Foto sekadar hiasan.Hai nama aku Chantiq, telah berkahwin, syukur alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang tak romantik tapi penyayang. Suami aku anak yatim, emaknya kini telah berkahwin lain, bapa tiri suamiku baik orangnya. Bapa tiri suamiku ada 9 anak, 4 lelaki 5 perempuan hasil perkongsian perkahwinannya yang lalu.
Suamiku ada seorang abang dan abangnya telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama kak Z.
Suatu hari, pada pertengahan tahun 2002 kami semua dikejutkan dengan berita emak mertuaku jtuh bilik air sehingga lumpuh separuh badan. Kami semua bergegas pulang ke kampung suami di selatan tanah air. Sesampainya di sana kami terus ke h0spital, kami sedih melihat emak yang hanya terbaring dan tidak sedarkan diri.
Ada satu berita mengejutkan kami, doktor mengesahkan, emak sebenarnya ada ambil ubat yang tidak disahkan oleh KKM, ubat tu dos tinggi, tidak sesuai untuk badan emak. Setelah di soal selidik, akhirnya kami tahu, emak membeli ubat tersebut dari jiran sebelah rumah.
Emak makan ubat tu dan terus pitam, tu yang anak tiri emak telefon ambulan. Setelah emak sedar doktor periksa keadaan emak dan terus membenarkan emak pulang ke rumah. Semasa emak sampai sahaja di rumah, tiba-tiba rumah jadi riuh, riuh bukan sebab gembira tapi sebab bergduh.
Waktu itu nampak raut wajah emak sedih. Anak-anak tiri emak tolak, mereka tak mahu jaga emak, sebab itu bukan emak diorang, meskipun ada antara mereka yang memang suri rumah.
Abang sulung suamipun tidak kurang mahu menepis juga kerana mereka mahukan ‘privacy’, tambahan pula kak Z menegaskan dia tak mahu jaga emak, sebab dia tak pernah jaga orang saakit. Untuk makluman sidang pembaca kak Z juga surirumah.
Semua memandang ke arah aku dan suami, seolah kami harus menerima semuanya, aku cuma cakap jika kami dapat pindah kerja dan duduk di negeri yang sama, in sha Allah aku tiada masalah untuk jaga emak. Tapi sekarang, aku di Selangor, suami di Perlis, sudah hampir 3 tahun kami pjj.
Suamiku hanya sewa bilik di sana dan aku menumpang rumah mama papa aku. Permohonan aku untuk ikut suami sering di tolak oleh Ketua Jabatan. Tambahan pula, aku baru sahaja disahkan mengandung anak pertama oleh doktor, kandungan aku baru berusia 3 minggu, masih dalam fasa pertama, mual dan tidak lalu makan.
Suamiku buntu, dia senyap, abangnya mendesak, kak Z juga mendesak, adik beradik tirinya juga mendesak. Aku cuba mengawal situasi, aku cuba memujuk kak Z untuk jaga emak dan aku berjanji untuk bantu dia jaga emak setelah aku pulang dari kerja, setiap hari tanpa culas.
Hujung minggu aku dan suami akan ambil alih jaga emak dari pagi sehinggalah hari ahad petang. Kami tidur di sana.
Akhirnya kak Z setuju dan dia meminta supaya duit pencen emak diberikan kepada dia. Kami bawa emak ke rumah abang ipar. Aku, suami dan abang ipar sediakan barang keperluan untuk emak, katil, water heater, baju, pampers dan semualah kami beli bersama.
Di awalnya semuanya indah dan tersusun, lama kelamaan kak Z mula memberontak, dia mula bertindak kasar terhadap emak, abang ipar pun dah mula menengking emak. Sebab emak tak mahu serahkan kad bank akaunnya.
Emak selalunya tunggu suamiku balik, barulah emak akan minta suami untuk keluarkan duit dari akaunnya.
Aku sedih sangat tengok situasi mereka marah-marah dengan emak, ikutkan aku lagi penat, dengan mengandung lagi, kerja sebagai jurutera yang tak pernah habis, balik sahaja dari kerja wajib pergi rumah abang ipar, uruskan emak, mandikan emak, suap emak makan, urut emak, layan dia bercerita dan lain-lain.
Masa ini aku kena kuat, hati kena kental, banyak tekanan mendatang, hal kerja, hal keluarga, baik sebelah aku mahupun belah suami, hal emak, perangai kak Z, semualah. Kak Z dan abang ipar nak emak cepat jalan supaya diorang boleh hantar emak ke kampung cepat.
