“Adik tak susah ke nk makan pakai purdah, nk selak lagi”, salah ke apa yg aku lakukan

Foto sekadar hiasan.Assalam, terima kasih kepada yang sudi membaca kisah saya ni.Saya sebenarnya mahu bertanya pendapat tentang jeng jeng jeng…hehe. Saya akan menggunakan perkataan ‘aku’ supaya lebih mudah untuk meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku di hati saya..Ok macam ni..aku ni seorang yang berpurdah. Aku start pakai kalau termasuk tahun ni dah 2 tahun la aku pakai.

Aku ni bukannya arif tentang benda2 cam ni..jadi aku nak tanya pendapat sesiapa yang pakai or tahu tentang ilmu pasal ni. Ok macam yang aku tahu berpurdah ni sunat kan? But sometime aku macam kelirulah time bila boleh bukak or time bila kene tutup.

Sebab aku ada jugak tanya orang lepastu research apa semua lagi..banyak sangat jawapan ..kejap kata ni la tu la…ok biar aku terangkan situasi aku ni macam mana. Aku nak minta pendapat..salah ke apa yg aku buat sekarang bagi identiti orang yg berpurdah( niqabis). Buat pengetahuan semua aku pakai purdah yang half je sebab mudah lah bagi aku..

SITUASI 1: MAKAN

Satu hari tu aku pergi kenduri kahwin. Time tu penuh jadi aku ngn family makan la kat satu table ni. Depan aku pulak ada sorang pakcik. Pakcik ni tengok je aku bila time makan..ye la sebab masa aku makan tu aku tak bukak purdah pun.

Just angkat sikit je lepastu suap kat mulut..and then pakcik tu tegur aku..” Susah kan dik nak makan bila pakai purdah..nak selak lagi “..yang aku ni dah tersentak dah..so aku pun kata la ” x de la pakcik ..biasa je”.

Lepastu balik rumah aku dah terpikir..boleh tak kalau aku makan bukak purdah sekejap..lepas makan pakai lah balik. Aku ni sensitive sikit kalau orang tegur aku pasal purdah..sebab..aku x tahu nak jawab apa…hehe

Nak dijadikan pulak lepas kejadian tu …ayah aku bagitahu aku..yang die tadi jumpa dengan sorang laki ni dengan bini dia (berpurdah). Suami isteri tu baru lepas belajar ..muda lagi la..so diorang berniaga kecil kecilan kat tepi tepi jalan gitu…ni yang aku nak habaq ni

Ayah aku berborak lah ngn bini laki tu..masa tu diorang duduk kat satu meja. Pompuan tu selak niqab die keatas masa nak berbual ngan ayah aku..so ayah aku suggest kan la.

Makan bukak lah kejap..lepastu pakai balik..oh lupaa nak bagitahu family aku ni tak da lah warak alim sangat..semua sedang2 je. Tak adalah sampai tu tak boleh ni tak boleh…janji ikut syariah sudah…

Aku pun research la google, utube apa semua.. Masa search utube tu..aku ada tengok satu ceramah ustaz azhar idrus ni….soalan die berbunyi “boleh ke bila makan bukak purdah?” Aku dengar die kata..purdah tu hukumnya sunat.

Jadi bila nak makan x salah kalau nak bukak kejap..lepastu pakai balik..tapi kalau mana nak lagi warak pakai lah masa nak makan. Ikut keselesaan kita.

semenjak dari itu..bila nak makan aku akan bukak kejap..sebab aku dah ada confident sikit…tapi duduk kat tempat tesorok sikit la ..masa makan tu mata aku tak daa la melilauu lilau tengok orang..hahaha….

lepastu aku pergi tanya member aku..dorang pakai purdah masa makan bukak ke tak? Dorang cakap tak…kat situ je aku dah dengar macam2 jawapan dorang. Ada yang kata tak boleh bukak lah sebab nanti dorang tahu muka kita laa..ada yang cakap pakai jelah masa nak makan apa susah.

Yang aku ni..dah macam pikir seribu kali..aik? Salah ke kalau aku makan bukak kejap…lagipun aku x nak masyarakat cakap yang kalau pakai purdah ni..nak makan susah..aku nak ubah persepsi dorang…

Soalan : betul ke apa yang aku buat ni? Boleh kan makan bukak kejap..lepas habis makan..pakai lah balik…?

SITUASI 2: FAMILY

macam mana kalau ada sedara mara datang kat rumah kita..kita kena pakai purdah jugak ke?

Aku ada lah jugak bincang dengan member aku..member aku cakap dorang pakai purdah kalau ada orang luar datang or sedara mara dorang datang rumah…tak pun dorang duduk dalam bilik je..aaaahh sudahh..aku pulak yang blurr sekarang ni.

