“Anak ziina itu takde binti kat nama dia”. Aku terkjut. Time duk berdua dgn mak, aku tanya siapa aku sbnarnya

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin andai confession ini disiarkan. Aku di sini mencoretkan isi hati selepas membaca luahan Cik Heartless, tentang siapa aku yang sebenarnya. Confession ini mungkin agak sedikit panjang..Baik. Aku mulakan yaa. Aku baru saje membaca confession yang tajuknya “AKU BENCI HAKIKAT ITU” (klik link dibawah).

Aku masuk bilik akak, tgk mukanya bengkak. Dia tunjuk sijil nikah mak ayah, aku tergamam

Aku sedikit terkesan dengan luahan hati penulis yang terlalu menghukum kedua orang tuanya yang aku kira sudah insaf lantaran penulis juga menyatakan keluarganya cukup serba serbi, kewangan mahupun kasih sayang.

Untuk pengetahun Cik. Saya mengerti macam mana perasaan kakak awak sebab saya juga merupakan anak tidak sah taraf. Yaa. Aku anak di luar pernikahan..

Aku menulis di sini bukan untuk membuka aib sendiri mahupun mak ayah. Lagipun korang tak kenal aku kan..

Aku tahu macam mana skitnya hati bila kebenaran terbongkar kan. Aku tahu betapa hncurnya perasaan bila kita merasakan kita lain dari adik beradik lain. Kita hina..

Yaa. Aku merasakan dulu aku ni hina. Aku anak yang orang taknak. Aku lambang kepada dosa mak ayah. Tapi cukup aku katakan di sini. Kakak confessor sangat sangat bernasib baik jika dibandingkan dengan nasib aku.

Aku tak bermaksud membandingkan situasi kita. Namun aku harap kakak confessor dan confessor sendiri belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan bersabar dengan ujian yang diturunkan.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya. Aku mengetahui segala kebenaran ni dengan sendirinya. Tak ada siapa yang sudi ceritakan pada aku. Takde sape yang mahu membuka mulut menjelaskan siapa aku sebenarnya.

Dari zaman sekolah aku dah sedih dengan sijil lahir aku yang didaftarkan sebagai anak angkat. Aku selalu tanya mak, kenapa sijil aku anak angkat. Mak just cakap sebabnya dulu ayah aku tak pergi kursus kahwin, jadinya tak dapat sijil kawin.

Aku mase tu tak faham satu pun hanya mengiayakan. Korang bayangkan aku memang malu giler kalau terpaksa pergi ke kedai untuk photostat sijil lahir. Mesti tuan kedai tengok aku pelik je. Tapi aku just ignore.

Habis SPM, sekali lagi aku pelik dengan diri aku. Kenapa i/c aku lain dari orang. Aku perasan pun masa aku nak isi borang online SPA. Time tu kena letak nama dan nombor kad pengenalan. Aku isi macam biasa without refer pun pada ic.

Tapi sistem tu tulis ada kesilapan kat nama or ic aku. Bila aku tengok ic aku balik, baru aku perasan nama aku takde ‘binti’ kat belakang nama. Kawan kawan aku semuanya ada binti.

Tapi kenapa aku takde? Aku tanya mak. Mak cakap mungkin JPN silap tulis. Aku pun mengiayakan jela sebab aku taknak tanya macam macam. Tapi dalam diam aku tetap fikir hal tu.

Aku jenis suka membaca. Banyak artikel artikel aku jumpa yang berkisarkan anak luar nikah dan anak angkat. Perlahan lahan aku macam dapat tangkap sedikit. Tapi aku tetap keliru. Aku ni betul kah anak angkat? Tapi muka aku ada iras mak.

Long story short, benda tu berlalu macam tu je dan aku pun malas nak fikir banyak dah. Biarlah aku anak angkat sekalipun tapi aku tetap sayangkan mak.

Dan.. Kebenaran yang sebenar terbongkar bila aku masuk belajar kat universiti. Aku ada ambik subjek Pendidikan Islam. Dan hari tu lecturer ajarkan bab perkahwinan dan penziinaan. Di hujung kelas, beliau ada menyatakan lebih kurang macam ni,

“Anak ziina itu takde binti kat nama dia, sebagai contoh Aminah Rashid. Dia takde binti yang biasanya Aminah binti Rashid”.

