Mak mertua mulut manis. Bab mkn sewa rumah dia akn usahakn dpt free, sbb tu asyik menumpang

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Kakak ipar fake atau adik ipar dari neraka. Bila baca confession tu harapnya bukan luahan biras-biras ku. Ini kisah kakak ipar fake boleh klik link di bawah

Kak ipar fake, dpn baik blkg mengata psl aku myusahkan dia dan abg sbb tinggal rumah dia

Ceritanya tak adalah sama cuma saya amat memahami kerana pernah tahu dan selamat dari mengalaminya berlarutan berbanding biras-biras.

Bila kita masuk ke keluarga baru, biasanya untuk orang normal pasti kita tak expect sesuatu yang buruk daripada keluarga pasangan. Kita akan sehabis baik cuba penuhi apa yang mertua inginkan, ambil hati mertua, berbuat baik dengan keluarga baru.

Awal kahwin, mak saya ada pesan berhati-hati lah jangan terlampau berk0rban nanti esok-esok makan hati. Ayat mak takde exactly macam ni. Tp tu lah yang saya faham. Sebagai mempelai baru, kita cuba terima pasangan dan keluarga pasangan dengan sebaiknya.

Sikit sebanyak saya kecil hati dengan pesanan mak, sebabnya saya baru je kahwin tak sampai seminggu, saya sebagai anak dan sebagai isteri yang baru setahun jagung, berusaha untuk buat yang terbaik.

Saya tak nak mak ada expectation buruk pada suami mahupun keluarga suami. Seolah suami dan keluarganya buruk di mata mak.

Namun, mak tetap mak, seorang mak akan sentiasa menjaga dan memelihara anaknya, taknak anaknya merasa apa yang pernah dilaluinya dulu. Mak bercakap dan nasihat mungkin atas pemerhatian mak pada keluarga mertua dan pengalaman mak yang lalu.

Awal perkahwinan, keluarga mertua selalu bertandang dan bermalam di rumah kami. Saya anggap mertua mungkin lebih selesa dengan saya berbanding dengan menantunya yang lain.

Mak mertua saya memang mulut manis. Dia bercerita kisah-kisah pertolongan saudara mara pada keluarganya. Memberi bayangan kami pun kena tolong sama-sama adik beradik suami.

Saya notice red flag bila mana adik ipar saya yang umur 20 tahun menumpang masa cuti semester di rumah saya atas permintaan mak mertua.

Adik ipar duduk berkurung dalam bilik, keluar waktu nak makan sahaja. Tak ada lah berbahasa nak menolong di dapur atau jagakan anak kejap masa saya memasak, masa tu saya baru ada anak seorang yang masih kecil.

Sikap pemalas ni bukan kat adik ipar seorang ni je, saya perasan semua adik perempuannya pemalas. Maaf cakap, ia diajar oleh mak mertua.

Selagi boleh bab makan, sewa, 4pi, air, kalau dapat free dan tak yah bayar, elok macam tu. Mereka suka menumpang dan saya perhatikan langsung mereka tak hulurkan duit kepada saudara mara mereka.

Rapat memang rapat, mesra memang mesra. Namun bab duit ni sangat berat tangan nak menghulur.

Bayangkan anak saya tak pernah dapat duit raya, masa dia umur 7 tahun baru first time dapat duit raya. Nak kata keluarga suami susah, takde lah susah giler. Tp memang bab duit ni lokek.

Bila dah lama berkahwin, saya notice dan pernah dengar mereka sembang gelak-gelak betapa mereka happy berjaya bodohkan orang lain menyebabkan orang lain belanja keluarkan duit dan mereka happy dapat free.

Pernah juga dengar ayat pasal kira gaji besar orang lain, sama macam confession tu. Nak salahkan mereka yang happy gelakkan kebodohan orang tak boleh juga, sebab diri sendiri yang innocent dan percaya pada apa yang zahir di mata.

Kononnya mereka ni gaji kecil, tak mampu tu, tak mampu nih… Itulah yang biasa diratibkan yang buatkan orang lain termakan apa yang dikatakan. Depan orang lain je mereka cakap macam tu.

Tp sebenarnya masing-masing menyimpan duit dan mengira duit sesama mereka. Selagi boleh menumpang, mereka akan menumpang dengan tak malunya.

Lepas kejadian adik ipar tu dan lagi satu kejadian di mana mereka berpakat untuk kenakan suami, kiranya nak suami saya keluarkan ongkos semasa tempoh percutian mereka dan menumpang di rumah saya selama seminggu.

Sikit pun mereka tak hulur duit. Padahal mereka tahu masa tu saya baru lepas lahirkan anak keempat dan baru berhenti kerja, suami pula tengah sambung belajar dan gajinya stagnant dua tahun lepas.

