Adik ipar ada 12org. Aku fed up bsuh pinggan yg xprnh hbis sbb mereka jnis mkn tinggal

Foto sekadar hiasan.

Salam, aku Iman (bukan nama sebenar) berumur lewat 20an dan telah berkahwin, anak satu.

Alhamdulillah.. Aku merupakan graduan salah satu universiti terkemuka di Malaysia dan selepas graduate terus layak beerkerja di dalam bidang profesional selama hampir 3 tahun.

Aku dikurniakan anak pra matang yang selalu saakit semasa aku berkerja dan pekerjaanku tak membenarkan aku ambil cuti kerja sesuka hati kerana shift dan susah cari orang ganti.

Sebagai ibu muda hati mana yang tak risau meninggaalkan anak kecil yang selalu tidak sihat.

Satu hari, aku ambil ikhtiar dengan berhenti kerja kerana lebih utamakan anakku. Waktu itu anakku belum lagi mencecah setahun. Selepas itu, aku dan anakku berpindah ke negeri jiran rumah mertuaku mngikut suamiku berkerja.

Ini adalah pengalaman pertamaku duduk sekali dengan keluarga mertua yang mempunyai anak seramai 13 orang. Duduk sekali serumah, dan rumahnya besar sekali, cukup bilik utk semua siap tandas.

Family in law memang baik lebih2 lagi ibu mertuaku. Yang menjadi masalah ku adalah perlu melayan 1001 perangai adik2 iparku. Untuk maklumat, suamiku anak pertama dan dia sahaja yang baru berkahwin.

Ye memang rumah ni ramai orang, tapi aku tetap tiada kawan kerana tiada yang sekepala dengan aku. Nak sewa luar, mahal belum mampu.

Aku pon sudah beberapa kali interview kerja tapi belum ada rezeki. Mungkin Allah nak bagi peluang aku jaga anak aku.

Saban hari, aku makan hati sendiri kerana tiada tempat meluah. Buat hal sendiri walaupon ada juga hari2 aku bersembang dengan mereka tetapi mereka juga selesa bergaul antara mereka.

Aku cuba ambil hati mertuaku mengemas, memasak, menyapu dan sebagainya.

Tetapi tiada yang menghargai (maksud aku adik2 iparku). Mereka sahaja bangun dah tengah hari, tapi biarlah rumah mereka. Kadang2 aku macam fed up membasuh pinggan yang tak ksudahan sebab ramai orang. Kebanyakan mereka makan tinggal.

Satu hal lagi, bab makan mereka suka berebut sebab yelah ramai orang kan. Suka sangat dengki anakku yang kadang2 menangis.

Aku pulak nak mengemas memasak terbantut. Geram pon ada. Dengki berebut makanan. Aku tak suka semua itu sebab aku tak ajar anak aku meminta.

Entahlah.. Aku penat nak hadap ramai orang. Pada aku walau baik macam mana pon orang tu pada kita. Orang luar tetap orang luar.

Sebelum ni aku mengadu pada suamiku sekadar bercerita bukan memburukkan benda yang tak benar. Sebelum ni, dia boleh terima sampailah satu hari dia menangkan adik2 nya. Aku menangis sebab aku percayakan dia untuk aku meluah.

Takkan nak beritahu ibuku, aku bukan suka buka cerita pada yang tak berkenaan.

Kini, baru aku sedar.. Buat baik ada hadnya jangan sampai dipijak. Nak bercerita juga ada hadnya kerana kita juga akan di judge orang walaupon suami sendiri sebab dia kata aku fikir diri sendiri je betul.

Takpelah, mulai harini. Aku kena cekalkan hati yang hidup berumah tangga tak selalunya indah bila ada orang yang ketiga (family sendiri).

Doakan aku semoga dapat kerja yang bagus dan baik untuk aku dan anakku. Bile dah ada duit, bolehlah menyewa sendiri. Akan ku usahakan untuk ketenangan jiwa aku sendiri.

Satu lagi, tabiat family in law dan suamiku kuat main game. Kadang2 ibu mertua di dapur dibiarkan sahaja. Lebih rela menghabiskan masa bermain game.

Aku tak tertahan tengok itu. Orang suka main game ni kadang2 susah dibawa bincang. Aku pon tak tahulah ayat aku meluah tak tentu harap pembaca fahamlah apa yang ingin disampaikan.

Nasihat daripada netizen.