Diorang sibuk suruh pergi terapi sana sini, ambil tukang urut, senang cerita sampai kena pergi darul syifa, kononnya terlampau percaya cerita keluarga kak Z pasal saka lah apa lah.
Ye faham itu salah satu usaha, tapi boleh tak jangan terus assume orang tu ada bela saka lah ada jin lah, korang ni orang islam kenapa perlu utamakan benda karut marut ni. Boleh nak cuba tapi jangan taksub sangat.
Tak lama tempoh mereka menjaga emak, ada 9 bulan emak di rumah abang ipar, diorang asyik bergduh je, sampaikan kak Z maaki emak dan suami aku. Dia tak puas hati, sebab emak nak hadiahkan barang kemas dia yang lama dan dah tak pakai dekat aku.
Lagi satu pasal rumah di kampung emak cakap nak bagi suami aku. Kak Z berang, dia cakap takkan dia dan suami tak ada terima apa-apa?
Waktu kejadian ni aku tengah bertarung ny4wa melahirkan zuriat aku di h0spital. Semasa aku tengah bersalin, suami aku di rumah abang ipar uruskan emak.
Kesian dia. Dah siap semua dia datang dan azankan anak sulung kami. Dia minta maaf sebab lewat ada di sisi aku, aku tak marah pun, aku paham, dia tengah susah. Lepas aku keluar h0spital, anak aku kena ulang alik hspital 2 minggu sebab anak aku jaundis.
Masa ni emak dah boleh jalan sikit-sikit tapi masih tak kuat. Abang sibuk suruh suami aku hantar emak, masa ni aku tak tahu rupanya diorang ada bergduh besar. Barang kemas emak, yang emak nak bagi aku satu beg tu, semua kak Z rampas.
Emak tengok cucu dia dan cakap minta izin suami hantar emak balik ipoh, aku terkejut, emak dah sihat ke nak balik sana? Dia cakap emak dah ok, tapi masih tak mampu jalan sendiri.
Masa ini aku tak faham kenapa emak nak balik, aku menangis, aku cakap dengan suami, dia nak hantar emak dan terus balik Perlis ke? Aku tak tahu kenapa aku menangis, macam budak-budak hihi mungkin pasal emosi tidak stabil dalam pantang.
Suamiku cakap dia takkan hantar emak, dia minta biar abang ipar yang hantar, sebab abang ipar yang beriya hendak hantar emak balik kampung. Aku sedih, kesian aku tengok emak, aku tekad kali ini permohonan untuk pindah ikut suami mesti kena lulus, kalau tak lulus aku berhenti kerja.
Masuk je kerja, aku terus buat permohonan pindah, alhamdulillah tahun 2004 bulan jun aku dijadualkan berpindah ke negeri Kedah dan suamipun ke negeri yang sama. Masa ada sebulan lagi. Mama papa aku pula buat mogok, mereka menghasut aku supaya jangan jaga emak mertuaku, macam-macam mereka lakukan.
Sehinggalah hari aku berpindah, mama papa ku langsung buat tidak tahu dan langsung tidak membantu aku dan suami. Aku, suami, pemandu lori dan kelindan lori yang bergilir-gilir memasukkan barang ke dalam lori.
Pak cik dan mak cik aku pula mengejek dan mencela aku kononnya aku anak derhaka. Aku dan suami buat tidak tahu sahaja.
Sampai sahaja di Kedah, kami terus kemas rumah dan tidak sabar untuk ambil emak duduk bersama kami. Sepanjang kami pjj, selepas emak dihantar pulang ke kampung oleh abang ipar, emak kerap bertukar-tukar rumah, kejap rumah anak tiri sulung, kejap rumah anak tiri bongsu, dah macam bola, main pas pas.
Tapi sekurang-kurangnya mereka cuba juga jaga emak. Sekarang ni, rumah dah kemas, aku dan suami minta izin ayah tiri untuk ambil emak bawa ke Kedah sebab kami nak jaga emak. Ayah tiri suami dah tua dan uzur, umur dah hampir 80 tahun, dia tak larat nak jaga emak.
Biarlah kami anak-anak berbakti selagi kami mampu. Ini pun salah satu cara untuk mendidik anak-anak, untuk ambil tanggung jawab menjaga orang tua yang uzur, tak kira orang tua sendiri atau mertua, dua-dua sama, tiada beza. Semua barang emak kami dah bawa sekali.
Sampai sahaja di rumah, kami biarkan emak berehat sepuasnya di dalam biliknya. Nampak emak gembira. Aku pun tumpang gembira.
