Mak mertua ckp “makcik nk keluar ni, bawah dapur tu ada r4cun rumput, jgn telan pulak”

Foto sekadar hiasan. Nama aku Dee, 26 tahun. Sudah berkahwin hampir 12 tahun, dikurniakan 4 orang anak. Yup, aku berkahwin ketika berumur 14 tahun.

Terasa ingin menceritakan tentang aku setelah membaca confession bertajuk HAMIL MUDA.

Aku juga berkahwin disebabkan perkara yang sama dan berkahwin dengan lelaki yang sama. Kantoi ketika usia kandungan 7 bulan juga.

Macam biasa pertemuan kedua belah keluarga untuk menutup aib, kami perlu dinikahkan dengan kadar segera.

Sebelum tu, abah aku sudah siap mengasah parang kalau kata pihak lelaki tak mahu bertanggungjawab namun perkara itu tidak berlaku akan tetapi penampar sedas dua dari abah pula diberikan untuk suami aku dengan keizinan kedua orang tuanya.

Semua persiapan, dokumen, temu janji diaturkan oleh pihak lelaki. Sementara menunggu hari pernikahan, abah aku mengarahkan ibu kemas pakaian aku dan menyuruh aku tinggal bersama bakal mentua. Abah cut off aku sebagai anak.

Semasa tinggal di rumah mentua, tak ada yang manis. Tipikal mak-mak sebelah pihak lelaki untuk k3s seperti kami seperti biasa menafikan perbuatan anak mereka,

Malah menuduh anak perempuan orang lain yang tak reti jaga maruah dan anak yang dikandung bukan cucu mereka.

Aku tidak berpuas hati sebab kenapa nak salahkan aku seorang? Aku tak takut pun nak buat ujian DNA sebab suami aku dengan Allah sahaja yang tahu aku pertama kali atau yang k3sejuta kali.

Aku tak menafikan suami aku orangnya baik, tak merok0k, tak merempit, yang negatif tu tak ada pada dia. Putih, hensem, kening terletak terukir elok, tinggi, bijak pula.

Terpuji sangat la pula. Maafkan aku. Berbanding aku, tak ada siapa yang nak tackle, bab muka badan memang kekurangan tapi tak ada lah bodoh, aku pun bijak. Aku pun tak tahu kenapa suami syok kat aku. Dia yang tackle aku dulu.

Back to story, hari pertama lagi jiran rumah mentua aku bertandang untuk jadi batu api. Kebetulan masa tu aku berbaring di atas sofa diruang tamu, menghadap ke arah dinding manakala jiran tersebut berada dimuka pintu.

Jiran tu cakap “kenapa biar dia tidur Kak Jah (samaran), suruh dia bangun masak ke basuh pinggan ke menyapu ke. Tidur je keje”.

Mentua aku kata “ala takpelah biar je la dia tidur”. Lepas jiran tu balik, mentua aku pun mengomel aku ni tak reti nak menolong dia kat dapur. Ye, mentua aku sifat dia memang talam dua muka. Hipokrit.

Padahal sebelum tu aku dah siap sidai baju, lipat baju, menyapu, basuh pinggan. Masak memasak aku memang fail la masa tu. Oh mentua aku tak bagi ya suami contact aku, call ke, sms ke, TAK BOLEH.

Sebab dia nak buruk-burukkan aku dan nak kitorang berpisah. Suami aku pun masa tu mestila percaya mak dia, mak kan? Tapi suami aku tak pernah pun confront aku hal ni. Aku tahu pun ketika usia perkahwinan yang ketiga.

Next, kami menghadiri kursus pra perkahwinan, macam biasa kami menjadi perhatian. Seminggu selepas tu, kami diijab kabul kan di pejabat agama. Tiada majlis hatta doa selamat pun. Proses semua ni makan masa 3 minggu sahaja.

Berkahwin semasa mengandung hukumnya sah tapi keluarga kami dan keluarga mentua dimomokkan perkahwinan ini tak sah, kena nikahkan semula selepas aku bersalin.

Jadi walaupun dah nikah tapi masih dipisahkan asbab nikah tak sah walhal jurunikah dah maklum asbab perkahwinan kami.

Ketika usia kandungan 9 bulan, mentua usulkan hasrat untuk memberikan anak aku yang bakal lahir kepada saudara jauh suami aku.

Mentua aku kata lahir saja anak tu tak payah nak bagi susu badan, tak payah nak sayang sangat, terus bagi je dekat saudara tu. Aku macam terksima sekejap. Aku sayang anak aku.

Aku kemas pakaian aku, aku call sahabat pena aku yang duduk jauh di utara tanah air untuk tumpang dirumahnya sampai aku melahirkan, aku tak berfikir panjang masa tu. Aku cuma fikir tak mahu memberikan anak aku kepada orang lain. Umur 14 tahun risiko apa aku nak kira.

