Aku ada 2 org isteri, terbukti isteri kdua bkn perampas tp dia yg byk tlg dan setia dgn aku ketika susah

Foto sekadar hiasan. JANGAN DIHINA ISTERI KEDUA SBG PERAMPAS. Kisah ini aku lalui sendiri. Ya, aku sblm ini ada dua isteri. Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun. Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat, bukan kawin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua.

Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir& tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya. Alhamdulillah isteri-isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama. Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang.

Kesilapan sendiri dengan alpha lalai kemewahan dan lupa Allah. Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa.

Anak2 masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakn utk kedua-dua isteri dan anak aku.

Sampai satu tahap, dah tak mampu dan perniagaan tutup. Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa.

Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku. Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak2.
Maka, disini la aku lihat ujian Allah yg Maha Besar.

Seorg isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa. Isteri mula layan acuh tak acuh. Hubunggn sekadar ada duit baru boleh, tak de duit tak boleh. dan aku mula tawar hati.

Maka, isteri pertama menuntut ceraai dalam aku tertekan mencari dahan utk berpaut naik ke atas semula. Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yg diminta oleh isteri pertama.

Paling jengkel, isteri pertama melarang abg bermain dgn kakak, dihina kakak sbb anak perampas.

Hina yg dilempar mcm hina aku, mmg aku pd masa tue btul2 rasa hina tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun. Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik.

Lagi hina bila dimahkamah, aku lgsg tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dgn apa yg berlaku. Maka berceraailah aku dgn isteri pertama.

Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa-apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak-anak kelak. Aku redha dan bergantung pd isteri kedua slps itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dihina oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sbg perampas dan tidak berpelajaran, dia lah yg susah pyh berhujan panas dgn aku mencari rezeki.

sama2 susah, sehingga tidur di RNR setiap mlm sbb tiada tmpt tinggal. Mandi dan solat di RNR. Kami susah tidak meminta-minta dan tidak siapa yg tahu. Isteri kedua dgn senyap jual cincin, gelang dan rantai utk aku dan anak2 duduk rumah sewa.

Malah, sebhgn wang isteri kedua suruh beri kpd anak-anak dgn isteri pertama lpskan byr yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melalak minta duit, dia seakan fhm dan rela hati membantu aku. sbb anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika shj.

Masa itu, hanya Allah yg tahu betapa mulia isteri kedua yg masyarakat hina sbg perampas pemusnah rumahtangga. Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak x masuk tabika demi abg-abg dia.

Ya Allah, aku btul rasa hiba dgn pengorbanan isteri aku. Dan kini, isteri kedua juga yg masak dan mkn bersama anak bekas isteri pertama serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku amik abg-abg bermlm dirumah kecilku.

Anak-anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan drah mereka adalah adik beradik kandung sebapa.

Tak kisah la bekas isteri pertama kasi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati aku dah tak de rasa apa pada bekas isteri lg. sekadar tegur gitu jea bila amik anak, pastu bla jea.

Aku syukur kini dengan rezeki yg ada, aku mampu beli semula rantai emas utk isteriku sbg ulang tahun ke-8 perkahwinan kami, setelah 2 tahun dlm kesusahan pyh hidup membesarkan anak-anak.

Jadi, aku merayu k4um wanita, bkn semua isteri kedua perampas atau pemusnah kebahagian. Aku dah lalui dan aku amat sygkan isteriku walau org hina dia.

Dia tetap senyum dan berkata, “syurga mummy pd Abi dan keredhaan Abi utk mummy..mummy bkn org berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik utk Abi dan semua anak Abi & mummy..”

Semoga kisah saya menjadi panduan utk semua, bkn status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama…tapi siapa yg bertahan utk bersama susah senang.

Bkn hanya meminta tapi apa yg kita sanggup beri dgn hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin.

KISAH KE 2 DI BAWAH. Bekas madu aku banyak harta tapi suami aku tak pernah tahu tentang hartanya. Selepas berceraai bekas madu aku dedahkan harta sebenarnya hampir RM600 Ribu kepada aku dan suami. Suami terkejut dan menyesal ceraaikan dia. Suami tanya bekas isterinya kenapa rahsiakan tentang harta dia selama ini, tak sangka ini jawapan bekas madu aku yang buat suami aku terkaku….

Ini antara respon pedas netizen untuk kisah pertama. 

Salina.Waktu perkahwinan 1st…exwife x berkorban ape saje ke? Xidup susah senang bersama ke? Itu ujian 1st wife….

Ujian awak..awak failed…bile kaye,senang..kawin 2….

Ujian bg wife ke-2,dia lulus MACAM wife pertama…susah senang bersama somi…tp tetap jd bab1 sondol n perampas

Xyh ler bakup sangat…cube ko kawin lagi…agak2 wife ni nk lagi ke kat ko?Jgn nak membongak n mengata exwife.ko yang buta dulu.

