Aku anti vksn, mcm2 aku bt utk halang dr kluarga aku vksn. Smpailah mak ayah aku krtikal sbb cvd

Foto sekadar hiasan. Saya Riz. Bekas peskit cvd. Saya tak ada kekuatan nak kongsi pengalaman di media sosial. Tapi apabila baca ada beratus guru yang enggan di vksn. Saya tergerak untuk kongsi pengalaman saya. Pertama sekali saya tak kongsi di media sosial akaun saya sebab saya tak tahan dengan kritikan. Cukuplah saya di kritik dalam group whatsapp rakan-rakan saya.

Saya tak salahkan mereka. Ini salah saya sendiri. Saya mohon maaf kepada petugas barisan hadapan iaitu KKM.

Dulu saya anti vksn. Segala info saya percaya. Sehinggakan rakan nasihat saya pun, saya tuduh mereka pengikut dajjal. Saya guna agama.

Apa sahaja mereka cakap dan bahas dengan saya, saya tak percaya. Saya percayakan doktor palsu yang tiada kelulusan kedoktoran pun. B*d*hnya aku. Sangat b*d*h.

Bukan itu sahaja, aku sendiri takt ahu macam mana aku terjebak percaya segala teori yang tak terbukti dari segi data dan sumber.

Lagi aku rasa b*d*h, aku adalah seorang pekerja data analisis. Memang patut kawan aku kata ilmu aku tak berguna bila mana aku tak guna ilmu tersebut di tempat yang sepatutnya.

Data analisis boleh filtering info yang shah dan tidak. Kenapa aku tak gunakan dahulu sebab aku percaya 100% dengan ketaksubkan anti vksn ni.

Aku kata vksn itu umpama sntikan haram. Kalah orang yang ahli dalam agama. Aku percaya golongan ini sehingga habis duit beli makanan sunnah.

Aku terlupa apa matlamat halal & tohiyyiban. Aku lupa dalam tohiyyiban ada acara untuk makan dan kuantiti. Aku lupa redha Allah. Aku lupa maksud usaha dan tawakal pada Allah.

Aku tersasar jauh. Aku siap sebar lagi dakyah tak betul pasal cvd ni. Aku fitnah kakitangan KKM. Aku fitnah Mufti.

Aku fitnah orang terdekat aku yang ambil vksn, yang mengamalkan SOP dan sentiasa positif dengan saranan DG.

Paling teruk apa sahaja cakap ibu bapa aku berkenaan vksn dan cvd. Aku tak percaya. Umpama kena jampi, degil sehingga tertutup hati aku dengan bukti kebenaran.

Di pendekkan cerita, ibu bapa aku hubungi aku untuk hantar mereka ke pusat vksn. Aku marah mereka.

Aku mula jalankan operasi menyebaran vksn itu agenda yahuudi. Aku siap ugut saudara aku yang nak bawa mereka ke pusat vksn.

Aku sanggup balik nak tahan mereka pergi. Sebelah taman sahaja antara rumah ibu bapa aku dan aku. Paling teruk isteri aku pun, aku tak kasi beliau vksn. Memandam rasa isteri aku tue.

Masa itu, ibu aku cakap. Nanti jangan menyesal kalau kami maati sebab cvd. Masa itu kamu tahulah kebesaran Allah tue. Allah Maha Besar. Aku ego. B*d*h kan?

Muka aku masih tak malu, aku lawat mereka setiap minggu untuk pastikan mereka tidak keluar untuk curi-curi cucuk vksn tue.

Tapi aku bekalkan mereka makanan sunnah habatusudda, madu dan kurma. Arghh b*d*h. Ibu bapa aku tak sentuh pun.

Perasaan bersalah tak wujud dalam diri aku. Yang aku tahu anti vksn nie sentiasa betul. Pandangan ibu bapa aku salah.

Padahal mereka faham isi kandungan islam. Faham maksud kemasyarakatan. Faham maksud tanggungjawab dan diri sendiri. Faham maksud nywa. Allah..Allah.. kenapa aku tak sedar masa ni.

Ye guys, tak sampai sebulan aku disahkan positif cvd. Isteri aku pun turut positif. Allah aku bawa virus nie pada ibu bapa aku dan saudara aku.

Saudara aku hanya gejala ringgan dan sembuh dengan sendiri. Ibu bapa aku di icu dan meningg4l dunia selang sehari. Aku masa tu stage 4. Isteri aku stage 2.

