Gambar sekadar hiasan. Perkahwinan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh orang bujang. Mereka nak berbahagia bersama pasngan masing2. Sebelum melangsungkan perkahwinan kita mestilah perlu mendaftar perkahwinan itu dulu di pejabat agama. Borang hendaklah ditulis lengkap beserta dengan sijil-sijil sekali. Kisah kali ini menceritakan seorang gadis yg mahu mendaftarkan perkahwinan. Apabila menerima sijil kahwin dari ibu bapa gadis itu tergamam dan tidak dpt terima kenyataan. Ikuti kisah di bawah.
Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sekiranya kisah ini disiarkan. Terima kasih in advance untuk komen komen dan pendapat yang akan diberi nanti bila confession ini dikeluarkan. Semoga semuanya kata kata yang positive. First of all aku perkenalkan diri aku, seorang gadis yang berusia 20-an. Anak kedua dari 5 beradik dan aku mempunyai sebuah keluarga yang boleh dikatakan sempurna dari segi kewangan, kasih sayang, semuanya hampir sempurna.
Ayahku seorang pengusaha perniagaan dan ibu seorang suri rumah. Kisahnya, kakak sulung aku bakal berkahwin Oktober depan dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Dipendekkan cerita, baru baru ni ayah telah memberikan kakak sijil kahwin dia dan ibu untuk kakak uruskan pendaftaran pernikahnya nanti.
Dan pada waktu itu, ayah katakan pada kakak dia minta maaf andainya dia tak dapat jadi wali untuk kakak kerana tu silap dia dan ibu masa muda dulu.
Kakak kebingungan, tak terfikir langsung maksud ayah. Setelah dilihat pada tarikh perkahwinan mereka baru dia mengerti maksud ayah. Ibu dan ayah berkahwin ketika kakak sudah di dalam rahim ibu.
Aku bekerja di Melaka sementara keluarga aku menetap di Selangor. Kakak masih tinggal dengan keluarga.
Selepas saja kakak faham status dirinya, terus dia call aku dan menangis minta aku balik ke Selangor tanpa menjelaskan apa apa padaku. Aku sangat rapat dengan kakak. Keesokannya selepas menerima panggilan kakak aku pun terus pulang ke rumah keluargaku.
Sampai saja di rumah aku lihat ibu dan ayah air muka mereka seperti kurang gembira. Aku masuk ke bilik kakak, aku lihat kakak, bengkak mukanya. Terlalu banyak menangis. Dia ceritakan segalanya pada aku. Dia tunjukkan aku sijil kahwin ibu dan ayah.
Reaksi aku, speachless. Yaa aku speachless. Aku tak tahu apa nak dicakap. Aku diam. Pahit untuk ditelan. Hal ini dirahsiakan dari adik adik yang lain. Kakak cuma berkongsi dengan aku oleh kerana adik adik yang lain mungkin masih belum layak untuk faham keadaan ni.
Yang menjadi persoalannya dalam diri aku, seandainya dulu ibu dan ayah menikah ketika kakak masih dalam perut ibu, adakah perkahwinan itu sah?, apakah status diriku dan adik adik yang lain andainya ibu dan ayah tidak menikah sekali lagi selepas kakak dilahirkan?
Bukankah anak di luar pernikahan itu akan terbatal air wudhunya dengan bapa kandungnya walau ayahnya sudah berkahwin dengan si ibu sekalipun. Bagaimana sebelum ini kakak selalu bersalam dan menc1um ayah?
Aku benci, benci kenyataan itu. Aku terlalu sayang pada kakak, sedih hati aku tengok kakak menangis. Sepanjang aku dirumah, kakak tidak keluar bilik, tidak makan, hanya berkurung di dalam bilik dan menangis terus.
Aku pula, aku tidak menangis depan kakak. Tetapi aku juga menangis sehingga ke hari ini memikirkan bila nanti aku pula yang akan bernikah dan ayah tidak dapat mewalikan aku dan nasib adik perempuan aku yang seorang lagi.
Aku tak nak kakak tahu bahawa aku pun sedih dengan kenyataan itu. Terlalu skit dengan kebohongan yang kononnya dapat disimpan.
Dan masih ada kah lelaki dan bakal keluarga mentua yang dapat menerima status anak diluar pernikahan. Semua ini menyakitkan.
