Aku isteri kedua tp hnya jadi bibik kt rumah madu. Aku cuba cntikkn diri nk suami tergilakn aku

Foto sekadar hiasan. Salam, tumpang tanye ade tak ke s perceraaian mcm sy ni. Saya isteri kedua, Saya mengaku lah mungkin silap saya sebab buat suami terlalu cemburu dan tuduh saya curaang dengan Suami. Sedangkan saya dah jalankan tanggungjawab serta jaga penampilan hanya untuk nya. Sebelum ini kami berkahwin bukan atas dasar cinta, suami dan madu terima saya hanya untuk jadikan saya bibik tidak berbayar di rumah mereka untuk menjaga rumah dan anak mereka.

Setelah beberapa bulan saya jadi bibik, saya cuba pikat dan goda suami tapi tak berhasil. Sampailah saya cuba cantikkan diri dan goda suami, dia akhirnya layan saya sebagai seorang isteri.

Saya mula rasa dia cintakan saya. Kami sangat bahagia. Tapi aku di uji berkali kali di ceraaikan suami sebab suami terlalu cemburu. Punca penceraaian kami, saya akan cerita kat bawah. Cuma saya ada beberapa pertanyaaan mengenai ke s penceraaian saya.

Ke s saya macam ni, masa akhir tahun 2020. suami pernah lafaz ceraai Kali pertama gune sms Dan lafaz rujuk melalui sebutan .. tanpa daftar di mahkamah ..

Ke s kedua ..awal Thun 2021.. suami lafaz ceraai Kali kedua gune sms Dan lafaz rujuk melalui sebutan .. tanpa daftar di mahkamah ..

Dan awal tahun 2021 .. suami lafaz terang terang dan jelas depan sy .. aku ceraaikan kau malam ni. Dan suami failkan kan pengesahan lafaz ceraai .. dan Naik bicara.

Tapi hakim belum bagi keputusan .. hakim suruh fail kan pengesahan 1 Dan pengesahan 2, soalan sy memang dah jatuh kan talak atas diri saya .. kalau kire talak 3 kan ada kemungkinan ke talak tak jatuh… Sebab suami mmg sebut lafaz ceraai dengan niat ..

Lagi satu kalau kata hakim dah sah kan talak. boleh ke saya rentas negeri nk balik sarawak sebab family Kat sana, sebab saya dah tak boleh tinggal bersama mereka.

Ia bermula dari sy jadi ISTERI KEDUA, sy berkongsi kasih dgn MADUKU (isteri pertama) , dan kami duduk dibawah bumbung yg sama (1rumah) awal ya, Madu sy Terima sy dgn ikhlas dan Madu sy sgt busy seharian bekerja.

dia seorg PA di sebuah syarikat export buahan Tempatan, sedangkan sy hanya surirumah, hanya untk uruskan rumah.  Lepas membasuh baju, mengemas rumah, ambil anak2 madu dari sekolah, memasak dan lipat baju,

Saya banyak masa dirumah sy Juga amat pentingkan amalan menjaga kecantikan luaran dn dalaman. Body persis biola, aset sy jadi Mantull dan kulit semakin berseri setiap hari. Kulitt semakin mulus, pipi merah kemerahan.

Pelancaran haid tiada masalah, malahan hubungan intiim dgn suami juga POWERR seperti mlm pertama setiap hari.

Pergi kedai pun orang pandang tak berkedip mata… Sy tiada niat utk ambil Perhatian org tapi sy buat semua nie semata2 utk suami sy.

Tapi, tanpa sy sedar, MADU sy Makan hati malah Cemburu terukkkkk dgn sy gara2 suami banyak lebihkan Perhatian pada saya..

Sedihhhh sangat, macam macam Fitnah yg dia reka ke atas saya agar Suami Benci kan saya… Yg paling tak boleh di terima dek akal, MADU sy cakap dengan suami yang saya pakai Susuk sebab tu nampk syantik berseri dan Tundukkan suami.

Apa yg sy masak hidangkan utk Famly, MADU sy akan buang. Terasa sangat sampai ke hati, mengapa tergamak sangat buat macam tuh??

