Aku masih dara tp disahkan hamil, demi maruah aku dipaksa nikah dgn sepupu

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum Admin. Maafkan sy, sy gunakan fke akaun untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yg berumur awal 20an. Sy baru saja menamatkan pengajian ijazah. Sy tak tau nak start cerita ni dari mana. November 2016 adalah detik paling pahit bagi sy. Sy tak datang priod selama 2bulan, lepas buat medical checkup disebuah hspital swasta, sy disahkan pregnant 5minggu.

Masa tu, sy terkejut sampai nak pitam.Sy tak pernah terlanjur dgn sapa2, bahkan saya takda teman lelaki pun. Sy sngt menjaga ikhtilat sy.Keluarga sy start marah dan benci dengan sy.

Sy dianggap sbgai anak yg memalukn keluarga. Keluarga sy agak ternama, sebab ayah sy bisnesman. Demi menjaga nama baik keluarga, sy telah dipaksa berkahwin dgn sepupu sy.

Sepupu sy setuju nak bantu keluarga kami. Kami nikah pada januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan bercer4i pada September 2017 bila sy dah bersalin dan habis pantang.

Selepas berkahwin, sy ikut menetap dengan suami di KL. Suami sy seorang deliver domino Pizza. Pada awal perkahwinan sy amat tertekan. Sampai demam selama seminggu.

Tapi suami sy sngt prihatin dgn sy, dia menjaga sy dgn baik, even masa sy demam dia lah yg mandikan sy, lap badan sy, masakkan bubur untuk sy. Namun sy bersyukur dia seorang yg sngt menjaga solat.

Tapi ketika nya sy malu juga bila sepupu yg agak rapat dari kecil sekarang dia dah nampak semua aurat sy ketika dia mandikan sy. Dia kata kat sy, jngn fikir bukan2, anggap jer mcm seorang abang jaga seorang adik.

Sy selalu menangis kat dia, dan cakap kat dia yg sy tak mengandung pun, sy tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yg dia percayakan kata2 sy. Dia selalu bagi sy kata2 semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing2. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala sy masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil sy, tapi kami tak pernah melakukan hubungan kelamin.

Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap sy.
Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pas4ngan yg awkward. Yelah, sepupu yg selalu mengusik sy masa zaman sekolah, kini dah jadi suami sy.

Dulu dia seorang yg periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang.

sy tak bekerja, hanya suami jer bekerja. Sy pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah sewa. Sebulan rm500, tapi yg buat sy terharu , suami sy tetap bagi sy rm500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dgn baki rm700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor , bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterus nya.

Keluarga belah sy langsung tak ambil peduli pasal sy, hanya kakak sy jer yg selalu melawat sy kat rumah.Bulan april yg lalu, satu perkara telah berlaku. Sy tak tahu samaada sy nak gembira ataupun sedih.

Pada satu pagi perut sy s4kit sngt, drah mengalir dari alat sul1t sy dgn kuantiti drah yg banyak. Sy ingatkan period. Masa tu s4kit bercampur gembira, sy fikir sy tak pregnant, sy ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni dihspital kerajaan.

Rupa nya, ada ketumbuhan di rahim sy, doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid sy terbantut pda hujung tahun lepas. Doktor suruh sy jalani operation untuk buang ketumbuhan tersebut.

Suami pun bersetuju. Segala kos operation, suami sy tanggung dgn duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas operation, dia ambil cuti selama 2minggu untuk jaga sy dalam pantang.

Saya mula jatuh cinta dgn sikap prihatin dan penyayang dia terhadap sy. Tapi sy tak bagitau. Sy malu kalau sy bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari operation, keluarga sy dtg jumpa suami sy.

Ayah sy mintak supaya kami bercer4i lebih awal. Sy disuruh sambung sijil master. Sy geram dgn tindakan selfish ayah. Tapi suami sy seakan menurut saja permintaan pakcik dia.