Mariani. Mcm la yg prtama x pernah buat apa2. Lelaki.. Biasala.. Bab burukkn bini memg no 1.Geram pulak bca story dia nih..

Rasmah. Cuba dia kahwin lain lg kali ne nak ke bini no2 ne stay terus Bang4ng abadi.. Klu bini no2 masi stay setelah dia bernilah kali ke3 itu sy respect. Sekian

Angun. Tahniah tuan sbb dpt isteri yg baik tp tak mudah utk di dapati di dunia ni insan sebegini.. Apa pun sblm tuan ada ug kedua tuan hidup dengan yg pertama kann..

Seharusnye tuan didik dan tanam semula kasih syg tu dari benci jadi kasih pada yg kedua.. Sbb dia tak di kenalkan dengan baik pada yg kedua..

Apa pun tahniah tuan sbb di beri ujian utk menjadi insan dan suami lebih baik lg.. Moga tiada lg utk yg ketiga..

Ernie. ni cerita nk tunjuk buruk isteri pertama..sebelum tu..kawen dgn yg first tu trus hidup sng ke isteri pertama jadi mcm tu sbb jantan tu dah ada yg keduA.kalau sy pun sy nk ceraai..

Bella. Jgn mudah salah kan yg pertama.. Suami kan ketua rumahtangga.. Kegagalan itu sbb awk yg gagal didik diri dan isteri.. Suami yg salah tp jatuhkan hukuman pada isteri pulak..

Duduk muhasabah diri dan akui silap tu bukan tuding jari mcm ni.. Isteri tak jd begitu jika suami tu tahu menghargai dan tak tamak utk bahagia sendiri.. Sebelum kawen ke dua kan kawen dengan yg pertama..

Awk jadi lelaki sbb isteri pertama yg ajar awk jadi bapa utk ank yg di melahirkan dari kasih sayang awk juga kann.. Kenapa bila ada yg kedua awk boleh kata isteri pertama tu tak baik.

Yg tak berperangai elok tu suami tu sendiri.. Yg jadi kedua kena lah berhemah dan berbaik2 dengan yg pertama..

Dah lah kawen pun tak bagi tahu yg pertama.. Itu kan penting diri nama nye.. Jgn cari alasan utk bg alasan..

Mariani. Sbb dh tipu yg pertama rezeki awk ditarik.. Time susah dgn yg pertama dh senang cari no 2..mesti ada silap yg awk dh buat…

Aida. Ko nyesal menduakan isteri pertama dan ceraaikan dia ni sebenarnya kan.. X psl2 jatuh miskin dah. Karma ler tuh.. Nyampah

Khadijah.  Kasihan isteri pertama.. susah senang die tak dikenang sehingga bila senang bole ade yg no2..

Aira. Jika tuan tidak mengkhianati cinta isteri pertama sudah tentu dia akan setia dengan tuan walau apa pun terjadi. Tuan pun tidak setia dengan dia ketika senang, bila dia tak nak setia dengan tuan ketika tuan susah, bising pulak.

Farah. Orang laki ini memang perangai macam ini ea. Time dia buat hal tak pa pulak, curaang dengan isteri kahwin pun tanpa izin isteri pertama.

Lepas itu nak harapkan layanan baik dari isteri pertama ke? Memang tak lah. Mungkin apa yang terjadi ini juga boleh buat pengajaran kat diri sendiri bukan kat wanita luar sana. Kena cermin diri sendiri dulu.

Hannie. Alhamdulillah semoga saudara kekal hingga ke syurga.bior la pe pon pndngan org sbb mulut manusia boleh brkata pe sje yg trlintas di fkiran mereka asalkn allah mengetahui segalanya…

KISAH KE 2. Assalamualaikum min dan netizen. Kisah aku ni panjang, jadi siapa yang rasa pemalas nak baca boleh scroll laju – laju. Dan makcik bawang yang tahu mengecam je pun bolehlah scroll laju – laju ek.

Aku perlukn pendapat dari segi undang – undang (aku pernah terbaca komen dari peguam syarie tapi bila scr0ll balik tak jumpa nama fb peguam tu) dan juga mungkin dari pengalaman sesiapa yang pernah aIami keadaan aku sekarang.

Okay jadi ceritanya, aku dah kahwin dengan suami selama 2 tahun. Aku isteri kedua (aku tahu akan ada yang kecam), suami seorang lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Suami berkahwin dengan isterinya selama 10 tahun dan punya 3 anak lelaki. Bulan 11 tahun lepas, suami telah berceraai secara sah dengan isteri pertama kerana suami tak tahan isteri pertama tak pernah bekerja dan hanya tahu membebel tu tak cukup ni tak cukup dan asyik minta duit sahaja.