Allah gerakkan hati abah aku untuk ambik aku semula memandangkan jururawat yang bertugas merawat aku menghubungi ibu memberitahu keadaan aku yang semakin merosot.

Tekanan d4rah aku tak cantik, denyutan jantung aku terlampau laju, berat badan turun mendadak.

Aku sentiasa lapar sebenarnya tapi takut nak makan nanti kena marah. Aku pun mengidam tapi macam mana la aku nak meminta, orang benci. Aku terkurung dalam rumah sebab mentua malu nak bawa aku keluar bersama.

Kata-kata mentua yang paling aku ingat “makcik nak keluar ni, bawah dapur tu ada r4cun rumput, jangan telan pulak”.

Dia menggelarkan dirinya makcik sebab dia jijik untuk aku memanggilnya mak. Bapa mentua aku baik-baik saja. Tak pernah mengkritik malah banyak memuji.

Aku tidak mahu menceritakan pengalaman bersalin, berpantang dengan terperinci kerana terlalu panjang. Cukup la aku katakan saudara mara pihak suami ketika melihat anak aku menghamburkan kata nista dan mengatakan rupa anak aku tiada langsung seperti bapanya.

Tak termasuk lagi bila saudara mara lelaki datang dan tanpa segan silu menarik langsir melihat aku sedang menyusukan anak.

Mujur ketika itu ada jururawat yang memarahi dan mempertahankan aku, aku bersyukur dari aku keluar tanda bersalin sampai habis bersalin,

Allah menghantar para doktor dan jururawat yang sangat baik kepada aku. Membantu aku, memberi kata semangat untuk aku. Mungkin Allah telah menerima taubat aku, mungkin juga doa ibu ku.

Anak aku cukup sifat, berkulit putih, berambut lebat, tidak banyak ragam, sangat mudah dijaga. Alhamdulillah. Anak aku perempuan.

Bapa mentua yang mengiqamatkan anak aku memandangkan ketika itu mak mentua tidak membenarkan suami aku datang ke h0spital untuk menemani aku.

Setelah aku melahirkan dan habis berpantang,aku menyambung persekolahan aku semula. Suami aku menyambung pelajarannya disebuah universiti di selatan tanah air. Kami masih terpisah.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan aku tidak lagi mendengar khabar suami aku.

Cukup saja sampai disini, jika ada yang mahu aku sambung kisah seterusnya, inshaAllah akan aku usahakan. Sekian.

Kisah kedua juga sangat sedih.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Namaku SS (nama samaran) berumur 19 tahun dan tidak lagi menyambung pelajaran.

Kali ini aku ingin bercerita mengenai seorang lelaki yang pernah aku kenali pada November tahun 2019 di socmed.

Aku perkenalkan dirinya dengan nama Amir. Meningg4lkan ksan yang agak mendalam dan kekal dalam hidupku sehingga kini.

Awalnya, lelaki ini memang baik di mata aku. Dari penampilan, perwatakan. Tetapi semua ini hanya bertahan sehingga February 2020 dimana diriku disahkan hamil 4 minggu.

Silap aku, yang mudah hanyut dengan lelaki. Yang indah semuanya bertukar menjadi pahit sepahitnya.

Kandunganku yang semakin membesar Dari hari ke hari tak dapat aku sembunyikan lagi apabila ibu mula mengesyaki aku. Semuanya terbongkar sewaktu kehamilan mula mencapai 7 bulan.

Amir berjanji akan bertanggungjawab untuk semuanya pada ibu, tetapi hal ini tetap disembunyikan dari ayah.

Ayah seorang pesara tentera, faham-fahamlah kalian sifat askar bagaimana. Kalau dia tahu mahu dipenggalnya kepada aku dan Amir.

1 disember 2020, aku selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah h0spital swasta. Menangis sendiri aku, mengenangkan nasib anak ini.

Ayah tiada untuk mengazankannya. Nasib ada seorang lelaki berbangsa india mslim sudi menggantikan tempat ayahnya.

Setelah 2 minggu usai kelahiran anakku, semua ahli keluarga beransur tahu akan hal ini termasuk ayah kandungku dan juga keluarga Amir.

Macam biasa untuk menutup malu, masing masing akan diarah utk melangsungkan akad nikah secepat mungkin.

Akan tetapi ini bahagian yang paling menyedihkan. Bapa Amir, aku gelarkan Pakcik Y. Berapa jam sebelum aku bertunang Pakcik Y hubungi aku untuk menyuruh keluarga menyerahkan anakku kepada orang lain secepat mungkin.

“Saya ni bilal, mana say nak letak muka saya nanti. Jangan bangga dengan aib yang kamu bawa kehulu kehilir”.

Mengucap panjang ayah dan ibu. Ingat lagi aku ayat yang ayah cakap kepada aku dan Amir, “Kalau kamu dua tak sayang dan tak mahu anak ni, biarlah ayah jaga cucu ayah sendiri”.

