Aku mengasuh anak kwn, dia byr RM100 sbln. Aku cuba tambah anak asuhan tp kali ni lasak kuat ngis

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum pembaca semua. Nama aku Maz. Aku tak nak cerita pasal isu2 panas antara pengasuh dan parents. Yang tu dah ada orang highlightkan kat confession lain. Korang carilah sendiri.

Yang aku nak cerita ni, pengalaman tak seberapa aku ni je. Sekadar hilaangkan bosan aku terperuk kat rumah tak ada hala tuju. Huhu Tapi, kalau tak berminat tak apa boleh skip baca. Tak ada paksaan.

Aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku sebagai pengasuh di rumah selama 7 tahun. Sekarang dah 3 bulan officially aku jadi surirumah menganggur. Haha

Tak pernah terfikir langsung dalam hidup aku mengasuh anak orang demi mencari rezeki. Tapi, begitulah takdir Allah dalam 7 tahun ni menentukan segalanya.

Aku mula terjebak dalam dunia asuhan disebabkan terdesak untuk membayar hutang pelajaran negeri yang aku gunakan ketika belajar master dulu. Dengan 2 kali dapat call dari pegawai pelajaran tu buat aku tak tidur malam.

Kehidupan masa tu suami berpendapatan RM1800 dengan hidup di tengah bandar besar + anak seorang umur 2 tahun. Aku attend banyak interview swasta / gov dari guna spm hingga master. Gagal.

Aku kira silap aku yang tak cukup praktik skill interview bercampur dengan emosi tak keruan tiap kali interview. Disamping tertekan dengan harapan orang sekeliling agar aku dapat kerja. Maklumlah master holder kena lah kerja yang best2. Kononnya.

Dengan keadaan emosi yang rapuh, down dan terdesak akhirnya, aku ambil kepvtusan untuk jaga anak kawan aku berumur 1 tahun lebih.

Kebetulan kawan aku (Minah ) ni sambung Phd jadi kadang2 dia minta jagakan anak dia kejap. Aku masa tu okey je sekurangnya anak aku ada kawan main. Hinggalah aku offerkan untuk jadi pengasuh dia. Lagi lah dia suka. Haha. Aku sebenarnya takut nak jaga anak orang.

Ibarat jaga ny4wa. Tapi aku tekad aku teruskan je asalkan dapat duit. Aku dah tak peduli apa kata orang belajar tinggi2 jadi pengasuh je.

Mulanya aku malu sangat2 bila family/ kawan2/ sedara mara tahu aku mengasuh tapi aku tebalkan juga muka ni. Lagipun bukan yeorang pun nak bagi duit bayar semua komitment aku. Ah. sekadar ayat sedapkan hati sendiri.

Kesilapan terbesar aku masa awal2 aku mengasuh ialah, aku tak tahu do & don’t sebagai pengasuh. Tak ada pengalaman lagi kan.

Aku main tadah/ redha/ iya kan je apa parent nak sebab aku sedar ilmu mengasuh aku zero. Just redah guna logik akal & emosi aku je. Begong betul bila ingat balik. Hahaha

Bermula dengan masalah, aku tak tahu nak letakkan harga upah memandangkan Minah akan hantar bila perlu sahaja.

Aku search di facebook rate harga pengasuh sebulan RM300 – RM450. Takkan aku nak caj harga sebulan. Aku study rate yang dicadangkan dalam group pengasuh di fb tapi aku masih buntu/lost.

Even, aku ada pm sorang pengasuh otai/admin fb tu untuk mintak pendapat tapi tak ada respond. (Zaman ni, fb group pengasuh kurang rancak lagi, jadi aku tak cukup info). Jadi, sudahnya aku caj per jam.

Tak silap aku caj RM1.50 – RM2.00 per jam. Sebab kawan aku kadang hantar sekejap tengah hari dah ambik anak, lama kelamaan lepas magrib baru ambik anak. (Masa ni aku sedih sebab dah ambik waktu aku rehat bersama anak dan suami. Huhuhu )

Overall, purata sebulan aku dapat upah bawah RM250 sebulan ikut rezeki.