Salah ke saya jadi syantik untuk suami????  Boleh di katakan saya dengan Suami bertekak setiap hari hanya di sebabkan Suami risau sy akan Curaang di belakang nya.

Saya tak tahan sangat, saya NEKAD untuk bekerja dari duduk rumah macam bibik… Sebab semua yg sy buat serba tak kena. Ada saja salah di persoalkan…

Tanpa pengetahuan, MADU saya telah meracuni fikiran suami dgn pelbagai fitnah konon nya sy pakai B0M0H untuk tundukkan dia dan sedang main kayu tiga bersama keksih lama saya, kami tiada hubungan apa2.

Kebetulan Ex-boy sy 1 tempat kerja, dia tahu yg sy bermasalah dgn Suami dan Madu saya. Malah BERKALI2 dia ingin berjumpa dengan Suami untuk terangkan perkara sebenar tapi saya melarang sebab Suami pasti AKAN lebih Marah jika org luar campur tangan..

Saya hanya mampu berdoa agar Allah swt tunjukkan jalan penyelesaiannya. Sekarang nasi sudah menjadi bubur, perkahwinan sy hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja..

Saya BERTAWAKAL dan sentiasa, mendoakan agar Madu saya diberikan HIDAYAH serta bersihkan hati nya. Sy juga redha sebab awal nya juga sy pernah jadi yg KEDUA…

KISAH KE 2. Saya bahagia jadi isteri kedua, suami selalu bawa jumpa madu tapi setiap kali saya datang dia akan lari kurung diri dalam bilik. Sampailah saya melahirkan anak kedua, madu buat sesuatu kat anak pertama saya sampai saya menangis, dia terlalu baik….

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Terima kasih sekiranya confession ini disiarkan. Terfikir untuk membuat pengakuan selepas membaca pengakuan seorang wanita bergelar isteri pertama yang sangat positif seminggu dua yang lepas. Dalam hati berkata, wanita ini sebaik madu saya. Yaa, Saya adalah isteri kedua. Perkahwinan kami kini alhamdulillah menjangkau usia 11 tahun.

Ketika bernikah, usia saya 31 tahun, suami 37 tahun, dan madu saya ketika itu 35 tahun. Berkenalan dengan suami selama 6 tahun sebelum berkahwin, pelbagai rintangan kami lalui hanya untuk menghalalkan hubungan ini.

Yer lah, isteri mana rela suaminya diambil orang, kan? Kalau saya sendiri di tempat isteri pertama, saya juga akan menentang selagi terdaya. Dan itulah yang madu saya buat.

Ketika suami memohon kepada mahkamah untuk berkahwin kali kedua, isterinya menentang habis-habisan. Beberapa kali mereka naik turun mahkamah, hampir setahun juga k3s dibicarakan di mahkamah. Ingat senang mahkamah nak benarkan orang berpoligami?

Tapi kenapa kami memilih untuk memohon berpoligami dengan cara yang betul? Bukan dengan cara kahwin lari ke Siam dan sebagainya sedangkan itu lebih mudah dan menjadi pilihan ramai orang. Kenapa kami memilih cara yang sukar?

Kerana saya yang minta begitu. Saya bekerja di bidang profesional dalam perkhidmatan awam. Begitu juga isterinya. Suami pula pekerja swasta yang bergaji boleh tahan. Saya ada maruah saya sendiri.

Takkan saya nak maluukan keluarga dengan berkahwin lari? Takkan saya nak hitamkan muka ibu bapa saya sedangkan saya adalah anak ksayangan mereka?

Ibu bapa saya sudah cukup kecewa bila saya memilih suami orang sebagai pasngan, kerana mereka rasa saya boleh mendapat yang lebih baik. Saya terpelajar, pernah menjadi best student dan saya adalah harapan mereka.

Namun akhirnya mereka terpaksa merestui juga pilihan saya ini. Dan itu sudah cukup membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk memilih berkahwin dengan cara yang betul, sama seperti orang lain berkahwin, walaupun dengan suami orang.

Saya nak pernikahan saya diiktiraf oleh undang-undang, dan oleh masyarakat. Saya nak hak yang sama seperti isteri pertama. Hak dari segi kalau dia boleh bernikah dengan cara yang elok, kenapa dengan saya perlu sembunyi? Sedangkan pernikahan itu sesuatu yang perlu diwarwarkan. Hak dan pengiktirafan ini yang saya nak.