Haa gitu la ayat lecturer aku. Aku time tu tengah tunduk tengok note. Tapi sejurus dia cakap macam tu, automatik kepala aku terangkat.

Aku terkejut. Yaa aku terkesima sebabkan nama aku pun macam tu. Allahuakbar. Hati aku bagai dihiris hiris. Aku speechless. Tak tahu nak reaksi macam mana. Adakah benda tu betul atau memang nama aku ada kesilapan.

Dalam diam aku agak down. Tapi aku tak tunjuk waima pada mak aku sekalipun sebab aku sendiri tak pasti betul atau tak tentang identiti aku ni. Aku kena tanya mak jugak.

And yes. Balik dari hostel hujung minggu tu, aku berdua je dengan mak dalam kereta. Aku slow talk dengan mak. Aku tanya mak siapa aku sebenarnya. Aku sungguh sungguh mahukan jawapan. Dan aku ceritakan jugak tentang apa yang lecturer aku bagitau tu.

Akhirnya.. Mak cerita. Mak ceritakan semuanya. Dari awal sampai akhir. Suatu kebenaran yang amat pahit terpaksa aku telan. Aku anak luar nikah. Aku terhenyak.

Aku diam je. Tapi aku tak menangis. Takde keluar setitik air mata pun waktu tu. Aku keraskan hati. Aku yang nak tahu kebenaran dan aku harus kuat

Tapi hakikatnya aku meratap sorang sorang diri dalam bilik. Takde siapa dengar. Takde siapa tahu. Sebab tiada siapa perlu tahu serapuh mana aku dengan ujian ini. Aku taknak tunjuk kat mak yang aku sedih dengan semua ni..

Sebab awal awal mak dah mintak maaf atas kesilapan mak yang lalu. Dan aku pun takde hak nak menghukum kisah lampau orang. Aku sendiri pun banyak dosa. Hati aku sedikit terubat dengan luahan hati mak.

Mak cakap sejak ada aku, mak banyak berubah. Kiranya rezeki lahirkan aku. Mak banyak berubah. Mak tengok aku rajin solat, mak pun terikut rajin solat jugak dan sampai la sekarang mak dah tak tinggal solat. Mak cakap dulu atuk dan nenek aku bercerrai mase mak kecik.

Mak pun dihantar duduk dengan opah. Jadinya mak kurang kasih sayang. Dan lepas kawin dengan ayah aku pun, ayah aku tak pernah ajarkan mak solat sebabnya diri dia pun tak solat.

Tapi lepas aku dah besar. Aku suka pergi kelas kafa. Aku banyak belajar fardhu ain yang aku tak dapat di rumah. Alhamdulillah.. Allah bukakan pintu hati mak untuk tak tinggal solat, puasa.

Kenapa aku cakap kakak confessor sangat bernasib baik? Sebabnya dari kecik hidup dalam limpahan kasih sayang keluarga. Aku?? Ayah aku panas baran. Kaki pkul. Selalu pkul mak aku. Aku memang tak pernah dapat rasa kasih sayang dari seorang ayah dari dulu lagi.

Keluarga kitorang dulu pun hidup susah. Bergelap setiap malam sebabnya eletrik kena potong. Makan nasi goreng je setiap hari. Hari hari nak kena hadap mak ayah bergduh. Hari hari tengok mak menangis kena pkul. Ayah aku tak pernah kisahkan aku dan adik beradik.

Dari perihal sekolah sampailah bab skit demam, semua mak yang uruskan. Bila aku dah besar, aku dah tak kisah pun. Mak ayah bercerrai pun, aku dah tak kisah. Aku tak kisah pun hidup tanpa ayah sebab dulu pun aku ibaratkan takde ayah.

Aku cemburu tengok kawan kawan rapat dengan ayah dorang. Aku tak dapat semua tu. Tapi takpelah. Aku dah ada mak. Aku dah cukup semuanya. Sekurangnya penderitaan kami dah berakhir.

Sebut anak luar nikah. Aku dah siapkan mntal kuat kuat. Aku kena hadap apa je yang orang nak kata. Tapi alhamdulillah setakat ni takde yang mencemuh tentang diri aku. Tapi… Bilamana identiti aku yang menjadi titik tolak hubungan aku dengan seseorang, aku agak down.

