Aku peguam dh biasa msuk court, tp tak sangka lawan aku kali ni bks suami sendiri

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers. Lara Hannah di sini. Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Satu persatu komen saya baca, jtuh air mata. Ada di kalangan “pengkomen” & “penglike” ialah rakan-rakan saya sendiri.. Posting kali ini sekadar perkongsian tambahan bagi menjawab persoalan-persoalan dari commentators.

Ini untuk permulaan kisah ni part 1. Sila klik link di bawah

Suami curaang dgn janda anak satu, prm tu ftnah aku smpaikn suami sggup ceraaikn aku

Untuk tuntutan-tuntutan mahkamah, saya failkan segala tuntutan yang sepatutnya – nafkah anak, hak penjagaan anak, mutaah, harta sepencarian, dan juga hutang semasa perkahwinan.

Pernah menjadi lawyer & attend court, tak sangka kali ini lawan saya adalah bekas suami sendiri.

Ajaib percaturan Allah. Agak gementar, risau saya tak cukup kuat & tak mampu bertentang mata dengan lawan saya kali ini, bukan kerana takut tapi kerana dia pernah menjadi segalanya dalam hidup ini suatu ketika dahulu..

Hi betina pencaras, u pegawai kan, sediakan duit secukupnya ya untuk belikan spender bakal suami u, takut-takut dia tak mampu beli sendiri sebab banyak dia nak kena bayar tuntutan-tuntutan i nanti ehehe..

Berkenaan aduan kepada pihak atasan tentera – Ya, saya ada membuat laporan bertulis kepada pihak atasan tentera setelah sebulan lebih diceraaikan. Saya juga telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat.

Namun rasanya sekadar itu sahaja prosedurnya kerana saya pernah dengar banyak k3s yang dilaporkan selalunya pihak atasan akan “cover line” anggota mereka lebih-lebih lagi jika aduan melibatkan level pegawai.

Maksudnya tak sampai ke mana la aduan saya tersebut. Seperti kisah viral Dr Najihah & suaminya si Hanafi sikat tepi, sebab itu saya faham kenapa Dr Najihah “meletup” di media sosial, disebabkan isu coverline beginilah.

Walau apa pun tindakan dari pihak atasan samada laporan saya disenyapkan atau dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan tatatertib, itu adalah terserah sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan.

Cuma yang mahu saya kongsikan di sini, respond daripada Dani selepas laporan saya tersebut.

Ya, dia betul-betul marah dengan saya. Dia kata saya kejam. Dikatanya saya cuba sabotaj kerjaya dia.

Katanya saya dah susahkan hidup dia kerana handphonenya dirampas oleh pegawai penyiasat & mungkin akan kena dakwa. Katanya lagi saya dah susahkan hidup betina penyondol juga.

Ditambah pula ada kawan-kawannya yang menjadi batu api mengatakan saya selayaknya dipkul oleh Dani di atas kekejaman yang saya lakukan.

Wow, tak sudah-sudah play victim kan. Ye lah sayangku, kau tak pernah salah walaupun jelas di atas jalanan itu adalah najis yang kau tinggalkan.

Berkenaan unsur sihir, saya ada merujuk kepada beberapa perawat islam & mereka mengatakan kemungkinan besar memang ada gangguan sihir dalam rumahtangga kami.

Akan tetapi cara rawatannya adalah Dani yang perlu hadir untuk rawatan. Masakan dia mahu, dia sudah berkeras bahawa dia baik-baik sahaja dan tidak disihir.

Sesungguhnya saya masih dalam proses healing & recovery. Anak-anak so far nampak ok mungkin kerana selama ini papa mereka selalu tinggalkan mereka untuk tugasan luar so tak terasa sangat ketiadaan papa mereka.

Si sulung sungguh caring terhadap adik-adik especially adik baby yang baru masuk 2 tahun. InsyaAllah saya yakin Allah akan membantu saya dalam urusan malaikat-malaikat kecil saya ini.

Buat para suami, mantapkanlah iman demi keluarga tersayang. Carilah ilmu agama, bukan sibuk main game.

