Aku biarkn isteri tgh sarat mgandung berjln ke tmpt kje, isteri tjatuh ketika elak kereta dan mningal

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan cerita aku…Aku terpanggil untuk ceritakan perasaan aku selepas kehil4ngan wife tersayang semasa lahirkan anak sulung 3/9 baru ini. Aku bukanlah seorang yang rajin membaca apatah lagi menulis tapi kali ini luahan ikhlas dari hati aku seorang suami dan papa yang sunyi.Isteri aku , sarah.. biasa2 sahaja tapi sangat comel di mata aku.

Bertubuh kecil dan sentiasa bersederhana. Tak pernah minta benda-benda mahal dari aku. Dia juga bekerja dan pergi kerja naik public transport.

Kami baru melangsungkan perkahwinan bulan disember tahun lepas. Kehidupan selepas kahwin sangat simple..

Isteriku pandai masak tapi sejak mengandung alahan dia sangat teruk sehinggakan boleh dikatakan apa yg dimakan akan keluar semula.

Mungkin sebab pembawakan ibu mengandung , isteriku jadi malas bergerak, malas masak ,mengemas semuanyalah..

Tidak seperti dia dahulu, cergas dan ceria selalu. Kadang-kadang aku cuba memahami walaupun seringkali aku merungut bila merasakan dia terlalu melayan malas tu.

Dan bila ditegur dia juga akan merajuk dengan aku(memang dia seorang yang kuat merajuk).

Bila diingatkan kembali, aku tak tahu suami dan bapa bagaimana aku ini. Isteriku pernah merajuk bila aku merungut dia seringkali ajak makan diluar,

sedangkan dia bukan mengidam dan seringkali makanan tersebut aku yang habiskan dan selalunya bila dia yang ajak makan di luar,

dia yg akan membayar makanan kami. Itupun aku masih nak merungut. kejamkan aku?Dia sanggup bersusah dengan aku..

sepanjang perkahwinan kami, kami tidak mempunyai set bilik tidur hanya tidur beralaskan tilam nipis sahaja. Sedikit pun dia tak pernah merungut,

sedangkan aku tahu sejak mengandung , dia sering mengadu s4kit belakang dan susah nak bangun ke bilik air.

Pernah kami membeli periuk nasi elektrik baru dan kuali , baldi, serta barang dapur dengan menaiki motorsikal.

Dalam keadaan dia mngandung, dia memegang kuali ,baldi dan beberapa plastik berisi barang dapur kami yang ringan kerana tak muat nak letak dalam raga motorsikal.

Sepanjang perjalanan pula hujan renyai…tapi atas desakan isteri kami tetap meneruskan perjalanan ke rumah sebab dia tak tahan nak ke tandas

(isteriku mengalami sembelit yang agak teruk sepanjang kehamilan dan dia tak mahu menggunakan tandas awam kerana takut ramai yang menunggu di luar).

Paling aku ingat ketika di rumah abang ku, dia menangis sepanjang malam kerana terlalu teringin aiskrim connerto vanilla.

Aku pula beberapa kali ke kedai tapi terlupa untuk belikan aiskrim tersebut. Sepanjang dia mengandung, dia tak pernah menyusahkan aku dengan meminta makanan yang susah didapati.

Tapi untuk aiskrim sahaja pun aku tak dapat tunaikan. Isteriku rasa terkilan sangat pada hari itu kerana permintaan kakak iparku untuk makan kerang bakar,

Malam tu juga aku belikan (abangku oncall) sedangkan dia yang mengandung hanya minta aiskrim berhari2 aku tak tunaikan.sungguh rasa bersalah dalam diriku.

Jarak perjalanan tempat kerja isteriku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurang 15minit berjalan, dia akan turun di lrt kampung baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lagi dalam 15minit.

Bayangkan dalam keadaan sarat mengandung dan kaki bengkak isteriku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari. Kejamnya aku sebagai suami membiarkan dia begitu.

Hari ini aku kehil4ngan isteri dan anakku. Benar jodoh kami sampai disini dan tiada rezeki untukku membesarkan anak pertamaku.

Isteriku terjatuh ketika berjalan menuju ke tempat kerja ketika cuba mengelak kereta yang tiba2 meluru ke arahnya. Mujurlah ramai yg membantu bila melihat dia tumpah d4rah di situ.

Dalam keadaan tersebut dia cuba menghubungiku beberapa kali tetapi aku sedang bekerja dan telefonku diletakkn dalam loker.

Beberapa kali keluarga mertuaku juga cuba menghubungiku sehinggalah adik iparku menghubungi rakan sekerjaku yang dicari melalui facebook maklumkan isteriku di hspital.

Dengan kelam kabut aku terus ke hspital. Dalam fikiranku hanya tak sabar untuk menjadi bapa sahaja.

Mereka tidak menceritakan hal sebenar kepadaku sehinggalah aku mengetahuinya di hspital .Isteri dan anakku sedang bertarung nyawa di dalam bilik kecemasan.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dimaklumkan anakku dan isteriku tak dapat diselamatkan Ya Allah berat sungguh ujian ini.

Hari ini, banyak sangat perasaan bersalahku. Aku rindu melihat senyum, tawa, rajuk isteriku. Tabahnya isteriku melayari kehidupan denganku.

Paling aku terkilan apabila melihat telefon bimbit isteriku. Rupanya tanpa aku sedar ada sesuatu yang isteriku inginkan tetapi tidak diluahkan kepadaku.