Ada masa tak sampai RM100 pun sebulan. Lagi kerap dan lagi lama jam Minah hantar anak dapat lah upah lebih bulan tu. Bersungguh aku jaga anak orang lebih dari anak sendiri. Bila bersungguh, maka letihnya Tuhan je yang tahu.

Dengan keadaan masa tu, aku catu makanan keluarga sendiri dibahagi dengan makanan ank asuh lagi. Aku rasa tak cukup dengan upah yang dapat. Aku dah stress. Stress duit kurang cukup, nak beli barang makan lagi, nak bayar hutang lagi.

Hinggalah pada suatu hari Minah tanya nak jagakan tak baby 3 bulan. Which is, baby Si Daud. Daud ni junior aku. Masa tu, circle anak asuhan aku hanyalah dari kenalan2 je. Alhamdulillah, rezeki.

Mula-mula aku reject sebab takut. Baby kot. Baby is fragile. Ko gila apa. Jadi apa2 anak orang, ke tirai besi jawabnya. Itulah yang aku pikir masa tu. Tapi bila kira2 aku boleh dapat purata RM400 lebih sebulan kalau jaga baby tu. So, nak tak nak aku terpaksa ON.

Bermulalah fasa aku jaga 2 anak orang, 1 anak sendiri. Anak sendiri dah macam anak tiri dah. Sedih bila ingat balik. Maafkan ibu, nak.

Waaa. Baby 3 bulan comey giler tapi demand asyik nangis je. Dengan aku skali nangis sebab terlalu stress. Aku memang burnout habis masa tu. Bangun pagi je aku rasa nak nangis mengharap baby tu tak dihantar pagi tu.

Masa tu aku baru tersedar rupanya tak mudah nak jadi pengasuh. Ment4l fizikal kena kuat. Terutama ment4l. Aku betul2 exhausted ment4l.

Tapi aku cakap kat diri aku, “setakat ni ko tak ada pilihan, Maz. Nak tak nak ko kena bertahan. Huhuhu.

Dalam aku jaga 2 anak asuh ni, lama2 aku makin kenal dengan sikap parents which is kawan/kenalan aku. Memang mereka ni kawan tapi just kawan touch n go sahaja masa aku belajar dulu.

Ala…macam dah sampai kampus kita ‘hye’, dah habis waktu kampus kita ‘bye’. Biasa lah life postgraduate budak research sebahagiannya begitu. Mesti ade kalangan pembaca yang faham aku cuba cakapkan ni.

Sikap serah bulat2 semua benda pada pengasuh antara benda yang paling menyakitkan hati. Aku dulu memang bersungguh2 jaga anak asuh.

Anak asuh demam sikit aku beria lah mandikan air lemon bagai, sapu minyak, buatkan bubur extra garlic, extra sayur gitu gini yadaa. yadaa. Aku happy je buat tu semua, tapi tapi lama2 jadi tak best bila ko tak nampak usaha/ kerjasama/toleransi parent untuk anak.

Usahkan untuk anak, untuk pengasuh ko jangan harap ea. Mentang2, ko dibayar untuk jaga anak dia waktu sekian2. Jangan harap nak toleransi ambik awal kalau balik kerja awal.

Jangan harap nak toleransi bagi full payment kalau ko ada mintak cuti skit/ urusan/ balik kampung walaupun sehari. Jangan harap end of month ko dapat sikit kudap2an/ stok dapur untuk bekalan anak asuh. Nehhi kabbi nehhi

Eh, Maz, ko keje tak ikhlas ni, ada ke patot mengharap gitu kat parent. Ko dibayar sesuai dengan perkhidmatan ko bagi lah. Ni, dah lebeyyy

Ok, fine aku sedar diri aku hanyalah bibik.

