Mak minta RM60 sorang utk makan raya, baik aku mkn kat hotel 5 bintang

Gambar sekadar hiasan. Hari raya sentiasa di raikan umat islam seluruh dunia. Sama ada hari raya adilfitri mahupun adiladha. Pengertian pengorbanan untuk setiap orang pasti berbeza. Sudah pasti ramai yang menyambut raya k0rban kali ini dengan meriah tatkala raya adilfitri sebelum ini tidak dapat di sambut bersama keluarga tercinta. Apabila tibanya raya pasti keluarga sentiasa bermain di fikiran terutamanya yang berada di bandar.

Sanggup meredah jem dan berbelanja besar semata mata ingin pulang ke pangkuan keluarga di kampung. kisah keluarga ini juga tular di page krt sejak semalam apabila adik beradik sama sama meluahkan di krt.

Salam min. mintak post kan luahan hati aku ni min. aku dgn family berbincang nak buat mkn2 utk raya haji ni. pastu tiba2 adik aku cakap mak kami masak utk ktorg semua. tp dia minta bayar RM60 sorg. SEORANG. aku, suami aku dgn adik perempuan suami aku je ktorg dah kena pao RM180 anak2 x tau lah mak aku nak cas bape pulak 1 kepala.

Biar betul family aku ni? sedangkan abg aku buat birthday party anak2 dia pun budget RM300 ramai org dtg makan, siap ada lebih lagi makanan bg kawan2 & sedara mara bawak balik. mak aku nak buat kenduri ke apa ni? alasan adik aku konon nya ktorg ni semua pelahap nauzubillah.

Tolong bagi sepaatah dua kata jap warga krt semua. aku bingung ni. x dtg kang merajuk pulak mak aku tu. tapi kalau gini cas nye baik aku bawak family aku mkn buffet hotel 5 bintang. bukan nak berkira tapi berpada2 lah. x kan beli brg utk mkn2 raya haji nanti sampai RM600 aku masak rendang daging 1kg pun budget x sampai rm50. apa pendapat korg gaisss? bantulah akuuuuuu

Manakala selang beberapa jam kemudian adiknya sendiri menjelaskan perkara sebenar di krt tentang isu kakaknya tidak puas hati tentang rm60 belanja masakan adiladha.

Asalamualaikum krt. Pagi tadi saya ada baca luahan kakak saya dalam krt ni yang mempertikaikan mak saya minta rm 60 sorang untuk menyambut raya haji. Saya baca luahan tu pun sebab ramai kawan2 share. Macam ni ceritanya min.

Kakak saya ni kawin dengan suami dia dah 6 tahun, selama 6 tahun ni kakak saya langsung tak bagi mak duit belanja, kalau dgn kakak dan anak2 dia yang 4 org tu je mak saya tak lah kisah sangat. Ni kakak bawak suami, adik ipar dan mil fil dia sekali dtf beraya. Ipar2 dia siap bermalam dirumah mak.

Bukan sekali dua dia buat macam tu, tapi sepanjang tahun sejak dia nikah. Datang pun melantak je, mak saya bukan orang senang. Bayangkan min mak saya yg berusia 57 tahun kerja dikebun orang sebagai penoreh getah, selalu saya je yang belanja lebih sebab saya kesian dekat mak.

Saya ada halang mak kerja tapi mak taknak lagipun saya baru sahaja mula berkerja, saya berumur 21 tahun je min. Sedangkan kakak saya dan suaminya juga kerja kerajaan. Saya juga kerja kerajaan tp baru berberapa bulan sahaja saya bekerja. Dlu saya selalu temankan mak toreh getah.

Bila saya dah dapat kerja, saya dah kurang nak tolong mak sebab saya pun sibuk. Lepas ni saya nak kumpul duit, nak beli rumah dan kereta, saya nak mak duduk dengan mak. Nak mak berehat, saya sayangkan mak saya. Sedih bila kakak sendiri berkira dgn mak macam ni.. malam ni saya menangis je tgk mak masak rendang. Kakak saya taknak balik sebab permintaan mak yg rm 60 sorang tu..

Apa reaksi warganet untuk Si Kakak

Shida Razak, Anak berkira dan kedekut dgn ibu bapa..Allah sempitkan rezekinya..dr ada 60 ringgit tinggal 60 sen je..kalau ko sedekah 60 ringgit pada mak ko dgn penuh keikhlasan hati bersedekah..boleh jadi 6000 ringgit lepas tu Allah bagi..Allah maha kaya..apapun dari Dia….nak hidup senang dunia akhirat..berbaktilah pada ibu bapa..jgn tunggu ibu mintak dulu..tp kita yg bagi dulu..belum apa2 kita hulur dulu..bukan tau dtg2 nak makan aje…takkan ini pun ko tak tau hawau punya batu.

Zalina, Aku rasa kau jenis brkira bla nak mnghulur kt mak kau..kedekut. sbb tu adik kau ckp bg pihak mk kau sbb dia kesian kt mk kau dah la kluar duit, mesti kau org anak branak dah trbiasa dtg bawa perut aje,mlantak xingat org lain.kongsi2 kumpul duit buat blanja mkn2 sama apa la salahnya xjd miskin pun kau…rezeki dkongsi brsama.mkn nak sedap tp kedekut, mmang jenis xle runding kau ni.

Siti Aisyah, Berkira nya kamu.. Bayar jela da mak kamu yg masak wat makan, lebih afdal bayar je rm100 jangan la berkira sangat.. Entah la jangan berkira sangat gan family bole x, cuba ko wat persiapan awal, patutnya bila musim raya macam ni patut nya ko kena hulur rm500 pastu ko gan adik adik ko masak gotong royong bukan mak ko masak, ngeti..