Hannah. Assalamualaikum Iman,

MashaaAllah cekalnya awak. Ya betul tinggal di rumah mertua tidak mudah, apatah lagi suami ada adik beradik yang ramai.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang sis boleh buat untuk meredakan keadaan.

Buat yang terbaik.

Sis buat je segala yang terbaik dengan niat lillahi taala. Mengemas, memasak atau mencuci, sis buat je semampunya dalam kemampuan sis.

Jangan terlalu try hard. Chill chill je. Apa yang boleh tolong, tolong. Always be kind and nice, tapi jangan jadi people pleaser.

Kalau penat, ambil time sikit untuk rehat, solat, layan anak dan suami atau keluar berjalan.

Jangan fikir sangat perkara yang di luar kawalan.

Segala attitude dan kerenah adik-adik ipar adalah di luar kawalan sis. Kalau dorang main game, lepas makan tak basuh pinggan atau tak membantu ibu mertua di dapur,

sis tak boleh buat apa-apa. Jadi jangan fikir dan peningkan kepala tentang perkara ni. Dorang dah membesar dengan cara ni dan ini family culture dorang, jadi sis biar je. Jangan susah hati.

Teruskan pujuk suami untuk menyewa di luar.

Dalam masa yang sama, teruskan pujuk suami untuk mencari rumah sewa. Cari time yang baik dan tenang untuk bercakap seperti selepas makan, malam sebelum tidur atau apabila keluar berjalan-jalan.

Jangan pressure suami, tapi ceritalah yang indah-indah tentang privasi bersama suami dan anak sekiranya ada rumah dan ruang sendiri.

Ciptakan cerita yang seronok dan membahagiakan masa memujuk, semoga lembut hati suami untuk berusaha lebih keras ke arah itu.

Teruskan usaha mencari kerja.

Kalau duduk di rumah buat sis rasa lonely, teruskan usaha mencari kerja. Dengan kelayakan dan pengalaman yang sis ada, inshaaAllah sis akan dapat kerja juga satu hari nanti. Jangan ptus asa dan banyakkan berdoa.

Always put yourself first. Jaga diri sendiri.

Walau apa sekalipun yang terjadi di rumah mertua, selalu letakkan diri, anak dan suami sebagai keutamaan. Kalau rasa penat, rehat.

Kalau rasa stress, ambil masa keluar sebentar. Kalau rasa anak perlukn perhatian, berikan masa dan perhatian pada anak.

Tak perlu fikirkan apa yang orang fikir atau kata, mereka tak ada di tempat sis dan tak hadap apa yang sis hadap. So take care of yourself first.

Take things easy, bertenang dan senyum selalu. Sabar dan banyakkan mengadu pada Allah. Jangan mengadu pada suami sebab buruk macam mana pun, dia tetap akan menangkan family dia.

Saya doakan sis akan dapat keluar daripada permasalahan ini. Kuatkan hati dan yakin pada pertolongan Allah. Dalam masa yang sama, teruskan usaha dengan bijaksana. All the best sis, you can do this

Hugs

Sha. Kekadang aku terfikir jugak, orang yang belajar U ni dia pandai dekat tempat belajar je ke? Kemahiran hidup? Kemahiran buat keptusan tak da ek? Sebelum kawen tak pernah ke fikir nanti nak duduk mana,

kalau ada anak macam mana, kalau perlu berhenti kerja kena buat apa? Tt tahu je nak buat apa sebenarnya, tapi tewas dengan emosi.. jadi lemah nak buat keptusan.. hmm..elok la usahakan pindah, hidup sendiri.. bukan untuk org lain.. tp ment4l kita sndri..

Miz. Saya baca k3s confessor tetiba teringat kt kawan sekampung dulu. Sesi perkenalan pertama kali berjumpa family sebelah lelaki.

Kawan saya belum sarapan lagi, datanglah pagi² ke rumah family lelaki. Lalu disuruh ke dapur untuk menyediakan menu NASI AYAM konon peberet bakal suami.

Di dapur, dia berseorangan, tiada sesiapa pun membantu dia. Padahal family ramai ada dlm 10 siblings. Kawan sayalah memasak semua dari penyediaan bahan hingga masak dan menyediakan makanan ke atas meja.

Dia rasa kurang selesa dapur blom berkemas, dia kemas dulu baru dia makan. Bila selesai semua, time kembali ke meja makan, tiada apa pun makanan tinggal untuknya.

Semua family lelaki itu level kekenyangan mcm BIAWAK. Kawan saya kecewa, blah begitu saja dari rumah tu. Lelaki itu still hunting kawan saya. Syerammmmm