Bermulalah episod kami menjaga emak, pagi sebelum pergi kerja kena pastikan emak dah makan ubat dan makan sarapan. Tengahari aku atau suami akan balik ke rumah untuk sediakan makanan tengahari emak, biasanya kami telefon emak dulu, tanya nak kami beli lauk apa.
Petang balik kerja, lepas ambil anak, biasanya aku akan masak, untuk makan malam semua ikut selera emak atau suami. Inilah rutin seharian kami, tanpa culas meskipun bulan puasa. Emak tak larat nak berpuasa, biasanya kami beli je dekat kedai mamak mana yang buka.
Masa ni tak fikir pun tanggapan orang, sebab kalau kami tak beli, kesian emak lapar dekat rumah. Sekarang kalau ingat balik malu pula rasanya.
Ada masa emak makan banyak, ada masa emak makan sikit, ada masa emak tak jamah pun makanan tu, ada masa emak muntah balik dekat lantai. Kadangkala ada terguris juga hati aku, tapi aku biarkan sahaja.
Ada masa-masa tertentu emak akan berbahasa kasar dengan kita, ada masa-masa tertentu emak cakap benda baik je dengan kita. Senang cerita, emak dah macam perangai budak-budak, kita kena layankan sahaja, jangan ambil hati.
Kalau ada rasa nak marah, pergilah keluar ambil udara segar sekejap untuk tenangkan hati, jangan di lawan. Aku kesian tengok suami ku, angkat emak, mandikan emak, basuh berak emak, basuh kencing emak, tukarkan pampers emak, semua dia buat, cuma ada sikit-sikit perkara dia minta tolong aku.
Dia nak aku fokus dekat anak kami Raiez. Aku dan suami jarang gduh sebab masing-masing penat, sampai tiada masa untuk gduh. Kalau bab balik raya, kami memang tak akan gduh, biasanya aku akan dahulukn belah suamiku, bagi emak puas beraya dulu.
Lepas itu, barulah pulang ke rumah papa mama aku di Selangor sebab masa ini abang ipar dan kak Z dah pulang dari kampung beraya, boleh tumpang emak semalam dua di rumah mereka. Masa ni mama papa aku akan perli aku dan suami, “eh ingat dah lupa jalan balik rumah ni”, kami buat tak tahu sahaja.
Tapi pernah juga kami menjauh dari mama papa beberapa ketika, kami tak balik ke rumah mereka, kami tak hubungi mereka, sebab mulut mereka terlalu berbisa, sehingga buatkan aku dan suami terasa hati sangat. Mama papa bercakap macam diorang tak faham apa yang sedang kami lalui.
Mereka pun kena sedar , mereka juga dah tua, akan mengalami situasi macam ini juga. Aku bukan apa, lagi satu hal setiap kali nak tumpang emak di rumah abang ipar, biasanya kak Z akan buat muka mencuka, kesian emak.
Pernah juga aku tak balik beraya sebab kak Z kata diorang cuti panjang, kesian abang ipar tahan malu dengan perangai isteri dia. Yang kak Z pula, disebabkan dia takut dia kena jaga emak lagi, dia terus mohon kerja di kedai makanan segera kawasan rumahnya, kelakar kan?
Aku buntu, mama papa aku selalu mendesak untuk kerap pulang ke rumah mereka, aku pula risaukan emak tiada penjaga, akhirnya aku dan suami yang runsing.
Puas aku nasihat papa mama, sekarang ini adalah masa untuk suamiku berbakti pada emaknya, berilah dia ruang dan peluang, aku nak mereka faham dan jangan keruhkan lagi keadaan hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Aku bertuah kerana suami aku seorang yang cool, dia sering kongsi apa-apa perkara dengan aku dan dia sangat tenang dalam membuat keputusan. Aku dan suami sekarang ini sudah sem4kin rapat dengan keluarga adik beradik tiri.
Sebab mereka sangat mengagumi aku dan suami boleh jaga emak meskipun kami dua-dua bekerjaya hebat. Tapi tiada apa yang hendak dibanggakan pun, asalkan kita buat semua ini hanyalah kerana Allah swt.
Aku bersyukur juga bos dan sahabat-sahabat serta bawahan ku semuanya sangat memahami situasi kami menjaga orang tua yang saakit.
Kami banyak dikelilingi oleh orang-orang yang baik.
Mudah sahaja, hanya yang aura positif sahaja kita kekalkan dalam kelompok kita, yang negetif buanglah jauh-jauh. Kalau kita dah mula terasa hati dengan orang tu, baiklah kita menjauh seketika ataupun selamanya, jaga hati kita dan pulihkan hati sendiri dahulu.