Alhamdulillah, pihak keluarga suami faham ini. Ibubapa dan pihak keluarganya datang sendiri dari selatan ke utara untuk meminang saya. Mereka buat saya rasa dihargai walaupun saya hanya menantu kedua. Walaupun ketika itu mereka sedar hati isterinya terluuka.

Berbalik kepada k3s di mahkamah, selepas beberapa bulan, entah bagaimana, akhirnya isterinya bersetuju untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Dengan banyak syarat pastinya, yang melibatkan kewangan. Saya faham, dia cuma mahu melindungi haknya dan anak-anaknya.

Dan akhirnya alhamdulillah, kami bernikah dan disandingkan di rumah kedua-dua belah pihak dalam majlis yang meriah. Ia membuatkan saya tidak terasa saya berkahwin dengan suami orang. Penerimaan keluarga suami buat saya bersyukur.

Ibu bapanya melayan saya dengan baik sekali. Tidak pernah membezakan saya dengan menantu pertama mereka. Kakak-kakak ipar pula, tidaklah begitu mesra, namun mereka tetap melayan saya dengan baik walaupun mereka dalam dilemma. Kakak-kakak ipar semuanya rapat dengan isteri suami.

Saya faham dilemma mereka. Melayan saya, bermakna mereka akan mengecilkan hati isterinya. Tapi mereka juga tidak sanggup mengecilkan hati saya, kerana adik lelaki mereka yang memilih saya.

Ketika awal perkahwinan, berlaku juga siri mesej-mesej kemarahan dari isterinya. Sehinggalah suatu ketika, dia membuat keputusan untuk tidak lagi peduli. Number saya diblock. Dan sejak itu tiada lagi komunikasi antara kami.

Tapi sejak itu juga saya rasa kemrahannya reda sedikit demi sedikit. Di tahun ketiga perkahwinan, saya bersalin kali kedua, ketika itu umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Dialah yang menjaga anak sulung saya yang ketika itu berusia setahun lebih. Dibelikan baju raya untuk anak saya, sedondon dengan mereka sekeluarga.

Sehingga kini, anak-anak saya (4 orang) bebas ke rumahnya. Kadang-kadang tidur di sana. Anak-anak mula rapat dengan ibu tiri mereka.

Ketika saya perlu berkursus di hujung minggu contohnya, dia yang menjaga dan memberi makan anak-anak saya bila dibawa oleh suami ke rumah mereka.

Anak-anak yang besar (sulung dan kedua) sering dibawa berjalan ke mana-mana bersama 5 anaknya yang lain. Mereka ke IKEA, Zoo, Giant dan lain-lain tempat. Dia seorang yang independent, maka selalunya dia ke mana-mana bersama anak-anak kami tanpa suami.

Dibelikan baju atau tudung untuk anak-anak saya. Ataupun diperturunkan baju anak-anaknya yang masih boleh dipakai kepada anak-anak saya pula.

Anak pertama saya, kini berusia 10 tahun. Seumur hidupnya, saya hanya berjaya memotong rambutnya beberapa kali saja. Selebihnya oleh ibu tirinya.

Pernah, ketika anak saya di tadika, terpaksa dijemput oleh beliau, kerana saya dan suami sama-sama tak dapat menjemput pulang anak saya. Tertanya-tanya juga pihak tadika ketika itu.

Pendek kata, isteri suami akhirnya menerima anak-anak saya. Walaupun sehingga kini, saya rasa dia masih tidak dapat menerima saya sepenuhnya.

Bayangkan kami tidak pernah bersua muka dan bercakap selama 11 tahun saya berkahwin ini. Rumah kami berdekatan. Hanya dipisahkan oleh beberapa buah rumah saja.

Kadang-kadang ada juga kami berselisih di jalanan. Hanya setakat itu saja. Selalunya dia buat tak pandang saya pun.

Pernah 2 tahun lepas, suami bawa saya ke rumahnya untuk bersua muka, tapi oleh kerana dia belum bersedia, dia menguncikan diri di dalam bilik sehingga saya balik.

