Abg kerja kerajaan mak ayah bangga giler. Tp mjlis khwin abg mak gadaikn emas utk sponser

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum aku Mirul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun. Aku tahu ramai di antara kita yang mak/ayah agak “pilih kasih” of course pada mereka benda tu tak ada masalah. Tapi kita sebagai anak ni boleh rasa benda tu.

Aku cuma dua beradik, abang dan aku. Beza umur kami 2 tahun. Dari kecil lagi aku memang dah rasa dan tahu yang mak/ayah aku ni agak “sayang” abang aku berbanding dengan aku.

Contoh paling dekat bila result peperiksaan keluar, kalau giliran aku cuma pandang sebelah mata. Tapi bila abang aku reaksi mereka lain siap puji.

Kalau giliran aku “kenapa tak semua A” padahal bila di banding result aku dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan juga universiti lebih bagus dari abang aku.

Aku ingat lagi, SPM aku 6A abang aku pula cuma 1A dan ada 1 gagal. Manakala aku 6A dan 3B. Reaksi mak ayah aku? “Kan bagus kalau semua A”

Bila abang aku “subjek ni memang susah dan ramai yang gagal” padahal kami berdua ambil bilangan dan jenis subjek yang sama.

Tapi aku tahan, telan dan pendam. Pada aku “takpelah lepasni aku usaha lagi” abang aku sambung belajar, aku pun sambung belajar di negeri yang berbeza. Waktu ni aku hujung minggu kerja part time untuk duit lebih.

Alhamdulilah aku graduate dengan keptusan yang cemerlang. Waktu ni, aku memang terkilan teruk. Sangat terkilan, mak dengan ayah aku tak dapat hadir majlis konvo aku, sebab mereka ada majlis kenduri kahwin saudara aku.

Aku cakap habis majlis kita terus balik hal kenduri kendara tu keluarga diorang boleh uruskan. Tapi mak/ayah aku berdegil juga. Aku datang konvo drive seorang diri.

Kau bayangkan waktu abang aku konvo, ayah aku yang baru 2 minggu p4tah kaki bersemangat nak pergi tapi bila aku dia cakap “boleh pergi seorang” bergambar seorang, mujurlah waktu tu ada kek4sih yang akhirnya jadi isteri aku dan mak/ayah dia.

Gambar konvo tak ada gambar mak ayah dan abang aku. Cuma aku, isteri dan mak/ayah ipar aku.

Habis konvo aku tak balik terus, kenduri kahwin sedara aku pun aku biarkan tak datang, sebab dalam hati aku terlampau geram dan marah sangat. Aku ingat lagi berhenti dekat bangi makan sambil menangis sebab pergi konvo seorang diri.

Mungkin ada yang cakap “kau lelaki nak nangis apa pergi je sorang, aku lagi suka pergi sorang” hal konvo ni sekali seumur hidup, bila abang aku konvo mak dan ayah aku sendiri yang cakap “kena pergi ni sekali seumur hidup” tapi bila giliran aku ceritanya lain.

Bila masuk alam kerja, aku kerja tahun pertama dekat office 9-5. Lepas setahun, aku kerja dekat foreign company yang 2 hari datang office dan 3 hari wfh.

Setiap sebulan sekali aku akan part time jadi tourist guide melawat negara macam jepun/korea & China. Abang aku pula kerja kerajaan, waktu ni mak aku memang bangga dia lain macam.

Aku waktu ni tak ada rasa apa sangat sebab hal gaji aku dah selesa. Dua bulan gaji boleh cecah 5 digit. Sampai lah abang aku nak kahwin dan iyalah perlu duit apa semua.

Jadi aku pun okay kasi lah juga dalam 1500 aku cakap dengan mak/ ayah/ abang aku ini 1500 aku bagi untuk bahagian makanan tetamu. Hal lain biar lah guna duit dia sendiri dah majlis dia.

Tapi keluarga aku ni masih berkeras cakap kasi lah lagi sikit, aku pun dah explain yang aku tengah simpan duit untuk rumah dan dah rancang nak kahwin juga dalam masa 1-2 tahun. Akhirnya aku pun topup lagi 500 kasi cukup 2ribu.

Lepastu kau tahu dah siap majlis apa semua aku baru tahu yang abang aku keluar modal setakat 500 ringgit. 500 ringgit. Yang lain tu? Mak aku gadai rantai dengan gelang 2 rantai 2 gelang. Lebih kurang 7 ribu.

Aku bila dapat tahu memang marah. Sebelum ni mak aku gadai rantai dan gelang tu sebab nak belikan abang aku kereta. Lepastu aku yang tebuskan semua sekali 8ribu+ bukan sikit sebab mak aku merayu sayang sebab harta waktu dia muda.

