Adik aku buta perut. Lupa diri. Selamba tutup mata dan buat mak kami seperti babu

Foto sekadar hiasan.Aku Amee. Aku nak kongsikan kisah keluarga aku. Mungkin ada yang boleh bagi pandangan membina.

Kisahnya, adik aku (anak ke 4) duduk dengan ibu bapa kami. Dah kahwin, anak 2.

Dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di rumah ibu bapa aku sejak awal perkahwinan mereka.

Kami 5 beradik. Aku anak ke 2. Selain adik no 4 ni, adik lelaki (anak no 3) yang masih bujang juga tinggal di rumah tu.

Masalah timbul bila adik dan isteri langsung taknak buat apa-apa kat rumah. Mak aku saakit lutut yang teruk hingga berjalan pun senget.

Bayangkan macam mana mak aku selesaikan semua kerja rumah dgn keadaan macam tu.

Mak aku umpama bibik. Mak aku yang masak, basuh dan sidai pakaian termasuk pakaian anak menantu. Elok mak aku siap masak, anak menantu selamba je ambik pinggan, cedok nasi, makan. Bahagia hidup, kan.

Pernah aku minta adik aku slowtalk dgn isteri dia untuk bantu mak aku. Dan aku takde niat nak buat isteri adik aku sebagai bibik. Cukup jika isterinya sudi bantu mak aku buat kerja ringan.

Sapu sampah, kemas ruang tamu, sidai pakaian. Kurang beban kerja mak aku. . Kalau isterinya memang taknak buat apa-apa, it’s ok tapi adik aku lah yang kena buat kerja rumah. Betul, tak?

Tapi adik aku melenting. Aku dibahasakan secukupnya. Dia kata dia kahwin bukan untuk jadikan isteri dia bibik keluarga kami. Bingai punya adik. Habis kau buat mak kau jadi bibik kau laki bini tu, kau tak fikir ke?

Adik aku buta perut. Lupa diri. Selamba tutup mata dan buat mak kami seperti babu.

Bapak aku?

Ini kalau aku cerita, buat tambah saakit hati. Bapak aku lebihkan anak lelaki. So apa adik aku buat, dia diam. Yang tersksa, mak aku.

Mak aku jenis lembut. Tak sampai hati nak tegur, atau minta anak menantu bantu. Sanggup penat sendiri. Makan hati dalam diam.

Aku tinggal jauh dari rumah mak aku. 2 jam perjalanan. Sebulan, dua tiga kali aku balik jenguk mak aku. Rumah wajib bersepah dan berhabuk.

Pakaian adik sekeluarga berlonggok di ruang tengah. Aku dan suami serta anak-anak akan kemas rumah. Aku memang tau adik dan isteri rasa mereka tak perlu buat apa-apa kerana ada bibik part time yang akan selesaikan.

Pernah juga aku balik rumah parents dan tak buat apa-apa kerana aku nak mereka tahu yang mereka kena bantu uruskan rumah.

Tak jalan daa.

Akhirnya aku mengalah.. Tiapkali balik, aku kemas rumah macam biasa, kerana kesiankan mak.

Pindah?

Dah berbuih mulut aku bagitahu adik suruh pindah. Anak dah 2 orang. Pergi cari rumah lain dan urus kehidupan sendiri.

Bila dah pindah, kalau isteri dia tak nak bangun dari katil pun takpe. Ikut suka hati kalau nak melekat sekali dengan anak-anak diaorang kat tilam.

Boleh pula adik aku bagi alasan, takde bajet untuk sewa rumah.

Hangguk dia.

Dah tau macam tu, ajar diri dan isteri bantu mak buat kerja rumah.Mak bukan orang gaji kau berdua.

Si isteri tu pun tak padan dgn sengal ubi. Bab urus rumah, besar kemalasannya. Tapi handphone 24 jam kat tangan. Bab gosip artis, masalah dalaman jiran-jiran, serba-serbi dia tau.

Paling aku bengkek, segala isu dalaman keluarga kami, habis diceritakan pada keluarganya. Pakcik makcik sepupu sepapat dia semua tau.

