Mak mertua dan kak ipar merayu minta suami xpindah sbb suka aku jd bbik kt rumah mereka

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Kenalkan aku Nazirah, berusia 33 tahun. Sudah berkahwin tiga tahun yang lalu dan masih belum ada anak. Aku dengan suami tiada masalah. Kami pernah duduk di rumah Mentua selama 5 bulan sementara kumpul duit untuk duduk sendiri. Dalam tempoh tersebut, aku ibarat “bibik” di situ.

Sampai nak basuh tangan pun kena sediakan besen kecil untuk membasuh tangan. Tolong memasak apatah lagi. Mentua ada tiga anak perempuan. Kakak ipar, dua adik ipar perempuan serta dua lagi ipar lelaki. Suami anak nombor 2.

Pernah satu ketika bila aku dan suami pulang ke kampung aku. Bertalu-talu panggilan telefon dari Mak mentua. Dia sampai bagi amaran jangan lama dan terus balik.

Suami cakap, “Kami tiga hari kat sini. Kami tidur sini. . “Terus Mak mentua mengmuk dalam telefon. Suami cepat-cepat mtikan talian.

Tengah malam masa tidur di rumah keluarga aku, Kakak ipar telefon. Berkeras dia suruh balik. Tp kami tidak melayan. Selepas tiga hari, kami pulang.

Tp bila kami balik, seolah kami berdua tidak wujud. Paling saakit, suatu hari ada saudara Mak mentua datang menyembang.

Kebetulan aku di dapur buat kerja. Saudara nie tanyalah pada Mak mentua yang saya nie dah berisi (mengandung) ke belum.

Mak mentua selamba jawab, “Belum. Aku takut nie jer. Takut si Nazirah tue yang mandul..” Aku terkejut sangat. Begitu sekali jawapan Mak mentua aku.

Yang saudara tue macam serba-salah bila dengar jawapan macam tue.

Aku ceritakan hal itu pada suami. Aku siap offer kalau tidak percaya boleh jumpa dengan saudara Mak mentua sebab dia duduk tak jauh pun dari rumah. Suami menarik nafas berat lalu memujuk aku.

Dan keesokannya, suami direct bertanya pada Mak mentua. Tet4pi Mak mentua berpura-pura.

Kakak ipar marah pada aku sebab konon nak burukkan Mak mentua. Tak mahu gduh panjang, suami pun berkata,

“Baiklah, kalau macam inilah jadinya, saya dengan isteri akan pindah dari rumah nie.” Terbelalak mata Mak mentua bila dengar. Kakak ipar cuma merenung tajam.

Tiba masanya kami nak berpindah, Kakak ipar beriya pujuk supaya kami jangan pindah sebab alasan tiada siapa nak uruskan rumah.

Selamba suami jawab, “Apa guna ada anak perempuan tiga orang semua jadi OKU. Aku kahwin dengan dia (aku) bukan untuk jadikan bibik dalam keluarga nie. Semua melampau perangai” Cukup marah suami aku masa itu. Semua yang ada di situ diam membisu.

Sejak pindah, kurang sikit tekanan tet4pi setiap minggu, Kakak ipar dan Mak mentua akan datang ke rumah. WAJIB ada makanan ya. Kalau tidak, tujuh keturunan tak habis ungkit.

Makan pulak taknak kaleng-kaleng. Pernah belikan murtabak dengan apam balik, kira itu makanan sedap dah. Tp Kakak ipar selamba kata, “Kami tak makan benda-benda lagu nie. Macam pizza-pizza kami makan. Amboi Mak…

M4tilahnak…

Ada jugak Mak mentua complain rumah kami panas. Dan suruh kami pasang aircond. Sebab di rumah Mak mentua, dibiliknya dipasang aircond.

Suami cakap, “Tengoklah, ada rezeki kami pasang. Mak pun tahu kan pasang aircond nie bil tinggi. Kat rumah Mak tue Mak tak rasa sebab anak-anak Mak yang bayarkan bil kongsi-kongsi kan. “Mak mentua cuma menjeling jer.

Sekarang nie apa-apa atau kemana-mana kami berdua tak bagitahu. Beli apapun diam-diam saja. Sebab dah terkena.