Red flag lagi, bila mereka buat tak tahu dekat anak-anak saya yang masih kecil masa duduk kat rumah kami. Tp pada anak adik ipar saya bukan main mesra dan melayan.

Saya perasan anak-anak biras juga sama tak berapa dilayan selama ni. Saya memasak berhempas pulas di dapur mereka duduk sahaja tunggu makan macam saya pula orang gaji.

Memang sangat lain dengan didikan mak saya. Kami walau pada saudara mara, walau sesama adik beradik, mak memang ajar untuk hulurkan duit. Bila datang rumah orang, ringankan badan membantu.

Suami masa tu suruh saya masak sikit sahaja, masa tu saya tertanya-tanya, nanti saya yang dikatakan mengatur dan mencatu makan semasa mereka duduk rumah saya. yang buruk pasti lah tetap menantu. Suami kata ikut saja cakap dia.

Lauk basah suami yang belikan, dia yang keluarkan dari peti ais untuk defrost portionnya. Saya dah cakap sikit ni bang, nanti saya yang kena mengata. Tak disangka, tuhan nak tunjuk, saya dengar sebiji-sebiji perbualan mereka.

Sangat lah mengejutkan sebab saya tak sangka perangai sebenar mereka ni. Ada juga lah mereka mengata saya ni berlakon masa tengah sedap mereka mengumpat, dalam confession tu dikatanya kakak ipar fake.

Sudahnya lepas peristiwa tu dan lepas clarification dengan suami melalui curahan hati, tahu lah saya perangai mereka.

Kata suami, saya je yang tak tahu, takkan dia nak bagitahu kat saya pula aib keluarga dia. Dia sendiri dah tahu lama sebab tu dia suruh masak sekadarnya saja.

Nama saya diburukkan oleh mertua kepada ipar-ipar dan biras-biras lain yang jenis innocent juga ni lepas pada tu, tp saya buat tak reti je lah.

Ahli keluarga suami saya ni ramai ya.

Jadi selepas menghadam apa yang mak pesan dulu tu, saya ambil tindakan untuk buat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, bila mak mertua mula bercerita dan bagi bayangan itu ini, semata-mata nak saya menurut permintaannya. Saya tak bagi respon apa-apa.

Contohnya, mak mertua ada sebut-sebut pasal adik-adik ipar lain yang nak menumpang dengan sangat lama sebab nanti nak kerja, nak tu lah, nak ni lah. Tp tak sebut rumah mana, rumah saya atau rumah biras-biras.

Saya dengar je. Tak ada komen apa-apa. Agaknya mak mertua melihat respon saya yang macam tak ada apa tu, mak mertua berhenti dah bagi bayangan.

Rupanya dua ipar saya sekarang ni menumpang rumah biras saya – m4ngsa baru mereka hahaha. Sama la macam confession tu, dua-dua mereka dah kerja, bukan kecil lagi ye.

Seorang dah 30 lebih, seorang lagi 40 tahun. Saya tertanya-tanya macam mana lah biras saya hadap, rumah tu dah jadi perkampungan mereka.

Tp saya tak berani tanya suami, sebab taknak guris hati suami, ye lah perihal keluarga dia kan. Saya juga tak pernah tanya keadaan atau apa-apa benda pasal mereka kat mertua atau kat ipar-ipar sendiri.

Mertua pun seolah memulaukan kami sekeluarga, suami pun tak dapat update apa-apa aktiviti mereka. Tp yang saya tahu 2 ipar tu duduk for free sampai sekarang.

Mungkin la biras saya baru tersedar sekarang. Mungkin juga bukan biras saya yang tulis tu. Sebab 2 ipar saya tu ada lesen dan kereta, cuma duduk for free. Mereka gelak puas hati dapat habiskan makanan biras saya, which is mereka terlepas cakap lah benda-benda tu kat saya.

Macam saya, it tak3s me 8-10 years nak betul-betul kenal. Sekarang saya hidup dengan keluarga kecil saya saja. Nak kata baik sangat dengan mereka tak juga, nak kata tak baik pun tak juga.

Saya bercakap macam biasa je. Nak tegur perangai mereka pun saya tak reti, jadi saya ambil langkah jarakkan sikit diri ni. Asalkan kami sekeluarga dapat ketenangan.

Kisah ke 2 ini juga lagi p4rah.

Aku sebagai kakak ipar yang berkahwin dengan anak sulung dalam family terpanggil nak menjawab segala kegusaran Azie.

Sepanjang hidup aku, aku hanya ada seorang adik kandung sahaja untuk di handle. Bila kahwin, aku dapat 5 orang adik ipar bawah aku.