Aku dengan secara perlahan mula membenci ibu dan ayah. Semakin kurang rasa hormat aku pada ibu dan ayah. Semakin hari aku semakin dingin dengan ibu ayah, whatsapp mereka aku tidak reply, call dari mereka juga aku biarkan sepi tanpa dijawab.
Selama ini ibu dan ayah yang aku hormat, yang aku kasih dan cinta telah menutup satu hakikat yang akhirnya menjadi kebencian buat diri aku. Aku benci takdir ini. Aku benci ibu dan ayah.
Kadang kadang aku terfikir untuk tidak kembali lagi ke rumah keluargaku. Kadang kadang aku rasa nak lari jauh dari mereka. Terluukanya hati aku, lebih terluuka dari ditinggal kek4sih, lebih terluuka dari apa pun.
Aku tak tahu kenapa semua ini baru tersingkap sekarang. Hal seperti ini hanya diketahui bila sudah besar macam ni dan ketika waktu kakak sudah nak bernikah. Malam malam aku hanya tidur dengan air mata.
Setiap kali solat aku cuma minta Allah berikan ketabahan untuk kakak, dan minta diberikan petunjuk untuk kami terima semua kenyataan ini dengan ikhlas.
Terima kasih kerana sudi membaca dan semua kata kata yang baik. Doakan semoga kami kuat untuk menerima semua ini dan doakan supaya masih ada bahagia buat kami.
Warganet turut terkesan dengan kisah ini dan mereka banyak bagi nasihat dan pandangan untuk masalh ini. Antara komen mereka.
Surianun Hasan, Jaga Adab dgn ibubapa dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kalau pemikiran masih tak matang mcm ni mcmana nk lalui hidup berumahtangga yg lbh bnyk cabaran. Kalau pun kakak awk tu tak sah Taraf, ayah dh Kawin dgn mak Dan jd suami mak, semua ank2 tu jd ank ayah la, x batal wudu’ la. Mcm ank tiri, ank susuan..
Cuma x boleh jd wali. Rujuk pd org alim ulama Hal hukum ni bukan buat confession. Betul lah manusia ni kan.. Satu kesilapan yg org lain buat akan menutup segala kebaikan yg pernah dilakukan. Dari awk dlm kandungan sampai dh besar ni tak tahu dh bnyk mana pengorbanan ayah n ibu.
Farah Ann, Over jugak reaction awak adik-beradik. Yaa , kami Tak berada di tempat awak adik-beradik. TAPI, dah sekian lama awak baca IIUM Confession ni, Takkan Tak dapat satu pun pengajaran? Atau sekurang-kurangnya bersyukur dengan apa yang keluarga awak Ada? BTW, kalau bakal suami awak Tak terima kakak awak sebab Hal ini, maka dia Tak layak untuk kakak awak.
Nur Aqilah, Saya ada kenalan sebiji cerita macam ni. Tapi alhamdulillah beliau dah selamat berkahwin & mempunyai anak sendiri. Saat beliau mengadu pada saya, memang speechless. Beliau ni hati kental, jarang menangis. Tapi masa jumpa saya memang beliau menangis agak teruk la juga. Hinggakan beliau terfikir mahu membatalkan majlis kerana risaukan bakal mertua, bakal suami tak dapat menerima diri dia seadanya.
Sebagai seseorang yang turut mengenali ibu ayahnya, saya bertanya, pada pendapat beliau, ada kekurangan mana-mana dalam layanan ibu ayah pada beliau? Tidak, katanya. Sama rata, kadangkala beliau rasa lebih disayangi (mungkin kerana beliau sulung).
Dipendekkan cerita, saya nasihat, jujur dengan bakal suami, tetapi rahsiakanlah dari pengetahuan orang lain. Doa supaya bakal suami terima seadanya. Tentang ibu bapanya, maafkanlah, kerana itu silap mereka semasa muda. Kalau mereka benci, takkan mereka jaga dengan baik, tatang walaupun anak tersebut anak luar nikah.
Mungkin juga mereka rasa bersalah setiap hari memikirkan tentang ini, tapi tak terluah dek kerana risaukan pandangan anak tu sendiri. Siapa kita nak menghakimi silap mereka?