Yaa. Aku pernah ditinggalkan lelaki yang aku suka disebabkan aku anak luar nikah. Pada mulanya aku ceritakan hal sebenar, dia nampak tak kisah. Dia lelaki baik pada kiraan aku. Alim. Belajar aliran agama untuk jadi ustaz. Dan aku memang sangat berkenan dengan dia.

Tapi bila sorang perempuan ni muncul, semuanya berubah. Aku namakan Qaira ye. Qaira ni pada mulanya chat aku kat media social. Dia tanya aku ape hubungan aku dengan si lelaki tu. Rupanya mereka ni dah lama kenal, si Qaira lama dah simpan perasaan kat dia.

Tapi lelaki tu cakap dia takde perasaan pun kat Qaira. Aku jadi sangat rendah diri. Aku jadi sedar diri. Aku tak layak untuk lelaki sebaik dia sebabnya aku ni anak tak sah taraf. Lagi lagi bila aku baca satu post makcik ni ,

“Anak ziina sepatutnya tak kawin dengan mane mane lelaki, lagi lagi lelaki alim. Biarlah keturunan tu pupus begitu je”. Aku jadi triggered dengan statement makcik tu.

Lepas tu. Aku slow talk dengan dia yang aku nak usyarkan dia untuk Qaira. At the same time aku sedih dan aku harap dia pujuk aku nak tenangkan aku. Tapi dia diam. Lame dia sepikan diri akhirnya lepas 4 hari..

Dia muncul balik bagitau yang dia nk putuskan hubungan ni. Aku?? Tipulah kan kalau aku lansung tak rasa ape ape.. Tapi aku kena redha la. Aku kena sedar. Yang lelaki sebaik dia layak dapat yang terbaik.

Aku jujur, aku bukan perempuan mslimah bertudung labuh tapi aku juga menjaga aurat. Tak pernah sekalipun aku buka tudung kat mane mane ajnabi. Aku jaga batas sebab aku tak nak jadi macam mak dulu. Aku taknak anak aku rasa ape aku rasa.

Setakat itu sahaja luahan hati aku. Aku harap sangat confessor maafkanlah your parents. Dorang dah bertaubat pun. Aku nak cakap. Kenyataan ni tak pernah merosakkan kehidupan kita melainkan kita sendiri yang lalaikan diri larut dengan kesedihan ini.

Aku tak pernah berdndam dengan mak atau ayah. Aku bersyukur mak sudi jugak lahirkan aku. Jaga aku dari kecik sampai la besar.

Sudi bagi sepenuh kasih sayang kat aku sampaikan aku rasa dah tersangat mencukupi walaupun tanpa kasih sayang seorang ayah. Dibandingkan dengan nasib anak anak ziina lain yang dalam longkang, tong sampah, dibakar, dibuang dari tingkap. Aku amat amat bersyukur dah.

Aku mintak maaf kalau confession aku agak berterabur atau meluukai hati mana mana pihak. Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Hidup mesti diteruskan. Allah pandang hati kita. Bukan siapa diri kita.

Warganet turut terkesan dengan kisah ini. Antara komen mereka. Semoga pendapat yang mereka utarakan dapat memberi ikhtibar kepada semua.

Nadia, sis tk pernah salah dalam hal ini,sis dilahirkan dalam keadaan suci mcm kain putih…itu dosa mak dan ayah,tkda kena mengena dgn sis…bersabar dan sentiasalah mendekatksn diri kod Allah,semoga Allah berikan jodoh insan yg terbsik untuk sis yg dpt sama2 mencari redho Allah yg sama2 mencipta bahagia bersama till jannah..

Kita semua disisi Allah tiada beza,yg membuatkan manusia mulia disisi Allah sebab “Taqwa”kpd Allah..jgn pedulikan perkataan org yg tiada ilmu agama,teruskan belajar ilmu smg akan bermanfaat untuk diri sendiri dsn org lain…

Ainon Mansor, Allah dah simpankan jodoh yang terbaik untuk adik. Mungkin esok lusa muncullah dia. Adik baik, jadi jodoh adik insyaAllah sebaik2 suami untuk adik. abaikan statement mak cik yang tak berapa cerdik tu. kadang2 kita lihat perwatakan seseorang tampak alim, tampak warak hakikat sebenar Allah dan empunya diri saja yang tahu. Semoga urusan adik dipermudahkan selalu.