Isteri aku sebenarnya masa aku pergi melawat ibu bapa aku. Dia curi-curi untuk vksn. Tak sangka. Walaupun mereka hanya satu dos tapi membantu juga untuk kurangkan risiko gejala cvd pada badan mereka. Itu semua Allah punya kerja.

Aku menyesal sangat. Aku ada terbaca satu komen.

Rakan beliau kehilangan kedua ibu bapa sebab dihalang untuk vksn dan beliau juga pembawa virus tersebut. Akibatnya depression.

Pengalaman beliau tak jauh beza dengan aku. Sehingga ke hari ini aku memang menyesal.

Masa aku disahkan positif cvd, yang bantu aku adalah rakan yang nasihatkan aku untuk vksn.

Tapi mana mereka yang beria dengan dakyah vksn agenda yahuudi ni. Diam saja. Mereka bye bye saja dekat aku.

Aku tak dapat ciium ibu bapa aku. Aku tak dapat uruskan jnzah mereka. Sekarang aku pun terkandas di hspital ni. Aku perlukn bantuan oksigen. Tolonglah. Jangan jadi macam aku.

Ini antara respon netizen.

Athiya. Ambillah peluang kedua ini untuk berbakti kepada arwaah ibu dan bapa Tuan.

It takes their lives to proved that you’re wrong. Now you learned it in the hardest way.

Jangan putus asa, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tuan jadilah anak yang soleh agar jariah berpanjangan buat mereka.

Heads up. Allah tidak akan mensia-siakan amalan hambanya. Pengakuan Tuan pada hari ini, jika membuka mata antivksn diluar sana, maka pasti dapat menebus perbuatan Tuan yang dulu.

Mashitah.Saya seorang guru KPLI yang berkelulusan dalam bidang Microbiology..Walaupun hanya mengajar sekolah rendah,bila tiba topik berkenaan Mikroorganisma,saya selalu keluar tajuk..

Saya akan menasihati murid2 jangan jadi anti vksn kerana anda akan menyusahkan orang lain. Saya turut berkongsi berkenaan apa yang saya pelajari dulu agar sekurang2nya mereka memahami konsep asas vksn.

Sangat sedih bila orang2 yang jadi antivksn ni menyebarkan dakyah2 songsang tentang vksn.terlalu banyak ikut2 orang secara melulu tanpa memahami apa yang terjadi dalam badan kita apabila mengambil vksn.

Harap2 dengan pemahaman awal tentang perkara ini membantu anak2 kita membuat pilihan yang tepat dimasa akan datang apabila diberi pilihan untuk mengambil vksn. Vksn adalah usaha kita yang diiringi dengan doa dan tawakal

Tak salah pun makan makanan sunnah dan vit C kerana itu juga usaha untuk tingkatkan sistem immun kita.

Azizul.Allahu.. cvd tu hanya asbab, dah mmg janji mereka di luh mahfuz untuk meningg4l di sekian2 hari.. bersabar dan berhentilah salahkan diri sendiri.

Tapi satu je saya nak cakap..Bang, kita ni demam pun carik doktor mintak ubat mintak mc.. bila buat kenduri tahlil etc pun panggil ustaz/anak2 tahfiz.. tapi bila bab vksn pandai pulak tolak saranan doktor2 pakar, ulama2/mufti hanya sebab byk dgr hujah “pakar” dlm FB

Norima. Salam,Hmmm… Isteri kepada anak sedara makcik yg dulu anti vksn, sekarang bertarung nywa di icu. Anak 6 orang, kecil kecil. Yg bongsu tak sampai setahun.

Makcik tak tahu samada dia masih anti vksn atau dia menyesal dan sebagainya.

Pada suatu masa dia sangat aktif sebarkan hal anti vksn dalam group wasap keluarga kami. Kemudian dia diam tiada langsung msg forward dari dia hinggalah makcik dengar dia satu family termasuk anak anak dah demam.

Sehingga sekarang, dia tidak lagi msg apa apa dalam group. Mungkin bimbang orang akan kata “itulahhh”.

Sebenarnya, walau apa pendirian dia, kami tetap sayang dia. Dan mahu dia sembuh satu keluarga.

Vksn adalah hal yg lain.

Cvd, kalau dah kena, jangan ambil ringan. Turunkan ego.

Semoga kita semua dijauhi dari wabak ni secepat mungkin

Leeyana.Bagus sgt crita bro ni..

Buka mata bagi mereka yg xnak vksin.. Sbnrnya vksn tu mnolong, bkn membnuh.. Alhamdulillah aku, suami, mak mertua, emak sndri semua dh vksn..

Skrg²nya kita berusaha.. Selainnya berserah pada Allah dan tawakal shj..