Maka, ada sedikit shock lah di situ. Adik ipar nombor 4 dan nombor 5 masih belajar di universiti tempatan.

Kadang- kadang, kalau diorang cuti semester atau cuti hujung minggu, mesti balik tinggal kat rumah abang sulung (suami aku) diorang ni. Sebabnya rumah mak abah jauh.

Ya, memang ni rumah diorang juga sebab rumah ni dibeli oleh abah mertua aku untuk anak dia tinggal. Jadi aku dikira menumpang lah.

Oleh itu, aku tak pernah nak kata apa bila diorang selalu datang rumah ni.

Tp, bila terlalu selalu sangat, hampir setiap hujung minggu, aku pun rasa macam dah kurang masa privacy untuk aku spend time dengan suami aku.

Maklumlah, kami suami isteri bekerja sepenuh masa, cuma masa hujung minggu sahaja lah dapat spend time sama-sama.

Biasanya masa hujung minggu kami akan pergi dating berdua ke mall atau mana-mana lah (kami masih belum ada rezeki anak).

Tp bila ada adik ipar di rumah, suami rasa tak selesa nak keluar berdua, asyik risaukan adik-adik yang tinggal di rumah.

Maka, kami duduk rumah saja masa weekend tak pergi mana-mana. Adik-adik ipar aku tak ada kereta sendiri dan tak ada lesen. Suami aku biasanya jemput dan hantar diorang balik ke kampus.

Aku pernah suarakan kat suami, kenapa adik-adik mesti balik ke sini sedangkan diorang ada rumah abang-abang yang lain yang boleh diorang pergi (semuanya tak jauh dari rumah suami).

Suami aku ingatkan aku yang ni rumah diorang juga, kita hanya tumpang rumah abah.

Aku pun reda sajalah.

Untuk menjawab artikel Azie, aku sarankan agar Azie dan adik pindahlah keluar dari rumah abang tu.

Walaupun tu abang kandung korang, tp kena faham, abang tu dah ada keluarga dan isteri dia perlukn masa privacy untuk dia dan keluarga.

Kakak ipar kau bukan fake. Dia hanya luahkan apa yang dia rasa dekat kakak dia, to keep her sanity. Aku harap emosi kakak ipar korang masih okay sebab privacy dia dah kena invade.

Dia layan korang dah cukup elok, siap jaga masa saakit, jaga rumah bagi bersih, sental bilik air korang.

Apa lagi yang korang tak bersyukur ni?

Beli barang rumah pun korang nak claim. Bila dah bekerja, pandai-pandai lah hulur. Nothing is free in this world sis. Common sense tu tolong lah tingkatkan. Jangan jadi selfish, fikir pasal diri sendiri je.

Untuk k es aku, walaupun adik-adik ipar datang masa hujung minggu je, aku tetap ada rasa tak selesa tu. Tp aku masih ok sebab aku sedar aku hanya tumpang rumah orang.

Tp kan, aku geram juga kadang-kadang sebab dah macam jadi bibik diorang. Baju-baju kotor ditinggalkan saja dalam mesin basuh. Hujung-hujung aku jugak yang kena basuh. Nasib la nak.

Ini antara reaksi kelakar netizen untuk kisah pertama.

Aina. Bagus suami awak pun cerdik, tak de la buta tuli je dgn perangai adik beradik dia.

Yang penting suami awak main peranan, bertegas dgn adik beradik sendiri.
Walaupun dia tak mampu nak tegah, tp bila dia yang pesan masak sikit tu pun dah puas hati betul rasanya

Farah. Pengajarannya ialah, jangan try hard sangat nak diterima dalam keluarga mertua. Bila dah ada peluang sekali, maka berkali-kali lah dibuatnya. Kalau setakat bermalam sehari 2 boleh la faham. Ni sampai berbulan bertahun makan free ni spesis apa?

Wan.No need to clarfiy sis.

Semua orang tahu yg jenis adik ipar sis tu dari neraka.

Hopefully dia baca semua komen2 netizen. Bukan sekadar berani post pastu syok sendiri. Hidup menjadi parasit. Malunyaaaa.

Nanti sis pasang cerita parasite korea tu kuat2 dalam rumah ye.
fight sis fight

Iza.Mak aku pulak tak pernah masuk campur hal rumahtangga anak2.. klu ada yg merungut / mengadu.. mak aku akan diam tegakkk mcm pocong  xde komen.. cuma akan bg semangat & kata2 positif tanpa mencurah minyak ke 4pi..

Pernah lah aku curhat dgn penuh berkobar2.. mak aku akhiri dgn doa supaya aku dimurahkan rezeki  Terus cool things off..

Syg mak aku