Aku ptahankn isteri bila mak aku maaki dia, mak trus tendang bilik aku dgn kasar dan halau kami balik

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat petang krtf semoga admin dapat siarkan luahan hati saya…dan tolong jangan dedahkan identiti sy..terima kasih jika siarkan masalah dan luahan hati saya ini..saya seorang suami yg sudah bernikah selama setahun…(masih baru)dan kami belum dikurniakan cahaya mata..aku cukup bahagia hidup bersama isteri aku sebab dia terlampau baik.

apa yg hendak dikongsikan ini mungkin seperti kebanyakan kisah lain juga tapi saya hanyak ingin bertanyakan penpadat dan komen semua..jadi tidak salah saya berkongsi disini..

saya mempunyai seorang isteri yg sangat baik..kami berkenalan tidak mengambil masa yg lama hanya 5 bulan dan kemudian saya terus melamar dia kerana dia mempunya ciri2 yg saya cari…

orangnya sangat lemah lembut bertutur kata yg sopan dan baik..cuma setelah dijadikan suri hati saya silapnya kepada saya dan keluarga saya dalam melayani isteri..

keluarga sebelah isteri sememangnya jenis beradab sopan sesama mereka tidak bergduh jika pulang kesana hubungan antara adik beradik sangat erat..

adik beradik berpluk tidur atas paha…dengan emaknya pun isteri sangat manja..jika pulang ke sana memang akan nampak suasana harmoni dalam keluarga itu dan menenangkan jiwa..

berbanding dengan keluarga sebelah saya…kami adik beradik tidak begitu mesra dan jarang bertegur sapa..semua masing2 lebih kepada membuat hal masing2 cara tutur kata agak kasar dan lebih suka memaki hamun walaupun ibu dan ayah saya juga begitu..

adik beradik saya pula selalu bergduh sesama sendiri..pada mulanya isteri melangkah kaki ke rumah famly saya ketika itu dia sedang memotong sayur di dapur..

adik lelaki dan perempuan saya sedang bergduh tersentak dia melihat adik lelaki saya menendang adik perempuan saya shingga terperosok di balik sofa..

saya ketika itu tiada di rumah setibanya di rumah isteri mengadu kepada saya dan dia harap saya sbagai abg boleh lah mnasihati adik2 saya jangan begitu..

dan malam itu juga saya mnsihati dan memarahi adik beradik saya…(padahal selama ini saya pun tida ambik peduli)emak yang pada ketika itu mendengar terus masuk campur dan memaki hamun isteri saya..

dia berkata istri saya mengdu konon hendak api2 kan lagi pegduhan kami adk beradik saya nampk isteri menguis2 nasi dalam pinggan sambil air mata dia berlinang…

dia tidak melawan dan tidak berkata apa…sampai lah saya meningg4lkan meja makan dan saya menyuruh isteri masuk ke bilik…

adik saya mengemas pinggan tapi dengan kasar bunyi tung tang tng tang tanda protes..

malam itu juga tiba tiba emak saya secara brutal menendang pintu bilik kami dan menyuruh kami keluar malam itu kami keluar dan pulang ke rumah kami..

di dalam kereta isteri masih tdiam kaku…peristiwa itu bukan habis disitu sampai sekarang isteri dingin dan lebib bnyak termenung….

saya sudah tanyakan dia tapi bila di tanya tidak ada apa2 masalah …jadi saya ingin bertanyakan pendapat dalam ni..kenapa isteri saya menjadi begitu?

isteri saya masih belum mengandung jadi kenapa isteri saya boleh berubah mendadak bgitu?adakah sesiapa di dalam ini yang punya masalh seperti saya?

pasal saya dan famly saya sudah berbaik smula kerana sy tahu emak sy walaupun bgtu tapi jenis dia akan sejuk sendiri dan terus melupakan apa yg berlaku…

jadi perihal isteri saya..saya mnjadi bingung..istri sudah bertukar mnjadi seorang yg pendiam kurang bcrita dan lebih bnyak termenung…

KISAH KE 2. ” Belajar tinggi2 tapi tak ada kerja, tak guna ” Aku selalu di sindir keluarga mertua. Mereka dari tabaligh semua adik ipar prm berpurdah. Pada mulanya aku sangat menghormati mereka tetapi selepas berkahwin expectation aku, totally berubah setelah mengenali keluarga suami. Adik Ipar berpurdah tapi bermulut lancang. Dia suka menyakitkan hati aku..dan cara mereka berdebat sangat kelakar. Satu hari bila aku di dapur untuk masak…

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum warga IIUM Confession sekalian.. Sudah sekian lama terbuku di hati kecil ini untuk menceritakan kisah saya, seorang ibu dan seorang ipar yang sungguh hina di mata adik2 ipar perempuan.