Da mak masak kan nak kira bagai… Emmm belajar atur kehidupan dengan baik, belajar target planing rancang kewangan dengan baik, faham x maksud sis ni, jangan susah kan org tua.. Rm60 pun nak berkira payah.. Faham kadang Rm60 tu besar pada ko, tapi macam sis cakap tadi lah rancang dari awal, faham x.

Hazlina, Rasa mcm ada benda yg tak kena.. klu sblm2 ni mak awak tak pernah cas tapi tetiba cas 1 kepala pulak tu bkn 1 family, cuba renung balik..adakah selama bertahun2 ni awak cuma balik makan saja? tah2 belanja dapur tak pernah keluarkan, belanja yg lain pun mungkin tak pernah bagi.. tolong kat dapur pun tidak cuma balik utk makan saja..

Bagus jugak mak awak ajar ank2 mcm ni.. Jgn jadi ank yg kedekut pada ibu bapa, rezeki kita sempit.. Cuba bersangka baik saja dgn mak kita tu.. klu awak org yg senang bagi jer lebih bkn utk org lain pun, ibu sendiri jugak.. alahaiii kesian mak awak dpt ank yg berkira mcm ni..

Norliah, Nk bg mak duit berkira .nk mkn kt hotel x berkira..kita sebagai anak bg mak..duit x pernah rugi pun…itu satu kewajipan kita.. sebagai anak….yg dia lahirkn kita dia besarkn kita x pernah kira siang dn mlm….bila awak dh besar dh ada kerjaya sendiri itu semua dari titik peloh siapa…bkn dari emak awak.

Kita sebagai anak x pernah rugi pun klau kita bg mak kita duit….ingatlh doa seorang ibu itu….blh membawa kita hidup lebih sempurna..

Apa reaksi warganet untuk Si Adik

Fik Ramlan, Tak bestnya raya² jd mcm ni. Kpd kakak: balik la. Kesian kt mak yg mengharap anak balik. Mak mesti x tau perbalahan Korg dlm ni tp demi perasaan ibu, balik je la. Tak payah ego kerana salah sendiri dan kerana rm60 tu. Keberkatan hidup ada pada redha seorang ibu. Susah hidup awk nnt tanpa redha mak.

Kpd adik: jgn cerita pasal rm60 dgn mak. Selindung sebaiknya apa terjadi supaya hati mak x terkilan dan terasa. Berpura² lbh baik (pada saya). Dah terlalu tua utk dia hadap benda² mcm ni.

Akio Ikin, Klu AQ Ada kakak mcm kakak awak tu..maaf..aq haramkn dy bwk kluarga Dy dgn kluar mertua..ipaq2.. jejak rumah mak awak..dgn syurga YG melahirkn Dy ke dunia ni pun Dy blh berkira smpai mengaibkn ibu sndri ..jgn lupa kifarah Allah tu sntiasa Ada .sehebat mnaa pun Dy keja .rezeki Dy xkn cukup Dan xkn berkat..malah gaji tu yang akan jd punca mkn Dan minum seumur hdup..ingt tu..

Jgn rsau teruskn niat murni awak utk jaga mak awak..in Syaa Allah..mak awk kuat dgn adanya awak kt sebelah Dy..pegang erat tangannya..jgn lepas walau sesaat..smoga Allah permudahkn urusan awak Dan ibu awak dunia Dan akhirat.. Aamiin

Kak Chik, Bersabar lah awak.. saya faham perasaan awak.. kalau boleh kita taknak langsung susahkan mak kita kan..tapi ada je dalam adik beradik kita perangai macam tu..tak semua jugak tapi segelintir..setakat Rm60 pun nak berkira..

Yaa Allah hai..sy dulu mula kerja je terus bantu bagi duit kat mak bulan bulan sampai la sekarang..sy suri rumah pun sy cari duit sendiri supaya boleh bagi duit belanja kat mak.. mak tu lagi besar pengorbanan nya kan..doa banyak2 agar Allah buka pintu hati kakak awak tu.. bila kita dah bekerja ni tanggungjawab kita la pulak tanggung makan minum diorang.. bantu diorang.. biarkan dia taknak balik sis..macam tu pun nak berkira..tak faham betul.

Lieya Wan, Sebenar kita tak tahu siapa betul siapa salah…sebab kita x de kat tempat mereka…dan kita tak tahu keadaan kewangan masing2…kita doa yg baik2 je utk keluarga ni.buat adik beradik tolong lah jgn ceritakan keburukan adik beradik mak bapak semua kat satu dunia…kita tutup aib org in shaa Allah…Allah akan tutup aib kita.

Cik Suhana, Sy doakan awk murah rezeki boleh beli rumah dan bawak mak awk duduk dgn awk. Jaga mak awk baik2. Kalau kt rumah mak awk skng takut kakak tu dengki pulak ckp tu rumah dia jugak. Dia ada hak jugak. Kang dia mintak awk bayar sewa pulak kt dia. Skng awk keja kuat2, kumpul duit. Beli rumah sndr. Bwk mak awk tggl dgn awk. Senangkan hati mak tu sementara masih ada. Pasal kakak tu, lantakkan. Pikir pun buat skit hati.

Alahai sedih pula baca kisah adik beradik ini. Begitu cekal hati seorang ibu berkerja di usia tua dan tetap masak masakan kegemaran anak untuk menyambut kepulangan di hari raya. Malangnya anak tidak balik oleh kerana isu rm60 sorang.

Sumber : Krt