Bulan puasa yg lepas, dia naik pejabat agama untuk urusan dokumen pencer4ian. Sy sedih. Sy dah terlanjur sayangkan suami sy.

Raya baru ni sy ada bertanya pada dia.
“Abang betul ke nak bercer4i dgn sy”
Dia hanya gelak.
“Betul la, kan haritu perjanjian nya mcmtu.”
Walaupun dia ketawa, tapi sy tau yg dia jugak sedih nak bercer4i dgn sy.

Mungkin ego lelaki yg membuatkan dia susah nak cakap yg dia jugak sayangkan sy, atau mungkin dia taknak bergaduh dgn ayah sy. Lepas Dengar dia cakap macamtu. Sy tak jadi nak luahkan perasaan sy pada dia.

Hujung bulan ni, kami akan naik kemahkamah untuk lafaz talak.
Sy sedih sngt. Sy tak bercer4i dengan dia. Sy sayang suami sy sngat2. Sy rasa sy takkan jumpa dah lelaki yg baik mcm sepupu sy ni.

Masa takda orang nak percaya dgn sy, dia jer lah yg selalu bimbing dan percaya dgn apa yg sy cakap dulu.
Sy mohon sngt pendapat kakak2 , apa yg sy perlu buat untuk selamatkan perkahwinan sy ni.

Perlu ke sy bagitau cepat perasaan sy pada dia. Mohon semua doakan yg terbaik untuk sy dan suami.cerita selepas luahan ini, Suami terbaca.

PERKONGSIAN KISAH KE 2 WANITA INI. Assalamualaikum adminnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
sy confessor yg tulis semalam pasal nak bercer4i dengan sepupu sy hujung bulan ni. Sebelum tu, sy nak cakap terima kasih bnyak2 pada akak-akak yang bagi komen membina pada sy.

Sy ade terbaca jugak komen2 yg kata sy ni menipu lah, bajet2 maryam nabi isa lah. Sy tak pernah pun cakap sy ni semulia ibu nabi. Dan ade jugak yg ckap, sy mereka cerita, jujur sy cakap sikit pun sy tak ambil hati dgn komen begitu.

Apa yang boleh sy buat. Sy doakan anda dan ahli keluarga tak terkena pnyakit begitu. Sy rsa serbasalah sbb post sy ramai yg bertengkar. Ade jugak komen yg cakap suami sy lurus dan pendidikan rendah lah.

Sbenarnya, suami sy abis belajar dulu. Dia 2tahun tua dari sy. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun tinggi dari sy. Cuma dia suka buat kerja yg tak duduk dalam ofis.

Thats why dia kerja deliver.
Terima kasih kepada kak Cahaya Iman Haykal. Komen akak yg paling awal bagi dorongan pada sy semalam. tak lupa jugak pada akak2 yg lain. Terima kasih sekali lagi.

masa sy taip confess petang semalam, sy masih duduk kat umah parent sejak dari hari raya lagi. Jadi dah lebih kurang 3 minggu sy tak duduk dgn suami. Lepas abis cuti raya dia balik kl terus masuk kerja.

Sbenarnya, lepas akak2 komen suruh sy luah pada sepupu sy tu. Sy tak ikut pun ckap akak2 semua. Sy rase biarlah apa nak jadi pun jadi lah.Tapi sy tak sngka malam tadi, sy dapat wassap dari dia.

“Ap perasaan dapat banyak likes? Seronok ke buat macamtu?
Sy tetiba risau kalau2 dia baca post tu. sy tukar topik tanya dia dah ke makan belum.
Dia reply,
“kemas kain baju, esok pagi sy dtg ambil. Duk rumah orang lama-lama. Macam takde rumah sendiri pulak”.

Sy jadi geram pulak dia msj mcmtu. Sy kemas semua pakaian. Time nak tidor tu, sy asyik terkenangkan kalau esok pagi dia marah2 sy psal post tu. Walaupun dia bukan jenis baran tapi sy pernah tgok dia pkul adik dia psal adik dia merokok kat asrama itupun 5tahun lepas.

