Aku pengasuh, mtk tmbh byran RM40 sbln utk ajar anak mereka membaca. Tp ada parent ckp xberbaloi

Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku Pia. Umur 32 tahun, anak baru seorang, umur 2 tahun. Suami aku penjawat awam yang kerja ikut waktu pejabat. Itu serba ringkas mengenai aku. Aku tulis ni sebab nak tanya pendapat korang. Sorry tau kalau cerita aku tak best macam cerita lain.

Okay begini, sejak aku beranak aritu, aku susah nak dapat kerja disebabkan status aku yang dah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Dah majikan semuanya nak pekerja yang bujang saje. Sob. sob.. sedih

Aku dah biasa ada duit sendiri dan aku bertekad nak ada jugak sumber pendapatan. So aku terpikir nak jaga anak orang. Tapi since aku dah ada baby sendiri untuk dijaga, aku hanya open untuk budak berumur 4-5 tahun jelah.

Mula-mula aku jaga seorang saja, tapi tak lama lepas tu, dah tambah 3 orang lagi. So total, aku ada 4 anak asuhan untuk dijaga. Aku namakan A B C D jelah.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dapat jugak tambah pendapatan. Kawasan rumah aku ni kira macam pekan saja, so memang yuran pengasuh takdela mahal macam kat kl. Jadi, bila dah ada 4 anak asuhan ni, dapatla aku berbelanja sikit, dan saving sikit.

Anak-anak asuhan aku semuanya baik-baik, ikut cakap. Setakat nakal sikit-sikit tu adelah. Tapi takde yang buatkan aku stress. Aku sayang semuanya. Dan parents dorang pon semuanya okay.

Bekalkan makanan untuk anak masing-masing, bekalkan baju, peralatan mandi yang cukup. (Budak-budak tu masa dihantar awal pagi memang tak mandi lagi. Biasanya lepas sarapan baru dorang mandi kat rumah aku)

Senang kata, semuanya ok sehingga pada suatu hari ni, parent A usulkan kat aku untuk aku buat kelas mini tadika kat anak dia. Dia cakap, daripada anak dia dok main melangut ja, baik belajar sesuatu. Nak dia bayar extra pon dia sanggup. Aku pikir-pikir, macam best gak kan.

Lepas aku plan itu ini, aku cakap kat dia, tempoh sesi pengajaran dalam 2/3 jam ja sehari dan aku akan ajar benda basic ja. Tapi takdela strict dan straight macam tadika nuh.

Ini aku buat saje-saje nak have fun. Material sume aku provide, tapi dia kena tambah bayaran RM40 la kat aku. So upah asuh RM250+RM40=RM290 la bayaran bulanan dia. Dia setuju.

Then aku saje-sajela offer kat group wassap parent pengasuh, tanya kat parent B,C dan D, nak tak join kelas mini tadika ni since anak dorang pon umur sebaya kan (5 tahun).

Parent B dan C nak join, cuma parent D tak nak. Dia kata “anak dia kecik lagi untuk belajar. Nanti umur 6 tahun masuk tadika betul, baru anak dia akan fokus belajar. Nak suruh belajar sekarang pon tak guna, buat bazir RM40 saja untuk tadika main-main ni”.

Aku mengaku yang aku sedikit terasa la bila parent D cakap gitu. Punyala dia pandang sebelah mata saja kat kelas mini tadika aku.

Tapi, lantaklah. Aku tak ambil pusing pon apa yang dia cakap. Yang penting, parent A B C dah amanahkan kat aku untuk ajar anak dorang, so aku buat sehabis baik.

Aku bukak youtube, google, download sana sini untuk bantu aku belajar cara nak mengajar budak-budak. Aku langsung takde basic pasal mengajar, so aku kena belajar sendiri. Dengan suami aku sekali aku heret suruh tengok sekali video, haha.

Jadi, kat rumah aku memang aku dah khaskan satu ruang untuk jadi kelas mini tadika aku. Siap ada 4 kerusi+meja kecik untuk student aku.

Kat tepi tu aku longgokkan banyak-banyak mainan untuk anak aku.

Supaya aku bole fokus mengajar bila anak aku dok ralit main dengan toys dia. Ada jugaklah hari yang huru hara sikit, tapi keseluruhan boleh dikatakan smooth jugak. And I am very proud of myself for it.

Oh ye, untuk D yang taknak join tu, aku still tempatkan saja dia kat situ. (See, macam aku mention kat atas, aku sediakan saja kerusi+meja untuk dia).

Tapi aku tak strict la. means macam kalau masa mengajar tu tiba-tiba D nak dok tempat lain atau taknak dengar aku mengajar, aku tak paksa la. Aku just biar saja. Janji perut dia tak lapar, dan dia dalam keadaan selesa.