Dalam minggu ni kelakuan emak pelik sangat. Dia makan tapi makanan itu terkeluar dari mulutnya, tanpa dia sedar. Mulutnya sedikit herot bila berbicara hingga kami tidak faham butir bicaranya. Kalau dia boleh bersuara dia akan marah-marah dan sering dia minta aku izinkan suami ku kahwin lain.
Macam tiada sebab pun dia nak cakap hal ni. Ada sekali tu aku gduh besar dengan suami sebab emak cakap suami ada cakap dengan emak dia nak kahwin dengan perempuan lain, sampai aku minta ceraai dengan suami. Tapi sebenarnya emak sahaja yang reka cerita.
Itulah pentingnya komunikasi dalam perhubungan, nasib tak berceraai berai kami dibuatnya. Untuk makluman semua, itulah minggu-minggu terakhir emak ada bersama kami dan hidup di dunia ini. Genap setahun kami jaga emak, pagi itu suami kesan kelakuan emak pelik.
Tangannya melambai tapi matanya pejam. Suami kejutkan emak untuk makan ubat, tapi emak tak sedar. Aku telefon ambulan sambil tu kami dongakkan sedikit kepalanya bagi memberi laluan udara. Kami cemas, emak dikejarkan ke hspital. Emak di kecemasan berada pada zon kritikal.
Hampir 12 jam kami menunggu, doktor keluar dan maklumkan emak stabil tapi masih belum sedar. Aku tengok banyak wayar pada badan emak, suami aku masih menunggu doktor nak sampaikan apa. Dia nampak gelisah. Dia risau. Dia macam masih tak bersedia nak hadapi kemungkinan yang satu itu.
Akhirnya emak di tempatkan dalam icu. Kami terus menghubungi keluarga semua memaklumkan keadaan emak, semua terkejut, tapi kami hanya maklumkan emak stabil dalam icu. Kami berdoa harapnya emak bangun dan sedar macam biasa.
Pada pkul 10 pagi, doktor hubungi suamiku, dia maklumkan yang kami perlu hadir ke hspital segera, ada perkara perlu dijelaskan.
Semasa sampai, doktor telah mengesahkan bahawa otak emak telah sem4kin mengecut macam saiz otak kanak-kanak, terlalu banyak kerosakan pada bahagian otaknya, punca utama adalah minor stroke dan peluang untuk hidup amat tipis.
Aku dan suami menangis semahunya, kami rasakan dunia ini gelap, kenapa emak nak pergi tinggalkan kami. Jika emak pergi, suamiku adalah anak yatim piatu. Allah kesiannya dia. Aku dan suami hubungi semua keluarga maklumkan keadaan terkini emak, semuanya datang melawat.
Ada yang datang untuk berkongsi kesedihan, ada yang datang sekadar untuk ada, ada yang menambah p4rah dan luuka dengan membuat sesuka hati mereka pada tubuh emak (yang ini biarlah rahsia). Ya mereka tidak faham sebab itu bukan emak mereka.
Setelah 5 hari emak di icu, pada pkul 1pagi, aku dan suami dikejutkan menerima telefon dari hspital, doktor yang merawat emak memaklumkan berita yang sungguh meruntun hati kami. Emak telah pergi selama-lamanya menghadap penciptaNya.
Aku dan suami menangis semahunya. Suami ku bergegas ke hspital waktu itu juga dan aku di minta untuk kemaskan semua pakaian secepat yang boleh, esoknya nak terus bergerak ke kubur ikut van jen4zah.
Sesampainya suamiku di hspital pkul 2 pagi,dia terus membuat pengecaman m4yat dan tunggu untuk surat sah kem4tian. Esok pagi adalah sesi untuk mandi dan kafankan m4yat, semua diselesaikan di hspital. Selesai urusan itu, kami terus mengikut van jen4zah ke msjid untuk disolatkan dan terus ke kubur.
Semua urusan dipermudahkan, tiada bayaran diminta, semuanya orang sedekahkan, syukur ya Allah. Emak pergi menghadap ilahi pada hari jumaat.
Semasa di kubur, ramai menangis dan seolah meratap, tapi aku dan suami, kami redha dengan ketentuan yang Allah beri, kami terima ujian ini, kami bersyukur, dihujung usianya kami mampu menabur bakti padanya.
Kak Z pula langsung tidak mahu menatap wajah emak masa di kubur, macam seolah membenci pula, moga Allah jentik hatinya untuk berubah ke arah kebaikan. Kami rasa sedih tapi kami tidak mahu menangis sebab kami dah cuba buat yang terbaik untuk emak.
