Foto sekadar hiasan. Nama aku Dania. Aku berusia 30 tahun. Usia perkahwinan aku dah masuk setahun dan kami masih belum dikurniakan zuriat. Suami aku berusia 33 tahun. Orangnya sangat penyabar, kelakar, handsome dan boleh katakan sempurna dimata aku.
Aku dapat keluarga mertua yang baik. Tapi dalam kebaikan dorang ada kekurangan yang buatkan aku kecil hati. Dalam ahli keluarga aku, aku dan kakak aku masih belum diberikan rezeki zuriat.
Side suami semua adik beradik dia dah kahwin dan mempunyai ramai anak. Jadi, dorang beranggapan aku lah punca masih belum ada anak.
Setiap kali balik kampung (rumah suami) mak mertua aku mesti tanya samada aku dah datang bulan atau belum.
Kalau nak kalis persoalan dia tanya aku boleh solat atau tak. Setiap topik bercerita mesti pasal anak. Anak orang sebelah baru kahwin dah mengandung. Anak makcik yang duduk Benut baru kahwin sebulan dah mengandung dsb.
Bila dah setahun kahwin pun masih belum dapat anak mak mertua aku dah gelisah. Suruh aku berubat kampung. Nak belikan aku madu turkey untuk mengandung.
Carikan aku tukang urut. Tiba-tiba booking suruh berurut. Macam-macam cara disuruhnya aku buat. Aku hargai usaha mak mertua aku untuk aku dapatkan anak. Tapi aku tak selesa dengan cara dia.
Untuk pengetahuan, dari usia perkahwinan aku 6 bulan aku dah buat check up. Dari scan yang aku buat, aku tak ada masalah untuk mengandung. Even size telur aku normal.
Aku juga pernah mengandung tapi keguguran masa usia kehamilan 5minggu. Dari checkup yang aku buat, aku boleh katakan aku tak ada apa-apa masalah untuk mengandung.
Aku faham. Usaha yang mak mertua aku buat adalah antara salah satu cara untuk ikhtiar hamil memandangkan aku tak ada apa-apa masalah kesihatan untuk mengandung.
Tapi kalau dah setiap minggu tanya samada aku dah datang bulan atau belum, tanya aku dah mengandung atau belum. Buat aku rasa tawar hati nak jumpa dengan dia.
Kadang-kadang, mulut laser kakak ipar aku pun buat aku kecil hati. Dia kata aku mandul. Tapi kadang-kadang backup cakap dengan mak mertua aku minta suami aku pergi berurut juga bukan suruh aku saja pergi ikhtiar.
Kadang-kadang sampai anak buah laki aku tanya kenapa mak ngah takda anak lagi. Untuk pengetahuan, kakak ipar aku tinggal dengan mak mertua aku. Ni antara punca utama kenapa aku taknak balik kampung sebelah suami.
Tapi aku bersyukur. Aku mempunyai suami yang tak pernah mendesak untuk hamil. Suami yang sama-sama berusaha untuk dapatkan cahaya mata. Yang memujuk aku setiap kali aku sedih tengok upt test. Haha.
Buat masa sekarang, aku dan suami tidak fokuskan untuk ni.
Mana yang kami mampu buat, kami buat. Kami berserah dan kami redha.
Kepada sesiapa yang ada ahli keluarga, atau kawan-kawan yang dah kahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat saya minta untuk beri sokongan. Percaya rezeki zuriat ni bukan ditangan kita. Ini ketentuan Allah.
Kalau tak ada kata-kata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata. Aku doakan kepada semua yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, semoga Allah perkenankan doa kita untuk menimang cahaya mata.
Fiza. Kalau lambat mgandung bkn masalah prm sahaja kan. Dah terbiasa budaya sekarang kalau lambat menganduang atau terlekat terus nak salahkan perempuan je
Zahira. Baru setahun kawen .. Ada org berbelas tahun kawen pun tkde anak .. Rezeki ni Allah beri mcm2 .. Bukan anak jee , sihat tubuh badan pun kira rezeki … Kisah tt ni sama dgn kisah org terdekat sy ..
Kawen 10tahun , blm ada anak . mertua asyik2 perli .. Katanyaa yg perempuan mandul ..
Bila pergi cek kt hspital , rupanyaa lelaki yg mandul .. Untuk mertua2 yg suka perli2 ni , cek laa dulu anak lelaki korang .. Ingt lelaki tkboleh mandul ke ? ..
Maya. luahkan pd suami yg sis x selesa asyik ditanya pasal period tiap2 minggu. mntk suami slow talk ngan maknya. ini utk kebaikan hubungan sis dan mertua juga. bgtau klu dha preggy nanti akan inform mertua cepat2. x perlu tanya2 dah
Vani. Talk to your husband personally yang awak tak comfort with your in law. And he should advise his mom between relationship you and your in law. Chill la baru 1 year kahwin. Umpama mempertikai kan kerja Tuhan . Suami kena ada function my dear. Standup for yourself ok sis