Ya, dia mungkin masih tidak menerima saya. Tapi penerimaannya terhadap anak-anak saya sudah membuatkan saya bersyukur sangat-sangat.

Terima kasih kak. Saya tau saya bersalah menerima suami akak dalam hidup saya. Saya sendiri kadang-kadang tak dapat menerima kenyataan yang saya perlu berkahwin dengan suami orang.

Tapi suami selalu mengingatkan saya bahawa ini adalah jalan hidup kita, takdir kita. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan.

Suami juga selalu mengingatkan saya agar bersyukur. Walaupun saya bermadu, saya dapat jumpa suami setiap hari. Walaupun bermadu, tapi madu menerima anak-anak saya. Tidak pernah menyerang saya seperti yang terjadi pada orang lain.

Konsepnya, saya jaga rumahtangga saya, dia jaga rumahtangga dia. Saya tak masuk campur hal dia, dia juga tak masuk campur hal saya. No direct communication in between us. Hanya suami menjadi penghubung. Dan suami pula, berlaku adil dari segi giliran dan lain-lain.

Saya selalu berdoa, akhirnya dia betul-betul menerima saya. Teringin juga shopping sama-sama, bawa anak berjalan bersama- sama. Teringin jadi kawan baik dia.

Sementelah saya pun tiada saudara mara atau sahabat baik di negeri suami ini. Masih menunggu hatinya terbuka sepenuhnya untuk saya. Moga ada sinar nanti. InshaAllah

Ramai terksan dgn perkongsian ini, ramai yang tidak puas hati dgn isteri ke 2 ni. apa reaksi warganet

Eita Ariff, Mesti ramai wanita yg kecam & menyumpah puan krn berani mengaku puan ‘mengambil’ suami org.

Tp bg sy,tiada apa yg dpt kita buat jika takdir hidup kita berbeza..puan telah berusaha & berdoa..puan hiduplah dgn penuh gaya..jgn dipedulikan yg negativ tu sesungguhnye depa jeles tgk wanita lain bahagia.

Fasriana Hashim, Mujur dia berkurung. Kalo buat dia kejo keliling umah kang setaman lak malu..

Rezki dan jodoh bermadu, terima la dgn lapang dada.. ape perangai madu hadapkan je la.. xyah saling meremehkan.. biar dia ngn cara dia. Sis pun dah bahagia kan

Izz Iman, Alhamdulilah.saya kire madu puan cukup baik. Walau tidak bersua 11 th tapi die menerima ank2 puan…alhamdulilah. Tak semua org boleh mcm tu.ade org bayang ank tiri pun tak mau tenguk.. hormati madu.

Bagitahu suami hormati pendirian madu kirenye die belum nak jumpa awak..jangan di paksa dia. Sbb walau setuju untuk bagi suami kawin, Hati nye sudah cukup tercalar luuka.hatinye masih pedih lagi..sbb tu die tak mau jumpa awak.

Kite kn manusia biasa..lbih2 lagi suami d ambik org…betul..takdirnye hidup sudah begitu. Sudah Allah aturkn bermadu.namun pedih tetap terasa..luuka tetap ade kite insan biasa.

Fauzi Alias, Saranan saya, suami kene kawin kali ke 3 supaya istree kedua merasa perasaan bila dimadukan. selepas itu plak kawen kali ke 4 supaya istree ke 3 merasa perasaan bila dimadukan.

Secara x langsung dpt mberikn kelegaan dan bahagia kpd isteri nombor 1 & 2.. da cukup kouta tu jgn berangn nk kawen lagi kali ke 5 plak haha.

Izan Mohd, Istfar banyak2 dgn lisan kita .. kadang2 ujian Allah pada orang didatgkan balik pada kita utk mengajar kita merasai dari hanya bercakp daripada apa yg dilihat dan didengar .. jika tak suka cukup sekadar berdiam jgn ditempelak sunnah Rasullah.

Allah menghalalkan tapi hambanya ramai yg mengharamkan ..sedari diri kita hamba saja kita sendiri dijadikan oleh Allah apa hak kita mencaci cerca takdir dan qdakqadar org lain.