Sungguh rasa rindu itu tak pernah hilang, ada masanya kami tewas juga dengan rasa rindu itu. Moga emak baik-baik sahaja di sana. Kami sentiasa doakan emak.
Tidak sampai seminggu emak pergi tinggalkan kami, aku hamil lagi, anak ke dua dalam masa yang sama kami juga sama-sama dinaikkan pangkat, mungkin inilah hikmahnya. Allah tarik emak untuk hadiahkan kami anak lagi dan rezeki yang lain juga.
Syukur ya Allah, rezeki Allah tidak pernah putus selepas kami jaga arw4h emak. Untuk semua yang sedang diuji dengan masalah kesihatan pada keluarga kita terutama pada emak dan ayah kita mahupun mertua, rebutlah peluang untuk berbakti pada mereka, in sha Allah ada ganjaran yang menanti anda semua.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat, asalkan niat kita semuanya kerana Allah swt. Yang penting kuatkan hati, cekalkan diri, biarkan yang lain mencemuh, asalkan kita mengetahui bahawa kita telah buat yang terbaik untuk dia, supaya kita tidak akan ada rasa terkilan dikemudian hari.
Buat ibubapa yang ada anak waktu ini sedang diuji begini, janganlah kita keruhkan keadaan dengan menambah masalah pada anak dan menantu, menghasut, memburukkan keadaan dengan mengeluarkan kata-kata nista dan sebagainya.
Kamu sepatutnya mendokong penuh anak dan menantu kamu menjaga ibubapa mertuanya yang sedang saakit, dengan memberi perkhabaran yang baik dan positif.
Jangan kerana cemburu kamu membnuh ikatan kekeluargaan itu, sehingga ada yang bergduh, berceraai berai, menantu dah tak mahu balik ke rumah kamu dan tidak hormat kamu lagi, hanya disebabkan mulut sahaja.
Itu sebabnya adalah lebih baik jika kita berdiam diri kalau tiada apa yang hendak disampaikan risau jika terluah akan mengguriskan perasaan orang lain.
Setelah bertahun kisah ini berlalu, setiap kali hari raya menjelma, mood suami pasti bertukar menjadi sayu. Dia rasa tersisih kerana dia sekarang tidak mempunyai emak dan ayah. Dia anak yatim. Ada abang, tapi abang tidak endahkan dia sebab peristiwa lalu, terlalu percayakan kata-kata isterinya.
Tidak mengapalah biarlah kami membawa diri dan kami masih tetap bahagia. Suami ku juga kini sem4kin bertambah sayang pada aku dan dia sangat berterima kasih pada aku kerana sudi menjaga emaknya di penghujung hayatnya.
Mohon doakan kami bahagian hingga ke jannah ye. Baiklah, sampai sini sahaja cerita saya. Moga ia menjadi pedoman buat anda semua di luar sana. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita saya sehingga habis.
Ini antara respon netizen untuk kisah ini.
Mina. Menantu yg baik. Mengingatkan saya pada ibu saya yg menjaga nenek (ibu kepada dady saya) sehingga nafas yg terakhir.
Semoga menjadi pendorong kepada saya dan wanita yg lain supaya bersikap positif dan baik terhadap ibu mentua. Sayang ibu dan ibu mentua
Farah. tahniah puan. byk saya belajar drpd kisah puan. saya pun masih dalam fasa awal perkahwinan.
1. komunikasi suami isteri – ada konflik sekecil 2 dan sebesar2 apa pun, bincang dlm emosi yg stabil
2. kesedaran tanggungjawab – suami sedar t. jawab jaga ibunya. tak serahkan bulat2 pada isteri seorang jaga mertua( ada kan? confession, suami guna kuasa veto paksa isteri sorg2 terkongkontang kanting sorang2 jaga mertua, end up isteri Kemurungan) atau, lepas tangan biar org lain jagakan. or vice versa
3. keikhlasan- puan, suami puan & anak tiri(awal penceritaan) gilir2 jaga ibu suami tanpa harapkan imbalan /harta… sbb rezeki, harta, kenikmatan bukan sekadar itu… mcm puan, rezeki anak, pindah tempat kerja(PJJ) pun rezeki juga kan.
4. kepercayaan khurafat. tak disangkal ada keluarga yg masih amal & percaya, tapi kepercayaan & ikhtiar kita letak utama pada Allah, bukan pada makhluk lain semata
.hehe panjang pulak, sbb seronok baca. mcm tgh baca cerpen KOMSAS sekolah dulu2
Wan. Terharu saya baca kisah puan. Puan menantu dlm seratus ribu agaknya. Pada saya puan seorang menantu yang hebat.