Gambar sekadar hiasan. Assalam dan hai semua. First time aku rasa nak meluah. Apa yang terpendam lama kat hati pasal beraat badan dan warna kul1t aku. Yaa, fizikal yang jadi bahan ejekan dan hinaan orang cantik dan kur0s kat luar sana. Aku memang besar gedempol sejak lahir. Lahir lahir je beraat dah hampir 4 kilogram. Kepala aku pun besar. Cukup siksa mak nak lahirkan aku dulu.
Terima kasih mak. Kalau cari baju, memang susah sikit sebab kepala tak muat. Salah aku ke kepala tengkorak besar sejak azali ni? Hahaha. Dari kecil lagi dah jadi bahan ejek saudara mara aku. Aku ni orang kampung je. Jadi memang duduk pun dikelilingi mak cik, pakcik dan sepupu sepapat. Mereka kata nanti kalau aku dah besar, memang tak ada sape nak kahwin dengan aku sebab aku gem0k dan hitam.
Ye lah masa sekolah pun aku memang tak pernah ada boifren. Tak macam anak anak gadis mereka cantik kur0s putih kuulit gebu halus mulus senang bertukar tukar teman lelaki. Ohh anak gadis macam tu rupanya yang mereka banggakan yaaa. Hehehe.
Mereka kata nanti kalau aku jadi anak dara tua, nak kahwinkan aku dengan duda duda tua kampung atau jadi isteri nombor dua ke tiga ke empat ke, asalkan bersuami kata mereka….
Aku dengar dan senyumkan aje. Takpelah, jodoh dan pertemuan bukan urusan aku. Cuma memang dari sekolah menengah lagi, setiap kali aku habis solat aku akan berdoa dan minta secara detail ciri ciri suami yang aku nak (Antara doa tu aku nak suami kacak, baik hati, penyayang, kaya, dan beriman).
Sebenarnya dulu aku memang sedih sangat bila saudara mara panggil aku badak sumbu, badak air, anak gajah, dinasor, jalan bergegar macam gempa bumi, dan macam macam lagi lah tak sanggup nak tulis takut termenangis kang… Hehehe.
Dari rumah sampai ke sekolah aku ni jadi bahan hinaan orang je. Sampai mereka kata aku ni dari lahir sampai ke besar tak cantik. Huhu. Aku bukan tak usaha nak kur0s tau. Zaman dulu tak sama macam sekarang boleh gugel je.
Aku budak kampung tak reti apa itu eat clean dan sebagainya. Deat sekolah bukan ada ajar pun. Balik sekolah pun makan apa mak masak… ayam goreng, asam pedas, kuah lemak. Hujung bulan ayah bawak makan kepci mekdi pizza kat bandar.
Bukan salah mak ayah aku tau aku gem0k dulu. Mereka pun mungkin takde kesedaran dan ilmu pengetahuan untuk jaga brat badan aku.
Bila zaman sekolah, aku tak ada orang nak berkawan. Ye lah siapa jeee suka kawan dengan orang gem0k hitam kan? Aku ni jenis belajar je. Sebab takde kawan kannn. Apa lagi hiburan aku masa tu selain baca buku dan buat kerja sekolah sambil dengar radio atau alunan bebelan mak aku??
Hidup aku dulu pergi sekolah dan balik sekolah. Cuti sekolah pun baca je buku apa apa mak ayah aku belikan kat bandar atau pinjam kat sekolah. Baik aku duduk je rumah membaca tak kacau siapa siapa. Kalau keluar kang terserempak sedara mara buat tambah sedih aku je kan.
Hikmahnya, aku antara pelajar terbaik kat sekolah dan amat suka membaca sehingga kini. Dan sekarang pun aku on the way nak jadi doktor falsafah, kalian doakan aku ya. Sikit jeeee lagi ni….
Aku berfikir balik, andai kata aku ni dulu cantik kur0s kuulit putih mulus jadi terkenal dan kegilaan, mesti aku sibuk layan teman lelaki sampai tak siap kerja sekolah, tak fokus cikgu mengajar, dan tak peduli nak dapat skor masa peperiksaan, macam sepupu sepupu aku yang jadi kebanggaan ibu bapa mereka tuuu. Hehe.
Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ni ada hikmahnya tau. Kena bersyukur di setiap keadaan dan fokus untuk jadi manusia terbaik dan bermanfaat dalam hidup ni.