Aku pun sebab mak dah menangis aku pun pergi tebus. Aku mula-mula dah suruh dia minta abang dalam 4 ribu kita split 50/50 tapi alasan tak ada duit nak kahwin. Sekali mak aku pergi gadai balik.

Dari khemas apa semua itu duit mak aku gadai + 2 ribu aku + dalam 2 ribu duit ayah aku. abang aku? 500 sahaja itu untuk makeup dan baju kahwin. Aku bila dapat tahu d4rah memang meluap-luap.

Fast forward setahun kemudian, walaupun aku rasa marah dan kesal dengan keluarga aku. Tapi nak taknak mak ayah aku juga. Aku beli rumah memang agak besar ada 5 bilik. Tapi aku dah ada plan nak buat apa dengan bilik tu.

Lagipun tahun depan aku dah nak berkahwin. Bawa mak ayah aku datang tengok rumah aku. Entah tak ada angin ribut tiba-tiba mak/ayah aku suruh aku bagi abang dengan akak ipar aku duduk situ sementara sebelum aku kahwin. Aku serta merta tolak, gila apa.

Waktu majlis kahwin jangan cakap, aku keluar modal 95% abang aku yang cakap nak ganti 2ribu nanti waktu aku kahwin haram tak ada. Dia kasi 300 ringgit dia cakap “angpau kahwin” mak dengan ayah aku? “Kau ada duit, kau pakai duit kau”.

Aku telan sahaja, bagi aku biar majlis ni selesai. Itupun isteri aku kasi dalam 5ribu dia cakap ringankan beban.

Lepas kahwin duduk sehari aku dengan isteri terus pindah rumah. Bagi aku rasa dah tawar hati dengan keluarga aku.

Ada sekali aku sebenarnya nak lah hantar mak/ayah aku ke umrah. Tapi ayah aku ni seboleh-boleh suruh aku “sponsor” abang dengan akak ipar aku.

Dia cakap nak pergi sekali. Dah lah waktu aku bagi tahu nak sponsor mak/ayah aku ke umrah diorang tak tanya pun aku nak ikut ke tidak. Sekali di suruhnya sponsor abang dengan kak ipar aku.

Baru-baru ni, setahun lepas. Aku dengan isteri aku dah rancang 2-3 tahun free tanpa ada anak. Dan tahun ke-4 baru kami bersedia ada anak.

Tapi mak aku pergi cana dalam family group wasap cakap isteri aku mandul. Aku padahal dah explain banyak kali dengan mak aku. Kami berdua subur tak ada masalah. Dah lah dalam group tu ada isteri aku, dia cuma hantar smiley face je dalam group.

Sejak haritu aku memang dah macam jarang komunikasi dengan mak/ ayah/ abang aku. Kalau aku tulis balik kisah hidup aku dari kecik sampai sekarang “kosong” ayah atau mak aku puji dan atau jaga percakapan dengan aku. Tak pernah ada benda baik aku dengar. Kosong..

Komen netizen

Chinta. You’re not alone bro. Aku yg anak pmpn tunggal pun bukan anak favourite parents aku. Nak buat majlis kawin, pun semua nak kena bayar pakai duit sendiri. Masa tunang pun sampai nak gduh sebab dorg nak pegi majlis kawin anak saudara tak nak meraikan majlis tunang aku,

padahal yg nak buat majlis tunang bagai tu bukan aku tapi permintaan dorg… Ahh.. Slow2 bina family sendiri dan jumpa dorg setahun 2 kali je dah la…

Fatin.Omg menyirap dik baca kisah hidup ko. Sorry selesa panggil adik even umur kita sebaya

Please stay away from your toxic family. They have taken you from granted omg it’s over limit..

Membara je baca.
Please please stop giving people power over you.. you have to break the cycle once and for all kalau tak lagi banyak mereka akan ambil kesempatan dari you.

Izzati.Nanti bila kau menjauh, percayalah diaorang akan cop as ANAK DERHAKA. Tapi perangai sendiri yang suka ambil kesempatan tak sedar pulak. Nanti mulalah nak doakan anak benda tak baik. Kononnya hidup takkan tenang sbb takde redha seorang ibu.

Padahal mak bapak sendiri punya dosa, sendiri takmau muhasabah. Allah Maha Adil. Dia takkan pernah kabulkan doa seorang ibu kepada anaknya yang bersikap negatif. Apalagi kalau ibu/ayang tu sendiri melakukan perbuatan yang terang2 menganiaya jiwa seorang anak.

Jauhilah circle yang TOXIC hatta family sendiri untuk kebaikan kita juga.

Mastura. Hhmmnn part konvo sorang2 tu i feel youuuuuu…
Rasa sebak tu lain, kat atas pentas… bila kau tahu there is no one up there looking at you for that achievment…
Auto mata masuk habuk waktu amik scroll… nak nangis, tersekat saakit dkt kerongkong. Dont ever let anyone went to their convocation ALONE.
saakit oii…