Buat tt, tugas awak bukan untuk memburukkan lagi keadaan. Cubalah cari solusi. Awak kata awak sayang kakak awak, jadi tugas awak untuk sokong dia pada waktu begini. Tolak tepi perasaan awak tu. Lagi pula jangan banyak fikir melalut sangat, rujuklah bab agama pada yang pakar, ok? Saya doakan kakak awak dipermudahkan urusannya…
Bunga sakura, Adik, pernikahan ibu ayah itu sah. Xdk masalahnya dgn anak2 yg lahir slps itu. Tp ayah dh buat tindakan yg betul dgn berterus terang hakikat sebenar dia x bleh jd wali kpd kakak. Adik mgkin x tau betapa berat dia nk bongkarkan segala yg dh dirahsiakan demi perkahwinan kakak.
Jgn kita lihat permulaan sst tp lihat pengakhirannya. Mana tau ibu ayah dh bertaubat dan mayb Allah oun dh terima taubat mrk. Kita sbg manusia x layak langsung nak menghakimi manusia dik tambahan lg mrk adalah mak ayah adik sndri. Jd doakan agar kakak kuat, keluarga bakal mertuanya ok dan doa agar semua dpt diselesaikan dgn mudah.
Norlaila, Berdosa dik buat ibu bapa can tu,tu dosa lama depa….depa dah taubat,depa dah buktikan dgn pengorbanan menjaga semua anak anak dgn baik,adik jgn buat dosa baru,dosa derhaka dgn ibu bapa…tu dosa besar dik…nasihat kakak tu,tenangkan dia….ini takdir yg kita kena terima.
Tak boleh pusing balik maka org beriman akan berdamai dgn takdir buat yg terbaik,bersegera jumpa ibu bapa tu mohon ampun dik….jumpa segera…u tak boleh tangguh dah…..ajak kakak sekali….takdir ni berlaku dgn izin Allah juga…jgn jadi penghukum..
Azie Azem, Semua org buat salah dik, maafkanlah ibu bapa awak, dia org dah jaga korang semua dgn baik, apa yg berlaku biarlah jadi sejarah, jgn diungkit, sepatutnya ko jgn buang rasa hormat pd ibu ayah, at least, ayah ko bertanggungjwb dan tunaikan tjwb dia, ada yg lain bukan anak luar nikah,
kawin gilang gemilang tapi bapak jahat dan tk bertggjwb, yg anak luar nikah cuma kakak ko je, ko kan pompuan, kalau mak ayah nikah sebelum dia lahir, ibu pulak dah susukan, kan dah jadi anak susuan, brg yg lepas jgk dikenang, belajar memaafkan dan belajar redha, pasti ada hikmah disebalik semua ni
Nurul Aishah, Nikah sah la..status kakak jek yg mungkin kena guna wali Hakim..Sory la dik melampau plak kau benci ibu ayah kau..diorg dh insaf dh Jaga keluarga dgn baik dh…kat berita Tu berapa bnyk bayi Malang yg kena campak la kena buang la sbb ibu xnk Jaga anak luar nikah sbb diorg dh taubat dh insaf diorg kahwin Jaga semua anak2 dgn elok klu diorg xmaw lahir2 dh picit hidung bagi ati dh.
Ingat senang k nk Jaga anak2..ingt dik kt shoppe Lazada xde jual mak ayah tau..Allah bagi pinjam sekali jek..tapi terpulang la Kita blh bgi nasihat jek…
Azira Azman, Salah ni dik. Ye mak ayah awk ada kesilapan dia, tp pandang dr yg positive nya, mereka bertanggungjawab dgn kesilapan mereka. Mereka tdk buang kakak awk ketika dlm kandungan. Itu dosa antara mereka dgn Allah, dgn kalian tiada dosa mereka, mereka selayakmya dihormati sebagai ibu bapa kerana tiada yg kurang pun diberikan utk membesarkan kalian.
Soal nikah pula boleh rujuk pd yg arif. Dan rasanya dh acap kali soal ni dibahaskan. Kita malaysia ikut mazhab syafie, hukumnya sah pernikahan walaupun dah ada benih di dlm rahim. Mazhab lain yg mengatakan tidak sah dan harus bernikah semula.
Jgn terburu2 membenci org tua kamu kerana kesilapan dia lama dulu sebelum kewujudan kamu. Pandang setiap kebaikan yg telah ditaburkan sepanjang kamu hidup ni dik.
Kamu terlalu pandang kesilapan lampau org tua kamu sedangkan mereka dah lama menyesali dan bertaubat dgn perbuatan mereka tu. Kamu tiada hak utk menghukum org tua kamu diatas dosa antara mereka dan tuhan.
Sumber – The heartless (Bukan nama sebenar) via IIUMC