Aku ni pulak bila orang luar or sedara mara datng umah aku..aku tak pakai purdah pun..just pakai tutup aurat la …tudung labuh, baju mslimah , stokin apa semua…and aku tak lah kurung dalam bilik sangat…aku akan tolong mak aku..layan tetamu..or tolong kat dapur ke apa ke…

Tapi bila aku keluar rumah aku pakai..macam nak pegi jalan jalan ke apa ke…yang penting memang aku pakai sentiasa..tak dah on off gitu…

Soalan: tak pa kan aku tak pakai purdah kat dalam rumah even sedara mara or orang luar datang?..janji aku tutup aurat…dan aku anggap purdah tu sunat..

SITUASI 3: KELAS TUISYEN

Ini lagi satu benda yang aku macam tak tahu la betul ke tak apa yang aku buat ni..macam ni…aku nak ambil pt3 tahun ni..so aku pegilah tuisyen…

aku pergi tuisyen pakai..tapi bila dalam kelas ..aku bukak purdah…lepastu time nak balik..aku pakai balik…boleh ke?
Lagipun kan..aku sebenarnya bukak purdah( sementara) dalam kelas sebab nak mudahkan urusan cikgu kenal aku..dan contoh cikgu suruh semua pelajar baca apa yang die tulis kat depan.

Dia nampak lah mulut aku pun terkumat kamit ikut baca sekali…cube kalau aku pakai purdah..die tak nampak lah yang aku ni baca ke tidak..aku bukan apa..aku takut cikgu kecil hati ke apa ke..sebab nak menuntut ilmu ni kena ada adab dengan guru..baru ilmu berkat..tapi kan alhamdulillah lah aku tuisyen tu campur..laki pompuan ..chinese indian malay semua ada.

Dorang okay je dengan aku..tak dalah nak ejek ke..palau ke apa ke..and guess what..aku dapat member baru..sorang malay ..sorang india…dorang layan aku..macam aku ni tak ganjil pun kat situ..tuisyen kitorang ni sikit..tak ramai.. So tak bebas sangat lah pergaulan nya..aku pun bukan jenis melayan budak laki..lagipun kena jaga ikhtilat…

Soalan : boleh tak ..kalau nak bukak sekejap …sebab nak mudahkan urusan…lepastu lepas habis pakai balik..macam situasi tuisyen tadi

Aku ni budak lagi..masih mentah..sebab tu aku nak minta pendapat/ pandangan dari orang yang lebih banyak pengalaman. Aku tak nak lah digelar penunggang agama atas sebab on off sesuatu tempat mcm yang aku bagitahu kat situasi2 di atas la…

Keinginan aku nak pakai purdah sejak darjah 3 lagi…jadi aku hold dulu perasaan tu…ye la sebab kecik lagi kan..nak nak pulak sekolah menengah aku sekolah agama..dan ada sebahagian kawan aku bila kat luar die pakai purdah

So aku punya keinginan tu membuak buak lah…tapi korang jangan risau..aku pakai ni bukan sebab diri lawa ke ikut ikut orang ke…apa ke…tapi aku pakai ni kerana Allah..dan bila aku pakai ni ada rasa selamat disitu.

Alhamdulillah laa..satu family aku ok je ..alhamdulillah aku di permudahkan urusan bila nak hijrah sampai macam tu sekali.. Cuma tu la kita kena pandai lah biasakan diri..

Akhir sekali..aku minta maaf andai kata terlanjuran kata atau pun ayat ayat aku ni buat korang fikir negatif pasal aku..aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa je..aku nak minta pandangan, pendapat..aku budak lagi..masih banyak lagi ilmu yang aku perli cari..

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Sekian ..maassalamah wailalliqa’ insyaallah…assalamualaikum

Apa reaksi warganet

Nadia, ape buat susah2 islm itu indh dik oi…muka kita tidk aurat..buka skjp utk mkn..sudh mkn tutp semula wjh adik oi…malu lh sgt…nk pkai purdh biar kne dgn temptnya..jgn lh tujuk kt org sekelilig pelik2 sgt..buat biasa2 ja..bru org tk pdg kau dik.

Alin Zulaikha, Purdah hanya sesuai utk negara yang berdebu seperti belah Arab sana.. Kerana keadaan berpadang pasir. Kat Asia ni cukup lah pakai pakaian yg longgar… tutup aurat dgn sempurna. Rasanya x perlu kot tutup muka.

Fauziah, Purdah tu tak wajib pun. Maaf ckp tp kalau boleh buka tutup purdah, rasanya macam main main. Pd masa sama bila nak mkn kalau tak buka purdah, tak sememeh ke? Mcm lawak je. Kebersihan nak dijaga .Kita solat pun tak pakai purdah.

Purdah adalah budaya bukan agama. Betulkan persepsi terhadap purdah. Kalau nak pakai , tlg pakai betul betul seumpana pakai tudung, supaya Islam tidak disalah ertikan. Dalam melakukan sesuatu, tolong ingat jangan sampai timbul f1tnah kpd Islam.