy ending ever after bla bla bla…Makcik antara orang yang tak buat solat istikharah tu. Makcik tak menentang orang yang buat. Ianya elok. Sama seperti TT sendiri, istikharah tidak menjadikan kita kalis ujian…

Hehehe… semoga kita semua tabah tabah saja…Jodoh mungkin hadir, m4ut pasti menanti, ujian pasti ada. Tempuhi hari hari dengan rasa syukur… kan ?

p/s : Kenapa makcik terima terus macam gelojoh ? Hahaha…Somi jer yang nak minang makcik. Orang lain semua separuh jalan jer disambar orang… atau makcik tak ada rasa. Haha

Sumber: Aslin (Bukan nama sebenar) via IIUMC