Habis SPM, aku berjaya masuk universiti, masa ni lah aku jumpa suami aku. Suami yang menepati ciri ciri aku nak dalam setiap doa aku lepas solat tu, the power of doa…
Pada mulanya pun aku memang tak yakin yang ada juga orang ikhlas nak aku? Dah lah dia muda dari aku kot. Kacak dan bertubuh sasa pulak tuuuu. Hahaha. Macam tak tercapai dek akal aku itulah jodoh aku.
Suami aku tak kisah pun aku gem0k hitam, dia tak pernah hina rupa dan fizikal aku. Alhamdulillah, tahun ni dah masuk 6 tahun kami hidup bahagia berumah tangga. Saling cuba melengkapi. Gduh gduh manja merajuk tu biasalah, tipulah kalau takde kannn.
Suami aku memang baik sangat. Apa aku perluukan, dia akan usaha untuk sediakan yang terbaik. Aku belajar sampai sekarang pun banyak suami support dari segi sokongan emosi dan kewangan.
Sampai kadang aku rasa aku tak layak jadi isteri dia. Tapi itulah suami yang dikurniakan untuk aku. Dia memang menepati ciri suami yang aku doa dulu.
Aku ada juga tanya kenapa pilih anak gajah macam aku ni?? Jawapannya, dia memang cari isteri yang boleh setia jadi teman hidup sampai akhir hayat dia dan kali pertama nampak aku, dia yakin sangat aku ni jodoh dia… (nak nangis, huhu)
Lepas kahwin, suami sediakan aku rumah siap ada gym dan swimming pool. Katanya untuk mudahkan usaha aku nak turunkan dan kekalkan brat badan ideal dan tenang fikiran untuk belajar.
Terima kasih, suamiku. Sayang doakan hubby murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Aku akan sentiasa cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia. Kalian doakan kami kekal bahagia ya..
Jujur aku kata, soal jodoh memang aku berserah dan berdoa, yang aku tau aku pergi sekolah dan masuk universiti nak belajar pandai pandai dan dapat kerja bagus. Aku sibuk usaha untuk capai cita cita aku nak jadi doktor falsafah. Hehe.
Lagi satu kan. Aku ni kahwin dulu dari sepupu sepapat yang ratu cantik kampung tu. Hahahaha. Macam aku cakap tadi, jodoh pertemuan bukan aku yang tentukan. Tapi kasihan juga kat mereka bila selalu kena tipu dengan lelaki. Tipu duit dan janji janji palsu ajak kahwin.
Tak apa lah, aku doakan mereka bahagia dengan jalan hidup yang mereka pilih.
Aku menulis ni sebab aku faham ramai sangat yang belum bertemu jodoh sampai sekarang. Apa aku mampu nasihat, kalian berdoa dan yakinlah kalian akan dapat apa yang didoakan. Doa tu pulak kalau boleh secara details ciri ciri suami yang kalian mahukan.
Serahkan semua pada DIA. Fikir positif dan sentiasa bersangka baik walau apa pun terjadi dalam hidup kita dan walau apa pun yang orang hina kita.
Kalau aku yang gem0k dan tak cantik ni pun ada jodoh terbaik, apaatah lagi kalian yang cantik dan berkerjaya. Pasti ada. Kena doa dan yakin ok.
Apa reaksi netizen
Zeedan Rashed – Macam takle nak percaya,btapi aku pernah saksikan seorang yang macam ni husband dia macam sekali pandang macam muka pengacara Jimmy Shanley. Tapi wife dia macam Cik B anak Dato Vida. Pakej husband idaman la, kacak, putih, romantik, kau hado.
Aku yang tgok ni macam wow kejap. Time tu ada kenduri. Si polan tu tak kekok pon layan wife dan anak dia. Sweet je, tapi tu la namanya jodoh. Bukan manusia yang tentukan hati dan jodoh kan.
Fatheaah Zullaile – Alhamdulillah, you deserve better confessor. Sebab dalam dunia ni, di mata Allah kita tetap sama. Rezeki jodoh semua Allah tetapkan siap siap dah. Apa yang kita alami, kebarangkalian sama itu sangat tinggi. Mungkin juga sebab perspektif masyarakat pada manusia berbadan besar ni memang lekat pekat kat otak sejak berzaman gaknya.
