Foto sekadar hiasan. Assalam.. Admin tolong post cerita saya tapi hide kan ye.. Saya dah berkahwin setahun lebih, ade anak sorang. Kisah saya bermula masa saya mengandung saya selalu sedih sebab apa yang saya idamkan nak makan tak dapat. nasib baik saya bekerja saya beli sndiri. Lepas saya bersalin masa dalam pantang, mak saya hanya boleh saya jaga seminggu lebih dia harap sangat suami saya hantar saya dan anak ke rumah nya untuk sambung berpantang..
tapi suami saya tak benarkan dia suruh saya berpantang sendiri.. disebabkan saya telalu penat saya susu badan saya tak banyak jadi anak saya terpaksa minum susu formula sampi sekarang..
Suami saya kerja bukan nye penat mana dia sendiri cerita kerja harian nya pada saya. Tapi dia langsung tak pernah tolong saya cuci pinggan atau buat kerja rumah..
makan dan pakaian dia saya hidangkan. Dia tengok anak cuma 15-20minit sahaja.. selebihnya anak dengan saya..
bila saya mintak tolong dia jaga anak kejap sebab nak pegi toilet dia marah.. dia suruh saya tahan.. sampai anak habis susu/tido..
kadang2 bila saya buat sesuatu kesalah kecil saya kene maaki/kene pkul semua ada.. masa saya tengah tidurkan anak, anak menanggis jadi saya nak redakan dia menanggis saya baca yassin,
lepas tuh dia tendang saya dan tonjol kepala saya.. bila dia kat rumah kerja nya main game sahaja.. bila saya mintak tolong dia marah..
dia tak penah kisah pasal saya skit ke dah makan ke ape.. kalau dia makan/minum ape2 dia tak akan pelawa saya dia risau saya makan nnti habis.. sekarang ni raya dah dekat..
saya beli kuih raya sebab dia langsung tak amik kisah tentang persiapan raya.. habis saya kene maaki dan hina dengan dia..
dia bukan tak berduit, duit dia banyk tapi dia sanggup bagi kawan2 dia pinjam.. bila saya mintak duit nanti dia masuk kan dalam buku 555 dia, dia suruh saya pulangkan balik..
baju raya saya langsung dia tak belikan.. baju raya dia dah siap dah.. bila saya cuba pakai baju raya yang lama lama masih muat dia cakap tak payah beli lah muat lagi kan pakai je..
sedih hati saya.. ape yang perlu saya buat ye makcik bawang.. perlu ke saya report pada pejabat agama.. Tlg jangan kecam saya.
KISAH KE 2. Aku kahwin dengan kaki gaming, memang mencabar. Tapi aku mer0yn 4 hari 4 malam sbb suami aku ckp main game tapi dia pergi tengok….
Aku budak UIA dan aku dah kawen. Aku kawen dengan suami tecinta lepas 2 tahun kami berkawan. Dalam masa 2 tahun tu aku banyak kali nak putus sebab rasa macam xserasi dan xyakin.
Tapi xputus jugak. Dia xnak lepaskan aku. Aku tepikat kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku find out yang dia boleh tolerate dengan prangai2 aku.
Perempuan kan banyak perangai lagi2 time nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni was2.
Aku kawen 6 tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada sorang mamat ni mesej aku, “Si L tu suami ko kan? Baik ko jaga dia elok2.
Luar macam malaikat. Tapi belakang macam apa ntah. Dasar main kayu tiga” aku ingat lagi msg mamat tu cmni.
Aku cuak. Pastu aku mula selidik2, tanya kawan2 dia. Tapi sume orang cakap suami aku baik. Jadi aku decide abaikan je.
3 bulan lepas kawen, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai 3 bulan je. Aku sampai 8 bulan. Asyik nak muntah je kejenya.
Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca msg fb suami aku dengan perempuan lain. Bercinta.Aku xcari tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. M4kin aku scroll msg2 tu maakin aku menyirp xtahan
Aku xsangka sangat2 suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat luar tu betul2 buat aku macam tu. Terus aku teringat msg mamat dulu tu.
Aku cuba msg dia malangnya dia xbls. Malam tu, aku xtanya direct ada perempuan lain ke x. Aku nak test dia je.
“U sayang i x”“Sayang”“Sayang i sorg jeke”“Yelah u sorang je. Mana ada orang lain. Nape tiba2 tanya macam ni”“Nothing, jusk asking”
Tapi dalam hati aku, darh ni mendidh2 sebab dia bohong aku. Aku baca msg2 dia, penuh sayang2 dengan perempuan tu. Siap nak jadikan number 2 lagi.
Helo, hutang kau belambak, duit dapur pun aku yang topap, ada hati nak bini 2. Aku tahan sangat2 semua perasaan marah sedih geram.
Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala dan aku simpan. Ni bukti ko duakan dengan aku dan aku akan guna satu hari nangi.
Xsampai setahun kawen lagi ko da buat perangai. Disebabkan aku dok rumah je sorg2, lama2 pech juga empangan air mata ni.