Uruskanlah urusan rumahtangga bersama-sama isteri, bukan menyerahkan segala urusan ke atas pundak isteri. Saya tak alim, tapi nasib saya mendapat suami yang lebih jahil dari saya dalam urusan agama.

Buat si penyondol, usahlah rasa diri anda hebat bila berjaya mencaras suami orang kerana seorang suami yang hebat tidak akan pernah curaang, anda hanya mendapat lelaki level jantan keparat yang sesuai dengan status anda sebagai betina sundal, oppsss.

Terima kasih pembaca sekalian. Saya yakin inilah takdir terbaik yang tertulis untuk saya, tiada penyesalan di atas perjalanan ini. Pelangi pasti muncul selepas hujan.

Ini antara komen netizen untuk kisah ini.

Ann. Kadang2 kita terlupa…kita selalu sangka kita yg susun dan jayakan hidup kita kerana segalanya lancar ..hakikatnya semua kerja Allah Dan hati manusia juga milik Allah… curaang..ceraai… kematian..

ksusahan ni semua sekadar asbab utk Allah panggil kita kembali dekat pdNYA…supaya kita belajar jgn sekali2 berharap pd manusia …berpeganglah pd Tali Allah…fungsi suami puan utk kebaikan puan telah tamat …

.in sha Allah akan ada yg ganti dengan matlamat yg lbh baik…moga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga…Salam sayang dari kami semua di sini ..

Bai zura. Lara Hannah, smg semua nya akan baik2 shj. Sy baca puan punya confession, gugur air mata sy pkul 5 pg ni. Sy ikhlas doakan puan smg puan terus bahagia & anak2 berjaya, inshaallah amin. Dari gaya penulisan, sy tahu puan ni seorang isteri yang sgt baik, dibesarkan oleh keluarga yang baik2.

Puan x mengmuk x tentu hala, sgt matang dan profesional. No wonder puan once a lawyer. Sy doakan urusan puan dipermudahkan Allah dunia akhirat. Terus kuat melangkah & fight for your life.

Enjoy your life with your children. Spend more time with them. Cari Allah dlm tiap tahajjud. Inshaallah, Allah akan kurniakan ketenangan pada puan. Titipkan doa buat anak2 di setiap tahajud agar mereka berjaya dunia akhirat. K1ss and hugs from us

Hasnah. I feel u sis, pernah berada di situasi sebijik sama from first confession. Now hampir 4 tahun jadi strangers. Living my own life without any regret. Semoga terus kuat dan maju ke hadapan, never ever look back. Big hug..

Aisha. Semoga di permudahkan segala urusan awak Lara.Orang dah tak nak tak apa.Nanti bila dah tua baru hegeh menyesal.Time tu tk berguna dah.Doa anak tu Allah tak kan tolak.

Percayalah,bekas suami awak tengah panas tu.Cekal kan hati dan jangan toleh ke belakang.

Sandarkan semuanya kepada Allah.Dia Maha pencatur yang terbaik.Inshaa Allah..awak akan dapat semua yang di tuntut.Aamiin allahuma aamiin.

Nriffza. “Ditambah pula ada kawan-kawannya yang menjadi batu api mengatakan saya selayaknya dipkul oleh Dani di atas kekejaman yang saya lakukan” wow peg tentera seriousla kaki pkul perempuan ke apa ni mentang2 tentera kira dah hebat sgt ke ..

takpe la puan dia bukan suami yg baik utk puan.. semoga terus kuat puan masih ada family puan yg jd kekuatan utk puan masih ramai yg sygkn puan.. Semoga dpermudahkan segala urusan puan didunia dan akhirat Aamiin InsyaAllah..

Putri.“Buat si penyondol, usahlah rasa diri anda hebat bila berjaya mencaras suami orang kerana seorang suami yang hebat tidak akan pernah curaang, anda hanya mendapat lelaki level jantan keparat yang sesuai dengan status anda sebagai betina sundal, oppsss.”

Puas hati baca ni haha.