Mengenali suami semasa saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta di Selangor, dalam pengajian Bachelor In Accountancy.

Perkenalan dengan suami selama 3 tahun dan berkahwin setelah satu tahun bekerja sebagai Executive di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur.

Sifat suami yang sangat menghormati wanita dan orang tua menyebabkan saya terpikat dan menerima lamaran suami. Kagum saya dengan sosok lelaki yang sangat baik budi pekerti di samping ilmu agama yang sangat baik.

Di fikiran saya, sudah tentu suami datang dari keluarga yang hebat akhlak nya seperti mana akhlak suami saya.

Selepas beberapa bulan mengenali hati budi, suami menjelaskan kepada saya tentang status keluarganya kerana risau jika saya takut selepas berkahwin nanti.

Keluarga suami adalah dari golongan tabligh.. Ibu dan adik2 perempuan semua nya berpurdah. Awalnya saya agak terkejut dan risau akan penerimaan keluarga mertua..

Saya bukan lah wanita yang alim. Hanya biasa2.. pakaian saya juga biasa2.. tudung pun tidak labuh.. tapi suami tenangkan hati saya dan menerima saya seadanya.

Awal kahwin dengan suami, semuanya baik2 sahaja.. kami menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di KL dengan sewa sebulan RM1,200. Gaji saya pada masa itu, tiga ribu sebulan.

Tapi, awan tidak selalu cerah.. saya terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan berkahwin kerana alahan mengandung yang sangat teruk.

Keluar masuk hspital setiap bulan sehingga melahirkan anak disebabkan saya mengalami hyperemesis gravidarum (severe vomiting).

Saat ini, bermula lah pandangan negatif dan penghinaan terhadap saya. Disindir2 saya, “belajar tinggi2 pun tak ada kerja..”

Oh ya.. suami saya adalah anak sulung dalam keluarga dan ayah mertua merupakan seorang pesara kerajaan yang sangat disegani ramai.

Di bawah suami, ada 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. Adik2 perempuan suami, tidak bersekolah.

Tidak ada SPM, bahkan UPSR. Mereka hanya bersekolah separuh jalan dan seterusnya belajar di madrasah dan berhenti madrasah separuh jalan juga.

Alasan mereka tidak bersekolah, kerana ilmu di sekolah adalah ilmu duniawi sahaja dan akhirat lebih penting. Wanita yang belajar tinggi dikatakan berd0sa kerana terdedah dengan mak-siat..

Mereka juga mengatakan bahawa wanita2 berkerjaya dan berpendidikan tinggi tidak elok dijadikan isteri kerana akan menjadi queen control dan eg0.

Jadi, mereka hanya duduk di rumah sahaja menunggu pinangan sang suami. Adik2 ipar perempuan, sangat lah bermulut lancang, panas b4ran dan suka menyindir.. tidak hiraukan orang sekeliling..

Terpekik terlolong di dalam rumah mahupun di luar rumah. Sentiasa bertekak sesama mereka. Ibu mertua juga ditengking dan di arah2 seperti bibik mereka.

Saya yang baru masuk dalam keluarga suami, rasa terkejut dan tidak selesa. Jika dipandang dari luaran, mereka seperti wanita solehah idaman lelaki yang menjaga keperibadian dan akhlak.

Expectation saya, totally berubah setelah mengenali keluarga suami. Mereka tidak boleh ditegur langsung.

Masing2 tinggi dengan eg0 dan sifat tidak mahu mengalah. Umur masing2 menjangkau 30 tahun (selang setahun) tetapi berperangai seperti kanak2 di bangku sekolah.

Bila mereka tidak bersetuju dengan mertua ataupun adik beradik yang lain, mereka akan membentak2 kaki sambil mengmuk dan terjerit2 seperti wanita kurang siuman.

Pada mulanya, saya sangat menghormati adik2 ipar dan sentiasa merendah diri kerana berfikir kerdilnya ilmu agama saya dibandingkan dengan mereka.

Tetapi, apa yang suami bercerita berbeza sekali dengan sifat mereka. Rupanya, suami cuba menjaga aib keluarganya.