Tapi, untuk A B C. memang aku fokus sehabisnya. Aku akan try sedaya upaya untuk dorang participate dalam kelas dan make sure dorang buat homework (kadang-kadang aku bagi homework, tapi takdelah benda berat pon. setakat mewarna ke, tulis huruf sikit-sikit ke).

Okay. fast forward. Kelas mini tadika aku ni dah berlangsung dalam 4,5 bulan gitu la. Nak dijadikan cerita, satu petang ni parent D jemput anak dia. dalam masa yang sama parent A pon jemput anak dia jugak.

Parent A ni sekadar berbasa basi la dengan anak dia, tanya harini belajar apa. A pon cerita la, harini belajar nyanyi huruf abc. A pon nyanyila. lengkap A sampai Z. Aku pon senyum jela, takde cakap pape.

Guess what??? Rupanya parent D tak puas hati kat aku. Malam tu dia dok wasap aku panjang berjela. Dia tak puas hati, dia tanya kat aku, kenapa tak jaga anak dia betul-betul. Aku pelik. Aku sangat yakin yang aku pastikan anak dia dijaga dengan sempurna macam sebelum ni.

Cukup makan, berak kencing aku cebokkan, tidur aku tepukkan. Apa benda yang tak jaganya? Mula-mula, dia macam cakap pusing-pusing.

Lama-lama, baru aku dapat tangkap. Rupanya dia tak puas hati kenapa anak dia tak pandai abc macam anak asuhan aku yang lain. Siap tuduh aku bezakan layanan la, tuduh aku tak suka anak dia, saje nak buat anak dia tak pandai.

Aku macam. what??? Bukan kau ke yang beria taknak bagi anak ko join kelas aku yang cabuk tu?

Disebabkan aku taknak pening kepala, aku just reply yang kalau dia dah tak percayakan aku untuk jaga anak dia, aku tak kisah untuk dia stop hantar anak dia kat aku. Dan bayaran untuk bulan tu, takpela takyah bayar, aku halalkan aje.

Terus dia terdiam. Dan esoknya memang dia dah tak hantar dah anak dia kat aku. Dan memang dia tak bayar pon untuk bulan tu. (Masa tu lagi beberapa hari saja dah nak hujung bulan).

Entahla. bila pikir semula, aku pun tak tahu apa yang dia nak. Nak anak pandai, tapi kedekut nak bayar lebih. Atau bayaran extra RM40 tu mahal sangat untuk servis mengajar yang aku buat? Tapi aku belikan buku macam-macam tau.

Tak mainla potostat punya. Dengan sorang satu dapat warna, krayon bagai. Aku belikan tanah liat, educational toys. baju extra (sebab kadang-kadang aku buat messy play main dengan tepung/air).

Pendapat korang macam mana? Ok ke tak sebenarnya bayaran yang aku cas tu?

Ini antara reaksi netizen untuk kisah ni.

Suhana. Awak ni baguslah..saya suri rumah pun tak mampu buat mcmni. Ada anak kecik sorang je..tapi tak kuasa betul nak ajar. semoga awak dimurahkan rezeki sbb saya tgk awak tak berkira dgn budak2 tu. Zaman skg semua mahal.. nak murah buat sendiri, mak budak yg bitter tu biarlah dia. Dia tak tau yuran taska pendaftaran je dah dekat 2k..bulanan 400/500 sorang. Seram saya Tgk..

Fazli. Aku rasa nak marah kau ni. Bakpe kau bagi free fee budak D utk bulan tu, dah nak abis bulan tu..patut kau claim pro rate.mak dia tu tak rasa guilty pun, dia rasa ‘menang’ & tak perlu bayar konon sebab balasan kau tak ‘ajar’ anak dia. orang camni kena ajar sikit.

Paste balik ayat dia konon membazir bayar tambahan tu. Eh ttiber emo lak aku pagi jemaat ni.emo kat mak D la bukan kat kau ye

Yg lain² salute kat kau.murah sgt dah caj RM40 tu..rm250 pun murah dahh.& tahniah jugak atas usaha

Alia. RM40? Dengan sediakan bahan mengajar, messy play semua? Murahnya kak. Kalau swasta dah beratus ntk kelas yg provide semua tu

Tapi ikhlas akak mengajar tu lebih mahal  Biarlah dgn mak si D tu. Berkira untuk pendidikan anak. Jika tak mampu sekali pun jgnlah cakap bukan². Persetujuan pon da ada.

Papepon semoga tt teruskan mengajar. Mana tau ada rezeki lebih nnt boleh bukak pusat asuhan sendiri  amin

Syahada.Pia dok mana, nak hantar anak saya jugak

Untuk tak OOT, lepas ni mesti dia terhegeh2 cari Pia balik. Bukan senang nak jumpa pengasuh full package macam Pia ni. Yang boleh layan anak elok2 pun dah seribu rahmat dah.

Masa tu flip hair je kat dia. Siapa suruh s0mbong sangat.