Jadi, bila aku dah ada sedikit perasaan tak best gini, aku pun mula start study c4se cerita pengasuh2 dan parents di fb group pengasuh untuk jadikan guide.

Masa zaman ni fb group tu dah mula aktif rancak2 berdosaaa dengan post2 mintak pendapat/ kecaman/ bawangan/ luahan perasaan etc.

Mana yang baik, aku ambik jadikan pedoman. Mana yang negatif pandai2 lah tepis. Lepas dari tu, aku dah confident sikit, aku mula kuatkuasa caj harga baru, aku cuti 1-2 hari aku tak tolak payment (tapi ni bergantung pada budi bicara aku biasa aku tolak je sebab sentiasa lembut hati),

Aku mula minta ye orang bekal kudapan anak2 (hakikatnya jarang sangat bagi, segan nak pesan banyak kali), caj OT (kalau banyak sangat ot aku siap bagi diskaun).

Dengan penguatkuasaan rules baru ni, aku sikit lega. Rasa macam aku dapat balik rasa hormat pada diri sendiri. Dan aku just nak yeorang rasa hormat dengan masa aku, tenaga aku, usaha aku walaupun hakikatnya tak pun.

Tak terdetik dihati aku ambik kesempatan buat duit kawkaw pun terhadap yeorang. Bagi aku, cukup aku nak bayar hutang aku dan duit dapur je dah memadai. Untuk saving, memang tak ada.

Dan aku pun dah berani buka iklan cari anak asuhan memandangkan si Minah jarang hantar anaknya. Jadi, menpengruhi pendapatan bulanan aku.

Dapatlah sorang anak asuh baru, anak Si Lisa umur 2 tahun. Alhamdulillah. Fix pendapatan bulanan dalam RM750 gitu. Agak selesa aku nak bayar hutang lebih2 sikit.

Sempatlah juga aku merasa dapat 1k bila Si Minah kerap hantar anak. Tu paling banyak aku pernah dapat selama aku mengasuh. Tapi bagi korang, celah gigi je 1k tu, kan. Hahaha.

Dengan upah yang bagi aku agak selesa tu, aku mula buang tebiat nak buat kuih untuk jualan. Aku dah lama teringin nak bisnes kecik2 macam ni. Dengan terliur tengok orang pacak gerai sebelah rumah aku jual nasi lemak, aku beranikan diri hantarkan kuih kat situ.

Walau hakikat aku belum mahir buat kuih. Alhamdulillah, dari tak nampak bentuk karipap sampai dah elok comel nampak bentuk karipapnya aku berjaya jual. Sehari 30 biji dah satu kejayaan besar bagi aku. Lepas tu aku upgrade buat sejenis kuih lagi.

Masa tu seronoknya aku berjaya sibukkan diri dengan aktiviti menjana ekonomi. Walaupun penat sangat, tapi aku rasa happy & rasa hidup aku berguna. Hahaha.

Masa pun terus berlalu, bila baby si Daud dah capai umur 2 lebih tahun. Ada satu kejadian kecik & remah terjadi, tapi disebabkan kejadian tu hati aku cukup2 terkilan.

Tidur malam tu dalam kesedihan, tau. Mungkin sebab dah lama pendam dengan hal2 yang tak menyenangkan selama aku jaga anak dia.

Esoknya, Allah Maha Baik, Dia pujuk hati aku dengan sebuku roti bekalan anak Si Lisa. Kebiasaannya dalam semnggu 2-3 kali akan ada kudap2an Lisa sediakan untuk anaknya.

Tapi, ntahlah pagi tu mata aku berkaca dengan sebuku roti tu mampu memujuk kesedihan aku dari peristiwa semalam. Terima kasih Lisa, you are the best mom ever. Haha.

Akhirnya aku reject anak Daud. Aku bagi alasan tak boleh bagi komitment sebab lepas ni nak kena balik kampung kerap menyusahkan yeorang plak nak kena cuti je.

