Aku rider foodpanda, selalu ambil order kt kedai cina sbb nk tgk amoi tu. Selalu bdoa order aku lmbt siap

Foto sekadar hiasan.Nama aku khairul (bukan nama sebenar). Aku cari makan dalam hidup sebagai rider food delivery di company x. Aku pada awalnya tak minat pun jadi rider. Kadang tu terbisik dalam hati aku memperlekehkan juga orang jadi rider ni.

Dah lah Kerja hujan panas, lampu trafik main langgaar saja. Kejar order macam esok tak boleh nak makan. Tapi aku juga selalu order makan dari macam2 platform food delivery.

Dalam aku perlekehkan rider, tak ada lah aku sampai khianat buat yang bukan2 kat rider, sebab aku dengar macam2 perangai customer yang buat rider macam lowest class dalam masyarakat.

Ada yang buat fake order sebagai manipulation nak makan free, ada yang pin location tak betul nak avoid bayar delivery fee tinggi, dan macam2 lagi lah kerenah customer.

Kadang kalau aku order makanan online, kebetulan masa tu hujan, bila rider sampai depan pintu rumah, aku buka pintu aku nampak rider tu berbaju hujan, basah air menitis nitis. Aku dah standby dah RM3, kadang lebih aku bagi RM5 sebagai tips deliver makanan aku masa hujan.

Bayangkanlah hujan2 malam2 bawa motor tu risiko sebab aku pernah juga ride motor malam2 hujan memang susah nak nampak jalan.

B4haya.

Aku kerja ofis, tipikal masa kerja jam 8am-5 pm. Bila dah bertahun kerja kat ofis ni mesti ada rasa macam bosan, ye lah hari2 duduk dalam satu ofis, hari hari tengok muka orang sama, naik menyampah pulak aku,

Lagi naik menyampah aku bila manager aku bergaduuh dengan bini ke, atau dia bergaduuh dengan superior atas dia, aku tanya sikit saja naik angin macam wanita datang bulan. Over

Tu belum lagi cerita clan2 ofis dengan gosip2 ofis, dengan nak melayan orang acah2 bagus lagi, kadang kehidupan ofis ni kau kena jadi fake untuk survive dalam environment ofis, tu tak bagus bagi aku sebab aku memang jijik jadi orang fake.

Dalam hirarki korporat, kau kena ikut acuan korporat yang kau join, sebab tu selalu bos2 atau superior ni selalu basuh kau supaya jadi macam ni macam tu, buat macam ni macam tu,

Itu acuan dia, nak tak nak kau kena ikut sebab kau duduk dalam sistem dia. Selagi kau tak sejalan dengan acuan dia, selagi tu lah dia basuh kau.

Mudah cerita, aku dah penat dan bosan kerja dalam suasana ofis. Aku cari sesuatu untuk aku cari sesuatu dalam diri aku. Aku cuba berbisnes kecil kecilan dan alhamdulillah bisnes pun jalan dan sikit sebanyak menambah sumber pendapatan aku.

Tapi kelibat rider yang selalu memintas di jalanan buatkan aku terfikir, diorang ni sampai bila nak jadi rider. Itulah inquiry aku tentang rider dan aku pun buat keputusan apply aktifkan app rider dan ambil segala kelengkapan rider di hq.

Kini dunia dah terbalik, dulu aku perlekehkan rider kini sebahagian dari mereka.. Hahaha.

So aku dah start jadi rider, aku start motor dengan beg delivery dekat sit belakang aku sandang, aku newbie malu nak minta orang ajar ikat beg delivery tu kat belakang sit, so masa trafik light berenti tu jenguk2 lah macam mana rider ikat beg, oh senang saja rupanya, haha.

First day aku ride, aku dapat job n vendor tu dekat saja kat area rumah, so aku pickup and deliver ke rumah penerima.

Masa tu hujan sikit, masa aku sampai rumah customer yang order tu, rumah dia setinggan, aku call bagitau aku dah sampai, dia datang sambil dia ambil makanan dia, dia hulur rm 20 sebagai tips, perghh..

Hati bergembira dah lah first day cedok, hantar dekat dapat tips customer lebih dari fare aku hantar kat dia haha. Masa ni lah aku belajar sesuatu, kakayaan bukan apa yang kau lihat pada zahir.

Kalau ikut basic fare, RM20 tu kena run lebih kurang 4 ke 5 job rider. Mungkin bagi orang alaa RM20 saja pun, tapi RM20 ni bagi aku sangat besar nilai dia, campur sekali nilai teladan yang aku belajar bahawa kekayaan bukan hanya pada zahir sahaja.

