Aku blm ngandung ingtkan bnih suami xsbur sbb dia si lembut, tp jawapan doktor bt aku terkaku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terharu betul suami aku bila baca komen korang semua. Siap tanya lagi, ada komen baru ke tak? Dia plak lebih, haha. Ramai yang komen ‘macam novel’. Huhu Sebenarnya malu aku kalau penulis novel sebenar tau tulisan aku. Novel bahasanya indah, aku menulis hentam keromo. Kali ini cerita aku agak sedih.

Part 1 boleh klik link di bawah.

Aku di jodohkn dgn lelaki lembut, mlm pertama kami suami bg alasan belum bersedia minta aku bsabar

Untuk part 2 boleh klik link di bawah.

Aku di pksa khwin dgn lelaki lembut, aku berjaya mengandung tp skrg aku tak tahan mulut laser dia

Sambungan part 3 pula boleh klik link di bawah.

Stiap kali balik kg, saudara mara akn ejek gaya lembut suami. Perlekehkn aku masih xmgandung

Anggap sajalah tulisan aku macam bercerita kepada kawan2. Sebab siapa yang kenal aku, macam ni lah cara aku bercerita. Penuh aksi dan perasaan. Haha.

Ok, seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku nak cerita tentang usaha mendapatkan zuriat.

Selepas raya 2018 kami pun mula berusaha bersungguh2.

Selepas beberapa bulan, period aku tetap datang seperti biasa. Sikit pun tak lambat. Hanya isteri2 yang dalam TTC (trying to conceive) tahu bagaimana rasanya kecewa bila tak berjaya ‘lekat’.

Bila dah macam tu, aku terasa perlu untuk jumpa doktor. Masa tu dah 2019. Genap setahun usia perkahwinan kami.

Mula2 suami aku tak nak. Dia rasa terlalu awal. Tapi aku tetap desak.

“Takkan nak tunggu 10 tahun”

Suami aku senyap. Tapi bila dia kata..

“Abang kot yang masalah.. ”

Aku jadi sebak. Aku pujuk dia, aku katakan yang sekarang perubatan moden. InsyaAllah semua benda ada ubatnya. Akhirnya, dia setuju.

“Kalau abang bermasalah.. kita terus buat rawatan tau. Tak payah takut”

Chewahh.. yakin betul aku yang suami aku bermasalah kan?

Sampai saja klinik, ujian klinikal dibuat. Disitulah aku kenal ‘mulut itik’. Huhu.. Dulu aku cuma dengar daripada kawan2. Boleh tahan seram masa cek rahim.

Suami aku diminta beri sampel 4ir m4ni. Selamba dia cakap kat doktor..

“Isteri boleh tolong tak?”

Aku cubit peha dia. Segan betul aku kat doktor tu.

Doktor cuma gelak dan angguk2. Dia kata buatlah macamana pun yang penting sampel keluar.

Dipendekkan cerita, selesailah semua. Keputusan dalam 2 minggu.

Bila keputusan keluar, ayat doktor yang aku tak boleh lupa..

“Suami normal. Sihat. Puan yang ada masalah sikit..”

Aku bermasalah? Sikit pun aku tak bersedia dengan jawapan doktor. Punyalah aku yakin yang aku subur..siap bagi kata2 semangat dekat suami sebelum ni. Huhu.. malunya.. rasa nak menyorok bawah meja.

Bila aku fikir2 balik, dah tentulah suami aku sihat. Dah lah tak merokok. Jaga makan. Bersenam. Tak makan junk food. Mungkin aku judge dia sebab dia lembut saja.. huhu.. sampai hati aku..

Masa tu doktor bagi aku ubat subur. Clomid. Doktor cakap yang clomid hanya boleh di ambil beberapa kali saja seumur hidup. Seram pulak dengar.

Tapi setelah beberapa cycle. Period aku tetap datang macam biasa. Aku stop clomid. Badan aku naik berkilo2. Daripada 50kg, dah cecah 60kg. Huhu.. Mujur suami aku faham. Sebab doktor dah mention benda ni sejak awal.

Masa tu, keyakinan diri aku menurun. Aku jadi kurang ceria. Selalu saja marah2. Suami aku jadi tempat aku lepaskan sedih. Bila period saja aku akan menangis depan dia.

“Takpe.. kita cuba lagi. Biarlah takde anak lagi.. Best apa honeymoon”

Aku tau dia nak sedapkan hati aku. Tapi aku masih tak boleh move on. Aku akan murung berhari2.

Bila aku rasa sedih, mak mertua akan call aku.

“Jangan fikir sangat.. enjoy saja dulu.. mak dah ramai cucu. Mak lily pun dah ramai cucu.. tak perlu nak tergesa gesa sangat”

Rasa lega bila mak mertua sendiri pujuk aku macam tu. Suami aku sikit pun tak ungkit pasal anak. Tapi aku yang over mengharap.

Sampailah satu hari tu dia cakap kat aku,

“Sayang dengar sini baik2.. abang tak nak anak kalau terpaksa hilaang sayang”

“Tau tak.. selama sayang bersungguh nak anak.. dah jarang sangat kita boleh gelak2 macam dulu”

Ya Allah.. rupanya aku dah lama hanyut dalam emosi aku.