Aku sedih nak lepaskan anak Si Daud ni. Yela, dah bela dari baby kan mana tak sayang oi. Tapi bila hati dah tak ikhlas, dah tak boleh go on, just let it gooo. let it goooo. Sila nyanyi macam Elsa Frozen. Huhuhu.

Hari terakhir aku dengan baby Si Daud pun berlalu seperti hari kebiasaannya, bezanya ada ucapan extra terima kasih & extra maaf. Itu sahaja. Aku ingatkan dapatlah perhargaan gula sekilo ke, kain batik lepas sehelai ke. Gurau, okeh Hahaha

Walaupun aku dah hilaang 1 pendapatan, tapi aku lega sangat macam lepaskan batu besar kat bahu aku. Cerita Si Lisa ni pulak dia stranger.

Sebelum ni aku tak berani langsung nak jaga anak stranger. Takut weh

Aku nervous nak hadap stranger sebab rasa self esteem aku memang kelaut dalam. Kebanyakkan parent yang datang, aku akan minta yeorang datang tengok keadaan rumah aku dulu sesuai ke tak. Tapi main pointnya, aku nak yeorang tengok aku ni sesuai ke tak jaga anak diorang.

Sebab aku physically kecik macam budak2. Even gesture/tone suara aku pun childish. Bukan aku perasan ye, tapi ramai yang cakap gitu.

Huhu. Ini, one of the reasons why self esteem aku merudum.

Lisa & suaminya datang jumpa aku sebelum hantar anak. Bagi aku parent yang datang & sangup terima aku seadanya ni memang aku akan hargai sungguh2. Sebab aku sedar diri aku siapa.

Mereka yakin & percaya pada aku, jadi of course aku hargai kawkaw dengan jaga anak yeorang sebaiknya. Ada parent yang datang jumpa tapi lepas tu tak ada update jadi hantar ke tak, tu kita faham2 sendiri lah. Tapi rugilah tak hantar kat aku sebab aku memang tak jaga ramai.

Dah lah baikkkk(Done perasan, hahaha)

Anak si Lisa ni sebenarnya lasak giler dengan badan tegap macam budak umur 4 tahun. Fuh, kali ni mencabar fizikal kudrat tenaga + ment4l aku berganda2. Aku letih. Tambahan dengan aktiviti aku buat kuih. Tapi aku bertahan demi Lisa dan suaminya.

Mereka parent yang Allah hadirkan untuk aku terus belajar bertahan, dihargai dan menghargai. Layanan mereka cukup baik. Walaupun anak sorang, masih muda, tak belajar tinggi ke tahap phd tapi cukup menyantuni aku seadanya. Aku cukup kagum dengan yeorang.

Aku jaga anak Lisa dalam 2 tahun sahaja sebab dia nak decide nak hantar anaknya ke taska. Kebetulan masa tu aku mintak rehat sebulan sebab keguguran. Aku rasa macam dia rasa bersalah kot sebab fikir anak dia punca aku keguguran.

Dia tahu anak dia lasak. Tapi, sebenarnya bukan berpunca dari anaknya. Puncanya sebab aku mandikan baby 3 bulan. Kebetulan, parent baby tu minta tolong aku jagakan 3 hari je.

Time mandikan baby memang kena extra hati-hati. Pegang kuat / kejap takut terlepas dari tangan jadi perlukn tenaga lebih. Ntah macam mana, tiba2 aku terasa ada benda pvtus kat dalam perut. Ah, sudah. Aku dah tak sedap hati.

Esoknya, dah mula start keluar drah sikit2. Dan, akhirnya tak ada rezeki setelah 5 tahun menunggu anak ke 2. Sedih juga, sekarang aku boleh faham perasaan orang try to concive (ttc). Sob

Jadi, masa2 ni dah start aku slow down dalam mengasuh, just ambik sorang je anak asuh baru. Anak Si Ani. Si Minah pulak dah beranak 2.

