Aku curaang tidur dgn prm tp isteri maafkn aku. Aku tekad nk bceraai sbb rasa bersalah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati aku ini. Nama aku Farhan, tahun ni berumur 31 tahun. Tempoh perkahwinan aku dan isteri akan masuk tahun ke 6, September 2021. Perjalanan perkahwinan aku dan isteri memang Alhamdulillah sangat diberkati pada pandangan aku sebab mudah. Mudah in terms of family aku dan family mertua memang sangat memudahkan urusan dari majlis risik, tunang dan seterusnya majlis pernikahan.

Masuk tahun ni, tahun ke 6 perkahwinan, kami dikurniakan cahaya mata yang Alhamdulillah sihat dan takda isu besar apa-apa.

Macam mana pun, ada juga masalah yang muncul. Muncul masalah daripada aku sendiri. Masalah aku curaang dengan perempuan lain. Aku cerita sedikit pasal diri aku.

Aku jujurnya memang orang biasa-biasa. Not good looking. So peer pressure dari kawan-kawan yang ada gf dan sebagainya, memang buat aku terikut-ikut.

So mula lah pencarian gf sejak sekolah menengah, yang akhirnya tak pernah ada sampai lah zaman universiti. Keseronokan aku join program universiti yang membuatkan aku jumpa isteri aku yang sekarang.

Kami berkenalan dan terus ke jinjang pelamin. So macam aku cakap tadi, sebab aku mencari-cari, aku terlalu banyak jumpa perempuan sana sini sampai aku rase benda tu biasa, bertukar-tukar. Maksud aku tukar kenalan rapat la ye.

Sebelum aku nikah, memang aku simpan niat akan tinggalkan benda-benda lagha tu untuk aku focus pada isteri. Namun, hanya bertahan beberapa tahun sehingga la aku jumpa seseorang yang buat aku curaang pada isteri.

Bertapa teruknya aku smpai aku bawa balik perempuan itu tidur bersama tanpa pengetahuan isteri. Rasa menyesal, rasa bersalah sangat banyak, rasa sangat teruk, tapi aku lalai, teruskan juga sehingga lebih kurang 6 bulan.

To cut things short, kantoi. Kantoi dengan isteri. Sehingga sekarang isteri dah dapatkan bantuan psychiatrist sebab dia depress ketika dapat tahu hal sebenar.

Aku bukanlah medical person, tapi aku ada jumpa jugak bersama isteri, doctor tu bagi tahu bukan full blown depression, hanya kearah depression, tak pasti apa sebenarnya,

Tapi sehingga sekarang, nampak wife makin beransur pulih, sekarang ni dah dekat setahun kantoi dengan isteri tentang perkara hitam itu.

Pada salah satu sesi kaunseling, aku terkejut dengan apa isi hati isteri yang disampaikan oleh kaunselor tu, isteri nak buat tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Setelah aku pujuk depan kaunselor tu dengan alasan aku nak pertahankan perkahwinan aku, dia sekali lagi buat aku tersentak, dia akan pertahankan perkahwinan hanya disebabkan anak. Aku tak salahkan dia, semua sebab masalah ini berlaku disebabkan aku sendiri.

Sebagai lelaki, aku sangat terasa dengan apa kata isteri aku. Pertahankan perkahwinan hanya kerana anak.

Maksudnya dia tawar hati dengan aku lah kan, so aku pun redha, aku terima seadanya. Hubungan kami hambar, sehinggalah beberapa bulan. Aku pun mula untuk bersedia untuk kembali hidup single.

Jangan salah sangka, aku cuma tak dapat terima alasan dia pertahankan perkahwinan kerana anak. Jadi nak ke tak nak aku perlu move on. Again, bukan salah dia pun, memang perkara ni jadi pun sebab aku buat hal kan.

Tak lama lepas hubungan kami yang hambar ini, wife seolah-olah lupa apa yang terjadi, hubungan kami kembali seperti dulu.

Jadi aku ada ambil initiatif untuk kami duduk berdua, setelah anak tidur, untuk bincang perkara ini. Wife kata dia dah maafkan aku sepenuhnya, atas apa segala perkara yang aku buat selama ini.

Dia terima aku seadanya. Aku ulang ya, DIA TERIMA AKU SEADANYA. Walaupun dia beritahu macam tu, aku masih bagi tahu, aku tak boleh accept yang dia terima aku seadanya.

Aku sendiri yang rasa bersalah pada diri sendiri pun tak boleh nak maafkan diri sendiri. Tapi dia terima apa segala yang aku dah buat???