Aku teruskan buat job demi job, aku deliver macam biasa, ada customer yang biasa2 maka aku pun kerja saja lah macam biasa, pickup hantar pickup hantar. Sambil2 buat income tepi.. Hehe

Aku buat job di kawasan orang cina. Kedai makan makanan cina dan pelanggannya tentulah banyak orang cina, ada sikit juga aku nampak pelanggan orang india, n rider kebanyakkannya orang Melayu.

Kat sini pun aku belajar something dalam masyarakat majmuk, kita bergaduuh gaduuh perk4uman pun dalam masa sama nak makan pun perlukn satu dengan lain.

Makan kat sini ada 2 erti, satu makan santapan dan satu lagi makan yang kita sering istilahkan sebagai mata pencarian, ‘masing2 cari makan’ itu lah dia apa yang aku nampak,

So bila isu racist timbul saja, atau ada yang cuba hasut aku jadi rasis, aku just cakap dalam hati ‘masing2 cari makan, masing2 suapkan makan’.

Padahal sebelum aku jadi rider pun sikit sebanyak aku terhasut dengan dakyah rasis.

Tapi sejak jadi rider aku deal job banyak dengan orang bukan sek4um, kalau aku tak jadi rider mungkin aku terperap jauh tak bergaul secara dekat dengan kehidupan mereka. Oleh itu mungkin stigma aku pada mereka akan kekal bawah tempurung.

Bila dah lama sikit jadi rider ni, panas hujan tu memang kena hadaplah, penat mengayuh pun satu hal. Tapi best, tak macam dalam ofis terperuk satu tempat tengok muka orang sama hari2, naik menyampah aku.

Lagipun bebas tak ada lah tekanan sangat kena suruh itu ini, tak ada orang yang cuba shape kau jadi macam ni macam tu, bila ride keluar umpama stress2 kerja ofis tu dapat release.. Fuhh

Cuma ada lagi sikit pengalaman aku sebagai rider, yang aku share kat sini saja, aku tak pernah share pengalaman ni kat siapa2 pun haha.

Macam aku cakap tadi aku ride n ambil job di kawasan orang cina, bila dah biasa kat satu kawasan tu, order masuk aku dah tahu kedai tu kat mana tanpa aku buka map kat phone.

Adalah 1, 2 kedai tu memang selalu aku dapat job order kat situ. Cuma 1 kedai ni saja yang jadi gangguan fikiran aku. Biasa kalau kau dah sampai kedai tapi makan belum siap, rider2 ni gelar situasi tu sebagai ‘sidai’, maksudnya tunggu order siap.

Dalam masa sama tu adalah rider2 lain sidai sama, masa ni lah rider biasa borak2 sama sendiri tanya order ok ke tak, mengeluh sidai sampai 1 jam 2, n share2 tips sebagai rider.

Masa ni biasa rider2 duduk luar dari kedai makan, staff yang bertugas akan bawa makanan order delivery sambil sebut no order, rider yang ambil job no order sama akan ambil makanan tu n berlalu pergi hantar order.

Tapi tu adalah rutin sebagai rider, bukan itu aku nak concern kan sangat. Yang aku concern tu staff perempuan cina yang selalu bawa makanan sambil tanya nombor order, kalau tak ada dia bawa masuk balik makanan tu, kalau ada dia bagi la kat rider.

Tapi setiap kali dia masuk kedai balik aku tertunggu2 dia keluar balik munculkan diri.

Aku kalau boleh tak nak order aku cepat siap, setiap kali dia keluar kedai bawa makanan tanya ni siapa punya, aku harap nombor dia sebut tu bukan nombor aku lah, ntah lah.. Aku pun tak tahu apa hal aku jadi macam tu.

Nak tak nak, aku tunggu macam mana pun dia akan sebut nombor aku, hmm kena pickup n masa ni lah boleh borak borak sikit tanya itu ini, berapa saat saja pun setel dia pun masuk balik kedai buat keje dia, aku pulak blah ambil order, start motor hantar ke customer.

Hantar order biasa aku tak rushing pun, sambil2 lalu jalan raya tu, detik2 dia keluar masuk kedai tu asyik rotate saja dalam kepala.

Dalam banyak2 kedai, banyak customer n orang yang aku deal, tapi sejak hari tu, dia selalu berlegar dalam imbasan memori aku, ada yang tak kena dengan aku

Lepas siap hantar order biasa aku akan masuk balik kawasan yang banyak vendor, n biasa aku masuk lah balik kawasan aku dapat order tadi, aku round2 kedai sama dengan harapan aku dapat bersidai kat situ lagi, supaya imbasan memori aku atas jalan tadi jadi realiti kembali.