Suami kata dalam RM600 tu pun isterinya mampu beli handbag dan shopping – shopping. Gaji suami sebanyak RM3.8k sahaja.

Suami bagi nafkah RM600 termasuk duit dapur dan belanja sekolah anak – anak tapi bekas isteri asyik membebel tak cukup. Suami kata dia saja bagi sikit sebab dia nak isteri pertama belajar berdikari dan cari kerja.

Oh ya, sebelum kena kecam, duit sewa rumah, api dan air bekas isteri sampai habis iddah suami yang bayar. Jadi setelah habis iddah, mulalah proses tuntutan mutaah dan hadhanah.

(aku tak hadir ke mahkamah bersama suami jadi apa yang aku ceritakan ini adalah dari cerita yang suami bagitahu aku kalau salah maaf ya lawyer).

Bekas isteri minta 10k untuk mutaah dan perlu dibayar sebanyak 3 kali serta RM1.5k duit nafkah sebulan untuk anak 3 orang. suami tak setuju, kerana RM1.5k terlalu banyak sedangkan sewaktu kahwin, suami cuma beri RM600 dan segalanya cukup.

Jadi suami hendak tuntut hak penjagaan anak – anak untuk menjimatkan kos tapi aku tak setuju hal ni sebabnya nanti kalau budak – budak tu datang duduk rumah aku, aku lah yang kena jaga makan minum dorang sedangkan aku tengah hamil 4 bulan.

Tapi suami berkeras juga mahu hak penjagaan anak – anak dan katanya bekas isteri pertama tak bekerja sebab tu dia nakkan nafkah yang banyak untuk tampung kehidupan dia.

Haa kat sini yang suami terk3jut beruk (aku pun terk3jut sekali) bila bekas isteri bentangkan penyata kewangan yang mengatakan dia mempunyai harta sebanyak RM570 ribu

Terk3jut tak? Hahahaha rupanya setelah kem4tian bapak bekas isteri suami 5 tahun lepas, bapak dia hibahkan segala tanah, rumah, 2 biji rumah kedai, duit asb dan tabung haji ke bekas isteri dan adiknya untuk dibahagikan sama rata.

Mereka jual semuanya sebab tu bekas isteri ada duit sebanyak itu. (Sebenarnya banyak lagi jumlahnya tapi bekas isteri dah shopping banyak).

Suami tak sangka yang arw4h bapak mertuanya orang ada – ada sebab dia nampak macam orang susah rumah pun rumah kayu kampung tu.

Dan bekas isteri pernah kata yang dia cuma dapat 15k duit faraid dan semuanya suami ambil untuk belikan kereta baharu. Rupa – rupanya suami dah kena tipu dan RM 15k tu cumalah tip of the iceberg je.

Suami kata patutlah bekas isteri banyak shopping dan bekas isteri kata beg – beg dan jam tangan yang dibeli semua jenama fake tapi sebenarnya ori dan suami kata ada satu jam tangan isteri (ya suami panggil perempuan tu isteri dah sekarang) lebih mahal dari harga kereta yang kami pakai sekarang min

Di luar mahkamah, suami tanya pada bekas dia tu, kenapa selama berkahwin dia tak pernah cakap apa – apa pada suami tentang harta ni dan tak pernah tolong suami bayarkan loan – loan

Dan dia baIas ‘aku tahu kalau kau tahu harta aku banyak mesti kau akan perabiskan. Aku saja nak tengok macam mana perangai kau bila kau rasa aku ni satu sen pun tak berguna kat kau’.

Jadi sekarang suami cuba berbaik – baik dengan bekas isteri untuk kurangkan tuntutan nafkah dan mutaah.

Semalam, suami tiba – tiba kata ‘kalau abang kahwin balik dengan senah tu, b setuju tak?’ terk3jut aku min. Puas aku menangis semalam dan pagi tadi.

Pagi tadi aku baca mesej suami bagi pada betina tu. Punyalah panjang berjela – jela suami mintak maaf dan harap betina tu terima dia balik demi anak – anak tapi betina tu baIas ooo je (lega aku)

Sekarang ni aku terpikir, setelah tahu jumlah kewangan bekas isteri, aku nak tanya pada para lawyer,

1) Bolehkah suami tuntut harta sepencarian dari duit – duit bekas isteri tu sebab dia dapat wang itu ketika mereka masih kahwin

2) Bolehkah nafkah yang banyak tu dikurangkan setelah dapat tahu bahawa perempuan tersebut sebenarnya sangat mampu untuk tanggung anak – anak dia.

Sebab aku rasa dengan cara ini sahaja yang boleh buat suami berhenti berharap kembali pada bekas isterinya. Terima kasih dan jangan kecam..