4 hari 4 malam aku menanges xberenti. Dan xbercakap 1 p4tah perkataan pun. Suami asyik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hari ke 4, aku decide, aku cakap
“Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa,buat lah. I dah xnak heran”.Dia sangat2 tepanjat.
Dia asyik tanya kenapa. Lastly aku ckp, tengok fb. Bila dia buka fb dia, baru dia tau yang aku da baca msg2 perempuan tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa2. Minta maaf? Langsung tidak.
Bila aku tanya2 nak minta penjelasan, sama ada dia pura2 tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’. Macam tu je berhari2.
Geram gilr tahap gaban suami camni. Bile dah lahir baby ni, aku macam xreti handle sorg2. Yelah first time. Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby sume. Bila aku tengok contribution dia, lama2 aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide utk lupakan je hal2 lama.
Malangnya. Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terbaca dia wasap perempuan yang sama.
Ya allah aku ingat selama ni dah xde. Rupanya masih berhubung. Suami yang sangat xmalu. Memang kali ni aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus.
Aku sekali lagi menanges macam orang tak betul tapi kalini hanya sehari. Aku asyik tanya untuk dia jawab betul2, kalau suka sama suka, kawen je.
Aku xnak jadi penghalang. Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu.
Dia asyik geleng tanpa penjelasan dan menanges sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama. Nak pinangkan untuk dia tapi dia xnak.
Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku xpergi2 lagi court sampai sekarang. Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku xtau dia dengan perempuan tu mcmana.
Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali aku xkan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia.
Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan ba5h dia hidop2.
Sebenarnya, bukan masalah perempuan je yang buat aku xtahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia.
Dia asyik cakap xde duit. Sedang aku dan anak aku,bhari2 hanya makan telur, nasi dan kicap.
Tiap2 bulan meminjam orang. Sampai berbalah dengan anak sebab anak nak main dengan dia, dia marah2 jangan kacau dia main game.
Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama2, tapi dia tpis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rasa bersalah.
Anak aku menangis, dan aku dengan hil4ng sabar terus baling remote sampai berkcai. Aku bukan jenis baling2 atau mer0yan2.
Aku jenis simpan,cool dan seboleh2nya berdiplomatik dalam segala urusan. Ye memang merimaskan sebab xblh nak let out. Tapi itulah aku.
Satu hari aku cakap, kalau pinjam orang lagi, main game lagi, habiskan duit lagi, aku baling henfon tu sampai pech dan kau tengok aku dah tak ada.
Waktu tu dia pura2 tidur dan xsangka esoknya, dia berubah. Dah xmain game. Mula tido awal sama2 aku dan anak.
Kalau x, aku tido pkul 11 malam, dia tido pkul 3,4 pagi. Banyak kali jugak kami tido asing2.
Malangnya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sekarang dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah xtahan.
Sbb bila dia dah start main game, berjam2 mengadap fon dia xkan hirau apa2 yang berlaku keliling. Lagi satu,bila dia dengan fon,aku dah xpecaya game semata.
Mesti ada chat dengan prmpn lain.Selain itu, solat suami mmg xckup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah.
Aku banyak kali pesan, jangan xsolat nti kite berbalah lagi. Tp sekali pesan sekali je buat. Lepas tu xbuat. Aku rasa dah xnak jadi penasihat dia lagi.
Banyak lagi unsur2 lain yang buat aku give up dan fed up sebenarnya. Aturnya, famili dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan xbagi suami duit.
Aku dengan mak metua memang xbaik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, xdibayar. Dulu2 waktu 1 tahun kawen.
Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang xde duit time tu. Tau mak dia ckp apa?Ko baru kawen, tapi rumah ko lengkap sume. Mewah
Ya allah nak tecabut pinggang rasa. Tu duit aku kumpul. Xguna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat uia buat partime macam2.
Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak metua? Bagi periuk 3bijik je Aku ckup2 terasa. Tp aku amik keputusan untuk diam sebab xnk keruhkan suasana.
Bapak metua aku pulak siap sound, ko orang luar jangan campur urusan rumahtangga aku.
Yang ni aku sentap. Ok fine, aku kawen dengan anak ko, aku panggil ko bapak, tapi ko cakap aku orang luar.
Fine, ko hidup la baik2 ngn bini baru ko. Start dari peristiwa2 tu aku memang xnak ada hal or xnak ada isu dengan famili suami.
Sekarang aku dengan suami jarang becakap dan dah xtdo sekali. Aku memang nak sangat berpisah dengan suami aku.
Tapi dia xnak berpisah dengan aku. Aku banyak kali mintak selesai cara elok. Tp dia xnak.
Aku buntu. Aku sangat xtahan dengan habit dia. Bia la perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah give up. Dah fed up.
Of course aku solat. Aku orang yang sentiasa ingat bahawa xde kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yang mengizinkan.
Aku org yang sangat yakin dengan Allah.Tapi yang ni aku dah xboleh tolerate.
Aku dah sampai tahap tepu yang tak boleh langsung dipujuk2. Aku nak berpisah dengan suami aku Tolong. Macam mana
Kredit. Kisah rumah tangga