Ntah.. Ada pelik berlaku, biasa rider kejar order, aku pulak nak bersidai

Kalau dah lama sangat aku round, order tak masuk aku round tempat lain nak dapatkan order, tapi tak kira kat mana pun memori tu selalu terimbas..

Padahal dalam 1 kedai tu ramai juga staff lain, lelaki ada perempuan pun ada, yang aku tunggu, dan selalu terimbas perbadinya adalah dia seorang saja, detik2 dia keluar dari pintu kedai sambil memegang bungkusan makanan, dan menyapa rider2 yang ada dan tanyakan no order.

Mungkin rider2 yang ada kat situ nak cepat, tapi aku… Tak tergesa nak bergegas, aku lebih suka ambil masa kat situ kalau dia ada,

Kalau aku perasan dia tak ada, aku pun jadi macam rider lain, tergesa dan cepat, hanya dia saja yang jadikan ruangan masa aku terjeda dan terhenti seketika, aku pun jadi tak peduli soal masa bila dia ada.

Apa dorongannya? Cantik ke dia? Kalau dia betul cantik kebanyakan rider pun lelaki boleh nampak apa yang cantik, tapi tak ada tanda cantik yang luar biasa tentang dia melalui gerak bahasa rider2 atau lelaki lain.

Kalau betul dia cantik sangat dah jadi buah mulut rider2, tapi tak ada, rider lain semua nak cepat, buat apa sidai lama2, fare 1 job tu lagi berharga dari nak menghadap dia keluar masuk kedai, aku saja yang syok bersidai bila dia keluar masuk kedai… Hahaha

Sksi ke dia? Tipikal amoi cina berpakaian sksi.. Tak pun, dia tengah bekerja mungkin etika pemakaian tempat kerja dia kena pakai sopan, pakaian bawah tertutup sampai buku laki, pakaian atas pula agak labuh juga.. Masa tu dia pakai tak sksi pun, tak menarik.

Jadi apa dorongannya? Cantik pun tak, sksi pun tak. Aku pun tak kenal dia, nama pun tak tau lagi, cuma yang aku tau dia kerja kat situ saja, nak tegur tanya macam2 segan pulak.

Bila lalu kedai tempat dia kerja, aku intai2 saja kalau dia ada, kalau ada cuba stay dekat2 mana tau dapat order kedai dia, tapi aku taknak stay lama sangat kat situ.. Takut orang tertanya2, 5 ke 10 minit takde order aku blah cari order tempat lain..

Hmm, macam tu saja lah ceritanya, dari orang yang perlekeh rider, dunia terbalik aku pun jadi rider, sampai lah syok bersidai dekat kedai tunggu order.

Tak ada yang menarik pun, bila realiti aku nikm4ti, bila jadi kenangan aku imbas berulang.. Bila jadi rider ni, timbul panggung wayang aku sendiri sambil layan order.. Hmm..

Ini antara reaksi netizen.

Ainin. comelnya u dik… sambil menyelam minum air lah ni ek…cinta itu kan buta…x salah menyukai sesorg asal tahu batasnya… apa kata adik ajak dia kuar minum skali… kalau segan nak ckp bagi dia nota bila dia serahkan order pd adik tu…akk doakan semoga adik berjaya

Ana. Hang tanya knp rider lain tak ada pun yg usha amoi tu… Jawapannya rider lain sibuk nak cari rezeki, nak kejar trip tapi hang sibuk nak menggataal…

Ahmad. ada orang yang ada tendency untuk jtuh hati pada orang yang selalu dia tengok. first kita tengok biasa, esok mungkin ada urusan lagi kena berjumpa. benda ni menjawab persoalan kenapa ada skandal pejabat.

apa pun berbalik pada niat kita nak kerja/berurusan, termasuk respond pihak sana jugak haha tepuk tangan kena dua belah baru tak akit hati. tapi maaf cakap bos, dia dah ada bf.. jangan cepat catch feeling, sedangkan pihak sana tak perasan pun kamu wujud.

Hana. Taknak cakap apa, cuma nak amik kesempatan ni nak cakap terima kasih banyak2 kt rider2 ni.. sepanjang tempoh sy kuarantin & tak sihat, mereka la yg tolong hantarkan makanan. Sy doakan rider2 nie semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dilancarkan urusan

Siti.Cinta pandang pertama kot  hee..

Nanti kalau ada perubahan, dapat no fon ke apa, buat la confession lagi. Nak tahu juga bertepuk 2 tangan ke kan…

Harap dia notice kewujudan u..

Kredit iiumc