Aku? Bodohlah seorang ibu kalau tak sayang anak yang dia kandungkan selama 9 bulan. Amir? Pura pura sedih. Dia sayang anaknya tetapi dia lebih sayang orang tua dia.

Majlis bertunang tetap berlangsung walaupun aku enggan menyerahkan anakku pada orang lain. Maka berjalanlah masa untuk diijabkabul.

Sepanjang pertunangan aku sering merasa tertekan akibat desakan keluarganya dan Amir sendiri untuk serahkan anak kami pada orang lain. Kononnya ingin buka baru.

“Kalau kamu tak mahu lepaskan anak ni, papa dan mama tak restu hubungan kamu dua”. Kata-kata yang dilempar Pakcik Y pada aku.

Hati aku berbelah bahagi. Tapi ini anak aku, anak yang aku lahirkan, yang berkongsi zat badannya dengan aku sepanjang 9 bulan. Maati dia, maatilah aku.

Aku dan Amir harus melakukan ujian HIV tetapi zaman PKP, semuanya harus buat temujanji. Aku pun berbincang tarikh dengan Amir. Tapi yang aku perasan, Amir kerap mengelak bila berbincang hal ini.

Rupa-rupanya, dia tahu kepvtusan HIV nya nanti. Positif. Terduduk sekejap aku, Allah sudah jtuh ditimpa tangga. Tapi aku terima dia seadanya, aku tak kisah. Andai ni Allah tetapkan aku ikhlas.

Kepvtusan aku? Alhamdulillah non- reactive 🙂

Seminggu sebelum majlis nikah, Amir sendiri yang putuuskan pertunangan kerana dia sayang orang tuanya. Aku boleh buat apa? Aku terima dia seadanya tapi mak ayah dia masih hidup.

Mahu tak mahu dia tak boleh jadi anak derhaka. Dia kena turut permintaan orang tua dia. Aku iyakan keputvsannya, maka ptuslah hubungan kami. Segala duit duit deposit, aku halalkan

Hari ini, anak aku, aku yang jaga makan minumnya sendiri tanpa bantuan seorang lelaki bernama suami. Amir? Sedikit pun tak pernah tanya khabar anaknya. Anak dia masuk w4d pun dia bagi alasan kerja.

Pesanan aku, untuk adik-adik dan wanita diluar sana. Jadi wanita yang bermaruah. Jaga diri, harga diri kita mahal. Jangan jadi macam aku, merana akhirnya akibat seorang lelaki. Tapi tak apa aku percaya ketentuan Allah.

Mohon doakan aku dengan anak aku bahagia ya. Aku belum fikir pasal kahwin, kalau takda pun takpa, hilaang kepercayaan aku pada lelaki.

Untuk ibu dan ayah, terima kasih sudi terima anak dan cucumu ini. SS sayang ibu ayah.

Ini antara reaksi netizen mengenai kisah pertama.

Nurain. Sedih juga baca tapii.. Antara dosa & tanggungjawab pada dua pihak. Tolong sambung ya dik, ada pengajaran yang boleh diambil.

Biasa layanan jururawat & doktor h0spital terhadap ibu muda memang macam ni, ksihatan si ibu yang diutamakan.

Apatah lagi dengan usia yang sangatlah muda, risiko pun sangat tinggi. Ada k3s sampai meragut ny4wa sendiri dan baby. Support system xdapat dari family, pihak h0spital terutamanya staf yang baik-baik yang ambil tanggungjawab.

Saara. 14 tahun.. saya masih berlari gi dewan makan utk jadi org first ambil makanan. Besar ujian awak dik untuk pregnant pada usia tu. Semoga jadi pengajaran untuk semua yang membaca.

Nuraz. Sy harap ank2 gadis menjadikn kisah ini sebagai teladan..mcmn pun, klu awk tak jaga maruah, tdk ada sesiapa yg akn hormat dn pandang awk lg..

walau pun awk cantik, bijak, baik..awk tetap dipndang hina..dn keluarga lelaki turut pndang rendah, walau ank mereka juga turut buat dosa tu, tp yg dipersalahkn ,selalunya ,tetap si gadis.

Intan. Nikah kahwin yg biasa pn masih ada segelintir mak mertua yang benci menantu, tambah la k3s yg mcm adik ni, bertabahla adik, inilah dunia, dunia mmg tak seindah realiti, hanya iman & amal peneman kita..

Jgn pndg tnggi sgt ke suami, suami pn bkn org yg baik kalau dia boleh ragut ksucian adik masa adik masih di bawah umur.. Ikut-ikut bole kena sebat & ke dalam tu..

Yg penting hargai la anak-anak adik walau mcm mna pn keadaan mereka kerana tu la harta adik yang tak ternilai, kalau orang tak suka, biarkan mereka, ni hidup adik, biar adik tentukan.. Semoga adik tabah & kuat menjalani hidup.. InshaAllah..