Mungkin sebab seperti biasa dia enggan menyusahkan aku.Beberapa gambar baju mengandung ada dalam simpanan album.

Baru aku sedar sepanjang isteriku mengandung, tiada satu baju mengandung pun yg aku belikan untuknya.

Betullah, perempuan mana tak inginkan untuk pakai baju mengandung, merasai pengalaman mengandung,pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Bila difikirkn selama ini isteriku meminjam pakaian kakaknya sahaja. Maafkan abang sayang, abang gagal memahami sayang,

gagal menjadi suami yang terbaik untuk sayang, gagal melindungi sayang.Untuk anak syurga papa, papa sayang kamu sangat.

Maafkan papa kerana gagal melindungi kamu. Jarang papa habiskan masa berbual dan membelai kamu ketika dalam kandungan mama.

Ya Allah sungguh aku rindu mereka.Untuk para bakal bapa di luar sana, hargailah isteri kita. Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yg isteri inginkan(jika boleh)agar tidak menjadi seperti aku.

Ini antara respon paling terkesan daripada netizen.

Aina. Apa jenis suami la ni. Isteri tu dah sanggup bersusah payah dari awal perkahwinan.

Itulah, bila tak dihargai,Allah amik balik. Baru nak menyesal. Utk kakak ipar sanggup pula pergi carikan. Nak tunjuk bagus kt kakak ipar.

Tula, buat baik la pada isteri dan anak sendiri dulu baru buat baik pada org lain. Jgn pada org lain bt baik, tp pada isteri dan anak sendiri buat tak baik..

Buat pengajaran utk semua.
Semoga kalau 1 hari nanti jika TT ni ada jodoh lain, jangan la ulang kesilapan yang sama.. Kesian pada isteri..

PuteriJuan. Bila ade x nk hargai..bila dh x de merindui…semoga roh nya di cucuri rahmat…semoga bekas mentua awk x benci kn awk….

kompom bekas mentua sedih sampai skang ank nya dh x de…kalu dia tahu nk jadi lagu tu dia mesti ambik ank nya jaga dngan baik…semoga jadi iktibar pada awk

Mimie. Kesian nya kat arw4h,, laki sendiri tunai permintaan orang lain permintaan bini sendiri asyik lupa.. Walaupun kakak, laki dia ada.. Suruh la laki dia tunaikan..

Hang tu jaga la bini hang elok2,, Allah pinjamkan sekejap ja arw4h untuk hang sebab Allah tau hang tak mampu jaga bini n anak bakal lahir nanti dengan baik…

Daripada bini hang tersiksa macam tu,, baik Allah ambik.. Bila sekali hang dah lalui benda nii, lepas ni hang takkan ulangi lagi lah… Jangan di hargai bila dah takdak

Amir. allah ambik nyawa dua2 nya sekali sbb allah tau kau tak mampu nak menyara mereka. insaf la andai kata ada jodoh jgn buat lagi.

Farah. Inilah yang selalu dikatakan.. ‘Allah lebih menyayangi mereka’. Ada depan mata bkn nk hargai, da hlang bru sedar xguna

Yaya. Allah lebih sayang kan anak dan isteri Kalau masih hidup x tau la macam mana nasib anak dan isteri tuh saat hamil pun di sia2 kan Syurga tempat mu biar di dunia saja isteri dan anak mu merasakan penderitaan

Ainul. Semoga awak membujang sampai bila2. Tolong jgn kawen. Tolong jgn biakkan spesis awak tu…

Harap penyesalan awak tu kekal selamanya lah ye…
Alfatihah buat arw4h isteri dan anak syurga. Moga mendapat ganjaran syurga utk arw4h isteri tu

Biey. Org laki mcm tuh laa masa ada depan mata tak dihargai, dah tadew baru rasa nak hargai…. Porahhh jantan mcm nih biar jer dye kesepian sorang2…. Baru ada akai…

Bini nak ais krim tuh jer pon xbuleh beli… Kesian si arw4h… Bini nih kalo nak kan sesuatu dya bnyk pendam jer sbb nak meminta dia takot si suami tidak tunaikan nanti dia rasa kecewa lgi… Dia memilih pendam keinginan tuh dlm hati…

Sakdiah. Betul la Allah itu Maha Pengasih sbb tu dia ambil nyawa dua2 sekali. Allah tahu kalau bini ko hidup lg ngn ko sampai anak ke 10 pun hidup dia akan terus menderita. Allah tahu ape yg terbaik utk hambanya n isteri ko dh dpt hidup yg lebih baik pun di alam sana

Hazkia. Ramai lelaki yg sangka ppuan hamil ni buat perangai yg mngada2,di buat2..hakikat sebenar hanya ppuan hamil yg tahu peritnya rasa bila nak sangat mkn sesuatu,tpi,tak dpt..

perasaan ini beza dgn org yg mngidap pnyakit..kadang2 smpi mnangis bila trpksa menggoreng ikan utk kluarga,sedangkan masa itu terhidu minyak gorengan ikan pun,rasa nak muntah..ingat la wahai lelaki,tabiat pelik ppuan hamil,bkn lah di buat2…

Ratna. Aku tak boleh baca…. rasa bersalah yg amat, lebih2 lagi bila kita terlalai dan kesilapan kita menyebabkan org yg paling kita cintai menderita dan mati…renunglah dan muhasabah kerana cinta itu memerlukn pengorbanan dan kita sebagai lelaki perlu berkorban lebih…