Pagi tadi dia sampai, naik kereta saga dia tu. Terkejut jugak. Biasanya dia takpernah bawak kereta kalau jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer.

Lepas salam2 dengan family, kami terus balik, dia taknak stay lama2 kat rumah ayah sy. Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap2 ape. Sy pun tak berani nak tegur mcm2.

First time tgok dia serius. Biasanya blur dan cool jer. Sampai kat rumah, sy tanya lah, kenapa ambil cuti hari ni. Sy boleh naik bas balik kl. Dia diam jugak. Dari petang bawak ke isyak dia masih senyap.

Sy pun tak berani laa nak tanya banyak kali. Tengah nak lelapkan mata tadi. dia wassap sy mcm dalam gambar kat bwah ni. Sy rasa malam ni , sy lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi.

Terima kasih sngt pada sis2 yang doakan kami. Semoga Allah jer yg dapat balas semua jasabaik sis2 semua. Harap2 dia tak baca post sy yg ni. Mesti dia marah lagi. Btw, terima kasih sekali sis2 semua. Rasa lapang jer dada skrang ni.

Perkongsian ini telah mendapat sambutan hangat di ruangan media sosial selepas perkongsian berita gembira menyatuan cinta mereka berdua di laman sosial. Ini antara respon warga net.

Hafizul : Alhamdulillah, moga pengakhiran kisah yg baik. Di balik ujian akak dgn peny4kit dn hinaan, Allah hadirkan insan yg menyayanyi akak. Kasih manusia dah buat kita menangis, bayangkan jika kita lihat kasih Allah dgn mata hati. Semoga berkekalan akak.

Rajihah : Taknak komen psl cerita romantik apa sume. Betul atau rekaan ke sy pun x thu.. tp ramai yg x faham dan kondem psl pregnant tu.. kan dia dh ckp lps kawin tu dia ada ketumbuhan dlm rahim. sbnrnya sbb ketumbuhan tu la pd awlnya doctor diagnose die pregnant, tp sbnrnya x pregnant pun…

Dia x pregnant, just slh diagnosis. kalau untuk pnyakit berkaitan mcm tu, atau kena cyst, normal kalau doc slh diagnose sbb simptom dia sama ke mcm mna entah… sy pun x bljar medic x thu sgt. tp kalau cerita ni btul, benda tu logik. slh diagnosis bkn mmg pregnant tnpa sentuhan ya.

Hijrah : Hahaha… Aku plak yg tersengih sensorang… Sesungguhnya Allah telah menetapkan perjalanan setiap hambanya dengan baik. Namun ada kalanya kita yang memilih untuk melencong skit dri landasan. Allah sentiasa membimbing kita slgi mana kita tidak lalai mengingati-NYA… Smoga Allah memanjangkan jdoh kalian hingga ke syurga.

Nurul Husna : Nmpk mcm sweet.. tp mmg sweet.. dia layak bahagia.. rasanya dia je yg tau mcm mana pahit nye nak telan tohmahan yg dia mengandung masa belum berkahwin.. mesti sgt perit.. pandangan keluarga, saudara, org kampung.. semoga kekal bahagia till jannah

Fernaliza : Ni klu ade produser drama bca ni mau jd drama episod..
Anyway smoga jd psgn suami isteri yg bhgia n saling melengkapi utk sis..dan jugak kita semua

Ainas : Kesian dia,disahkan mengandung padahal dia seorang yang menjaga maruah diri,plot cerita memang boleh dinovelkan semoga kekal bahagia beliau dan suami beliau bersama ank2 yg comel

Chan : Allahu. Ingat lagi confession ni. Alhamdulillah. Pelik jugak rasa pernah baca confession awal tu, rupanya ada sambungan. Kita plak tumpang happy sekali.