Masih rutin yang sama, kadang2 je hantar. Aktiviti buat kuih aku terhenti sebab budak pacak gerai dah tak meniaga dah. Sedih juga, sebab tu je pendapatan tambahan aku untuk cover2 duit mengasuh.

Sedar tak sedar, kewangan suami pun alhamdulillah semakin baik dengan adanya bisnes kecilan di shopee. Mungkin masa tu keadaan hidup aku lebih bertenang, gembira dan emosi terkawal, Allah izinkan aku mengandung lagi.

Alhamdulillah. Aku mengasuh seperti biasa dan tak ada rancangan nak tambah anak asuh lagi dengan mengambil iktibar kejadian keguguran sebelum tu.

Sampailah hujung tahun aku nak bersalin ngam2 Si Ani bagitahu nak berentikan anaknya. Aku okey je sebab dah bersedia. Sebelum bersalin tu aku memang rancang nak berenti terus mengasuh termasuklah anak2 Si Minah.

Akhirnya, selepas 7 tahun aku beranak sulung merasa lagi beranak nombor 2. Alhamdulillah 8 bulan lepas bersalin, aku try juga bisnes karipap frozen.

Ada rezeki sikit2 tapi aku tak tahulah macam mana nak handle anak kecik 8 bulan yang asyik nak melekat je. Baru pegang tepung dah melalak.

Aku kalah dengan anak sendiri walau hakikatnya aku seorang pengasuh. Waa Sungguh hebat ya, para ibu2 homebaker yang boleh bekerja dengan anak2 masih kecil. Mohon titipkan tips di ruangan komen, boleh ? Aku perlukn kekuatan/ sokongan. Huhuhu

Dalam pada tu, anak2 Si Minah ada datang juga. Ntahlah, aku masa tu tak mampu nak tolak sebab fikir rezeki datang tak baik tolak. Huhu.

Padahal hati aku dah tak best nak mengasuh.

Aku serba salah nak bagitahu Minah aku tak nak jaga anak2 dia dah. Sebab kawan kan. Lagipun dah bertahun jaga anaknya, dia pun dari awal phd hingga dah habis phd pun. Tapi sebab kawan lah aku pejamkan mata je orang buat lebih kurang je kat aku. Huhu.

Akhirnya, aku bagi kata pvtus nak berhenti. Tak ada lagi istilah nak hantar sehari, dua hari, separuh hari, sejam, 2 jam. Aku pun tak pening dah menunggu orang datang tak datang, tak tentu masa.

Maka, dunia mengasuh aku dah pun berakhir. Alhamdulillah, ntah kenapa aku rasa lega walaupun aku dah tak ada pendapatan lagi.

Apa jadi dengan hutang aku ? Alhamdulillah, dah selesai beberapa bulan yang lepas. Ada rezeki aku Allah bagi jalan selesaikan saki baki yang ada. Syukur.

Pandangan aku terhadap kerja mengasuh ni bertukar 100%. Bukan semua orang boleh buat kerja ni. Aku sendiri pun tak mampu bertahan dalam masa yang lama. Tabik hormat aku pada semua pengasuh otai2 diluar sana.

Jika dulu aku malu, tapi sekarang aku bangga jadi seorang pengasuh. Opss. Bekas pengasuh. Huhu.

Sekarang 3 bulan aku menganggur dan membawa rezeki anak nombor 3, tatkala anak nombor 2 berumur setahun lebih. Pantas juga rezeki kali ni. Hahaha. Namun, perjuangan aku belum selesai, aku ada misi yang sama iaitu selesaikan hutang terakhir aku.

Hutang ni mencabar sikit. Bagi orang lain biasalah tu. Tapi untuk orang otak old- school macam aku ni, rasa mencabar dan berat sikit tapi aku yakin possible boleh selesaikan macam orang lain jugak.

