Suami alim tp ada nfsu pelik, stiap kali bersama dia akn bygkn prm lain.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Nama saya Kina. Kisah ini berkenaan dengan pasangan yang juga merupakan keluarga saya.

Tujuan saya menulis di sini untuk atas permintaan tuan punya badan untuk meminta pandangan daripada pembaca.

Watak kisah ini ialah Adi & Fara. Mereka baru berkahwin kira-kira setahun lebih.

Adi merupakan seorang lelaki yang baik budi pekerti, mempunyai pegangan agama yang bagus & sangat mementingkan kepentingan aurat, dan mempunyai kerjaya yang baik.

Manakala Fara pula seorang yang baik hati, pemurah, dating dari latar belakang keluarga yang baik & bekerja dalam bidang profesional.

Masalah bermula selepas beberapa bulan mereka berkahwin.

Suatu hari Adi terkantoi dengan Fara sewaktu dia mengambil gambar rakan-rakan & adik beradik Fara yang tidak menutup aurat melalui handphone Fara. Apabila disoal Adi memberi alasan yang tidak munasabah.

Selepas beberapa bulan, Adi lebih berani dengan meminta gambar rakan- rakan Fara melalui isterinya sendiri.

Fara sangat terkejut dan h4ncur hatinya. Sudah semestinya dia tidak menunaikan permintaan Adi Walaupun diminta sedemikian Fara tetap melayan Adi dengan baik dari segi zahir dan batin.

Kadang- kadang ketika bersama, Adi membayangkan wanita lain bersamanya. Fara pun tak pasti adakah Adi sedar atau tidak ketika dia berkelakuan demikian.

Kemuncak cerita apabila satu hari Fara terjaga dari tidur pada awal pagi dan melihat Adi tiada dalam bilik.

Tiba-tiba Adi masuk bilik dalam keadaaan kelam kabut. Fara bertanya apa dia buat di luar dan Adi cuma memberitahu cuma mahu ke dapur. Fara rasa tidak sedap hati dan keluar.

Rupanya di ruang tamu adik Fara yang baru pulang dari kerja tertidur di sofa (dalam keadaan menutup aurat).

Untuk pengetahuan, mereka tinggal bersama keluarga Fara. Fara tahu sesuatu telah berlaku dan memaksa suaminya memberitahu perkara sebenar.

Selepas dipaksa dan diugut Adi mengatakan dia telah meraba adik Fara.

H4ncur hati seorang isteri melihat kelakuan suaminya.

Suami yang disangka aliim dan diamanahkan menjaga isteri telah berkelakuan tidak senonoh pada adiknya sendiri. Fara tidak pasti adakah adiknya sedar ketika kejadian tersebut berlaku atau tidak.

Sejak kejadian itu Fara seakan trauma apabila melihat Adi berbicara atau mendekati mana-mana wanita terutama adik perempuannya. Fara menjadi seorang yang over-protective terhadap adiknya.

Untuk makluman ayah Fara pernah menumbuk seorang lelaki yang meraba keluarganya.

Dan Fara sangat maklum akan kesan yang berlaku jika ayah nya tahu bahawa menantu sendiri yang berkelakuan begitu.

Sejak kejadian itu hubungan Fara dan Adi makin dingin. Depan keluarga mereka berpura-pura normal. Fara buntu dan hilaang kepercayaan pada Adi.

Adi telah memohon maaf dan meminta satu lagi peluang diberikan. Sebagai ahli keluarga mereka, saya juga turut buntu dan ingin melihat mereka berbaik semula.

Dan ini lah tujuan saya menulis confession ini. Para pembaca, saya memerlukn pandangan anda untuk memberi jalan keluar pada kemelut pasangan ini. Berikut ialah persoalan yang perlukn pandangan pembaca

1) Adakah normal seorang suami membayangkan wanita lain ketika bersamanya?

2) Bagaimana untuk menghentikan perbuatan Adi & memastikan dia tidak ulangi lagi? Jika melalui kaunseling pihak mana yang perlu dirujuk? Adakah perkara ini berkaitan dengan penykit mental?

3) Bagaimana untuk memujuk dan merawat luuka di hati Fara? Beliau masih menyayangi Adi & perkahwinan mereka tetapi hatinya sudah h4ncur dengan kelakuan Adi.

4) Adakah perlu memberitahu keadaan ini pada ibu bapa Adi? Mereka sudah berumur dan Adi ialah anak kebanggan mereka.

Jika mereka tahu kami takut risiko pada kesihatan mereka. Dan pada masa yang sama, Adi seorang anak yang taat pada ibu bapanya. Jika dinasihati insyaALLAH boleh membantu pasangan ini.

Semoga para pembaca dapat memberi komen yang membina untuk saya bantu pasangan ini.

Pengajaran pada para lelaki terutamanya suami, tolonglah jaga pandangan dan nafsu kamu. Kalian sudah ada yang pasangan halal mengapa perlu lepaskan pada orang lain?

Tidak kasihankah kamu pada wanita luar sana yang tak bersalah terutama keluarga kamu sendiri.

Syaitan memang akan sentiasa menganggu rumahtangga kita tapi terpulang pada iman masing-masing untuk menghalang perbuatan yang membawa kita ke neraka. Tolong jauhi zina. Sekian terima kasih.

Ini antara pendapat daripada netizen.

Nur. Malangnya, dlm banyak kes, kecenderungan isteri memaafkn akn mmberi petanda pd suami, dia akn dimaafkn walau buat kesalahn berulang kali..

Tdkkh confessor memikirkn, klu sdh ada ank perempuan sendiri nnti, suami yg type inilh yg kmungkinn besar melakukn inses dlm keluarga? Skrg ni, berapa bnyak hal ini terjadi..

malahn sampai ada yg ajak ank pindah duduk jauh2 dr org² yg kenal mereka, dn ayah dgn ank perempuan hidup bagaikn suami isteri dgn org sekeliling tdk tahu menahu keadaan..

Klu sayang sgt,dapatk. bntuan profesional..kat hspital kerajaan juga ada khidmat kaunseling..bolh bertanya disana lbh lanjut utk hal berkaitan.

Buatlh apa yg patut ..Fikirlh masak², buruk baik utk mmbina keluarga,..kuat @ tdk awk utk mghadapi semua ini..

Ena.Allahu ..sgt2 x normal puan…mule2 raba lpas tu smpai ke r0gol…puan nak ke…mintak jauh la laki mcm ni …mmg xselamat kang ade anak perempuan kne benda yg sma…

1 je cara ceraai jela puan..nafsu pelik ni xmudah nak berubah @ nak bg nasihat ..

Sblum suami tu buat lebih jauh…bertindak la cepat puan…

Shofi. Lelaki mcm nie ada potensi utk nak jadi ‘haruan makan anak’. Fikirlah utk masa depan sebelum terlambat. Kesian kt anak2 perempuan nanti.

Sebagai bapak kena lindungi anak lebih2 lgi anak perempuan tpi kalau belum anak dh perangai mcm nie,sorry to say la. Pandai2 la fikir sendiri