Mula hari tu aku ubah persepsi aku pada usaha nak anak. Aku pun langsung tak mengharap dah. Aku perlu cipta bahagia aku walaupun tanpa anak.

Sampailah Mei 2021, period aku lewat beberapa hari.

Tapi, disebabkan aku malas nak fikir, aku abaikan. Aku hilaangkan perasaan2 yang akan buat aku kecewa.

Selepas 5 hari, period aku masih tak kunjung tiba. Masa ni, aku dah tak boleh tipu diri

‘Ya Allah.. perdengarkan kami berita gembira.. ‘

Aku beli pregnancy tester secara online tanpa pengetahuan suami. 35sen sebatang. Aku belilah 10bijik terus. Yang nak jimat pegi beli kat shopee sekarang. Promosi 8.8. Hehe

Seminggu berlalu, pregnancy tester yang aku beli online pun sampai. Kebetulan suami aku keluar beli barang dapur.

Aku buat ujian. Aku guna 3 tester terus. Tapi aku biarkan tester2 di atas pam toilet. Saja aku tunggu beberapa minit sebelum aku nak pastikan aku mengandung ke tak. Aku keluar bilik air. Debar dada aku hanya tuhan tahu. Rasa macam nak terkeluar jantung.

Selang 2 minit, aku kuatkan diri.. aku pujuk diri aku. ‘Kalau takde, takpe..nanti usaha lagi”

Aku masuk bilik air. Makin kuat debaran jantung. Aku pandang semua tester.

Ketiga-tiganya double line.

Ya Allah. Betul ke?? Aku capai salah satu tester. Aku dekatkan, lepas tu aku jauhkan pulak. Aku nak pastikan betul2 yang aku tak silap pandang.

Ya Allah..janganlah ini mimpi..

Aku menangis sungguh2 sambil renung tester tu. Aku ingatkan diri. Jangan over sangat Lily.. bila2 masa Allah akan tarik nikmat ni. Berpada2.

Aku keluar bilik air. Aku capai fon.

Orang pertama yang aku nak bagitau adalah.. mak mertua aku.

Aku call. Tak sambut.

Call sekali lagi. Masih belum ada yang menjawab.

Kali ketiga, aku call lagi..

“Lily.. mak keluar beli barang. Fon dia tinggal. Nanti ayah suruh dia call balik ye..”

Alamak. Bapak mertua aku yang sambut. Perlu ke aku cakap kat dia dulu?

“Ayah..”

“Ye? Kamu ok ke? Ucu marah kamu lagi ke?”

“Tak..”

Ya Allah.. tuhan saja tahu betapa susah aku nak luah berita gembira ni.

“Ayah.. Lily mengandung”

Senyap. Aku syak mungkin line terputus. Atau coverage tak elok.

“Ayah.. ayah dengar ke.. hello..”

“Ye.. dengar.. ” dia menangis. Getar suaranya betul2 buat aku sebak.

Aku matikan talian. Aku jaga airmuka dia. Mungkin dia segan aku tau dia menangis.

Aku tau sangat perasaan dia. Dia yang berharap sangat dapat anak ‘lembut’ dia jadi lelaki sebenar. Dia yang paksa anak dia kawin mula2 dulu. Dia juga yang menanggung malu selepas anak dia ceraaikan isteri pertama dulu.

Dan bila berita ni datang pada dia dulu.. mungkin satu hadiah terbesar untuk dia.

Tahniah ayah..

Lepas dah bertenang, aku beritahu seluruh keluarga aku. Aku buat video call. Mak bapak aku happy. Cuma tidaklah menangis. Aku faham sebab ini merupakan cucu ke-21 dalam keluarga aku. Adik beradik aku pun tumpang gembira.

Dan yang terakhir..

Suami aku.

Sengaja aku letakkan dia ditempat terakhir..

Save the best for last..

Aku siap google cara nak buat kejutan. Punyalah nak buat dramatik. Sampai aku lupa yang suami aku dah nak balik dari shopping.

Tiba tiba, aku dengar ketukan di pintu.. berdebar aku. Bercampur rasa tak sabar dan tak sedia. Ah. Bagitau sajalah. Tak payah nak buat surprise sangat.

Bila aku buka pintu, suami aku terus masuk dan kemas semua barang2 yang dia beli. Pelik. Biasanya dia akan suruh aku kemas.

“Abang.. ”

Dia cuma angkat kening pandang aku.

“Nak cakap sikit..”

“Jap jap.. ada call” suami aku tergesa gesa keluar rumah sambil jawab call.

Aku hairan. Aku tak dengar apa2 bunyi pun. Suami aku silent fon? Kenapa nak jawab call kat luar rumah? Dia curaang? Dengan siapa? Kawan sekerja? Habis tu.. anak ni? Siapa nak tanggungjawab?

Mata aku dah mula berkaca. Sedihnya aku. Di kala aku baru nak rasa bahagia untuk bergelar ibu.. aku terpaksa berfikir untuk menjadi seorang madu..