Disaat aku dah mula sedia untuk berpisah, dia tak boleh terima untuk kami berpisah. Dia yang mulakan dengan berfikir tentang fasakh. Bukan aku nk divert kesalahan pada isteri, tapi perkara ini sangat memberi kesan kepada aku.

Aku dah mula redha dengan aku hidup sorang, aku kena sambung bagi nafkah dengan anak, berpisah dengan anak, dan mungkin ini cara Allah nak hukum aku dengan apa aku buat selama ni,

Mungkin dengan ini cara Allah nak aku kembali berbakti pada ibu ayah aku yang aku hanya sempat 1 tahun selepas aku kerja, sebab kejarkan sangat nak berkahwin.

Luahan aku ni nak mintak pendapat, aku sendiri buntu apa aku nak buat, teruskan, atau perlu fikir tentang perjalanan sendirian aku. Adakah aku boleh kembalikan hubungan aku dan isteri macam dulu if aku teruskan.

Ramai yang tidak puas hati dengan keputusan suami ini. Ini antara komen yang paling pedas.

Cik puan. Aku kan nak tanyalahkan….kepada sesiapa yang curaang pada pasangannya…kalau pasangan itu yang buat benda sama macam kau buat, keluar berfoya foya dengan jantina berlainan, siap sampai ke katil….apa akan kau rasa bila dicuraangi?

Kdg kan manusia yang mencuraang ni kan, otak mcm letak kat lutut tau…. dah buat salah tapi play victim…

Mcm ni je la tt, jujur je dgn isteri tuh..yg tt tak nak dia dah…. sbb tt pun dah ready nak single kan..alang alang mcm tuh, jangan kejaam sangat dengan tipu dia…ada kemungkinan nanti tt lebih cenderung buat perangai balik…

kalau rasa rasa diri tuh dah tak boleh BERUBAH dan BEUSAHA jadi suami dia yang lebih baik…bagi tau dia secara jujur dan let go dia untuk bahagia….tapi tanggungjawab kat anak jangan lupa la pulak….

Kepada isteri tt…semog jumpa lelaki yang jauh lebih baik, yang boleh bahagiakan awak dunia akhirat….aamiin ya Allah….

Suami yang tak tahu menghargai isteri yang berpenat lelah melahirkan anak, tinggalkan rumah mak ayah utk jadi pelengkap pasangan ni memang tak berbaloi diperjuangkan sampai syurga…

Sampai saakit isteri tuh dia buat, lepas tuh mcm otak masih letak kat lutut….hmmm

Cece. Ko berzina, wife nak mintak fasakh, ko terkejut, wife nak teruskan bersama sebab anak je, ko rasa insulted, wife terima ko seadanya, ko takleh terima dia terima ko seadanya…… aku rasa ko blah je lah, semoga wife bertemu sinar baru, aku doakan wife ko

Nurulhuda.Ko tak boleh terima dia sebab dia dah terima ko sepenuhnya ke atau ko sebenarnya memang dah ada awek spare yg tgh menunggu ko dan ko memang standby je nak jd single?

Kalau ko betul² sayang isteri ko, spatutnya ko malu. Dah la buat salah. Isteri susah payah nak maafkan, ko acah2 play victim plak. Bodoh la..

Cuba isteri ko pulak curaang, ko rasa hati ko tawar ke atau hati ko berbunga2?

Syukurlah dengan rupa ko yg x seberapa tu(ko yg ckp kan) isteri masih lg nak terima..Eh geram pulakk.

Zulhilmi.Hi confessor. Saya tengah pujuk diri, jangan komen panjang2, cuba tahan diri dari mencarut. Saya cuba ya.

Pada saya, awak memang dah mind set single. Kalau awak mind set family man, awak takkan tergamak hati curaang. Awak tak terbayang ke muka isteri, muka anak ketika bersama terlanjur dengan skandal?

Saat ketika isteri memaafkan awak, awak blame dia lagi. Cukuplah tu, awak langsung tak nak cuba selami perasaan isteri awak?

Awak tak nak fahami langsung ke betapa hncur hati dia dan berapa banyak usaha dia kutip serpihan hati yang pecah berderai saat dia memaafkan awak?

Farhan, maaf saya tak faham kenapa awak berkahwin. Awak tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab. Lepaskan isteri awak, mohon ampun dengan isteri, anak, dan mak ayah mertua awak.

Awak gagal dalam perkahwinan. Isteri awak berhak bahagia sendiri atau dengan suami baru.

Lepas ni awak pergilah ke pergilah ke kandang buaya, kenal kenal dengan buaya casanova yang lain.

Kenal dengan buaya betina kat sana ke. Kalau nak insaf cuba berkawan dengan penguin. Penguin binatang yang setia. Mana tahu penguin boleh ajar awak erti setia.