Allah mungkin duga org lain dgn poligami tapi Allah tak uji dia dgn sikap dan akhlak yg jadikan dia berdosa seumur hidup dgn mksiat .. sedangkan dalm kita bersuami isteri pun ada zinanya maka jaga lah percakapan masing2.

Siti Zubaidah, Untung la dia terima ank2 ko sbb ank2 x salah dlm hal ne..x payah la nk nk jadik bff bagai..hati dia dh hncur kot..dia bertahan sbb ank2 je..ko ngan laki ko sama 2×5 naya hati perasaan org..

pastu paksa org terima takdir..ko ingat dia malaikat?..dia manusia biasa je doh..satu hari klu ko kena madu ngan yg ke3 baru ko tau perasaan dia macamana…

Marina Marissa, Alhamdulillah puan bahagia. Lagi pun poligami memang dibenarkan dalam Islam kan. Cuma nak tanya puan kenal suami 6 tahun sebelum kawen, memang dah tahu la kan dia dah beristeri. Puan tetap mahu menjadi isteri keduanya kah?

Soalan no 2, puan dah berkahwin 11 tahun, apa puan rasa klau tau diam diam suami puan ada simpan perasaan dan berhubungan dengan perempuan ke3 selama 6 tahun lalu?

Soalan ke 3, kalau suami puan nak kahwin ke 3 dan ke 4, adakah puan akan redha seperti mana isteri pertama redha kan? Tak payah jawab kat sini.. jawab di hati.

Lela Rahman, Klau ko nak tahu apa perasaan isteri pertama cuba ko jadi isteri pertama,baru ko sedar betapa hncurnya perasaan,luukanya hati bila somi menikah lagi,mmg poligami ni elok untuk elakkan terjebak dari dosa,tapi dlm masa yg sama akan ada hati yg terluuka,

tk semua perempuan boleh terima,nak2 pulak yg dh lama hidup bersama,susah snng di lalui,tiba2 tau2 di madukan dlm diam atau terang terangan,

ko fikirlah sendiri,klau boleh elakkan terjebak dengan somi org ni,luuka di hati tk nampak,tapi pedihnya terasa menikam di jiwa,i hope you very2 understand,sekadar peringatan fikir2 kanlah.

Sal miah, Salam kadang kadang kita tak boleh menyalah sesiapa oundalam soal hidup bermadu tu semua allah dah atur dan susun secantik cantik nya cuma bagi k4um wanita dia tak.

nak berkongsi suami penglaman saya hidup bermadu selama dekat tiga puluh tahun saya yang pertama bagi saya apa laki saya buat dengan bini dia saya tak suka ambik tahu macam orang putih kata get loss???

cuma saya bertahan kerana anak anak tu saja dan sekarang anak anak saya semua dah berkeluarga hati saya senang dan kalau kau nak tahu ????

sekarang laki saya dah skit str0k dia yang jaga saya tak amik pot duit pecen pun dia ambik anak suruh bagi kat dia orang laki saya gan bini ni tak ada anak cuma ada anak tiri ja hidup saya dengan anak cucu dh cukup bahagia aminnn aminnnn

Hidayah Lee, Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Tak perlu la kot kacau hidup dia. Dia mungkin menerima dan reda. Mana tau, hati dia dah hncur. Semuanya dilakukan utk tak nak lihat anak jadi mngsa. Teruskan hidup seperti sekarang. Doakan yang baik utk madu awak. Semoga berbahagia.

Hamidah Said, Moga2 pn berbahagia dgn madu pn. Didoakan juga moga bertambahlah lagi isteri2 suami pn sp cukup 4 org agar terbela nasib wanita2 yg dambakan suami di luar sana. Moga pn setabah madu pn ketika menyaksikan persandingan2 suami pn dgn isteri2nya nanti.

Ayu Wahab, Ksian kena kcam sbgai isteri ke-2. Confessor meluahkn saja. Memang poligami memeritkan sbb kena berkongsi.. perempuan mana nak… ditambah pulak perkataan dirampas, menyondol, …..