Setiap perbualan saya dengan ibu mertua, sentiasa dipintas dan diberi teori2 mereka yang kadang2 saya rasa kelakar.

Mereka tidak boleh terima walau sedikit pendapat orang lain atau pembaharuan. Saya memilih untuk tidak meneruskan perbualan jika bibit2 pergduhan atau meninggi diri muncul.

Walaupun saya pernah bekerja di bank, tetapi mereka ‘treat’ saya, seperti saya langsung tidak tahu apa2.

Sehinggakan saya tidak berani berkongsi apa2 dengan keluarga mertua kerana selalu disalah erti dan dianggap cuba buat pandai.

Bagi mereka, ipar adalah orang luar dan tidak layak memberi pandangan. Jauh berbeza dengan keluarga saya yg sangat mementingkan ipar dan menjaga hati ipar.

Kerana ibu selalu berpesan, “ipar dibesarkan dalam keluarga dan adat berbeza.. jadi, bertolak ansur lah dengan ipar..”

Jika mertua bertanyakan pendapat saya tentang perbankan atau apa2 sahaja yang berkaitan account, saya sentiasa salah dan adik2 ipar akan bidas setiap ilmu yang saya sampaikan.

Jika kami pulang ke rumah mertua, setiap perbuatan saya salah.. jika di dapur, itu tak kena.. ini tak kena.. semuanya serba tak kena di mata adik2 ipar.

“Ayah tak suka macam ni.. adik bongsu tak makan lauk ni.. kami tak suka masak begini dan begini..”

Akhirnya, saya give up dan hanya berkurung di dalam bilik jika berada di rumah mertua.

Bila waktu mengemas, disoal2 kenapa saya mengemop rumah.. Mengapa buat macam ini dan ini.. mop rumah ada caranya, kopek bawang ada caranya.

Sedangkan saya sudah mempunyai 2 orang anak. Semestinya saya tidak betah di dapur. Tidak mahu hubungan keruh, maka saya hanya berkurung di dalam bilik.

Hanya keluar untuk mandikan anak, masak seawal 5 pagi untuk mengelak bertembung dengan ipar.

Untuk adik2 iparku, kakak ipar kalian sedang berkecil hati dan terluk4 dengan kata2 kesat kalian serta setiap perbuatan dan penindasan terhadap diri ini. Menengking dan mengeluarkan kata2 yang sangat menusuk ke hati.

Tidak mampu diceritakan di sini setiap kata2 yang keluar dari mulut kalian. Mungkin hari ini, kalian berdua di atas.

Walaupun tidak belajar dan tidak bekerja, tetapi kalian berdua fully sponsored by father in law. Dimewahkan dan ditunaikan apa sahaja kehendak kalian.

Berbanding diri ini dan suami yang sedang struggle menaikkan semula bisnes yang telah murudum setelah wabak cov-19 yang melanda dunia. Maafkan kakak iparmu yang hina ini.

Semoga warga IIUM Confession yang diuji dengan ipar duai bermulut puaka, sabar dan kuat. Satu pengajaran yang saya dapat, pakaian tidak mencerminkan keperibadian seseorang.

Mulut yang berbisa, tidak dapat ditutup dengan purdah. Walaupun begitu, saya tetap masih menghormati wanita2 berpurdah di luar sana dan mengagumi kalian yang baik akhlak nya seiring dengan pakaian kalian. Sekian, – Ipar yang Hina (Bukan nama sebenar)

Ini antara respon netizen yang paling terkesan.

Nabila: Purdah tu x melambangkan peribadi pun, ade je jumpa kawan yg berpurdah, dlm surau masa nak solat, lpas solat terdengar dia ngumpat kawan dia sendiri dgn kawan yg lain, sy mcm hmm tak tau lah nak ckp tapi x semua lah.

June:Bukan mudah keluarga mertua nk terima menantu dlm family lagi lagi jika Kita bukan pilihan keluarga…jd kena sabaq ja la …dah kawin ank Depa kena lah mkn hati sat sementara nk tunggu Depa dpt hidayah byk berdoa…pasti Ada pengakhiran yg baik bg org yg bersabar..

Ara: Jgn salahkan pakaian, tp salahkan keperibadian mereka tu. Kalau da mak bapak sdr tak tegur anak tu smpai skolah/madrasah pun tak hbs, nmpak sgt mmg manjakan ank² perempuan dia tu. Ya kan aje dorg punya sembang. Bak p4tah thn 2020, sembang serupa babi boleh terbang.