Dalam aku berteka teki, telefon aku pulak berdering kuat.

Aku lihat, ‘private number’. Aku tak angkat. Aku biarkan. Tapi bila berkali2 nombor tu memanggil, aku angkat juga..

“Sayang..”

Suara suami aku.

“Tahniah.. ”

Lepas tu baru dia masuk ke dalam rumah dan mukanya dah basah dengan airmata sebelum dia pluk aku erat. Kami sama2 menangis.

Sempat lagi dia nak prank aku. Rupanya dia dah tau dulu. Jahat.

“Sape bagitau abang?”

Suami aku cerita masa dia beratur nak bayar kat kaunter, mak dia call. Nak cakap dengan aku. Sebab cuba hubungi aku tak dapat. Aku rasa sebab aku video call dengan family aku masa tu.

Bila dapat tau, suami aku betul2 terkejut. Depan kaunter tu jugak dia menangis. Habis mask dia basah. Sempat dia pesan mak dia jangan call aku. Dia nak surprisekan aku dulu.

Yang kelakarnya, bila habis saja mak dia call. Baru dia perasan adik kaunter yang tengah kira jumlah barang dia pun rupanya ikut menangis. Haha.

“Abang tak curaang kan?” Aku belum move on dengan emosi aku tadi. Mungkin ini antara simptom mengandung. Huhu.

“Belum..” suami aku jawab sambil gelak.

“Alaaaah…janganlaahhh” Aku cuba cubit dia, tapi dia cepat tangkap tangan aku dan dia ciium.

“Jaga anak abang baik2 ye.. ” sekali lagi airmata aku mengalir. Macam mimpi rasanya. Sambil taip cerita ni pun airmata aku mengalir lagi.. huhu..

Ya Allah.. peliharalah hubungan kami sampai syurga. Terima kasih atas kurniaan ini. Aku sedar semuanya pinjaman. Jangan biarkan kami leka dalam nikmatMu.. Aamiin..

Ye, begitulah kisahnya.. mungkin kisah korang lagi seronok. Nanti share la.. aku pun suka nak baca pengalaman TTC orang lain.

Sampai sini dulu ye.. kang tulis panjang2 admin marah. Huhu..

Ini antara respon netizen.

Siti. Ya Allah beriye meleleh air mata akak baca part berita gembira tu. Alhamdulillah tahniah Lily & suami. Akak dah tahun ke8 perkahwinan masih lagi berdua. Macam2 dugaan kami lalui. Doktor x kata pun kami x boleh beranak tapi mulut orang xde insuran senang2 je kata kami x boleh beranak. Skitnya dengar ayat tu Allah je yg tau

Nora.Sweet sangat cerita Lily.. Tersenyum2 akk baca. Teringat masa akk first time check pregnancy test double line. Cover perasaan excited, sebak semua.

Sj tinggal PT tu kat toilet. Husband ternampak, lari keluar dia sambil nangis n sujud syukur …4 tahun ttc. Lagi terkejut kami berdua bila doktor scan nampak 3 heartbeat. Alhamdulillah dah masuk 3 tahun triplet kami.

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Lily . Nanti update pula cerita life as parents

Aemi.Adoi pagi2 dah berlinang airmata baca story TT ni… Semoga terus sihat dan bahagia hendaknya.

Kehidupan sy pun ada sedikit persamaan macam TT. Awal2 kawen susah nak lekat anak tp xde la sampai gi check. Punya frust sampai dah pregnant 4 bulan pun, x perasan. Mujur kandungan tak pa pe.

Sekarang tengah usaha untuk dapatkan zuriat yg kedua. Masih sama, susah nak lekat. Doakan saya ye. Harap2 Allah sudi beri rezeki untuk anak yg ke 2 hendaknya.

Norafidah. Seronok baca tulisan puan lily. Ada bakat menulis. Nanti sambung la lagi. Saya tumpang seronok dgr kebahagian kamu berdua. Saya pun ikut sebak juga tau..

jaga kandungan puan lily baik². Jgn stress² sgt ye. Happy² je. Jauhkan fikiran negatif yg bebukan tu. Masa pregnant ni la emosi kita ni org perempuan yg bakal bergelar ibu sgt sensitif.

Kdg tu terlebih memikir sgt. Tu jd sedih tu kdg².. sekali lagi tahniah ye utk puan lily & husband. Semoga kamu sentiasa dlm rahmat Allah swt.

Mayang.Bila kau mengharap, menunggu, mencari Allah tidak jawab lg kemahuan kau. Bkn Dia X nak memberi. Mungkin kau belum bersedia.

Tapi bila mana kau redha, berserah & pasrah, baru Allah hadirkan hadiah.
Tahniah dgn setiap kesabaran.

Awal kandungan mmg kena jaga. Kalau boleh jgn bercerita sgt kat org2 lain. Faham utk share berita gembira. Cuma kena ingat byk mata yg memerhati & X puas hati..org hati hitam suka tgk kita berduka. Take care TT n suami.