Kepada sesiapa pun yg beri comment jgn sebarangan komen sesuatu yg bukn kehidupan kamu. Disebalik manis dan perit confessor lalui hanya Allah saja yg tahu…

Boleh jdi Allah mahu menambah amal kebaikan isteri2 ini dengan hanya memikirkan masalah kluarga mereka..
Boleh jadi Allah menguji suami ini dengan 2 isteri…

Bagi suami yg seorang isteri dan bagi isteri yg tidak berkongsi, apa kamu yakin kehidupan kluarga kamu yg tidak berpoligami ini sudah menjamin kamu semua ke syurga.Sampai hari ini mentaliti masyarakat lebih suka menhina n mencaci.

Kpd confessor nasihat saya… klu kamu nk berbuat baik kpd madu kamu.. biarlah kerana Allah… letak saja Allah no.1 demi keredhaan no.2 dr suami.

Aslina Majid, Kalo tengok dari reaksi isteri pertama tu sejak awal… Kira bertuah sangat laa dia boleh terima anak2 tt ni. Paling takleh blah boleh lak dia angkut semua anak2 sendiri jalan2 tanpa suami. Mmg tt ni tak rasa apape ke sampai isteri pertama tu buat mcm tu? Kat mana suami masa tu?

Poligami yg bajet boleh jadi bff ni cuma wujud kalau isteri pertama yg carikan untuk suami dia… Tu je. Lain2… Susah sikit.

Nia Saniah, Da la ko amik laki dia byk bunyi plak da bagus dia kunci diri sebab tk nk saakit2 hati klau aku siang2 muka ko da pecha berjiran lgi habis la WWF atau WWE aku ksi hari bila trserempak 2gu laki ko scandal kawin no3 no 4 ehk kau punya tempat ujung2 pkai buang aje …tk sedar diri

Ana Ruhaina, Saya tak tahu nak cakap mcm mana tt. Saya tak habis baca pun. Bila sampai ayat ibubapa suami tt datang meminang dari jauh, sumpah saya menangis.

Terluukanya hati ni.. Sebab 12 tahun perkahwinan dengan suami, saya kira saya la menantu yang paling disayangi keluarga suami. Tapi bila bekas suami saya cvrang, takda siap pun yang fight untuk pertahankan saya.

Sebab tu saya nekad, jika satu masa nanti anak lelaki saya memilih untuk menduakan isterinya, saya akan fight dan pertahankan menantu saya..

Andai ada buruk di pihak menantu saya, saya harap saya mampu buat sesuatu yang terbaik supaya anak2 lelaki saya tidak menduakan menantu2 saya dan mereka bole hidup harmoni. Perit tahu tak bila orang yang kita sayang menduakan kita.

Rin Hanis, Tak faham…apesal la some of woman out there sangap sangat nak berlaki dengan suami orang? Tak sedaq ka tu suami orang, and your choice to get married or so called takdir Allah yg merupakan pilihan sendiri tu menghncurkan hati seorg perempuan yg lain?

Takde la tuju kat confessor, just general je….konon nak kejaq bahagia sendiri lah ni…pape jelah…ko ingat ada ke perempuan nak jd bestriend dengan org yg satu ketika dulu gdik nak rmpas suami dia…or so called org ketiga…berangan jelah.

Anis Khalid, Tabahnya isteri pertama. Beliau membenarkan Kamu berkahwin mungkin sudah give up dgn desakan Kamu Dan suami yg nak sgt bernikah. Dan dari penceritaan Kamu mmg nampak usaha dan kegigihan kamu nak kawin dgn laki dia. Dan dia menerima anak2 Kamu kerana mereka tidak bersalah.

Jika saya di situasi beliau (isteri pertama) saya juga Akan melakukan itu semua. Ur business is ur business, jgn masuk cmpur business aiii. Apa pun saya perlu puji ketabahan Hati isteri pertama. Akk. Kalau akk baca ni saya fan no satu akk.

Mak Teh Ina, Ingat dia takde perasaan ke..hati dia hncur luluh tau x…hncur berkeping2…kau apa tau…kau ingat 11 taun boleh lupa mcm tu jek…no 2 mmg takde rasa bersalah..rasa bangga lagi ada…

walau poligami tu halal buatlah ikut sunnah bukan ikut nafsu…barulah boleh berlaku adil…takde sapa yg nak menentang takdir Allah tapi dia manusia dia bukan malaikat…