Pernah kantoi yang dia cerita fasal aku pada mak dia. Dia tengah bergayut dgn mak dia, loud speaker. Mak dia main hembus je kutuk aku.

Terus dia tamatkan panggilan dengan muka cuak. Eiiii rasa nak lempang.

Aku seorang je perempuan dalam adik-beradik. So bila ada masalah, memang aku yang akan bising.

Abang aku memang tak ambik tau. Dia buat hal dia je. Aku pun takde bincang hal ni dengan abang aku. Macam bercakap dengan tunggul.

Sebab tu aku luahkan kat sini. Isu ni bukan baru. Dah bertahun-tahun. Mujur tak boleh sumpah orang. Hanya mampu menyumpah dalam hati je.

Kalau selalu tegur, boleh jadi gduh.

Bila diam, pijak kepala.

Hmmm.

Ini antara reaksi netizen.

Nazira. Aku baca pun rasa nak hempuk binatang dua ekor tu. Tolong mak mertua buat kerja rumah tak menjadikan kita ni babu lah. Aku ni menantu yang tinggal hujung minggu dengan mertua.

Sebab aku PJJ dengan suami. Balik hujung minggu aku akan kemas rumah dia yang mana mampu.

Pakaian laki aku pun hujung minggu baru aku basuh. Bab masak, kalau aku rajin aku masak, kalau tak rajin aku beli. Tak de lah nak suruh mak mertua aku masak.

Ini sampai pakaian sendiri pun mak mertua yang kena uruskan tu namanya melampau lemak.

Orang dulu2 cakap, banyak cantik muka dia nak jadi permaisuri. Eh, permaisuri pun masak sendiri kat laki dia tau.

Kalau aku jadi tt, aku bawak mak tu datang rumah aku. Kalau duduk KL lagi senang buat alasan. Nak check up dekat h0spital pakar.

Tulis dalam wassap besar-besar LUTUT MAK SAAKIT PERLUUKAN RAWATAN PAKAR. KEMUNGKINAN BESAR OVERUSE SEBAB BANYAK BUAT KERJA RUMAH.

Lepas tu suruh mak rehat sebulan dua kat rumah kita. Si bapak tu, kalau tak reti ngajor anak jantan dia tu, tinggal je kat rumah tu sendiri. Eh, geram pulak aku.

Rina.Kalau mak sendiri yang tak open mulut untuk berkata tidak..dan tak cakap kat adik perkara/ perasaan penat itu, malah sebaliknya depan adik selalu cakap tak apa, tak apa…dan seumpama dgnnya,

.memang korang adik beradik bergduh sampai ke sudah je…..

Dia memang kena mak sis sendiri yang bersuara….baru ada akal adik dan isteri tuh…kalau dah cakap pun adik still buat tak tahu, bawak je mak pindah duk sekali sebulan dua….bagi pengajaran…haha…

Tapi kebanyakkan mak memang mcm tuh kot….dengan anak lain mengadu, tapi anak yang sepatutnya tahu, tak diberi tahu.

Nurazura. Kalau ada duit lebih Bawak je mak sewa rumah lain atau bawak mak pegi rumah anak2 lain dalam 2 ke 3 bulan. Biar diorang belajar berdikari. Bagi adik ko nampak yang bini dia xfunction.

Bgtau adik tu, mmg la budget tak cukup sbb asyik susahkan mak ayah. Rezeki walau banyak mana pon dapat sekejap je habis sbb duk menganaiya mak kandung dia.

Ish rasa nak taip lagi panjang tapi anak tengah nangis pulak. Nanti la sambung

Norizan. Salam, Bawa mak bercuti kat rumah sendiri barang seminggu dua

Kalau rindu kat mak, ambil mak bawa balik rumah, bukan kita balik rumah.

Ayah ? Biar dengan anak lelaki dia.

Kalau tak berubah adik tu, suruh mak cakap tak larat dah

Kalau mak nak terus diperhambakan, kita tak boleh buat apa. Cuma, jangan kita pula bantu jadi hamba juga.

Sesekali, balik, ambil gambar sebelum dan selepas 5S. Buat banyak kali sampai dia rasa sesuatu.

Gitulah yer…