Dicanangnya suami lebihkan isteri dari keluarga sendiri pada saudara-mara sampaikan ada yang telefon suami tanya betul ke tidak cerita tue. Aduhai…

Pernah suatu hari, Kakak ipar dengan Mak mentua datang rumah. Kebetulan, Mak dan Ayah saya baru menghadiahkan kami sebuah TV LCD besar.

Kakak ipar terus cakap, “Besar TV. Mesti banyak duit Azan (nama suami).Kau ke yang minta beli TV nie?” Tanya Kakak ipar dengan nada perli.

Mak mentua menyambung, “Membazir beli TV besar-besar. Tak kesian ke suami tue. “Aku tersenyum seraya berkata,

“Sebab kesian dengan anak Mak tuelah, Mak dengan Ayah saya hadiahkan TV nie pada kami. Punya sayanglah Mak Ayah saya tue kat menantunya, deposit rumah nie Ayah saya bayar dengan kelengkapan rumah nie Mak Ayah saya belikan. Sesen pun duit Azan tak keluar.”

Tercengang mereka berdua. Mereka tak tahu cerita.

Saja tak nak cerita tet4pi bila dah macam nie, aku terpaksa cerita. Bila macam tue, terdiam mereka berdua.

Sejak itu, mereka dah kurang datang rumah. Ada datang tp tak sekerap dahulu. Kakak ipar pun dah kurang mulut lancang or nak memerli kami lagi. Legalah sikit hati kami. Kalau tidak, ada saj4lah bendanya. Ada saja yang tak puas hati.

Takpelah, kami pun ikhlas dengan apa yang jadi. Salah satu ragam dan dugaan dalam rumahtangga.

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ni.

Peah. Betullah memang kena bagi sedas dua. Biar dia tahu perkara sebenar. Ini selalunya si isteri kena jaga aib suami.

Aib apanya yg nak dijaga sampai bini kena fitnah perabih duit suami. Kalau perabih pun apa salahnya memang tanggungjawab si suami membahagiakan isteri.

Dah kalau suami mampu, tak de masalah pun. Yg jadi masalah bila pihak lain menyibuk nak juga apa yg si isteri dapat, ditambah pula ada batu aapi yg menghasut.

Indra. I suka suami conf. jenis adil dan ada tulang belakang. Pertahankan isteri. Bersuara. Ajak pindah. Tak sangka ada sejenis orang macam ni. I mean, wpun mcm tu..

suami membesar dalam bentuk lain yg contra sgt. So, tahniah kepada suami. Di masa depan, kita tak tahu drama apa yg akan tiba2 muncul. Bersiaplah. Dan bersabarlah.

Ily. Ha sedap kena. Mostly orang ingat bini dok perabis duit lakilah tu. Hang tak tahu yang bini tu dok guna duit sendiri.. Takkan bini nak canang satu dunia dia guna duit sendiri atau belah family dia bagi..

Sekali dah kena, baru tau.. Buku bertemu ruas.. Orang macamni memang takleh kita buat diam. Ada hari kena bagi sedas. Dia ingat kita hehehe huhuhuu boleh kena pijak? Eh sis pulak teroverrr

Nazira. Sedih aku baca Bab menantu kena buuli dengan mentua. Sebab alhamdulillah aku dapat mentua baik sangat. 10 tahun kahwin rasa macam mak abah sendiri. Aku lambat bangun Hari sabtu (tidur balik lepas subuh) mak mentua aku tak kisah pun.

Siap cakap “biasalah kalau kita kerja ni, penat. Sabtu ahad nak bangun lambat sikit”.

Aku nak masak tak nak masak, makan luar, beli lauk kat luar, pi jalan mana, nak kemas rumah, tak nak kemas, nak tolong tak nak tolong mak mentua aku tak kisah pun.

Kalau aku buat dia hargai, tak buat dia tak mengata. Tak pernah cakap buruk pasal menantu. Terbaik mak mertua aku. Hanya satu dalam dunia.

Zuraine.  Sepatutnya mmg kena bagitahu duit sapa yg keluar beli itu beli ini kalau tidak, asyiklah depa ingat duit anak lelaki depa jer yg keluar kononnya…

padahal mak pak belah isteri yg banyak berhabis kat menantu lelaki supaya anak perempuan mereka hidup selesa…yg belah suami pulak asyiklah meroyan, jgn nak habiskn duit suami tu…