Sungguh, aku kena bermula dari bawah semula walaupun belum pasti hala tuju aku mencari rezeki ke arah mana. Waktu dan saat ketika ni, kewangan suami aku nampak agak tegang seolah2 kembali ke waktu aku mula2 berjinak dalam dunia asuhan dulu.

Maklumlah ekonomi dah start tak cantik sekarang ni. Mohon doakan kami suami isteri & anak2 dapat teruskan hidup dengan lebih baik.

Dipermudahkan lorong2 rezeki aku untuk kembali mencari rezeki lain selain mengasuh sebab aku dah tak sanggup mengasuh lagi.

Buat pengasuh2 diluar sana yang masih bertahan & enjoy mengasuh, anda memang terhebat. Wira wanita berkain batik yang tak didendang.

Tahniah. Maafkan aku tak sekental diri mu semua.

Sekian.

(Bekas pengasuh yang tak cukup kental)

Psst Tolong ya, sesiapa rasa macam kenal aku, jangan tag aku. Aku malu. Ko pejam mata buat2 tak nampak je, ok.

Fatimah. Satu benda je nak cakap. Mak ayah, tolong HORMAT orang yang sanggup cebok berak anak kita. waktu kita kat tempat kerja, anak kita menumpang kasih pada ibu pengasuh.

Terima kasih pada ibu2 pengasuh yang ikhlas menyayangi dan menjaga anak asuhannya dengan baik.

Sabtu Ahad kelek anak sendiri dari pagi sampai malam pun terasa letihnya.

Bukan senang kerja mengasuh. Kerja dgn ny4wa. Bukan bekerja dgn mesin atau robot .

Shida. Cite kau best. Tp p0tong betul aku ‘yeorang’ ‘yeorang’. Diorang pon aku boleh accept lagi yg ‘yeorang’ tu skit pulak mata aku. Kan belajar tinggi2, janganla bahasa wechat sgt. Eh wujud lg ke tak wechat ni hahaha

Izzah. Tahniah sis, terbaik. Sy slh seorang parents yg tak pernah p0tong upah walaupun pengasuh ambil cuti 10 hari  klu terlebih sejam sy sendiri letak extra caj.. tak berani nak buat acuh tak acuh dengan pengasuh sebab uolls da tlg jaga anak dgn baik.

Amirah. Tahniah puan, seronok baca penceritaan puan ni mesti happy go lucky kan Hihi..puan orang yg hebat.

Pengalaman hantar anak ke pengasuh ni,alhamdulillah Allah mudahkan. Semua baik2 belaka xde apa2 isu.

Sy ikut pesanan ibu sy, nak hantar anak ni kita mudahkan pengasuh. Anggap dia tolong jaga anak kita, bukan dia pekerja kita majikan. Kalau xde yg nak jaga anak kita, kita nak kerja pun tak bole. Syukur ada yg sudi jaga anak kita mcm anak sendiri, lama dia jaga tanpa kita tahu apa yg dia buat,hanya serahkan kpd Allah untuk pelihara anak2 bila xde depan mata. Alhamdulillah syukur baik2 je semuanya..

Selalu sy fikir, mcm xsetimpal je payment mengasuh sedangkan jaga anak orang bukan mudah. Jadi sy xpernah berkira, bagi semampu sy.. walaupun bulan tu hantar cuma 2mggu, sy bagi full month payment. Sebab gaji sy tetap full,xberkurang pun jadi itulah cara sy bagi bonus semampunya. Selalu minta maaf apa yg terkurang dgn babysitter.

Lepas tu, selalu hulur2 hadiah ke time besday, makanan seminggu sekali dua.. mmg jaga hubungan gn babysitter mcm family sendiri n sayang seikhlas hati selalu sy mintak doa drpd babysitter supaya sy murah rezki.

Sampai skrg, dh xhntr anak pun masih jaga hubungan baik dgn diorg. Semoga Allah pelihara babysitter2 anak sy semua sentiasa bahagia dunia akhirat.. aminn..