Dzarul Azfan, suka baca luahan ni, positif thinking. Thumbs up. Teruskan menjaga diri dan menutup aurat cik, kerana itu yg tak ramai perempuan luar sana mampu lakukan. Moga ditemukan jodoh yg baik, mampu membimbing dan memahami situasi cik.

Nurhaniza, Makcik tu punya statement macam dia confirm ahli syurga. Kena kat keturunan sendiri padan muka. Buat confessor, hugs for you. Akak doakan kebahagiaan awak. Awak tak salah apa2. Semua tu dosa silam mak awak. Semoga bertemu dengan insan yang ikhlas dengan awak. Jaga mak baik2.

Zaujah Azmi, Bagus awak dik,tak apalah tak ada ayah pun.Kalau ada tapi menyeksakan.Jodoh tu aturan allah.Tak pernah tercepat atau terlambat.Tentang siapa awak,tu juga aturan allah..Siapa kita yang boleh nak mengelak takdirnya.Akk doakan awak berjumpa jodoh yang baik yamg boleh bimbing awak sampai ke syurga kelak dan menerima awak sebaiknya.Sebab awak tak salah,dah itu takdir nya kan..

Rose Azalea, Makcik tu mesti keturunan alim hafal quran sebelah kaki dh masuk syurga kan? Sebab tu senang2 nk hukum org. Aku dh masak dgn perangai org yg jenis mcm ni. Org lain semua ahli neraka, dia je ahli syurga. Dekat kg aku ni ha belambak yg mcm ni. 24/7 asyik sibuk hal org. Siap buat whatsapp group khas utk mengumpat. Ape ingat malaikat tak reti baca whatsapp? Anyway, aku harap Allah akan bg kebahagiaan dekat kau berlipat kali ganda. Take care.

Shana Tugi, Kalau lah saya ada abg lebih dh soh kawen ngn sis dh. Sis jgn risau masyarakat skrg cerdik dlm menilai kalau ank tu ank luar nikah masyarakat tk munghukum tp lebih sayang lagi ada lah. Saya sgt tk suka nak sebut ank luar nikah sbb benda tu sensitive n saya jenis suka letak diri saya kt tmpt seseorang. Sis mulia baik bagus lebih baik dari saya sis.

Bg saya yg umur 25y saya tkkn nilai masa silam seseorang saya hanya tgk mereka yg skrg dn pengakhiran hidup seseorang. Kita nak hebat dimata manusia mmg selamanya kita tkkn hebat. Back to basic. Saya sayang sis dan ramai yg sayang sis tanpa tgk latar belakang sis. Semoga Allah sentiasa merahmati sis bg apa yg terbaik utk sis.

Ina Syed, Sabar ye adik. Jangan rasa rendah diri akan status tu. Ingat segalanya dari Allah. Kun fa yaa kun. Dapat juga hidup bersama ibu sendiri dan ibu adik pun sanggup menanggung aib. Maafkan lah dosa ibuayah. Jangan rasa tersisih dan jangan dengar kata keji orang. Allah ada. Berserah bulat bulat padaNya. Jangan sedih dan fikirkan sangat. Bukan kerana tidak berada di tempat adik tetapi sangat memahami. Jadi orang yang berjaya dunia akhirat. Inshaa Allah.

Hyung Jack, Anak zina ni tak salah pun. Cuma kesilapan lampau mak bapak je. Tapi kalau diaorg dah berubah, bertaubat kenapa tidak maafkan je. Sedangkan Allah tak pernah tutup pintu taubat hambaNya, apa lagi kita ni hamba yg kerdil.

Setiap orang diuji ikut kemampuan masing2. Dan dalam masa sama kita diuji sejauh mana, kita bersyukur apa yang ada disekeliling kita. Kalau nak cakap kita banyak kekurangan dan tak bernasib baik, cuba pandang dari sudut merendah diri. Ada orang lain lagi yg lebih buruk nasibnya dari kita.

Bila kita memaafkan org dan bersangka baik pada orang, insyaaAllah.. Kita jugak akan dikelilingi org yg baik2. Semoga tt di kelilingi orang2 yg menyayangi diri tt.

Sumber : Si Redha (Bukan nama sebenar) via IIUMC/ edisimedia