Aku pun dulu macam tu, eh bukan dulu je. Sampai sekarang, apa apa yang berkaitan dengan gem0k mesti tala salah ke aku, contoh masuk rumah papan, bergegar papannya. Mesti aku kena dulu. Pahtu makanan habis ke apa ke, mesti dikatanya aku yang tong sampah padahal barulah aku nak duduk makan.
Sampaikan dulu mak aku, kalau nak pergi rumah orang mak aku akan pesan siap siap, “Jangan makan banyak kat rumah orang, nanti balik mak masak lagi ya”.
Sedih dengar mak aku punyalah taknak orang hina anak dia. So, sampai ke besar aku kalau pergi memana, sedap mana makanan aku takkan tambah. Nasi memang ciput kecuali family aku bawa pergi makan and family aku bayar.
Dulu pun zaman aku sekolah, aku ni takdelah belakang noh belaja, tapi bila pertandingan semua takde pun yang nak pilih aku. Kadang terasa. Penah sekali ada cikgu aku siap ejek aku. Sedih, Aku ngadu kat mak aku, mak aku kata takpe tu antara cikgu dengan Tuhan. Tugas aku hormat cikgu.
Sampai besar pun, bila gem0k, memang jadi tempat kutuk pahtu tambah dengan hodoh, orang macam cop pakej gituh. Hahaha
Tapi samalah aku macam confessor. Aku fikir hikmah yang sama, cuma aku ni chinese look skit tapi tak berapa lawo lah. Haha aku bersyukur apa aku ada. Pedulikan apa orang kata dulu aku terasa lah jugak tapi lelama dah lali lulu lilin dah. Alhamdulillah on my track nak habiskan degree and insha Allah next journey menanti biiznillah.
**bukan aku cakap gem0k tu Bagus, aku pun on the way dapatkan brat ideal dengan healthy lifestyle. Jangan terbeliak pulak mata bila dah lawo nanti ehek. Cuma nak cakap, hidup ni bukan untuk dihakimi. Apapun bentuk saiz dan rupa, itu bukan untuk dijadikan perjudian lawak tak berapa cerdik manusia ni haa. Ingat lawak ke tu.
Nadia Azman – Hai confessor. Beraat masa lahir sama la. Sep sikit, haha. Saya brat lagi dari confessor 4.2kg. Sampai zaman diploma. Gem0k hitam pndek, gigi jarang. Digelar bonsai bergerak, peti ais 2 pintu dan gigi port usb, hehe.
Menjadi kerisauan makcik makcik jodoh takde. Sebab dah 33 tahun masih tak kawen. Padahal famili dan diri sendiri chill jek. Alhamdulillah berjaya bina kerjaya, kumpul aset sendiri. Jodoh ajal maaut rzeki tu Allah je yang tau.
Ieza Zain – Ada jumpa sorang nie, wife kuulit gelap siket dan chubby yang amat. Contra dengan si husband yang hensem betul. Kisah diorang viral lama dulu sebab husband dia hensem ala ala Shahir AF tu.
Baca kisah ni tadi teringat kisah diorang. Sejak viral tu follow laa diorg kat fb nak tengok apa yang istimewa sampai si lelaki terkejar kejar wife tu.
Turns out wife bijak sangat. Now diorang berdua managed own business dan really successful. Bahagia, berjaya, disayangi orang keliling. What a dream life. Moga diorg terus bahagia dan berjaya. Cinta pasaangan ni sungguh rare.
Khaira Aira – At first orang akan tertari dengan rupa, tapi lama kelamaan orang akan sedar yang adab lagi penting
Apa yang aku nak cakap kat sini, rupa bukan segalanya. Adab dan akhlak yang penting. Cantik akhlak cantiklah segalanya.
Indra Putra – Orang lelaki kan manusia biasa dan ada taste mereka tersendiri. Ramai jer yang tak suka jenis kur0s cutting model. Ramai jer yang tak suka kuulit putih melepak.
Tapi, pasti ramai yang suka seseorang yang beradab dan berbudi bahasa, matang dan pintar, dan paling penting, ramai yang suka seseorang yabg rajin dan pembersih. Maybe cliche bunyinya, tapi lagi bagus kalau pembersih dan rajin. Dari cantik tapi pemalas alias peng0tor.
Sumber – Nura (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia