Gambar sekadar hiasan. Assalam min, Min tolong siarkan, saya ni suami katagori yg suka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap dan menguruskan hal dalam rumah dan anak anak. masalahnya isteri saya min, dia berniaga online tapi duduk asyik melayan hanset sampai perhatian kepada anak anak kurang. saya kat luar tengah cuci kereta pun boleh rasa anak saya bergduh sesama depa ,panjat katil main jatuh, yang dia ada depan buat tak tahu sampai anak dah berdrah dah menjerit baru dia perasan. saakit hati min. Anak bosan berhadapan dengan ibu macam ni.
Anak boring dia terlalu pentingkan hati dia. saya yang cuci kereta masuk rumah meleraikan semua. begitu juga hal lain semua saya kedepan. Pernah anak berda rah. depan mata dia. dinding conteng, saya cakap bini saya kenapa.. dia kata dah mrah mrah. walhal saya perhatikan perangai dia. dia main HP layan kustemer tak jaga anak.
Bukan tu je min, saya pernah letak CCTV sepanjang saya kerja. nak tahu tak min? bini saya banyak main hanset, bini baring atas katil la. tidur lah. buat tak reti je anak lompat main. jatuh dan Pampers penuh taik dan bocor air kencing. saakit hati min , saya pernah bagitahu dia nak cari orang gaji. dia kata saya saja nak menjatuhkan dia dan ada skndal lain..Tiber.
Kelebihan dia hanya masak je, selama saya kawin dengan dia 7 tahun sekali pun dia tidak pernah sapu sampah bawah bangku, bawah katil dan dia tak pernah cuci kipas yang berhabuk. Hanya tau main hanset je. itu pun salah benda yg nampak depan mata. diluar rumah pun sama.
Kalau tak kerana saya alamat anak anak berkudis, rumah macam tongkang pecah. saya pernah adukan pada saudara terdekat, dia suruh saya buat tak tahu je ajar bini saya tu. saya sudah cuba tak sampai 1 hari. petang saya dah tak tahan sebab apa. lagi kita buat tak tahu rupanya lagi dia rasa bebas dan selesa keadaan anak bosan dan rumah berhabuk dan bersepah
tempat tidur anak tak betul dengan kemas, betul kan cadar main letak bukan tarik tegang tegang. kalau anak meragam kat dia mrah anak. suruh kerja nasihat dia pun tak makan saman. bila bergduh ada la sehari dua dia hold hanset layan urus anak anak dan solat. kalau berbaik segalanya back to normal. saya ni bermacam saya lakukan terbaik depan dia jaga anak anak. dia tak pernah jadikan contoh.
Ikut cara dia saya selalu terbaca isteri isteri mengadu hal perangai suami begini. tindakan dia membuat saya nak bo mohkan dia. sebab cara baik terus terang tak makan saman baik cara halus. saya hendak B0moh kan dia sebab nak beri hati dia bolak balik macam saya. tapi saya tidak buat lagi.
Tindakan dia tidak berubah membuat saya serik untuk berkahwin andaikan hubungan terpisah.. tindakan dia sangat ingin membuat saya berpisah tapi ada sebab anak buat saya terhalang. sudah pasti dua akan dapat hak anak. dan sudah pasti dia sebagai wanita akan dipandang suci bila jadi janda dan dicraikan sebab orang kena crai ni biasa masyarakat pandang lelaki yang jhat. wanita sahaja yang dizalimi. bagi dia 10 min masa bersama anak anak sangat rugi.. depan mata saya berpura layan anak bila saya masuk bilik dia pun main hanset.
Saya redha dia berniaga sebab hendak bantu ekonomi keluarga tapi jangan lah sampai melampau sangat sampai suami sendiri dia sudah derhaka dan anak sendiri tidak diberi perhatian. Tindakan dia juga buat saya tak ada hati nak bina rumah sendiri yang saya impikan masa bujang dengan besar sebab dah tahu sikap nya malas mengemas.
Dia tidak menyukuri Allah jodoh kan dia dengan saya. Bila saya tegur dia kata saya cari salah dia dan saja hendak menjatuhkan mood dia hendak berniaga online.
Dia tidak ada daya kreativiti untuk mengurus anak saya selalu tunjuk depan dia tapi bila saya alpa dengan kerja saya dihadapan laptop dan harapkan penjagaan anak itu kepada isteri hanya sekadar tunggul.
Isteri main hanset anak mengacau saya. Sedangkan dia saya sedaya upaya hold kerja patut jaga anak supaya isteri selesa. Dia selalu rasakan apa tindakan dia ini salah dan punca dari saya. Bila dia sedih saya suruh zikir tapi dia menyanyi lagu sedih menikam kalbu kononnya hati dia suci tak bersalah
Dia sangat drhaka. Tidur nya dengan menyakitkan hati saya tanpa rasa bersalah. Dia kata hanya Allah sahaja tahu hati dia sedang kan saya kudrat saya tugas luar dalam saya hanya Allah sahaja tahu sekarang saya biarkan dia jaga anak corak bagaimana jika berlaku ptah riuk bawah jagaan dia.
Dia pentingkan diri. Dia mahu tidur bila dia rasa ngantuk bukan anak. Kalau dia rasa tidak mengantuk jam 12, 1 pagi dia main hanset je. Anak anak sudah terkuap mengantuk dia tidak endahkan
Malah di mrah kacau dia.
Kadangkala hati saya doa agar lingkup dia berniaga. Asal nya saya redha tapi cara dia tidak menghalalkan hati saya. Saya penat dan tertekan dalam hati sekarang. Dia tidak pernah berubah. Berubah bila gduh besar hendak solat hendak jaga hakiki isteri selepas itu abaikan.
Apa reaksi warganet
Sucilia Mat isa, Sy dgn suami senang je. Sy masak, basuh baju. Dia kemas2 rumah, buang sampah, lipat baju. Jaga anak2 selalunya sy lah skrg sbb husband dah keje jauh. Bila balik mmg dia akan lebihkan anak2. Berlaku adil lah. Dia x mahir dlm bab2 mengemas rumah, awk amek lah tugas tu.
X jatuh maruah seorg lelaki. Jujur sy ckp sy x reti mengemas rumah/susun atur perabot ni. Takat sapu mop kemas dapur tukar cadar katil tu takde hal lah bincang baik2. Wife awk tu letih, dgn biz dgn family lg. Cuba selami jiwa dia. Cewahhh
Nor adriana, Kesian awak tulis panjang 2 cm Ni pun x guna sini no one will support you sbb kebanyakan Memang cm tu. Kalau nak luah lain kali awak terbalikan tulis awak Ni isteri yng bini awak tu suami awak baru orng bertubi tubi datang kcam.
Kalau laki tulis x Ada yng nak datng bang setakat bagi Sokongan moral pun no one will. Ramai terpengruh dngn dunia jutawan yang ditawarkan kakak2 online. Depa pagi assalamualaikum pun dngn nama jutawan aje. So ramai terpengruh. Hadap ajaleh ye encik nanti Sy pula yng kena kec4m.
Naziha Anuar, Based on cerita awk saya rasa awk terlampau berlembut dgn dia sehingga hilang rasa hormat dia pada awk. Awk kan suami kenapa x bertegas. Klu bertegas masih x mahu awk kena perintahkan. Crai bukan penyelesaian. Tu cuma lari dari masalah awk. Tugas yg awk buat tu mmg bukan kewajiban isteri tapi bila suami perintah jatuh jadi wajib utk isteri jalankan. Saya nasihatkan dua2 perbaiki diri dekatkan diri pada Allah insyaAllah masalah selesai. Jgn sampai nak memb0moh. Haram xkan xtau.
Rose Ahmad, Sabar lah sedara nak mengajar isteri bukan sehari dua.. Cikgu pun ambil masa bertahun nak ajar anak murid.. Ini lagi org tua yg pandai mcm2 dah..
Saya bagi tip kat awak, cakap je kat wife awak nak cari bibik muda bawak balik rumah, cakap lah utk tgk2 kan anak jaga kemas rumah.. Tgk dia kata apa.. Dah wife awak x bole jaga anak/kemas rumah kan.. Kalau dia x percaya awak kena cari betul2 lah.. Cari yg cantik/muda.
Mawar, Dalam k3s ni ko yang bersalah. Ko tak reti didik isteri, isteri cerminan suami, isteri sentiasa betul. Ko yg salah bro. Isteri tak pernah salah. Perempuan selalu betul. Kau ubah diri ko bro. Tugas kerja rumah, basuh pingan, cuci kain, bagi anak susu, jaga anak, jemur baju adalah tugas suami bro. Tugas bni duduk bilik kangkang je.. berubahlah.. ini semua salah lelaki.
Cintaq canteq, Jhat2 isteri xpernah lagi aku bace kisah rumah tangge ni nak b0mohkan laki yg haramjadah..tp k3s ko ni lak smpai nak main2 b0moh..haru gak ko ni jadi laki eh…iQ jgn rendah sgt bro..ingt Allah ade..baik ko cari Allah..berdoa tanpe putus asa..ajar n tegur isteri sebaik2 mungkin..pamdang mata dia tatap wajah dia smbil berbincang elok2..kalau masih x jalan, ajak g kaunseling..bukan ko nk g cari bom0h bro..ape pon x bole la ko ni.
Shila, Mcm bni tu dah tawar hati jer nk teruskn hdup berumahtgge…. Dr penceritaan,, pompuan yg hnye dgn hnset,, xpedulikn ank n suami,, pentingkn dri sndri,, hnye buat hal sndri,, dah xbrminat nk teruskn umhtgge tu.. Nk harmoni semula,, kne ambek balik hati isteri…. Pompuan akn buat ape jer bile dye sygkn seseorang tu n hati dye happy,, dye akn ade mood sndri nk buat itu,, ini..
Rose Ahmad, Sabar lah sedara nak mengajar isteri bukan sehari dua.. Cikgu pun ambil masa bertahun nak ajar anak murid.. Ini lagi org tua yg pandai mcm2 dah..Saya bagi tip kat awak, cakap je kat wife awak nak cari bibik muda bawak balik rumah, cakap lah utk tgk2 kan anak jaga kemas rumah.. Tgk dia kata apa.. Dah wife awak x bole jaga anak/kemas rumah kan.. Kalau dia x percaya awak kena cari betul2 lah.. Cari yg cantik/muda.
Zairul Azmi, Ok la tu.. Berniaga online pendapatan bertambah.. Setengah tu berniaga online sendiri pakai..Mendidik dgn cara yg betui.. Itu cara nya menyelesaikan.. Mendidik isteri.. Mendidik anak.. Bila mengikut sistem mendidik.. Akan menjadi normal dan dipatuhi.
Sumber : Krt